Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 22 Julai 2014

Kedah Akan Bantu Keluarga Mangsa Nahas #MH17 Dari Kedah - @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


SUNGAI PETANI - Kerajaan Negeri Kedah akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga kru dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang berasal dari negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, bantuan itu sebagai tanda simpati dan rasa sedih kerajaan negeri terhadap insiden terbabit.

Katanya setakat ini pihaknya mendapat maklumat terdapat dua mangsa insiden itu merupakan anak Kedah.



"Kerajaan negeri merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa terlibat dan semoga mereka tabah menghadapi ujian yang besar ini. Kita akan menghulurkan bantuan sewajarnya termasuk sokongan moral kepada keluarga terlibat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada ibu tunggal dan anak yatim di sini hari ini.

Seorang daripada mangsa adalah pramugari pesawat MH17 Azrina Yaakob, 41, yang berasal dari Kampung Kelompang, Alor Mengkudu dekat Alor Setar.

Seorang lagi mangsa dari Kedah adalah kru teknikal pesawat tersebut Eugene Choo Jin Leong, 45, yang berasal dari Jalan Kolam Air, di sini.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga bersetuju mengibarkan bendera negeri dan Persekutuan separuh tiang di semua bangunan kerajaan selama tiga hari bermula hari ini sebagai tanda penghormatan atas tragedi itu.

Beliau turut meminta agar semua rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik bersatu bagi menuntut keadilan terhadap insiden itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam perutusan Khas-Nahas MH17 malam semalam berkata kerajaan memutuskan agar bendera negara dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam semalam sehingga Isnin depan (21 Julai) berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine Khamis lalu.

Hadir sama pada majlis hari ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain. - Bernama

Sabtu, 12 Julai 2014

Kisah Di Sebalik Ugut Bunuh MB Kedah Dan KSU Kedah #KedahSerataRata


Aku kenal dengan Padi Jantn dari tahun 2010. Ketika tu kami sama-sama berjuang mempertahankan Madrasah Salihiah dari diruntuhkan Pas Kedah Laknattulah. (sanggup runtuhkan surau dan madrasah yg berusia 105 tahun untuk buat sebuah shopping kompleks)

Padi ni seorang yang berbakat besar, pakar edit gambar dan video. Malah ketika tu dia ni cybertrooper UMNO yang menentang Pas. Ketika tu, kiblatnya masih betul, perjuangan dia masih cantik.

Muhamad Taufik Ali atau Padi Jantan

Kemudian aku dan sahabat2 TMK keluar dari kelompok AJK Madrasah Salihiah sebab kami rasa dipergunakan. Kami rasa ada sesuatu yang tak kena dalam kumpulan berkenaan. Dari terpalit sekali, baik kami angkat kaki.

Aku hanya mengikuti kisah madrasah malang tu dari jauh. Malang sebab Pas nak runtuh madrasah dan surau sb nak buat pasaraya besar, dan lebih malang kumpulan yang mempertahankan madrasah tu, bukan benar-benar ikhlas nak pertahankan.

Cerita selepas itu, apa yang aku tahu, Madrasah dan surau dah runtuh. Tanah wakaf terbabit telah diserahkan kepada Sony Hoo (cina Dap Penang) .. kes ni telah dicampur tangan pihak Istana Kedah. Malah pihak AJK surau yang kononnya mempertahankan madrasah tu pun tandatangan setuju utk terima tanah ganti dan duit RM1.4 Juta sebagai gantirugi.

Semua peristiwa ni berlaku pada zaman PAS KEDAH memerintah.

Bila semua benda dah diselesaikan oleh pihak Istana Kedah, malah pihak wakil tanah wakaf madrasah berkenaan juga sudah menurunkan tandatangan. Kiranya semua pihak sudah setuju kes ini selesai.

Kerajaan negeri takdak kuasa lagi, bila pihak Istana ambil alih kes ni.

Masih berlaku di bawah pemerintahan Pas.

Tiba-tiba bila BN ambil alih Kedah. si Padi Jantan meroyan minta Dato Mukhriz beli balik tanah wakaf madrasah tu. Kemudian hari-hari dihamun UMNO/BN kononnya yahudi, israel, jahat dan kejam.

Apa kaitan UMNO/BN dalam kes tanah wakaf madrasah? UMNO/BN kah yang gadaikan tanah tersebut?

Lagi satu, apa kena mengena Dato Mukhriz dengan tanah wakaf tu. Beliau tak terlibat langsung. Duit dah dapat, tanah ganti juga telah diberi.. tandatangan juga dah diturunkan. Tiba-tiba minta kerajaan BN beli balik tanah wakaf tu dan pulangkan pada mereka.

Mana mungkin boleh buat macam tu. Tanah tu dah jadi hak orang, dah tukar nama, malah pembinaan sudah dijalankan.

Inilah perjuangan Padi Jantan. Hangpa yang baca ni, fikir perjuangan dia sebab mempertahankan tanah wakaf atau sebab duit?

