Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label TUN M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TUN M. Papar semua catatan

Khamis, 27 Februari 2014

Panas !!! Komen Berbisa Tun M Apabila Di Hukum Anti Hadith #TunMahathir


1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.

4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.

5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.


7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran. 
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

Sumber :- Che Det
Dalam isu Ahmad Kasim didakwa anti hadith, Ayahnda Tun M juga turut dilabelkan sebagai seorang yang anti hadith kononnya Tun M merupakan penyokong Ahmad Kasim hanya kerana Yayasan yang di naungi Ayahnda Tun M menaja program tersebut.

Sebenarnya program tersebut bukannya di taja oleh Yayasan yang di naungi Ayahnda Tun M.. Sebaliknya tempat Yayasan terbabit hanya menjadi lokasi seminar sahaja dan Ayahnda Tun M itu diberi penghormatan untuk merasmikannya.

Ketua Jawatankuasa Penaja seminar tersebut ialah Tuan Haji Nik Abdul Aziz Nik Hassan. Beliau ialah pengasas Parti Keadilan Nasional (KeADILan), bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan dan sehingga kini masih menjadi ahli PKR yang mendukung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah menurut sumber, sepatutnya Nurul Izzah Anwar juga sepatutnya hadir dalam Seminar ini.

Mengapa Penaja Seminar tersebut tidak di labelkan anti hadith juga ?.. Apakah disebabkan Penaja merupakan penyokong kuat Pakatan Haram maka ianya tidak di kira anti hadith..?

Sepatutnya sebelum hendak melabelkan sesiapa pun anti hadith. Perlulah ada asas penerangan agar orang lain boleh memahami mengapa pihak yang di tuduh anti hadith itu terbukti dia merupakan seorang anti hadith.

Kalau setakat buat andaian.. Pisau Kedah juga boleh membuat andaian untuk menghukum PAS.. Pisau Kedah boleh tuduh PAS sokong Umat Islam Murtad kerana PAS berkerjasama dengan Ambiga yang menjadi peguam bela Lina Joy untuk Murtad.. Selain itu Ambiga juga merupakan individu yang bertanggungjawab membawa tuntutan IFC, 14 perkara yang benar-benar menghina Islam.

Jumaat, 21 Februari 2014

Video Penjelasan !!! Apakah Benar Tun Mahathir Seorang Yang Anti Hadith


Penjelasan Ustaz Fathul Bari berkenaan isu Ideologi Anti Hadith Kassim Ahmad yang dikaitkan dengan Ayahnda Tun Mahathir kononnya Ayahnda Tun Mahathir turut Anti Hadith




Jumaat, 14 Februari 2014

Saranan Ayahnda TUN M Agar PAS Tuntut Jawatan MB Selangor Membuatkan PKR Sentap #PRKKajang



Ramai orang kata suara Ayahnda Tun Mahathir masih mempunyai aura tersendiri walau pun telah lama meninggalkan jawatan tertinggi pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Baru ini Ayahnda Tun Mahathir ada membuat saranan kepada PAS agar menuntut kembali kerusi Menteri Besar Selangor yang sememangnya PAS ada hak untuk menuntutnya. (Klik Sini) PAS tak perlu diperbodohkan rakannya yang lain didalam Pakatan Haram.

Akibat saranan tersebut ramai pemimpin dari PKR Selangor yang mencemuh Ayahnda Tun Mahathir seolah-olah bimbang suara Ayahnda Tun Mahathir membuatkan rakyat di Selangor terutamanya pengundi Melayu Kajang mula sedar bahawa PKR sedang memperbodohkan PAS, parti ke 2 terbesar orang Melayu.

Menurut kenyataan PKR Selangor yang gelabah dengan saranan oleh Ayahnda Tun Mahathir, "Pemilihan pemimpin memegang kerusi Menteri Besar Selangor adalah berdasarkan KONSEP KESEPAKATAN dan KONSENSUS antara ketiga-tiga parti PR" .

