Dalam sidang media yang dilakukan Wan Salleh, beliau mendedahkan bahawa semenjak dirinya disingkirkan dari jawatan Pengerusi PKR Kedah, PKR Negeri di lihat tidak pernah mengadakan mensyuarat sehingga ke hari ini.
Menurut Wan Salleh, PKR Pusat serta PKR Negeri langsung tidak mengambil berat kepada cabang-cabang PKR di seluruh Malaysia dan ketua-ketua cabang yang bertungkus lumus menghidupkan parti dengan sendiri. Akibat dari sikap tidak mengambil berat terhadap cabang-cabang PKR, Pejabat PKR Langkawi sendiri yang tidak mempunyai sumber kewangan terpaksa ditutup setelah 6 bulan gagal menjelaskan sewa bangunan.
"Pemimpin PKR Negeri dan Pusat dilihat terlalu angkuh untuk mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan ketua-ketua cabang yang selama ini bersusah payah, berhabis wang ringgit, tenaga serta mencari sokongan namun telah diketepikan ", Katanya.
Dalam masa yang sama Wan Salleh juga turut dilihat meluahkan rasa kecewanya kerana tidak diberi peluang untuk bertanding di DUN Kuah pada PRU13 lalu yang dilihatnya mampu dimenanginya. Apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila kerusi DUN Kuah tersebut telah diberikan kepada orang luar yang tidak faham keadaan setempat.
Wan Salleh menegaskan bahawa tindakannya keluar dari PKR bukan disebabkan oleh tawaran kewangan oleh mana-mana parti. Selain itu beliau juga turut menolak dakwaan akan menyertai UMNO setelah keluar dari PKR.
2 ulasan:
Pkr tu parti paling tak bertanggongjawab..
Skrang baru nak sedar ke selepas dah berhabis segala...
Inilah yg dikatakan politik, dlmnya mesti ada kpentingan diri, perlukah kita analisis hal perletakan jwtan itu, buang masa kita aje..
Catat Ulasan