Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 26 November 2013

Dasyat !!! PKR Buktikan Mereka Akan Buat PR Menang Pada PRU14..


Lagi tamparan hebat buat PKR apabila 11 Ketua Cabang mereka di Sabah termasuk 2 daripadanya adalah ADUN Sabah telah meletak jawatan serta keluar dari PKR kerana sudah tidak lagi mempercayai perjuangan PKR.

11 Ketua Cabang PKR Sabah yang Pisau Kedah Maksudkan itu adalah.

1. Angki Addek (Kota Marudu)
2. Anthony Mandiau
3. Juhani Abd Halim
4. Mohd Jun (Kebalakan)
5. Musthapa Tambuyung (Kinabatangan)
6. Lokuan Ureh (Semporna)
7. Timoty Lim (Sepangar)
8. Apandy Sipin (Persiangan)
9. Soloh Yuna (Kota Belud)
10. Jelani Hamdan
11. Jeremmy Malajad (Kedamaian)

Baru ini kita dapat saksikan 3 orang kuat PKR di Langkawi meletak jawatan dari PKR kerana mempunyai masalah dengan PKR Negeri serta PKR Pusat.. (Klik Sini)

Bagi pendapat peribadi aku setelah melihat kelemahan PKR, wakil dari PAS lebih layak menjadi ketua dalam PR.. PAS lebih berhak memimpin PR jika hendak di ikutkan dari jumlah ahli serta struktur parti lebih kukuh berbanding PKR dan DAP

Sabtu, 16 November 2013

Terkini !!! Pengerusi PKR Langkawi Dengan Rasminya Umum Keluar Parti


Pada pukul 2.30 tengahari tadi bertempat di De Baron Resort Langkawi, Pengerusi PKR Langkawi, Dato Wan Salleh Wan Isa, Timbalan Ketua Cabang PKR Langkawi, Razali Abas dan Naib Ketua Cabang PKR Langkawi, Sivamoni dengan rasminya telah mengumumkan keluar dari parti PKR.

Dalam sidang media yang dilakukan Wan Salleh, beliau mendedahkan bahawa semenjak dirinya disingkirkan dari jawatan Pengerusi PKR Kedah, PKR Negeri di lihat tidak pernah mengadakan mensyuarat sehingga ke hari ini.

Menurut Wan Salleh, PKR Pusat serta PKR Negeri langsung tidak mengambil berat kepada cabang-cabang PKR di seluruh Malaysia dan ketua-ketua cabang yang bertungkus lumus menghidupkan parti dengan sendiri. Akibat dari sikap tidak mengambil berat terhadap cabang-cabang PKR, Pejabat PKR Langkawi sendiri yang tidak mempunyai sumber kewangan terpaksa ditutup setelah 6 bulan gagal menjelaskan sewa bangunan.

"Pemimpin PKR Negeri dan Pusat dilihat terlalu angkuh untuk mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan ketua-ketua cabang yang selama ini bersusah payah, berhabis wang ringgit, tenaga serta mencari sokongan namun telah diketepikan ", Katanya.

Dalam masa yang sama Wan Salleh juga turut dilihat meluahkan rasa kecewanya kerana tidak diberi peluang untuk bertanding di DUN Kuah pada PRU13 lalu yang dilihatnya mampu dimenanginya. Apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila kerusi DUN Kuah tersebut telah diberikan kepada orang luar yang tidak faham keadaan setempat.

Wan Salleh menegaskan bahawa tindakannya keluar dari PKR bukan disebabkan oleh tawaran kewangan oleh mana-mana parti. Selain itu beliau juga turut menolak dakwaan akan menyertai UMNO setelah keluar dari PKR.

Kantoi !!! Pemuda PAS Akui Ada Bukti Berbentuk CD Yang Boleh Mengaibkan @MahfuzOmar


Sebelum ini Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dengan bangganya telah membuat ucapan terima kasih secara terbuka kepada Karpal Singh kerana berjaya menipu penyokong PAS dalam isu gesaan agar pendaftaran PAS di batalkan

Mahfuz yang mahu menjilat Karpal Singh dan DAP telah meletakkan kepercayaan kepada penjelasan yang dilakukan Karpal Singh kononnya isu terbabit di putar belit media yang mahu memecah belahkan PR.


Namun dengan pendedahan terbaru yang dilakukan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar bahawa dia mempunyai bukti yang Karpal Singh berbohong dalam isu gesaan membatalkan pendaftaran PAS.

Pas hari ini mendakwa mempunyai bukti Pengerusi DAP, Karpal Singh telah berbohong apabila menafikan beliau meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob ketika mendedahkan perkara itu berkata, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat (CD) rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu.

Raja Ahmad Iskandar berkata, menerusi penelitian mereka terhadap CD tersebut jelas menunjukkan Karpal telah berbohong apabila menyatakan dia tidak langsung menyarankan supaya Pas dibatalkan pendaftarannya sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.

''Ini kerana pada minit ke 6:07 dalam rakaman itu, Karpal jelas didengari menyebut, "operasi melibatkan agama, perkauman, adalah satu perkara yang sangat berbahaya dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti kita. Saya (Karpal) rasa sudah tiba masanya untuk semua parti politik yang berasaskan agama dan kaum untuk dibatalkan pendaftarannya, termasuk walaupun Pas".

"Jadi, apa yang dikatakan Karpal sebelum ini adalah satu pembohongan," kata Raja Ahmad Iskandar dalam sidang akhbar di Pejabat Pas negeri di sini hari ini.
Pendedahan Ketua Pemuda Pas Perak itu adalah sebagai mengulas dakwaan Karpal bahawa beliau tidak menegeluarkan kenyataan tersebut.

Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf terhadap Pas meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti itu.
Menurut Raja Ahmad Iskandar lagi, Karpal dalam rakaman itu juga didengari ketika menjawab pertanyaan media mengenai status Pas turut memberitahu bahawa apa yang dicadangkannya itu juga turut termasuk parti sekutunya itu.

Menurut Raja Ahmad Iskandar, pihaknya mengambil daya usaha untuk mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang akhbar tersebut daripada pihak yang menghadirinya atas dasar tanggungjawab apabila melihat Karpal sendiri gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang dikatakan telah mengada-adakan perkara tersebut.

Katanya, ia juga selaras dengan seruan Karpal sendiri yang mahu supaya kebenaran sesuatu fakta dipastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar meminta kepemimpinan DAP mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang itu kerana tindakannya jelas merupakan satu pencabulan ke atas semangat setiakawan pakatan berkenaan.

"Kami juga memberi tempoh selama seminggu untuk Pengerusi DAP itu memohon maaf kerana menyeru supaya Pas dibatalkan pendaftarannya selain membohongi kami apabila tidak mengakui ada menyatakan perkara berkenaan.

'"Beliau juga perlu memohon maaf kerana menyifatkan tindakan para pemimpin Pas mengkritiknya sebagai perbuatan buruk dan tidak matang," katanya

Jumaat, 15 November 2013

Hot !!! "Perlaksanaan Hudud" UMNO Kelantan Bagi Amaran Kepada DAP Supaya Tidak Masuk Campur


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa agar DAP tidak campur tangan berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

“Boleh tak gu gu (kawan-kawan) yang baik dengan DAP cakap pada mereka supaya tutup mulut. Tak perlu menyibuk hal pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Di Kelantan, DAP tak ada setengah kerusi pun dalam Dewan Undangan Negeri. Kita tak kacau urusan hudud di Pulau Pinang atau Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata isu pelaksanaan hudud itu melibatkan orang Islam dan biarkan Kelantan melaksanakannya.

“Biar Kelantan buat. Selepas ini orang lain boleh tiru. Ini urusan agama orang Islam di negeri yang badan membuat undang-undangnya 100 peratus Islam.

“Kita tak kacau demo (mereka) pun,” katanya.-Sinar Harian

"Hudud Sudah Boleh Dilaksanakan Di Kelantan" PAS Tidak Tahu Nak Di Laksanakan Bila


Alhamdulillah apabila Pisau Kedah mendengar kenyataan dari Ketua Hakim Syarie Kelantan yang menyatakan Kelantan boleh laksanakan Hukum Hudud bila-bila masa sahaja.