Tersenyum Pisau Kedah dengan maklum balas yang diberikan dari PKR Selangor berkenaan saranan Ayahnda Tun Mahathir.. Oooo kalau bab keuntungan kepada PKR pastinya PKR akan mengatakan ianya KONSEP KESEPAKATAN dan KONSENSUS  antara ketiga-tiga parti. Tapi apabila PKR membuat sesuatu perkara sebagai contohnya meletakkan calon bertindih dengan rakan PR pada PRU 13 lalu dan mengosongkan kerusi DUN Kajang tidaklah pulak PKR mengguna pakai KONSEP KESEPAKATAN dan KONSENSUS sebelum melakukan percaturan dalam PR.

Bagi Pisau Kedah.. Memang patutlah PAS Selangor mengikut saranan Ayahnda Tun Mahathir kerana apa yang Pisau Kedah dapat lihat tindakkan PKR meletak Anwar Ibrahim di DUN Kajang amatlah bahaya untuk PAS sendiri kerana kemasukkan Anwar ke Selangor melalui DUN Kajang adalah memperkukuhkan PKR di Selangor dan mengurangkan pengaruh PAS di Selangor agar pada PRU14 ini PKR tetap terjamin mengetuai pentadbiran Selangor.

Ingatlah PKR tidak akan sesekali melepaskan tampok pentadbiran di Negeri yang paling kaya di Malaysia. Jika Selangor di ketuai oleh PAS maka agar sukar untuk PKR salurkan dana kepada parti mereka melalui kekayaan Negeri Selangor.

Anwar menyatakan kemasukkannya ke Selangor adalah untuk memperkukuhkan PR di Selangor hanyalah tipu daya sahaja di sebalik motifnya mahu mengurangkan pengaruh PAS dan memperkukuhkan PKR di Selangor.


Khamis, 13 Februari 2014

Hot !!! Ayahnda Tun M Sarankan PAS Tuntut Kerusi MB Selangor #PRKKajang


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas.

Beliau berkata, PKR bukan menguasai keseluruhan PR seperti Umno dalam BN.

"Pas berhak untuk kerusi itu (menteri besar). Tidak bolelah dikuasai satu parti sahaja bukan macam BN, jumlah terbesar Umno sebab itu pemimpin Umno diangkat jadi perdana menteri.

"Tetapi dalam Selangor bukan PKR punya kuasa terbesar, jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai menteri Besar Selangor yang baru.

Menurut Mahathir dalam perkiraan sama juga Anwar juga bukan calon yang paling berhak untuk jadi perdana menteri.

"Anwar tiada hak untuk meletakkan syarat itu kepada parti dibawah PR," katanya.

Ditanya mengenai siapakah calon BN yang layak menyaingi Anwar dalam pilihan raya kecil ( PRK ) Dun Kajang.

Mahathir berkata, siapa calonnya tidak penting, tetapi parti yang mampu memberi khidmat terbaik itu perlu dipilih rakyat.

"Saya berpendapat kerajaan PR tidak mungkin mampu beri khidmat yang baik pada rakyat.

" Oleh itu rakyat perlu utamakan nasib mereka sendiri, kalau mereka salah pilih, dengan hanya kerana marah dan percaya dengan tuduhan palsu terhadap kerajaan dan pilih parti lawan saya rasa ini rugi," katanya.

Tambah beliau, dalam demokrasi rakyat perlu berpegang pada bilangan kerusi terbesar jangan hanya terpengaruh dengan dakwaan dan menggadai nasib mereka.

Mengulas mengenai kegagalan Anwar menyingkir peguam kanan kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kes rayuan Liwat II itu.

Mahathir berkata, Ketua Pembangkang itu menggunakan segala cara bagi melewatkan perjalanan kes beliau.

"Anwar mahu lewatkan selama mungkin sebab itu dia bawa usul untuk singkir  Shafee, kerana dia takut dibicara sebab dia buat salah.

"Tetapi saya juga percaya dia takut pada shafee,  sebab Shafee menang banyak kes yang rumit. Sebab itu Anwar gentar jugalah," katanya.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia dan anugerah Buku Negara 2014 turut mengajak orang ramai menzahirkan catatan harian dan pengalaman melalui tulisan.

Menurut beliau, tulisan itu bukan hanya dengan melalui penghasilkan buku sahaja tetapi dengan adanya kemudahan Internet,  oranga ramai boleh menulis di ruang-ruang siber.

