Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label N Surendran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label N Surendran. Papar semua catatan

Khamis, 14 November 2013

Terkini !!! MP Bangang PKR @nsurendran Kena Gantung Dari Dewan Rakyat Selama 6 Bulan


Ayoo..yoo.. Itu tambi N.Surendran sudah kena gantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan serta elaun selama enam bulan akan ditarik balik.

Padan muka MP bangang yang tidak tahu peraturan mesyuarat.
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat.

Ekoran kenyataannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan bersifat bias, semua keistimewaan Surendran termasuk bayaran elaun ditarik balik selama tempoh tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.

Usul bagi menggantung kehadiran Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam itu
dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy
Shukri mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) selepas
dibenarkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee. - UTUSAN

Isnin, 7 Oktober 2013

Panas !!! Zalim Terhadap OKU @Latheefa Koya Di Malukan N Surendren


Agak keterlaluan apabila, Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) , N Surendren mempergunakan golongan OKU untuk mendapat keuntungan politik dirinya yang kononnya memperjuangkan hak rakyat.

N Surendren dengan sifat tidak berperikemanusian telah membiarkan seorang OKU yang tidak boleh berjalan untuk menaiki tangga untuk menghantar memorandum kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim.

Apa yang kita dapat lihat didalam gambar diatas ternyata begitu ramai golongan termasuk Ahli Parlimen Padang Serai yang mempunyai keupayaan anggota yang cukup lengkap membiarkan saja individu OKU menaiki tangga dalam keadaan kurang upaya.

Mengapa N Surendren selaku wakil rakyat tidak membawa sendiri memorandum tersebut kepada Pengarah JKM Kulim sekiranya benar-benar hendak membantu golongan OKU terbabit ? Mengapa hendak mempergunakan golongan OKU untuk menunjukkan dirinya kononnya memperjuangkan Hak Rakyat.

Bukankah lebih baik kalau N Surendren jujur hendak membantu golongan OKU terbabit, N Surendren selaku wakil rakyat berjumpa sendiri dengan Pengarah JKM Kulim mendesak agar diberikan bantuan yang sepatutnya terhadap individu OKU terbabit.

Apa yang dapat Pisau Kedah perhatikan.. Tindakkan menghantar memorandum kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim ianya seolah-olah diaturkan N Surendren untuk menjatuhkan imej JKM dengan menggunakan golongan OKU. 

Apa yang lebih teruknya lagi apabila Latheefa Koya menggunakan gambar-gambar tersebut dengan menuduh "Pengarah JKM Kulim Memaksa Wakil OKU Merangkak Naik Tangga Untuk Hantar Memo".


Benarkah Pengarah JKM Kulim telah MEMAKSA wakil OKU merangkak naik tangga atau adengan OKU menaiki tangga sengaja di ada-adakan N Surendren ?..

Kalau ianya tidak benar.. Pisau Kedah berharap Pengarah JKM Kulim dapat mengambil tindakkan undang-undang terhadap Latheefa Koya kerana melakukan fitnah.

Rabu, 25 September 2013

Hot !!! Ahli Parlimen Pakatan Haram "Bodoh" Tak Tahu Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR - Hari ketiga Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke-13 hari ini bertukar kecoh seketika berikutan cubaan seorang ahli Parlimen membangkitkan Peraturan Mesyuarat sebelum sesi soal jawab bermula.

Insiden itu berlaku apabila N.Surendran (PKR-Padang Serai) bangun sebaik Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memanggil anggota Parlimen Libaran (Datuk Juslie Ajirol) untuk mengemukakan soalan pertama.

Tindakan ahli Parlimen Padang Serai itu mendapat teguran Pandikar Amin apabila menegaskan Dewan telah bersetuju sebelum ini bahawa sebarang Peraturan Mesyuarat hanya boleh dibangkitkan selepas selesai sesi soal jawab.

"Saya ingatkan anggota-anggota (Parlimen) baharu, sebelum sesi soal jawab, tiada sesiapa dibenarkan membangkitkan Peraturan Mesyuarat.