Demi Allah.. apa yang aku tulis ini adalah benar dan benar-benar belaka.

SUMBER :- Kedah Ke KL

Jumaat, 11 Julai 2014

Malaysia Mengutuk Sekerasnya Serangan Israel Terhadap Palestin - @MuhyiddinYassin #PrayForGaza

Timbalan Perdana Menteri di Majlis
Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab dan
Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan 
Negeri Kedah ( Sumber Gambar - Mukhriz Mahathir FC - https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC )


Alor Setar - Dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin di Majlis Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, YAB Timbalan Perdana Menteri mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman rejim zionis menyerang Umat Islam Palestin.



"Malaysia mengambil satu pendirian yang cukup jelas daripada awal waktu zaman Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri kita mengambil tindakan yang agak luar biasa memberikan sokongan bukan sahaja dari segi moral tapi material sampailah ke hari ini ".

" Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Israel terhadap orang-orang kita (umat Islam) yang ada di Palestin ". Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

" Ilmu ada tidak berguna, akal ada pun tidak digunakan, yang ada ialah nafsu adalah niat yang tidak baik ". Katanya lagi.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini telah lama berlarutan walaupun sudah banyak resolusi dan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibuat supaya Israel menghentikan kezaliman ke atas rakyat Palestin.

Khamis, 10 Julai 2014

@MukhrizMahathir Umum Rancangan Pembangunan Di Daerah Kulim Dan Bandar Baharu #KedahSerataRata


Ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Dan Memberi Sumbangan kepada Guru Al-Quran Sukarela, Bidan Kampung, Mudim dan Pengurus Jenazah Daerah Bandar Baharu kelmarin di Masjid Al-Fateh Serdang, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan beberapa perancangan projek yang akan di bangunkan Kerajaan Negeri di Daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Melalui projek pembangunan ini, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz berharap ianya dapat menyumbangkan peningkatan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Antara perancangan projek yang diumumkan adalah



1- Membangunkan satu bandar MEDICAL SCIENCE CITY di Bandar Baharu Kulim yang berkeluasan 660 ekar. Projek ini ditujukan khas untuk industri dan perkhidmatan Medical dalam bentuk penghasilan peralatan Medical untuk kegunaan didalam negara dan dieksport ke luar negara.

Industri Medical ini mampu memberi peluang pekerjaan yang bergaji tinggi kepada anak tempatan serta memberi kesan kepada peningkatan ekonomi setempat.

2- Projek pembinaan Rumah Rimbunan Kasih kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dengan harga yang munasabah.

Perumahan Rimbunan kasih merupakan satu projek yang melibatkan pembinaan 100 unit rumah di kawasan Bandar Baharu dan ianya mempunyai aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan kepada pemilik rumah Rimbunan Kasih.

3- Kerajaan Negeri Kedah kini sedang giat melobi Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan pembinaan satu Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di kawasan Sidam.

4- Pembinaan sebuah kompleks sukan mini atau mini stadium yang akan dibina di kawasan Serdang tidak lama lagi.

Projek pembinaan kompleks sukan mini ini adalah diatas usaha pemohonan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadhil yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu kepada Kerajaan Persekutuan.

Jumaat, 4 Julai 2014

"Perancangan Ekonomi" Kedah Kemukakan Cadangan Kepada Menteri EPU - @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #KedahSerataRata


Dalam kunjungan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahagian Unit Perancang Ekonomi (EPU) YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid Omar bertemu Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir kelmarin, YAB Menteri Besar Kedah telah kemukakan beberapa cadangan kepada YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid Omar didalam perancangan ekonomi negeri Kedah.

Saksikan video kenyataan YAB Menteri Besar Kedah dibawah ini berkenaan cadangan yang di kemukakan Kerajaan Negeri Kedah.


Pisau Kedah mendoakan agar usaha YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dan pentadbiran beliau membangunkan ekonomi Negeri Kedah membuahkan hasil agar dapat dinikmati rakyat negeri Kedah.

Khamis, 3 Julai 2014

Benarkah Kerajaan Malaysia Pentadbiran @NajibRazak Zalim Terhadap Penjawat Awam ??


Pisau Kedah sering berbual dengan penjawat awam dan boleh di katakan 70% dari penjawat awam termasuk dikalangan sahabat Pisau Kedah sendiri mengatakan Kerajaan Malaysia pentadbiran YAB Dato' Seri Najib Tun Razak zalim menindas rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam dengan bebanan harga barang naik.

Benarkah Kerajaan Malaysia pentadbiran YAB Dato' Seri Najib Tun Razak zalim ?

Bagi Pisau Kedah sebenarnya penjawat awam yang menyatakan Kerajaan Malaysia zalim terhadap rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam merupakan individu yang tidak tahu erti bersyukur atau kufur nikmat. Mampu membeli motorsikal, kereta baru serta rumah tapi masih menganggap diri masih dalam keadaan susah.