Bagaimanapun katanya, informasi di internet tidak kekal, jadi penting untuk dibukukan hasil tulisan itu agar maklumat yang ingin dikongsikan kekal menjadi panduan di masa hadapan. - SH

Selasa, 11 Februari 2014

Panas !!! @AnwarIbrahim Orang Yang Tak Reti Hormat Undang-Undang -Tun M #PRKKajang


Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berharap pengundi Dewan Undangan Negeri Kajang sudah cukup bosan dengan sandiwara sebuah parti yang sengaja hendak mengadakan pilihan raya kecil walaupun ia tidak ada halangan dari segi undang-undang.

Beliau berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu baru-baru ini, sebenarnya tidak menghormati undang-undang apabila terus memperkatakan dalam ceramahnya soal perbicaraan kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.

"Orang tak hormat undang-undang tak ada hak jadi pemimpin. Pemimpin mesti orang yang pegang kepada undang-undang dan peraturan, barulah negara aman. Kalau kita dapat seseorang yang tidak hormati undang-undang sebagai pemimpin, negara akan rosak," katanya.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pengayuh basikal solo, Wan Hashim Wan Mahmood, 68, di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini ekoran peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas. - Bernama

Isnin, 10 Februari 2014

Akhirnya Ayahnda Tun M Akui Kezalimannya Terhadap @AnwarIbrahim #PRKKajang



Anwar mengatakan kebangkitannya didalam politik Malaysia setelah berada dalam Pakatan Haram adalah untuk menentang UMNO/BN kononnya demi memperjuangkan hak rakyat. 

Benarkah Anwar memperjuangkan hak rakyat ?

Sebenarnya Anwar tidak pernah memperjuangkan hak rakyat sebaliknya dia menggunakan segelintir rakyat yang mudah di hasut untuk memperjuangkan kepentingan peribadinya iaitu mahukan jawatan semata-mata sahaja. Menggunakan perkataan "rakyat" hanyalah satu propaganda politik Anwar demi kepentingan peribadinya.

Pisau Kedah sebagai rakyat Malaysia menganggap Pemecatan Anwar Ibrahim bukan satu kesilapan Ayahnda Tun Mahathir. Pemecatan Anwar Ibrahim merupakan tindakkan yang tepat dari Ayanda Tun Mahathir.

Lebih baik Ayahnda Tun Mahathir zalim terhadap Anwar Ibrahim dari Ayahnda Tun Mahathir zalim terhadap rakyat Malaysia setelah Ayahnda Tun Mahathir menyedari siapa sebenarnya individu yang bernama Anwar Ibrahim.

Video dibawah ini Ayahnda Tun Mahathir menceritakan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Khamis, 30 Januari 2014

Panas !!! Pakar Strategi PKR @rafiziramli Kantoi Lagakan @NajibRazak Dan Tun M #PRKKajang


Kenyataan media yang cukup pedas dari Ayahnda Tun Mahathir berkenaan dakwaan Pengarah Strategi Cap Ayam PKR, Rafizi Ramli bahawa Ayahnda Tun Mahathir cuba menggulingkan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno.

Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno.

"Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun.

"Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini- Antara Pos

Nah.. Baru padan muka Rafizi kena sindiran pedas dari Ayahnda Tun Mahathir.. Bak kata orang sekarang ni "Ayat makan dalam"

Pisau Kedah tak rasa Ayahnda Tun Mahathir mempunyai niat hendak menggulingkan DS Najib Razak.. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada Malaysia mengambil tindakkan mengkritik dan menegur pentadbiran kerajaan itu adalah satu perkara yang normal. Mengkritik dan menegur ianya tidak semestinya bererti Ayahnda Tun Mahathir hendak menggulingkan DS Najib Razak. Pisau Kedah juga yakin bahawa DS Najib Razak juga dapat menerima kritikan dan teguran dari Ayahnda Tun Mahathir dengan hati yang terbuka.

Tindakkan yang dilakukan Pakatan Haram menghasut rakyat supaya turun ke jalanraya bersikap seperti beruk kena belacan menuntut digulingkan Kerajaan pentadbiran DS Najib Razak itu baru betul-betul dipanggil usaha menggulingkan DS Najib Razak. Setakat kritik dan tegur itu bukannya dikatakan usaha untuk mengguling DS Najib Razak.