Tapi sehingga sekarang Kerajaan Kelantan pentadbiran PAS masih lagi belum mengesahkan berapa lama masa lagi PAS benar-benar hendak laksanakan Hudud di Kelantan.. PAS hanya menyatakan masih di peringkat kajian jawatankuasa teknikal walaupun 20 tahun telah diluluskan dalam sidang DUN Kelantan.

KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan perlu menetapkan masa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini selain memberi kefahaman kepada masyarakat secara menyeluruh.

Bagi tujuan itu, pensyarah dan pendakwah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, kerajaan Kelantan perlu menjadikan negara Brunei sebagai contoh dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan hudud.

“Brunei menetapkan tarikh enam bulan lagi untuk menjalankan hukum hudud di negara itu dan Kelantan perlu berbuat demikian dengan menyatakan bilakah tarikh hudud akan dilaksanakan.

Kerajaan negeri juga dicadangkan menyatakan kepada masyarakat mengenai langkah  ke arah pelaksanaan hudud dengan memberi kefahaman serta penjelasan kepada mereka di seluruh negeri ini,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad yang menyatakan kesediaan Kelantan melaksanakan penguatkuasaan hukum hudud selepas bangunan Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung kini siap dan beroperasi.

Seperti Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993, Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013 hanya tertakluk kepada rakyat Brunei beragama Islam. Hukuman jenayah sivil juga dilaksanakan secara bersama di negara tersebut.

Malah, pengharaman menjual dan meminum minuman keras secara terbuka telah lama dilaksanakan di negara itu. Peraturan ketat juga dikuatkuasakan kepada penganut agama lain.

Abdul Basit berkata, kefahaman mengenai hudud perlu dijalankan di peringkat negeri supaya ia lebih menyeluruh kerana persepsi masyarakat terhadap hukum hudud masih menakutkan kepada orang bukan Islam dan segelintir orang Islam ada juga yang menentangnya.

“Kerajaan negeri perlu melakukan langkah yang sewajarnya melalui penerangan untuk memberi kefahaman kepada seluruh masyarakat di Kelantan.

“Kursus kefahaman berkaitan hudud juga perlu diberikan kepada orang bukan Islam dan ia tidak hanya bertumpu di Balai Islam, Lundang sahaja, sebaliknya perlu menyeluruh iaitu diadakan di daerah-daerah lain di negeri ini,” katanya.

Katanya, sebelum ini, kerajaan negeri ada menyatakan langkah memberi kefahaman secara menyeluruh, namun sehingga kini perkara tersebut masih belum terlaksana.

Sementara itu Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, terserah kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud di negeri ini atau sebaliknya.

“Saya menyokong pandangan Ketua Hakim Syarie dan kini terserah kepada kerajaan negeri. Saya menasihatkan supaya masyarakat sedia membuat penghijrahan perasaan dan minda.

“Rakyat harus bersedia untuk menerima pelaksanaan hukum hudud kerana enakmen hudud ini diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat,” katanya.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nassuruddin Daud pula berkata, penjelasan yang dibuat oleh Mohamad Daud sudah cukup dan sebarang kenyataan tidak dikeluarkan setakat ini.

“Saya rasa apa yang beliau jelaskan sudah cukup, nantilah selepas ini,” katanya ringkas.

"Titah Sultan Selangor" Yang Tidak Akan Terdapat Dalam Akhbar Pembangkang


Sehingga ke saat ini titah Sultan Selangor berkenaan penggunaan kalimah Allah langsung tidak dimuatkan dalam akhbar pembangkang terutamanya PAS.

Apakah pembangkang terutamanya PAS melihat titah Sultan Selangor berkenaan kalimah Allah akan merugikan Pakatan Haram ?
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam 'Bible' dan penerbitan 'The Herald' versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta.

Baginda bertitah ia bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor khususnya dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
Sehubungan itu, baginda meminta rakyat Selangor supaya menghormati dan mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah.

"Ini kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu (Esa) seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas," titah baginda menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais di sini.

Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 Nov lepas, telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat negeri itu tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Ia seperti yang diperuntukkan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

Sultan Selangor turut bertitah menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan isu kalimah Allah sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ialah satu kalimah suci dan membabitkan akidah umat Islam.

Baginda juga bertitah menggesa umat Islam merapatkan barisan dan bersatu padu mempertahan kesucian kalimah Allah serta menghalang usaha mana-mana anasir yang tidak bertanggungjawab menyalahguna dan menghina kalimah Allah.

"Isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini," titah baginda.

Baginda turut berdoa supaya perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini sentiasa terpelihara dan mereka dapat hidup dengan aman damai, menghormati antara satu sama lain dan saling bertolak ansur. - BERNAMA

Panas !!! "CEC Tidak Sah" DAP Kantoi Nak Lakukan Konvensyen


DAP dijadualkan mengadakan Konvensyen di peringkat negeri pada bulan hadapan.  Mengikut perlembagaan parti di bawah Fasal 15(6), konvensyen yang dijadualkan di semua negeri itu hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Bagaimanapun, DAP dijangka terpaksa menangguh konvensyen tersebut memandangkan parti itu masih mempunyai masalah dengan perlantikan CEC.  Ini berikutan aduan yang dibuat kepada ROS oleh ahli seumur Hidup DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat  mengenai pemilihan semula pada 29 September lalu yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan. 

Swee Huat menyatakan bahawa aduan tersebut dibuat bagi mewakili ramai ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan tindakan kepimpinan pusat mengabaikan perlembagaan parti.

Apa yang kita tahu ialah Pemilihan CEC DAP hanya melibatkan pengiraan sebanyak lebih kurang 2,000 undi. Pun begitu, DAP dilihat begitu sukar untuk menguruskannya. 

Sejak pemilihan awal pada Disember lalu, DAP terus mengalami pertikaian.  Pertamanya kerana keputusan pemilihan tidak memperlihatkan gambaran parti berbagai bangsa seperti yang dilaungkan kerana selain bangsa Cina, bangsa lain langsung tidak terpilih memegang jawatan tinggi. Justeru, DAP telah mengumumkan pengiraan semula undi atas alasan kesilapan komputer. 

Namun, masalah tetap timbul apabila didapati seramai 753 perwakilan yang majoritinya dari bangsa India telah tidak menerima notis mesyuarat dan tidak dapat membuang undi. Akibatnya, DAP terpaksa membuat pemilihan semula yang mana telah menyaksikan ‘kehilangan’ lebih ramai lagi perwakilan.    

Walaupun tiada dari perwakilan yang ‘hilang’ itu membuat aduan, tetapi timbul pula aduan yang DAP telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan dengan mengadakan pemilihan di dalam Kongres Khas dan bukan Kongres Kebangsaan seperti sepatutnya. 

Apa yang menarik ialah DAP telah menggunakan kos yang tinggi untuk mengadakan pemilihan semula tersebut di Hotel One World serta menggunakan khidmat konsultan bagi mengira undi. Nampaknya, setelah begitu banyak  masa dan wang dihabiskan, pemilihan CEC masih juga belum muktamad. 

Jika perkara semudah ini juga DAP tidak dapat uruskan dengan cekap dan bersih, bagaimana kita mengharapkan DAP dapat menguruskan negara dengan cekap dan bersih juga? 

Seperti biasa, DAP cuba mengambil sikap degil dengan mengabaikan aduan ahli dan juga siasatan ROS. Parti itu dilihat cuba untuk meneruskan Konvensyen peringkat negeri sepertimana yang dijadualkan. 

Sudah tentu ini akan mengundang lebih banyak masalah di mana keputusan Konvensyen itu juga nanti tidak boleh digunapakai kerana ia diadakan di bawah pengurusan CEC yang tidak sah. 

Rakyat kini menunggu sejauh mana DAP ingin berlagak degil seolah-olah mereka mampu mengatasi undang-undang dan perlembagaan. Jika perlembagaan parti pun hendak dilanggar, bagaimana DAP mampu bercakap soal keadilan, kesaksamaan dan ketelusan?  

Terbukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang berperwatakan samseng. Tidak hairanlah parti ini sering membela penjenayah dan sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang. 

Apakah logik kita mengharapkan parti samseng dapaat menjadi kerajaan yang baik? Logiknya, tempat samseng ialah di dalam penjara, bukan di atas takhta.