Alangkah bertuahnya penjawat awam di Malaysia yang sering mendapat perhatian Kerajaan Malaysia berbanding rakyat Malaysia yang berkerja sendiri atau berkerja dengan swasta. Penjawat awam yang berkerja dengan Kerajaan Malaysia diberikan pelbagai kemudahan bagi menjaminkan kelangsungan kehidupan harian.

Terbaru, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Manakala 684,000 pesara kerajaan mendapat bantuan sebanyak RM250.



Harus diingat bahawa ini pengumuman bantuan ini bukan bonus yang tiap-tiap tahun penjawat awam dapat. Tapi ianya BANTUAN KHAS yang tidak termasuk atau di tolak dari bonus yang di perolehi penjawat awam tiap-tiap tahun.

Bantuan ini adalah untuk meringgankan bebanan penjawat awam serta pesara kerajaan didalam membuat persiapan menyambut hari raya Aidilfitri pada penghujung bulan ini.

Untuk pengetahuan, sebanyak RM890 juta Kerajaan Malaysia belanjakan bagi memastikan penjawat awam dan pesara kerajaan dapat menikmati sambutan hari raya Adilfitri kali ini.. Apakah ini menunjukan Kerajaan Malaysia zalim lagi terhadap penjawat awam ?

Bagi penjawat awam yang masih merasakan Kerajaan Malaysia zalim walau pun pelbagai inisiatif diberikan Kerajaan Malaysia, Pisau Kedah sarankan lebih baik letak jawatan kerana masih ramai individu yang tahu erti bersyukur mahu menjadi penjawat awam.

12 Negara Luar Mahu Contohi Pengurusan Haji Malaysia #TabungHaji


MAKKAH - Pengalaman 50 tahun Lembaga Tabung Haji (TH) dalam pengurusan haji dan umrah kini menarik minat banyak negara luar untuk mencontohi modul TH dalam menguruskan dana dan latihan kepada jemaah mereka.

Pengerusi TaHa Alam Sdn Bhd Tan Sri Hashim Meon berkata 12 negara menyatakan minat mereka untuk menggunakan modul TH, antaranya Maldives, Senegal, Nigeria Filipina, Australia, Kazakhtan dan Tatarstan.

Tan Sri Hashim Meon

TaHa Alam ialah syarikat usaha sama milik Perbadanan Islam bagi Pembangunan Sektor Swasta (ICD), cabang sektor swasta Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Theta Edge Berhad, anak syarikat TH, yang ditubuhkan pada 2011 bagi menawarkan khidmat nasihat dan perundingan kepada negara yang berminat menggerakkan skim simpanan haji dan mengurus syarikat pengurusan haji mereka.

"Mengorak langkah selama 50 tahun dalam pengurusan ibadah umrah dan haji, Lembaga Tabung Haji (TH) sering mendapat maklum balas positif daripada negara luar untuk mengguna pakai modul dan sistem kendalian TH dalam menguruskan ibadah umrah dan haji.

"Setakat ini, sebanyak 12 negara telah menyatakan hasrat mencontohi modul tersebut dan TaHa Alam kini dalam peringkat perbincangan serius," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, untuk jangka pendek, pihaknya akan menawarkan perkhidmatan rundingan, latihan, pengurusan dana serta logistik jemaah haji.

"Buat masa ini, kita juga menumpukan kepada 56 negara Islam anggota IDB dengan giat mempromosikan untuk membantu menyediakan khidmat nasihat pengurusan jemaah umrah dan haji.

"Mereka juga sedia maklum bahawa modul TH dilihat dapat memberi manfaat kepada jemaah pada masa akan datang seperti lebih menjimatkan kos dan menguruskan ibadah umrah dan haji secara lebih sistematik," katanya.

Bagi tempoh jangka panjang pula, TaHa Alam berharap dapat membantu negara berkenaan mewujudkan organisasi pengurusan haji yang sama seperti TH. - Bernama

Rabu, 2 Julai 2014

@NajibRazak : "Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Merupakan Satu Keperluan Yang Mendesak" - @MukhrizMahathir #KedahSerataRata #HanyaDiKedah



Dalam sidang media yang dilakukan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah kelmarin ketika menyampaikan sumbangan serta berbuka puasa bersama 1256 tenaga pengajar Al-Quran sukarela, Mudim, Bidan dan Pengurus Jenazah daerah Kuala Muda di Masjid Kairah Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, YAB Dato Seri menyatakan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim satu keperluan yang mendesak.


Pisau Kedah menyokong sepenuhnya hasrat Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim bagi pertumbuhan ekonomi setempat.

Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim cukup strategik kerana ianya mampu menarik perhatian pelabur-pelabur untuk datang melabur di Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang akhirnya ianya boleh memberi manfaat peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan serta anak-anak muda yang tinggal di utara Perak dan Pulau Pinang.

Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan menitik berat pembangunan ekonomi di Negeri Kedah yang bakal bertumbuh pesat sekiranya hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim tercapai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...