Sebelum Rafizi nak buat spekulasi yang membuta khinzir.. Lebih baik Rafizi fikir bagaimana cara nak memperbaiki keretakan dalam PKR yang sah-sah ada gerakan untuk saling guling mengguling diantara kem Azmin Ali dan Kem Khalid Ibrahim.

Sudah terang tindakkan Azmin Ali mengatur gerakan agar beliau menjadi Pengerusi PKR Negeri Selangor sudah cukup membuktikan yang Azmin Ali berusaha menggulingkan Khalid Ibrahim sejak dari awal lagi. Bukankah satu perkara yang pelik apabila Menteri Besar tidak dilantik memegang Pengerusi dalam parti yang diwakilinya di negeri terbabit sebaliknya Azmin Ali yang merupakan musuh dalaman Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri Selangor

Lagi terang lagi terdapat gerakan menggulingkan Khalid Ibrahim adalah pengakuan dari Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid sendiri baru-baru ini apabila mengatakan kepimpinan PKR negeri Selangor didalam Mensyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang di pengerusikan Azmin Ali sebulat suara mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatannya sebagai MB Selangor.

Tak perlu la Rafizi nak berkokok macam ayam jantan sambil ekornya penuh dengan najis. Memang betul-betul cap ayam pengarah strategi PKR ni !!!

Rabu, 25 September 2013

Panas !!! @MukhrizMahathir Akui Aura TUN M Tidak Membantu Karier Politiknya #MM4VP #BeraniBerubah


SHAH ALAM - Menyingkap karier politiknya dalam Umno, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, aura ayahnya yang merupakan tokoh tersohor tidak menyumbang kepada peluang beliau melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dalam bidang ini.

Bercakap dalam program Dialog Bersama Pemimpin anjuran Sinar Harian hari ini, Mukhriz berkata, beliau terpaksa melalui perjalanan berliku dan turun naik ketika awal penyertaannya dalam Umno termasuk ketika usianya masih muda.

"Nasib badan saya juga kerana mempunyai seorang ayah hendak saya dicabar dulu," katanya dalam program Dialog Bersama Pemimpin, “Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia” di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah ditanya oleh moderator program, bagaimana beliau hendak menghakis tanggapan umum yang menggelarkan beliau 'anak bapak' kerana mempunyai seorang ayah yang sudah lama bergelumang dalam dunia politik sebelum pembabitannya.

"Kali pertama saya tawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu di mana kawasan yang dia (Mahathir) jadi ketua bahagian 35 tahun. Tetapi saya kalah dengan beberapa undi.

"Jadi nampaknya tak ada langsunglah aura Tun Mahathir dalam hal hendak bertanding... kalaulah betul saya ini anak bapak, diberi laluan yang mudah, sepatutnya zaman dia presiden parti, zaman dia perdana menteri, saya diberikan laluan.

"Tetapi saya rasa sangat bertuah, saya sampai ke destinasi dalam keadaan yang tercalar, tetapi itulah yang memberi kematangan kepada diri saya," katanya lagi.- Sinar Harian

Isnin, 15 April 2013

Video Eksklusif !!! TUN M Menasihati @MahfuzOmar Supaya Jangan BEBAL #TukarKedah #SaveKedah



Pisau Kedah harap Mahfuz Omar yang berotak bebal dapat mendengar nasihat ikhlas dari Ayahnda Tun M.

Video Eksklusif !!! TUN M Sindir Nik Aziz Mengatakan Solat UMNO Tidak Dapat Pahala



Memang lawak gila sindiran Ayahnda Tun Mahathir terhadap Nik Aziz yang mengatakan solat orang UMNO ni tidak dapat pahala... Masjid yang di bina UMNO tidak dapat berkat kerana tak ikhlas..

Nik Aziz ni sapa nak tentukan semua kerja Allah S.W.T ??