Khamis, 14 November 2013

Panas !!! Filem Seram "Highland Tower" Timbulkan Masalah Kepada Penduduk Berhampiran


Filem Melayu berunsur seram Highland Tower yang sedang ditayangkan di pawagam didakwa menimbulkan masalah kepada penduduk sekitarnya.

Penduduk berdekatan pangsapuri itu, Datuk Siti Hendon Chik, berkata filem berkenaan yang menggunakan pangsapuri yang ditinggalkan itu sebagai lokasi penggambaran memberi kesan negatif kepada mereka.

Katanya, filem itu menggambarkan seolah-olah kawasan berkenaan benar-benar berhantu.

Gambaran karut.

"Itu semua karut, kami yang tinggal di sini sejak 1982 hingga sekarang masih belum mengalami kejadian aneh seperti digambarkan dalam filem itu.

"Sebaliknya, kehadiran orang ramai yang cuba memasuki kawasan ini juga mengganggu ketenteraman penduduk di sini," katanya yang tinggal kira-kira 20 meter dari pangsapuri berkenaan.

Beberapa blok pangsapuri itu dikosongkan selepas satu bloknya tumbang pada 1993.

Pengawal keselamatan kawasan itu, R Uguneswaran, 25, pula berkata ramai orang cuba menceroboh kawasan itu sejak 31 Oktober lalu.

Dia yang bertugas mengawal jalan masuk Taman Hillview dan Taman Sri Ukay, mendakwa diancam dipukul kerana tidak membenarkan pengunjung masuk.

"Malam semalam (kelmarin), hampir 100 remaja bermotosikal cuba memasuki dan apabila dihalang mereka memaki kami," katanya.

Kantoi !!! "GST Membebankan Rakyat" PAS Sendiri Tidak Yakin Dengan Dakwaannya


Sebelum ini PR termasuk PAS sering menggunakan GST sebagai senjata untuk menyerang kerajaan kononnya GST merupakan sistem cukai yang akan membebankan rakyat.

Namun benarkan PAS betul-betul yakin dengan dakwaan mereka bahawa GST merupakan satu sistem cukai yang membebankan rakyat ?

Sebenarnya PAS yang menggunakan GST sebagai bahan kempen pada PRK Sungai Limau tempoh hari untuk memburukkan BN pun tidak yakin dengan dakwaan mereka bahawa GST bahawa satu cukai yang membebankan rakyat.

Ini terbukti apabila PAS melalui Ahli Parlimennya (PAS-Temerloh) yang juga merangkap Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan @ Nasruddin Tantawi sendiri meminta "JAMINAN" dari kerajaan yang GST tidak membebankan rakyat.

Meminta jaminan dari kerajaan menunjukkan PAS sendiri tidak yakin GST benar-benar membebankan rakyat sekiranya dilaksanakan


Perlaksanaan GST adalah membebankan rakyat yang dimainkan PR hanyalah satu persepsi negatif untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Sebelum ini rakyat Malaysia telah membayar cukai SST sebanyak 10% sehingga 16%. Apabila SST dimansuhkan dengan mengantikan GST, rakyat hanya perlu membayar 6% sahaja. Ternyata dari segi perlaksanaan pencukaian ianya tidak membebankan rakyat.

Manakala dari segi pemantauan perlaksanaan GST pulak, dalam perkembangan terbaru kerajaan yang mahu laksanakannya pada 1 April 2015 telah bersedia untuk melaksanakan GST pada bila-bila masa sahaja.

Pada ketika ini, jentera Kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengambil langkah bagi
menyediakan keperluan-keperluan pelaksanaan GST yang merangkumi aspek perundangan, pembangunan sistem komputer, penyediaan logistik dan infrastruktur, latihan dan publisiti serta pengorganisasian.

Kerajaan sebelum ini sudah beberapa kali telah memberi jaminan bahawa perlaksanaan GST tidak akan membebankan rakyat. Hanya PR sahaja yang memutar belit kononnya perlaksanaan GST membebankan rakyat.

Pendedahan Panas !!! Ajaran Syiah Di Malaysia Merupakan Adalah Agenda Yahudi


KUALA LUMPUR – Syiah yang kini dipercayai mempunyai sekitar 300,000 pengikut di negara ini dipercayai didalangi oleh Yahudi yang mempunyai agenda berterusan untuk memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia.

Pengerusi Akidah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin berkata, Malaysia antara negara yang menjadi sasaran gerakan itu sejak 40 tahun lalu.

Katanya, rancangan itu bagaimanapun gagal kerana keberkesanan kepemimpinan negara melaksanakan pentadbiran berlandaskan prinsip keharmonian sejagat.

“40 tahun lalu, ada pengikut Syiah datang berhujah di maktab perguruan Islam dan memberi buku kepada mahasiswa bertujuan untuk mengembangkan fahaman mereka tetapi tidak berjaya. ALLAH masih selamatkan negara kita,” katanya pada Seminar

Kefahaman Islam yang bertajuk ‘Fenomena Syiah - Mencari Kesimpulan antara Benar atau Salah’ di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan di sini, kelmarin.

Syeikh Muhammad Fuad berkata, negara yang ‘dijangkiti’ ajaran Syiah tidak akan aman sampai bila-bila.

“Keselamatan umat Islam hari ini terancam," katanya.

Menurut beliau, sebuah buku bertajuk ‘Doktrin Syiah Imamiah’ telah diterbitkan hasil daripada penyelidikan yang dilakukan terhadap kitab-kitab Syiah Imamiah bagi memaparkan penyelewengan fahaman itu.

“Masih banyak doktrin Syiah Imamiah yang menyalahi agama Islam yang akan dipaparkan termasuk permasalahan dengan Bada’, Raj’ah, Tajsim, Khumus, persamaan Syiah Imamiah dengan Yahudi dan Nasrani.

“Kebanyakan hadis yang terdapat dalam kitab Syiah adalah hadis rekaan mereka sendiri bagi mengaburi mata umat Islam di mana mereka mengeksploitasi nama-nama imam dan pemuka keluarga Nabi Muhammad SAW serta berselindung di sebalik nama tersebut bagi menutup kejelikan yang mereka lakukan.

“Antaranya, mereka mengeksploitasi permasalahan mut’ah demi kepentingan dan keuntungan mereka sendiri,” katanya. -Sinar Harian

Terkini !!! MP Bangang PKR @nsurendran Kena Gantung Dari Dewan Rakyat Selama 6 Bulan


Ayoo..yoo.. Itu tambi N.Surendran sudah kena gantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan serta elaun selama enam bulan akan ditarik balik.

Padan muka MP bangang yang tidak tahu peraturan mesyuarat.
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat.

Ekoran kenyataannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan bersifat bias, semua keistimewaan Surendran termasuk bayaran elaun ditarik balik selama tempoh tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.

Usul bagi menggantung kehadiran Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam itu
dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy
Shukri mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) selepas
dibenarkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee. - UTUSAN

Khyril Muhymeen Sudah Membuat Keputusan Sama Ada Mahu Meninggalkan Kedah Atau Sebaliknya #KedahDarulAman


TEKA teki masa depan Khyril Muhymeen Zambri nampaknya terus menambahkan kerisauan penyokong setia Kedah apabila terbaru, Johor Darul Takzim (JDT) dikatakan menawarkan tawaran gaji lumayan  terhadapnya.

JDT dikatakan membuat tiga tawaran mega kepada pemain berusia 25 tahun tersebut dan dimaklumkan Khyril Muhymeen  telah membuat perbincangan yang mendalam  sekali gus dari hati ke hati bersama keluarganya di dalam menentukan hala tujunya pada musim hadapan.

Sumber terdekat menyatakan penyerang berkenaan telah mencapai keputusan yang muktamad  dan  bakal  mendedahkannya di dalam tempoh terdekat ini.

Sebelum ini laporan akbar mendedahkan bahawa Penasihat pasukan Kelantan, Tan Sri Annuar Musa telah mendapat persetujuan dari pada pihak Khyril Muhymeen  untuk menyarung jersi pasukan The Red Warriors musim depan.

Bagaimanapun,  pada waktu yang sama pula, penolong pengurus Kedah, Amirul Nizam Mahdzir mendedahkan bahawa pemain kelahiran Alor Setar tersebut dikatakan akan terus kekal setia bersama pasukan berkenaan.