"Kita dah bersetuju dan ini turut diamalkan di negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi. Kalau Yang Berhormat tidak duduk dan menganggu sesi ini, saya akan minta Yang Berhormat keluar," kata Pandikar Amin.

Bagaimanapun, Surendran tetap mempertahankan tindakannya itu dan keengganan ahli Parlimen itu untuk mematuhi arahan tersebut menyebabkan beliau diarah keluar Dewan.

Surendran menyifatkan keputusan Pandikar Amin itu sebagai tidak adil.

Pandikar Amin kemudiannya menjelaskan kepada Dewan bahawa beliau bukan tidak membenarkan Surendran berhujah, sebaliknya meminta anggota Parlimen itu menunggu sehingga selesai urusan mesyuarat terlebih dahulu.

"Saya bersedia menjawab Yang Berhormat berkenaan selepas sesi soal jawab. Tapi dia pilih buat macam tu. Bila kita kata sistem tidak baik, kita harus baiki diri sendiri dahulu. Kalau cara kita perbaiki tidak betul, siapa kita sebenarnya?" tegasnya.

Pandikar Amin juga berkata tindakan anggota Parlimen Padang Serai itu seolah-olah tidak menghormati anggota yang lebih senior sambil mengingatkan anggota lain supaya tidak terus membuat bising dan menganggu perjalanan mesyuarat, jika tidak mahu dikenakan tindakan sama.  - Bernama

Isnin, 8 April 2013

Hot !!! Peguam Bengap PKR Keluarkan Fatwa Mengekalkan Pemberian BR1M Satu Rasuah Pulak Dah



Dalam program Pakatan Haram di Laguna Merbok semalam, N Surendran ( Peguam Bengap PKR ) menuduh janji mengekalkan pemberian BR1M yang di umumkan YAB DS Najib Razak dalam pelancaran " Aku Janji Barisan Nasional " beberapa hari yang lepas merupakan satu rasuah pilihanraya yang patut di kenaan tindakan undang-undang.

Kalau dah N Surendran mengatakan mengekalkan pemberian BR1M merupakan satu rasuah, kenapa tak di dakwa saja Kerajaan Malaysia yang kononnya merasuah rakyat sejak dari pemberian BR1M 1.0 pada tahun 2011 ??..

Sekiranya N. Surendran mengatakan BR1M merupakan rasuah pilihanraya, N Surendran juga menuduh rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai fahaman parti yang menerima BR1M juga bersalah kerana menerima rasuah dari Kerajaan Malaysia??.

Apa punya bengap peguam PKR ni !!!

Pada February 2012 yang lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed telah memutuskan BR1M bukannya satu rasuah pilihanraya seperti yang di dakwa Pakatan Haram.
"Itu (BR1M) bukan rasuah," kata beliau semasa sesi soal jawab mengenai 'Memperkukuh Integriti dan Menghapus Penipuan Perolehan" pada Forum Perolehan Kebangsaan untuk Sektor Awam dan Swasta 2012 .
Semenjak Kerajaan Malaysia pentadbiran BN memberi BR1M, tidak pulak Kerajaan Malaysia memaksa atau meminta habuan dari penerima BR1M terdiri dari pelbagai parti di Malaysia supaya mengundi BN pada PRU 13.

Pisau Kedah tertanya-tanya juga apabila N. Surendran menuduh mengekalkan pemberian BR1M merupakan rasuah pilihanraya untuk menarik perhatian rakyat untuk mengundi. Bagaimana pulak dengan Manifesto Pakatan Haram PRU 13 yang diumumkan baru-baru ini untuk Pakatan Haram menarik sokongan rakyat pada PRU13 ini dengan tawaran bulan dan bintang ?

Apakah yang di tawarkan Pakatan Haram dalam Manifesto Pakatan Haram PRU13 itu tidak boleh di katakan rasuah ?? Apa yang di tawarkan Barisan Nasional dalam " Aku Janji " merupakan rasuah ??

Macam mana la orang macam N Surendren ni di gelar seorang peguam kalau tahap pemikiran lebih kurang macam Maffuz Omar saja... Memalukan !!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...