Ahad, 14 April 2013

Mat Sabu Jadi Gelabah Di Sebabkan Penangan TUN M Di Pendang #TukarKedah #SaveKedah



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disifatkan sebagai pemimpin yang hanya ingin mendapatkan kuasa walaupun terpaksa menggadai nasib dan harapan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bakal calon PAS di Parlimen Pendang itu mahu mempergunakan undi dan sokongan rakyat bagi mencapai cita-cita politiknya.



"Mat Sabu hanya nak dapat kerusi (kedudukan), dia nak jadi YB (Yang Berhormat). Bukan dia nak perjuangkan Islam sangat pun.

"Perjuangannya hanya untuk jadi calon...dia dan partinya bukan nak perintah negara," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Rakyat dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pendang di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan PAS menamakan Mohamad yang dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' untuk bertanding di Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.Pemilihan Mohamad sekaligus mengetepikan penyandang, Dr Hayati Othman juga daripada PAS yang sudah menjadi wakil rakyat selama dua penggal di kawasan itu.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, pengundi di Pendang tidak seharusnya membiarkan nasib mereka terus digadaikan PAS dan pembangkang demi kepentingan politik.

"Janganlah orang Pendang ditipu lagi oleh Mat Sabu. Mereka ini banyak pecah-belahkan Islam dan orang Melayu," katanya.

Selain itu Dr Mahathir turut menyeru penyokong BN dan rakyat secara keseluruhannya agar menyokong parti itu demi masa depan yang lebih baik.

"Sokonglah BN, jangan peduli siapa pun calonnya. Paling penting yang perlu disokong ialah parti, bukan individu.

"Kalau sorang individu sahaja yang menang pun tak bawa apa-apa makna, tapi kalau parti menang dan boleh perintah kerajaan negeri dan Persekutuan, ia akan menguntungkan rakyat," katanya.

Isnin, 8 April 2013

Panas !!! Nik Aziz Jadi Biul Kena Belasah Dengan Ayahnda Tun M #PRU13



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan "tok guru", sebaliknya hanya seorang pemimpin politik yang ingin mendapatkan kuasa.

Katanya, pemimpin Pas itu sekadar 'peminat politik' yang tamak mendapatkan kuasa dengan menggadai agama.

"Orang tidak panggil tok guru, tetapi hanya peminat politik yang tamak mendapatkan tempat dengan menggadaikan agama.

"Ini bukan pemimpin, hanya nak undi dan mendapatkan kuasa. Inilah Nik Aziz yang bukan berjuang untuk Islam," katanya pada ucaptama Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 di sini, semalam.

Beliau berkata, Nik Aziz hanya menipu rakyat untuk mendirikan negara Islam, walhal tanpa sokongan DAP, tidak mungkin Pas dapat mendirikan negara Islam ala Pas.

"Ada 222 kawasan (Parlimen), tetapi kalau Pas hanya bertanding 65 kawasan sahaja, bolehkah Pas menjadi kerajaan, tanpa sokongan (Pengerusi DAP) Karpal Singh, Pas tidak dapat apa-apa.

"Tetapi Islam Pas dan Islam kita nampak berbeza. BN tidak pernah menolak Islam, dengan mengisytiharkan negara ini negara Islam.

"Tetapi Pas nak buat (negara Islam) untuk menang kerusi dan Islam itu bergantung kepada Karpal Singh," katanya.

Tambah Dr Mahathir, sekarang Nik Aziz sedar dan terpaksa mengemis meminta pertolongan DAP dan PKR kerana dia tahu, mendirikan negara Islam ala Pas tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Beliau turut menyelar keputusan Nik Aziz masih lagi meneruskan jawatannya meskipun usia sudah lanjut.

"Kata nak berhenti, tetapi apabila saya sudah berhenti, dia (Nik Aziz) tidak berhenti lagi, hendak bertanding lagi dalam pilihan raya umum ini," katanya.

Kat bawah ni, koleksi kata-kata BUSUK Pok Nik Aziz! 




Sumber :- Kedah Ke KL

Isnin, 25 Februari 2013

Ayahnda Tun Mahathir Jawab Isu Tuduhan Anwar Berkenaan Petronas



1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.

4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.

5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.

6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.

8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.

9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.

10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.

11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.

12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.

13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.

14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.

15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.

16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.

17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?

18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.

chedet.cc
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...