Bersama Hijau Kuning sejak 2005 lagi, sudah tentu sukar buat Khyril Muhymeen untuk menolak tawaran menarik dari pasukan berpengaruh seperti Kelantan dan JDT yang  terkenal menghimpunkan pemain-pemain terbaik di negara ini.

Menurut sumber tersebut, pemain berkenaan yang kini bersama skuad kebangsaan untuk tugasan Kelayakan Piala Asia 2015 akan mengumumkan sama ada bakal berhijrah atau terus setia bersama Kedah musim depan.

“Khyril Muhymeen sudah membuat keputusannya selepas berbincang secara mendalam bersama keluarganya dan dia akan mengumumkan paling lewat sekitar minggu ini jika tidak ada sebarang perubahan berlaku,” katanya.

Bagi rekod, dia pernah membawa pasukannya menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia untuk dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.-

Apa Pendirian PAS Setelah Ketua Hakim Syarie Kelantan Bagi "Lampu Hijau" Laksanakan Hukum Hudud Di Kelantan ?



Dalam laporan media semalam yang dilakukan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad ketika majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan, beliau menyatakan bahawa Kelantan sudah bersedia laksanakan Hukum Hudud.

Bagi Pisau Kedah.. Bagus la sekiranya Kelantan nak laksanakan Hukum Hudud walaupun sepatutnya dilaksanakan pada tahun 1993 setelah mendapat kelulusan dalan Dewan Undangan Negeri ketika itu.
KOTA BHARU - Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan Pas mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.

"InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah," katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini, hari ini.

Perasmian kompleks berharga RM25.8 juta itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Pada 1993, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hukum Islam itu.

Bagaimanapun sehingga kini pelaksanaannya tidak dapat dilaksanakan termasuk disebabkan ia mendapat tentangan daripada rakan sekutu mereka iaitu DAP.

Sementara itu, Daud berkata tidak ada kes tertunggak melibatkan pelbagai kes umat Islam di Mahkamah Syariah di negeri ini dan itu dianggap satu kejayaan.

"Kami berjaya menyelesaikannya sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun daripada kes itu berjalan. Ini kerana kami mempunyai kelengkapan termasuk hakim yang mencukupi," katanya. - Bernama

Tapi apakah didalam melaksanakan Hukum Hudud.. PAS Kelantan telah mendapat persetujuan DAP yang juga berada didalam Pakatan Haram.?

Pisau Kedah dengan rendah diri akan memuji PAS Kelantan sekiranya PAS yang mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan dapat melaksanakan Hukum Hudud.

PAS perlu buktikan yang mereka bukan penjilat DAP.


Rabu, 13 November 2013

MCA Tak Perlu Tamak Dengan Tawaran @MukhrizMahathir Untuk Lantikan EXCO Kerajaan Negeri Kedah


Bila dah tamak haloba menguasai diri.. Apa yang diberi semuanya tidak cukup. Bila diberi betis hendak dimintanya peha pulak.

Memang jenis dasar tak sedar diri sungguh "MCA" apabila dulu menolak kesemua jawatan EXCO dari Kerajaan Negeri Kedah, tetapi sekarang meminta lebih dari satu kerusi EXCO Kerajaan Negeri Kedah daripada YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir.
Hanya seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada MCA yang akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kedah walaupun terdapat dua kekosongan jawatan tersebut.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun terdapat dua Adun MCA di Kedah tetapi hanya seorang iaitu Adun Gurun Dr Leong Yong Kong yang akan dilantik.

“Daripada awal saya nyatakan saya telah khaskan satu jawatan exco untuk Adun mewakili masyarakat Tionghoa. Daripada awal lagi memang satu, satu lagi ‘reserve’ (simpan) untuk masa depan, tak tau apa keputusan yang akan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) peringkat negeri di sini, Selasa.

Mukhriz ketika ini hanya melantik lapan Exco kerajaan negeri berbanding 10 yang biasa diamalkan, dengan satu dikhaskan untuk wakil MCA dan satu lagi sebagai “reserve”.

MCA melarang anggotanya memegang jawatan dalam kerajaan, hasil keputusan mesyuarat agung parti itu pada 2011 dan 2012, berikutan prestasi buruk parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas. Kedah mempunyai dua Adun dari MCA – Dr Leong dan Chua Thiong Gee (Kulim).Bagaimanapun, resolusi mesyuarat agung luar biasa parti itu 20 Oktober lepas membenarkan anggota MCA menerima pelantikan jawatan peringkat kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Mukhriz bercadang untuk melantik Dr Leong mengisi jawatan Exco tetapi Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilaporkan sebagai berkata mahukan dua jawatan Exco Kedah yang kosong diberikan kepada Adun MCA.
Mukhriz berkata pelantikan Dr Leong sebagai Exco adalah bagi memenuhi janji beliau dan tidak timbul isu dua Exco daripada MCA.

“Pelantikan (Exco daripada MCA) sepatutnya dibuat dengan exco-exco lain bulan Mei lepas. Kita ambil masa bukan sebab kita tetapi kerana keputusan MCA. Bila MCA buat keputusan (lain), tiba-tiba nak dua pulak, ini sedikit tak adil. Bagaimanapun ini masih boleh dibincangkan. Buat masa ini, satu je Exco,” katanya.

Mukhriz berkata beliau ada menerima surat daripada Dr Chua mengenai pelantikan Exco daripada Adun MCA tetapi surat itu hanya mencadangkan nama Dr Leong.

“Dia (Dr Chua) mencadangkan nama Dr Leong sebagai Adun yang dicalonkan sebagai Exco baharu. Dalam surat satu nama je. Saya dapat surat tu ketika (kempen) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau (baru-baru ini) dan bertemu beliau.

“Bila saya baca surat khabar selepas itu, agak terkejut dia cadangkan dua Exco padahal masa jumpa takde pulak,” katanya.

Mukhriz berkata majlis angkat sumpah Exco baharu itu tidak sempat dilakukan sebelum persidangan DUN pada bulan ini, dan akan dilakukan pada bulan Disember atau Januari. – BERNAMA

Penulisan @ustazfathulbari Yang Telah Membuat Adun-Adun PAS Kedah Meroyan #KedahAmanMakmut


Apabila YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz
Mahathir beserta dengan ahli-ahli Dewan Undangan
Negeri BN bersepakat untuk mewujudkan enakmen anti-Syiah, Alhamdulillah orang BN setuju belaka. Yang membantah adalah 9 ahli Dewan Undangan Negeri PAS. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Beza Syiah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah bukanlah
perbezaan khilaf isu fiqh sahaja. Bukan isu baca qunut atau tak baca qunut, bukan isu buat tahlil atau tidak, bukan isu talqin atau tidak yang ini semua hanya khilaf di kalangan mazhab ahli sunnah yang tidak menggugurkan akidah pun. Imam Ahmad anak murid Imam Syafi’i, Imam Syafi’i anak murid Imam Malik, mereka semua adalah Imam ahli sunnah yang kita ambil ilmu dan pandangan daripada mereka.

Sebaliknya perbezaan Syiah dengan kita adalah pada
prinsip agama dan pendirian akidah. Perkara yang
memisahkan seseorang itu Islam ataupun bukan Islam, sama sekali tidak boleh kita toleransi prinsip dan pegangan agama mereka.

Syiah mengkafirkan sahabat Nabi. Bukan itu saja,
mereka mengkafirkan sahabat Nabi yang telah
dijanjikan Syurga oleh Nabi sendiri. Jika sekarang kita
tidak tahu siapa di antara kita yang ahli syurga, tetapi
pada zaman Nabi, Baginda sendiri telah tunjukkan siapa di kalangan sahabat Baginda yang dijamin Syurga oleh ALLAH SWT. Nabi sendiri yang sebut melalui lisan Baginda sendiri, Nabi sendiri yang tunjuk mereka.

Datang puak syiah, dengan senang mereka mengatakan Abu Bakar, Omar Al-Khattab, Osman bin Affan, Muawiyah bin Abi Sufyan ahli Neraka, na’uzubillah. Syiah menuduh Abu Bakar merancang membunuh Ali bin Abi Talib, menuduh sahabat Nabi menolak wasiat Nabi supaya melantik Ali radhiyallahu ‘anh sebagai khalifah.Mereka bohong, Nabi tidak mewasiatkan sedemikian.

Semua celaan dan hinaan atas sahabat Nabi ini terdapat dalam penulisan-penulisan puak-puak syiah dan kitab karangan ulama-ulama syiah sendiri. Sedangkan sabda Nabi dalam hadis Irbadh bin Sariyah, “Hendaklah kamu lazimi sunnahku dan sunnah Khulafa Al-Rasyidin yang mereka ini diberi petunjuk.” (Sahih, Abu Daud).

Bahkan ALLAH SWT berfirman tentang sahabat
Nabi, “Orang-orang terdahulu yang pertama-tama
(masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang- orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada ALLAH, dan ALLAH menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Al-Taubah: 100).

Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu cela sahabatku.
Walaupun seorang kamu menginfaqkan emas sebesar Uhud pun, tidak akan dapat menandingi sedekah sahabatku sebesar mud dan tidak juga separuhnya.” (Bukhari & Muslim).

Sebab itu Imam Al-Syafi’i berkata, “Aku tidak pernah
melihat orang yang lebih kuat bohong daripada (Syiah) Rafidhah.” Imam Syafi’i, Imam Al-Bukhari memfatwakan haram makan sembelihan Syiah, haram beri salam kepada Syiah, haram menikahi mereka. Mereka lebih dahsyat daripada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani).

Maknanya ini bukan benda kecil. Ini perkara yang cukup besar. Semua mazhab dalam Islam sepakat menolak Syiah. Mana mungkin kita berlepas diri dan tidak mahu tolak Syiah? Bagaimana mungkin kita membiarkan sahaja mereka?

Jika kita marah dikatakan membela syiah, jadi buktikanlah pendirian kita terhadap Syiah dengan tegas. Tunjukkan bahawa kita tidak membela Syiah, tunjukkan bahawa kita menolak syiah.

Mungkin ada pihak mengatakan, “syiah nak sokong kami, takkan kami nak halang”. Kita katakan, sokongan yang disusuli dengan penyebaran akidah dan pemikiran, ditulis di banner-banner ‘Ya Zahraa’ (menyeru Fatimah), Ya Ali (menyeru Ali), sedangkan seruan-seruan ini boleh membawa kepada kesyirikan. Kita hanya menyeru dan berdoa kepada Allah semata-mata, bahkan kita tidak berdoa dan menyeru ‘Ya Muhammad’ sekali pun.

Kita minta semua pihak sama ada di pihak kerajaan
mahupun pembangkang memberi pendirian tegas dalambmenyekat usaha penyebaran fahaman Syiah baik melalui poster, iklan-iklan, kempen politik dan sebagainya.

Walaupun kita kata kita tidak boleh halang syiah sokong parti kita, tapi jangan sama sekali kita benarkan ajaran dan fahaman Syiah yang membawa kepada kesyirikan itu disebarkan.

Saya dan sahabat-sahabat telah berkempen anti-Syiah
sejak 2007 sejak mula-mula balik Malaysia setelah
tamat pengajian. Syiah yang mula-mula kita tentang,
kerana kita tahu bahawa Syiah akan membawa
perpecahan, pergaduhan, dan ajaran-ajaran yang
menyelisihi prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Jadi saya teruja apabila YAB Menteri Besar Kedah
memaklumkan bahawasanya dia akan menghentam dan melawan Syiah habis-habisan dan mengharapkan
sokongan daripada semua dalam Dewan Undangan
Negeri. Usaha mewujudkan enakmen anti-Syiah
sepatutnya disokong penuh oleh orang Islam seluruhnya tanpa mengira parti politik.

Artikel ini disiarkan di akhbar pada Ahad, 10 November 2013


Hot !!! Timbalan Menteri Jalanan @NajibRazak Bersetongkol Dengan Ahli Parlimen PR Untuk Putar Belit Isu KUIL


Tahniah kepada Kerajaan Malaysia melantik Timbalan Menteri yang dikutip tepi jalan yang akhirnya dalam isu perobohan binaan haram Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman, Timbalan Menteri tersebut cuba menentang penguatkuasaan undang-undang pihak berkuasa tempatan.

Timbalan Menteri yang Pisau Kedah maksudkan itu ialah T. Waythamoorty, Ketua Hindraf yang lantang mengkritik tindakan DBKL meroboh struktur haram yang dibina berhampiran Kuil tersebut dan mengherdik Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor secara terbuka apabila Menteri itu mempertahankan tindakan yang dilakukan DBKL

Selain itu dalam isu merobohkan struktur binaan haram di Kuil tersebut, Ketua Pemuda MIC, T Mohan turut cuba menggertak DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan akan mengadakan perarakan kaum Hindu di tengah-tengah Kuala Lumpur bagi menunjukkan protes diatas perobohan struktur binaan haram Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman.

Sebenarnya dalam isu merobohkan struktur binaan haram di Kuil tersebut, T. Waythamoorty dan T.Mohan turut bersetongkol dengan Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menipu kisah sebenar disebalik meroboh struktur pembinaan haram Kuil berkenaan.

Kisah Kuil yang dibangkitkan ketiga-tiga ekoq mangkuk ayun tersebut bermula apabila DBKL dan pemilik tanah yang dicerobohi telah mendapatkan perintah mahkamah untuk merobohkan struktur binaan haram di kuil tersebut dari kawasan mereka. Perintah mahkamah tersebut telah dilaksanakan oleh petugas-petugas DBKL dengan pemantauan pihak polis beberapa hari lepas.


Yang Sebenarnya struktur yang diroboh DBKL bukannya membabitkan binaan utama Kuil tersebut sepertimana boleh dilihat dalam gambar diatas yang kelihatan masih kukuh berdiri. DBKL hanya merobohkan struktur pembinaan tempat parking kereta serta gerai makan yang dibina berhampiran Kuil tersebut atas tanah hak milik individu lain.

Pihak DBKL hanya bertindak atas aduan pemilik tanah yang telah pun mendapatkan perintah Mahkmah atas haknya. Sememangnya wajar Menteri Wilayah Persekutuan mempertahankan tindakan DBKL kerana apa yang dilakukan DBKL tidak melanggar mana undang-undang.

Sepatutnya Timbalan Menteri jalanan dan Ketua Pemuda MIC berfikir menggunakan kepala otak bukannya berfikir dengan kepala lutut sebelum membangkitkan isu perkauman serta isu sensitiviti agama..

Kalau Timbalan Menteri tak boleh nak ikut undang-undang.. Rasanya Timbalan Menteri terbabit tidak layak diberi jawatan didalam kerajaan.

Panas !!! Pakar IT PAS Siasat Kempen Gambar Anjing Untuk Salahkan UMNO ??


Apa.!! Pakar IT PAS akan siasat siapa individu "Fikrah Islamiah Pilihan Kami" yang telah bertanggungjawab menukarkan gambar calon Ketua Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff kepada gambar anjing ??

Dalam kenyataan akhbar Zulhazmi Shariff kelmarin, Zulhazmi memberitahu bahawa dia tidak jadi membuat laporan kepada pihak polis kerana telah mendapat panggilan telefon dari pejabat Agung PAS memaklumkan PAS sedang menyiasat tentang individu yang menggunakan akaun facebook "Fikrah Islamiah Pilihan Kami".

Dakwa Zulhazmi Shariff “PAS Pusat mempunyai pakar IT sendiri untuk menyiasat perkara ini,”

Bagi Pisau Kedah.. Apa-apa pun yang dilakukan PAS, akhirnya PAS akan tetap menunding kepada UMNO menuduh kononnya ianya merupakan kerja jahat UMNO.

Sebagai buktinya.. Belum PAS melakukan sisatan ke atas akaun facebook "Fikrah Islamiah Pilihan Kami", Timbalan Ketua Pemuda PAS merangkap anak Nik Aziz telah menuduh bahawa perbuatan tersebut merupakan kerja jahat UMNO .



Sifat menunding jari menyalahkan pihak lain atas kesalahan sendiri sememangnya itulah kecekapan PAS dari dulu sehingga sekarang. Bayangkan dalam PRK Sg Limau baru-baru ini PAS telah kantoi menipu pengundi dengan menggunakan gambar yang telah di edit bagi menunjukkan hubungan baik calon dengan arwah Tan Sri Azizan Razak, PAS tetap menunding kesalahan tersebut kepada pihak lain.

PAS tidak akan mengakui perkara yang akan merugikan mereka.

Tidak hairanlah dalam kes gambar Zulhazmi di tukar kepada gambar anjing, Zulhazmi tidak jadi membuat laporan polis disebabkan bimbangkan perkara yang sebenar terdedah dan ianya akan merugikan PAS.


KOMEN PISAU KEDAH :-

Kalau isteri-isteri orang PAS mengandung kenapa orang-orang PAS tak tuduh ianya kerja jahat orang-orang UMNO pulak ?

Panas !!! "Enakmen Anti Syiah" @ustazfathulbari Menerima Cabaran Bersemuka Dengan Adun PAS Kedah #KedahAmanMakmur


ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menyahut cabaran untuk bersemuka dengan sembilan Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.

Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.

“Saya boleh bersemuka dengan mereka dan saya sedia terima jemputan itu. Mereka boleh menulis surat dan menelefon saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.

“Kalau boleh, berilah saya cadangan beberapa tarikh untuk saya lihat mana yang sesuai supaya hasrat itu dapat direalisasikan,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Fathul Bari bersetuju bersemuka dengan Adun Pas kerana ingin memastikan enakmen itu yang sudah diluluskan dapat diperkasakan lagi di Kedah.

“Saya bukan nak babitkan Pas mahupun mana-mana pihak, tapi dalam soal Syiah ini kita perlu bersama melangkaui sempadan politik,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Adun Pas mempelawa Fathul Bari bersemuka berikutan penulisannya di dalam akhbar ini, baru-baru ini berhubung sembilan Adun Pas menolak enakmen anti Syiah yang dibentangkan di Dun Kedah disifatkan tidak bertepatan dengan situasi sebenar.

Menurut laporan itu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, Fathul Bari boleh bercakap mengenai isu Syiah dibincangkan dalam masyarakat, tetapi tidak boleh mengaitkan Adun Pas membantah undang-undang itu.

Untuk itu, Mohd Nasir yang juga Setiausaha Adun PR Kedah akan menulis surat untuk mengadakan perbincangan dengannya.

Tidak Salah @Khairykj Muhasabah Diri Dengan Teguran @CTNurhaliza11 #FAM


Semalam ramai yang bercerita didalam alam maya tentang komen penyanyi terkenal tanah air Datuk Siti Nurhaliza melalui akaun twitter rasmi miliknya berkenaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


Tentunya ramai yang beranggapan komen terbabit mempunyai kaitan dengan permasalahan diantara Khairy dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak akhir-akhir ini.

Permasalahan diantara Khairy dan FAM dilihat semakin meruncing apabila bekas kapten skuad kebangsaan dan juga ahli jawatankuasa FAM, Datuk Jamal Nasir menegur tindakan Khairy Jamaluddin yang mengkritik secara melulu seolah-olah dilihat seperti mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan itu.

Dalam sidang media Khairy dua hari yang lalu, Khairy mengatakan  “Jika beliau (Datuk Jamal Nasir) bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” .

Mungkin disebabkan kenyataan Khairy tersebut telah membuat Datuk Siti Nurhaliza membuat teguran terhadap Khairy melalui akaun twitternya kerana di lihat agak biadap.

Bagi Pisau Kedah, Pisau Kedah setuju dengan apa yang diperkatakan Datuk Siti Nurhaliza " Lantang Tidak Perlu Biadap Dengan Yang Lebih Tua"

Pisau Kedah secara peribadinya sememangnya Pisau Kedah tidak sukakan cara politik Khairy dalam UMNO. Namun Pisau Kedah akui sememangnya Pisau Kedah sukakan cara ketegasan dan kelantangan Khairy sebagai Menteri.

Cuma ketegasan dan lantang Khairy tidaklah perlu sampai sehingga tahap menunjukkan dirinya seorang Menteri Muda yang biadap.

Ya.. Memang di akui ramai peminat bola sepak negara yang mahu melihat perubahan berlaku didalam FAM. Tapi itu bukan alasan untuk Khairy bertindak biadap.

Sebagai seorang menteri muda yang dilihat berani dan tegas, Khairy tidak perlu menunjukkan sikap kurang cerdik dirinya "beremosi" didalam menangani sesuatu permasalahan yang bersangkutan dengan jawatannya.

Tegas dan lantang bersuara bukannya bererti seseorang pemimpin itu perlu tunjukkan kebiadapan tidak bertempat terhadap pihak lain.

Selasa, 12 November 2013

Pedih !!! Seorang Pemimpin Politik Kena "SMASH" Dengan Ustaz Kazim Elias


Pehh.. Pedih sungguh status Facebook yang ditulis Ustaz Kazim Elias apabila ada pihak yang menuntut beliau bersara dari berceramah dengan menggunakan SMS.

Tentu individu yang menghantar sms kepada Ustaz Kazim Elias merupakan seorang yang merupakan penyokong fanatik Pakatan Haram.. Ye la penyokong fanatik Pakatan Haram sememangnya kurang senang dengan Ustaz Kazim Elias yang didakwa mereka sebagai Ustaz UMNO.

Berbalik dengan komen Ustaz Kazim Elias berkenaan sms yang menuntutnya berhenti berceramah.. Pisau Kedah amat tertarik dengan ayat Ustaz Kazim Elias tentang seorang pemimpin politik yang tidak menunaikan janji akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Haram kalah dalam PRU13.

Agak-agak siapalah pemimpin Pakatan Haram yang telah berjanji akan bersara sekiranya Pakatan Haram kalah dalam PRU13 ye ??..

Tak perlu la Pisau Kedah bagi tau siapa pemimpin tersebut kerana penyokong Pakatan Haram sendiri sudah mengetahui siapa pemimpin yang di "SMASH" Ustaz Kazim Elias dalam status facebooknya.

Apakah pemimpin Pakatan Haram tersebut yang tidak menunaikan janji yang dilakukan tidak akan dikira munafik ?.

Info Masyarakat : Lagi Penipuan Tentang Mesin ATM Yang Harus Semua Ketahui #Info


Rasanya anda tentu pernah membaca penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah.

Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.

Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.

Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini. - REM RAMZI

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )



Sumber :- Kedah Ke KL

Hot !!! Golongan Ulama PAS Mengeji Karpal, Golongan Liberal PAS Menjilat Karpal


Ramai yang tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang memberikan ucapan terima kasih kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Lidah rasmi parti itu, Harakah Daily semalam melaporkan kenyataan Mahfuz yang memuji tindakan Karpal menjelaskan isu yang telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin Pas kerana menggesa pendaftaran parti itu dilucutkan.  

"Beliau tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran. Perkara ini telah diputarbelitkan oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," katanya.   Kenyataan Mahfuz itu dilihat senada dengan pendirian Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sebelum ini turut menyalahkan media kononnya telah memutarbelitkan kenyataan tersebut.

Sedangkan sekiranya diteliti, kenyataan Karpal itu telah dilaporkan oleh media pro pembangkang seperti Malaysia Insider, Malaysiakini dan Harakah Daily. Apakah ini bermakna, media pembangkang telah tersilap ‘SPIN’ kerana mengambil pendekatan untuk memutarbelitkan kenyataan Karpal? Atau sememangnya ia adalah merupakan pendekatan sebenar mereka yang suka memutarbelitkan isu bagi menipu pembaca?  

Sedangkan sekiranya media pembangkang benar-benar profesional dan berintegriti, mereka sewajarnya mendapatkan penjelasan sebenar Karpal terlebih dahulu sebelum melaporkan berita tersebut.  
Karpal sebelum ini dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftarannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latar belakang keturunan. Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.  

Ekoran kenyataan tersebut ramai di kalangan pemimpin Pas dari kumpulan ulama bingkas bangun mempertahankan parti itu dari kecaman Karpal Singh. Antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.  

Yang peliknya, Mahfuz adalah merupakan wakil tunggal kumpulan Liberal yang turut mempertikaikan kenyataan Karpal sebelum ini. Mula-mula dia kecam, kemudian selang beberapa hari, dia memuji dan berterima kasih kepada Karpal sambil meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain. Hebat bukan?  

Sedangkan sekiranya kita lihat sejarah politik manusia bernama Karpal Singh ini, dia bukannya asing dalam membuat kenyataan yang berbaur perkauman dan sentiasa menyakitkan hari dan perasaan orang Melayu dan Islam. Contohnya dalam tahun tujuh puluhan dahulu, dia pernah menyelar Sultan Selangor dan menjadi ia satu isu yang hangat pada ketika itu.  

Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah berkata ‘Langkah Mayat Saya, Sekiranya Ingin Mendirikan Negara Islam”. Malah disebabkan sering mengeluarkan kenyataan yang biadab, peguam itu suatu ketika dahulu dikatakan pernah ditampar oleh seorang guru silat.

Bagi meredakan kemarahan Pas, Karpal akhirnya terpaksa menggunakan khidmat Kit Siang untuk menjadi posmen bagi menyampaikan pesan kononnya dia tidak pernah bermaksud untuk merujuk kepada Pas bagi menyejukkan hati parti itu.  

Ini kerana, Karpal dan Kit Siang tahu orang Melayu Islam khususnya di dalam Pas akan segera melupakan ketelanjuran mulut celuparnya. Dan yang paling penting, tidak kira apa yang dikatakan, Melayu Islam Pas akan segera lembut hati dan memaafkannya sekiranya ada di kalangan pemimpin parti itu yang membelanya.  

 Kepada pengikut, penyokong dan ahli Pas, sedarlah. Berhentilah dari terus dibodohkan dan tertipu dengan ‘KEIKHLASAN’Karpal Singh dan DAP.

Kata-Kata Terakhir Isteri Ketua Penguatkuasa JAIP Sebelum Mati Di Tembak


"Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 Ahad.

Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.


Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah.

"Anak saya ketika itu dekat luar, kemudian memberitahu, ada orang nak jumpa Abah, Ustaz (Mohd Raffli) yang sedang menggantung langsir kemudian keluar untuk menemui orang tersebut.

"Saya dengar orang beri salam dan sempat mendengar Ustaz berkata kepada orang yang ditemuinya itu, 'tak nak masuk rumah dulu ke,' sebelum terdengar bunyi dua das tembakan dan anak saya menjerit, 'Abah kena tembak, Allahuakbar!" katanya ketika mengimbas kembali kejadian itu kepada pemberita di rumahnya, Ahad.

Dalam kejadian itu, mangsa ditembak seorang daripada tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback putih.

Ketika ditanya sama ada arwah pernah menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai penguatkuasa JAIP, Rosmahawani berkata setakat dalam pengetahuannya, Mohd Raffli tidak pernah mendapat sebarang ugutan atau ancaman daripada sesiapa.

"Malah saya dah tanya anak buah beliau sama ada arwah pernah menerima ugutan tetapi merekapun berkata tidak ada," kata suri rumah itu.

Ditanya sama ada beliau atau arwah mengenali suspek, Rosmahawani menjawab tidak namun memaklumkan dia perasan kereta yang dinaiki suspek sering berlegar-legar di kawasan perumahan mereka dua tiga hari kebelakangan ini.

Dalam pada itu, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, yang sudi mencemar duli melawat keluarga mangsa di sini lewat petang Ahad.

Mohd Raffli, 49, dipercayai sedang mengendali tiga kes besar berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun, gerakan Syiah dan operasi kelab malam.

Sementara itu, rata-rata individu yang mengenali Mohd Raffli menyifatkan pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar.

Pengarah Jaip Datuk Mohamad Roslan Harun berkata sepanjang dua tahun mengenali arwah, beliau mendapati Mohd Raffli adalah seorang pekerja yang dedikasi dan tegas dalam melaksanakan tugas sebagai penguatkuasa JAIP.

"Walaupun tegas beliau (Ustaz Raffli) juga sangat mengambil berat terhadap anak-anak buahnya dalam melaksanakan tugasannya," katanya.

Ditanya kemungkinan akan mewujudkan jawatankuasa siasatan dalaman berhubung kes itu, Mohamad Roslan berkata jika ada keperluan Jaip mungkin menubuhkan satu jawatankuasa siasatan berpandukan maklumat dan sisatan polis.

Perkara itu katanya, bagi memastikan kes seperti itu tidak berlaku terhadap pegawai Jaip yang lain pada masa hadapan.

Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman yang turut hadir meluahkan rasa dukacita dengan pemergian arwah yang disifatkan seorang pegawai Jaip yang amat bertangunggjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang dipikul.

"Kami mengharapkan semua pihak dapat membantu dan memberi maklumat yang jelas bagi membantu (pihak berkuasa) menangkap pihak yang zalim ini.

"Beliau kerja dengan ikhlas tapi telah dianiaya dan ditembak, satu perkara yang amat mendukacitakan, kami doakan supaya roh beliau bersama dengan para solihin dan termasuk (golongan) syahid akhirat," katanya dengan nada sebak.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad pula berkata kerajaan negeri membantu menguruskan urusan jenazah dengan sebaik mungkin selain akan membantu dalam hal berkaitan kebajikan keluarga arwah.

Dalam kejadian 1.55 tengah hari Ahad, Mohd Raffli, 49, mati selepas terkena dua das tembakan di dadanya yang dilepaskan oleh seorang daripada tiga suspek yang dipercayai menaiki kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih - Agenda Daily

@PDRMsia Buru "JOEMAR" Rakan Suspek Utama Pembunuhan Pegawai Ambank


Setelah pihak Polis dari Team Ops Cantas Khas Bukti Aman berjaya menahan suspek pembunuhan kejam pegawai bank (Ambank), Norazita Abu Talib, kini pihak Polis dalam usaha memburu seorang rakan jenayah suspek utama yang juga merupakan warga Indonesia dan dikenali sebagai Joemar.

Joemar dipercayai bersubahat merancang bersama suspek utama untuk melakukan rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Oktober lalu sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Norazita Abu Talib yang ketika itu sedang mengendalikan pintu bilik kebal bank.

Pihak Polis mempercayai sejumlah besar dari RM 450,000 hasil rompakan tersebut kini berada bersama Joemar.

JOEMAR

Dari jumlah kesuluruhan RM 450,000 yang dilarikan suspek utama, RM20,000 telah berjaya diperolehi semula setelah pihak Polis menahan tiga ahli keluarga suspek utama selepas kejadian tersebut.

Suspek utama yang berjaya ditangkap pihak polis pada pukul 7 pagi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada 10 November setelah pihak Polis memburu sejak dari 23 Oktober yang lalu.

Dalam perkembangan terbaru selepas penangkapan suspek utama, pihak Polis telah berjaya menemui selaras pump gun yang digunakan suspek utama untuk membunuh Allahyarham Norazita Abu Talib di dalam longkang di jalan Subang Pesiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada 11 pagi kelmarin.



Kini pihak Polis didalam usaha memperolehi kembali sebahagian besar hasil rompakan berjumlah RM 430,000 yang dipercayai berada bersama rakan suspek utama.

Sehingga ke hari ini, pihak Polis telah mengesahkan seramai 12 individu termasuk suspek utama telah ditahan pihak polis bagi kes berkenaan.

Isnin, 11 November 2013

Pembunuhan Anggota JAIP Mempunyai Kaitan Dengan Ajaran Syiah @PDRMsia Mohon Jangan Buat Andaian Awal.


Dalam kejadian Ketua Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malek mati ditembak dihadapan rumah pada pukul 1.55 petang kelmarin, pihak Polis Pahang percaya ianya bermotifkan dendam.

Selepas pembunuhan Allahyarham, ramai pihak mempercayai kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan kes ajaran Syiah dimana Allahyarham telah kendalikan sebelum ini. Namun pada hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta semua pihak tidak membuat adaian awal kes terbabit mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah.

Selain itu Ketua Polis Negara berharap orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes terbabit dapat tampil membantu pihak Polis untuk mengesan suspek pembunuhan.

Pada 27 September yang lalu. Allahyarham Mohd Raffli telah mengetuai satu operasi menahan seorang Imam yang dipercayai merupakan pengikut ajaran Syiah di kuarters kakitangan ladang Risda Pekoti Timur.

Gambar Allahyarham menunjukan bukti setelah
operasi penahanan Imam pengikut ajaran Syiah

Ketika operasi penahanan Imam terbabit yang berasal dari Kelantan, anak Imam terbabit yang berumur 32 tahun juga turut berada dirumah berkenaan manakala isteri Imam terbabit berada di kediamannya di Felda Selancar.

Dalam operasi penguatkuasaan itu yang diketuai Allahyarham telah merampas beberapa bukti yang berkaitan dengan ajaran Syiah seperti buku, batu turba, tanah yang dipercayai dari Karbala dan sehelai kain kapan dari Iran.

Ketika mengulas perkembangan berkaitan kes pembunuhan Allahyarham Mohd Rafflu, Ketua Polis Negara berkata polis sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam di setiap negeri bagi memastikan pengikut fahaman Syiah tidak menjadi golongan pelampau dan akhirnya militan.

"Jika jadi militan itu sudah jadi bidang kuasa polis,"

Hot !!! PAS Kini Kembali Menjilat Karpal Singh Setelah Media Di Persalahkan


"PAS pasti akan tetap menjilat DAP walau sebesar mana sekali pun kesalahan yang dilakukan DAP" .. Itu hakikat sebenar yang semua patut tahu.

Dalam isu kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengesa parti atau pertubuhan berasaskan agama atau kaum dibatalkan pendaftarannya, PAS yang sebelum ini menunjukkan kemarahan terhadap kenyataan Karpal Singh telah berubah sama sekali sepertimana yang diramalkan Pisau Kedah sebelum ini.

PAS melalui Naib Presidennya, Mahfuz Omar dalam kenyataan akhbar hari ini dengan bangganya telah mengucapkan ribuan terima kasih dengan penjelasan yang telah diputar belit oleh Karpal Singh bagi menjernihkan keadaan.


Dalam penjelasan yang diberi oleh Karpal Singh beberapa hari yang lalu. Karpal Singh dengan sendirinya enggan meminta maaf terhadap PAS kononnya kenyataan tersebut telah di putar belit oleh media bagi memecah belahkan Pakatan Haram.

Benarkah media memutar belit kenyataannya atau Karpal Singh sendiri yang memutar belit memberi penjelasan kepada PAS ?

Sekiranya media yang dituduh memutar belit.. Mengapa portal yang jelas pro kepada Pakatan Haram, Malaysiakini turut juga memuat naik cerita yang sama seperti media-media lain ?.

Apakah Malaysiakini juga turut sama memutar belit kenyataan dari Karpal Singh bagi memecah belahkan Pakatan Haram ?

Sekiranya media yang membawa keluar kenyataan Karpal Singh tersebut merupakan media pro kepada BN mungkin Karpal Singh boleh menyatakan ianya di putar belit.. Tapi hakikatnya, Malaysiakini sendiri juga membawa keluar kenyataannya tersebut.

Rasanya macam tak logik la pulak Malaysiakini yang terbukti selama ini pro kepada Pakatan Haram turut sama memutar belit kenyataan yang diberikan Karpal Singh untuk tujuan memecah belahkan Pakatan Haram.

Dengan alasan kenyataan yang diputar belit media.. Kepimpinan PAS yang sebelum ini begitu marah terhadap Karpal Singh telah menggunakan alasan yang sama diberikan Karpal Singh untuk kembali berterusan menjilat segala kekotoran DAP dan meredakan kemarahan penyokong akar umbi PAS.


Sah !!! PAS Bakal Kekalkan Boneka DAP Sebagai Timbalan Presiden


Keputusan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ini kerana pengunduran tersebut bakal menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara kumpulan Liberal dan Ulama parti itu.

Namun keputusan Husam itu, mungkin disebabkan ingin mengelakkan undi kumpulan Liberal berpecah, sekali gus menyebabkan kumpulan ulama kembali menguasai parti. Sebagai contoh ketika pemilihan parti pada Muktamar Pas yang ke-55, penyertaan Husam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden telah menyebabkan Nasaruddin Mat Isa berjaya menduduki jawatan no-2 itu.

Muktamar yang diadakan pada tahun 2009 itu menyaksikan Ustaz Nasha (Ulama) mendapat 480 undi, Husam (Liberal) 281 undi dan Mat Sabu (Liberal) 261 undi.

Seterusnya pemilihan parti ketika Muktamar Pas ke-57, Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden, apabila menewaskan Ustaz Nasha (penyandang) dan Tuan Ibrahim Tuan Mat. Pertembungan 3 penjuru itu telah menyebabkan kumpulan Liberal berjaya menguasai parti.

Muktamar yang diadakan pada tahun 2011 itu, menyaksikan Mat Sabu (Liberal) mendapat 420 undi, manakala Ustaz Nasha (Ulama) hanya berjaya mendapat 224 undi dan diikuti dengan Tuan Ibrahim (Ulama) dengan 399 undi.

Sekiranya trend 2 pemilihan sebelum ini diambil kira, ia sudah cukup membuktikan, pertembungan 3 penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan perwakilan. Menyedari akan hakikat itu, ulama Pas dilihat mula belajar dari sejarah apabila hanya meletakkan satu calon sahaja bagi mewakili kumpulan tersebut.

Sumber dalaman parti itu sebelum ini juga mengatakan ramai di kalangan ahli Pas dikatakan tidak beberapa senang dengan kehadiran kumpulan Liberal yang pro Anwar ini yang turut dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti Anwarinas dan Endorgan. Malah kegagalan beberapa pemimpin Liberal pada pilihan raya umum yang lalu juga dikatakan sebagai petanda penolakan ahli parti itu secara senyap.

Contohnya kekalahan Mat Sabu di parlimen Pendang, Salahuddin Ayub di parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Dzulkefly Ahmad di parlimen Kuala Selangor dan Husam Musa di parlimen Putrajaya.

Dengan rekod tewas dalam 2 pilihan raya umum berturut-turut iaitu pada 2008 di kerusi Kuala Terangganu dan PRU-13 di parlimen Pendang, Mat Sabu dilihat bakal berdepan dengan laluan yang sukar untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Itu belum lagi diambil kira dengan pendirian Mat Sabu yang cuba mempertahankan komunis sehingga menyebabkan Pas menerima pelbagai cemuhan dan kritikan.

Malah pendedahan beberapa orang ahli parti itu yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai gerakan dari kumpulan Ulama untuk membersihkan Pas yang dilihat semakin menyimpang. Atas alasan itu, peranan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden juga berjaya dikurangkan dan hanya digunakan sebagai penceramah parti bagi menarik hadiran.

Namun begitu, dalam banyak-banyak ‘dosa’ yang dilakukan oleh Mat Sabu, penglibatan dan hubungan akrabnya dengan pemimpin DAP dikatakan sebagai punca utama gerakan untuk menyingkirkannya. Dia dikatakan sering menjadi jurucakap dan pembela parti ultra kiasu itu bagi menekan Pas dalam pelbagai perkara.

Paling memeranjatkan apabila DAP melantiknya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang. Walaupun ada yang mendakwa ia sebagai satu penghormatan kepada Pas, namun ramai yang menyifatkan ‘pemberian’ jawatan itu sebagai asas untuk mengatakan Mat Sabu adalah proksi DAP di dalam Pas.

Kesimpulannya keputusan pilihan raya umum, PRK Kuala Besut dan baru-baru ini di Sungai Limau telah menyaksikan penolakan ahli dan penyokong parti itu sehingga menyebabkan Pas mula sedar dan insaf. Tahaluf Siyasi yang diadakan dengan DAP dan pengaruh Anwar di dalam Pas telah menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin di tinggalkan.

Oleh yang demikian, jalan terbaik untuk menarik kembali sokongan ahli dan penyokong mereka, Pas perlu menjalankan satu gerakan pembersihan dengan menyingkirkan semua proksi DAP dan pengaruh Anwar bagi memastikan parti itu terus relevan.

Al-Fatihah : Semoga Allah S.W.T Merahmati Arwah Pelawak Veteran Ahmad Busu


Al-Fatihah.. Pelakon dan pelawak veteran yang terkenal dalam penampilan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, 2+1 dan camni camtu, Ahmad Busu telah kembali ke Rahmatullah pada petang kelmarin di Hospital Klang.

Semoga Allah S.W.T merahmati dan menenpatkan arwah dikalangan umat-umat Islam yang beriman


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog