Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PRK SUNGAI LIMAU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK SUNGAI LIMAU. Papar semua catatan

Ahad, 27 Oktober 2013

Video Meletop !!! Bapa Jamil Khir Terkilan Cara Kempen Jahat PAS Di #PrkSgLimau #BeraniHijrah


Akhirnya tindakkan jahat PAS berkempen dengan menggunakan Bapa Jamil Khir terjawab apabila Bapa Jamil Khir, Haji Baharom nyatakan dengan sendiri bahawa dia terkilan dengan tindakan PAS menggunakan dirinya sebagai bahan kempen.

PAS menggunakan video calon PAS, Azam Samad menziarahi Haji Baharom sebagai modal kempen kononnya Haji Baharom, bapa kepada Jamil Khir menyokong dan mendoakan kemenangan calon PAS, PRK Sungai Limau.

Wal hal hakikat sebenarnya.. Bapa Jamil Khir tidak mendoakan kemenangan dan menyatakan sokongan terhadap calon PAS di PRK Sungai Limau..

Sudah jelas.. Dalam PAS mahukan kemenangan.. Apa-apa pun sanggup di lakukan PAS walau pun terpaksa berbohong dengan memperdagangkan Islam.

Agak menyedihkan apabila calon PAS yang bergelar seorang Ustaz sanggup bersetongkol dengan Mahfuz Omar dan media PAS menggunakan pendekatan berbohong untuk berkempen bagi memastikan kemenangan.

Bawah ini merupakan video pengakuan sendiri yang di lakukan Haji Baharom, bapa Jamil Khir dan ianya berbeza dengan video tanpa pengakuan dari bapa Jamil Khir dan cerita putar belit yang di keluarkan oleh media PAS.

Khamis, 24 Oktober 2013

Video Eksklusif !!! @MahfuzOmar Gentar Dengan Tawaran @MukhrizMahathir Kepada Penduduk Sungai Limau @BeraniHijrah @PrkSgLimau @KedahAmanMakmur


Dalam isu yang dimainkan pihak PAS bahawa kononnya kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir menawarkan pembangunan kepada rakyat di DUN Sungai Limau merupakan satu ugutan terhadap penduduk disitu kerana mahukan sokongan pada Pilihanraya Kecil N20 DUN Sungai Limau.

Bagi menjatuhkan imej YAB Menteri Besar Kedah supaya dianggap Zalim dengan membuat ugutan, PAS telah mendakwa bahawa YAB Menteri Besar Kedah tidak akan membangunkan kawasan DUN Sungai Limau sekiranya BN kalah dalam PRK nanti.

Melucukan !!! Calon PAS PRK Sg Limau Dakwa Guna Nama Dan Imej Arwah Azizan Razak Untuk "Keharmonian" #BeraniHijrah #PrkSgLimau #KedahAmanMakmur


Agak melucukan apabila calon PAS, Mohd Azam Samat menjawab persoalan ramai pihak yang melihat beliau menggunakan imej serta nama Allahyarham Tan Sri Azizan bagi meraih Undi Simpati dari penduduk DUN Sungai Limau.

Dalam laporan akhbar hari ini, Azam Samat mendakwa dia guna imej serta nama Allahyarham Tan Sri Azizan Razak hanyalah untuk "KEHARMONIAN" dan bukannya meraih Undi Simpati.

YAN - Calon Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat menafikan dakwaan beliau berkempen menggunakan imej bekas pemimpin berwibawa parti itu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi memenangi pilihan raya kecil berkenaan.

Sebaliknya, kata Mohd Azam, beliau hanya memperjuangkan politik 'keharmonian' yang diamalkan Azizan serta beberapa pemimpin parti itu di kawasan tersebut sebelum ini.

Agak-agak la kalau nak putar belit pun. Sekiranya benar-benar Azam Samat nak wujudkan keharmonian sekali pun mengapa digunakan imej serta nama orang yang sudah tiada untuk berhadapan dengan pilihanraya bagi menentukan kemenangan atau kekalahannya.

Sekarang ini Mahfuz Omar yang menjadi Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dan sepatutnya nama serta imej Mahfuz Omar yang perlu dibawa Azam Samat kerana Mahfuz Omar merupakan pemimpin utama parti PAS Kedah.


Selasa, 22 Oktober 2013

Panas !!! Calon PAS PRK N20 Sungai Limau Tidak Mampu Berdiri Atas Kaki Sendiri #PrkSgLimau #KedahAmanMakmur


Semua sedia maklum bahawa kedua-dua parti (BN dan PAS) telah mengumumkan calon mereka kelmarin.

Bagi pihak parti BN, BN meletakan seorang yang sebelum ini berstatus Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Manakala bagi PAS, mereka meletakan Mohd Azam Samat, bekas Guru yang memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai.

Apa yang Pisau Kedah dapat lihat calon yang di letakan PAS kali ini pada PRK DUN Sungai Limau bagi mengantikan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak "Tidak Mampu Berdiri Di Atas Kaki Sendiri" dan mengharap sumber kekuatan pada nama Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Seperti yang Pisau Kedah jangkakan. Pastinya pada PRK Dun Sungai Limau, PAS akan menggunakan imej serta hubungan calon PAS dengan Allahyarham Tan Sri Azizan bagi meraih undi simpati dari penduduk Sungai Limau.

Sejak dari mula pengumuman calon semalam, PAS mula meraih simpati dengan mengatakan mereka membawa calon yang merupakan "Anak Didik Ustaz Azizan".

PAS dapat merasakan sekiranya mereka tidak menggunakan nama Allahyarham Tan Sri Azizan Razak bagi menguatkan calon mereka, nescaya calon tersebut akan ditolak penduduk Sungai Limau.

Pisau Kedah amat yakin bahawa PAS dalam menempuhi tempoh berkempen yang diberikan SPR, mereka akan menjaja bahawa calon mereka merupakan "Anak Didik Ustaz Azizan" disetiap ceramah serta helaian risalah yang akan diedarkan.

Tidak hairan apa yang dapat anda lihat sekarang ini, PAS sudah mula menyebarkan bahan kempen dengan meletakan gambar calon mereka dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak seperti mana gambar dibawah ini.


Mengapa gambar Allahyarham Tan Sri Azizan digunakan oleh PAS untuk memperkenalkan calon mereka serta dalam sidang media menggunakan istilah "Anak Didik Ustaz Azizan" ?.. Mengapa PAS tidak menggunakan gambar Mahfuz Omar, sedangkan Mahfuz Omar merupakan Pesuruhjaya PAS bagi negeri Kedah.

Sudah jelas dan nyata bahawa PAS dan calonnya itu "Tidak Mampu Berdiri Di Atas Kaki Sendiri" serta tidak mempunyai kekuatan sekiranya menggunakan nama parti PAS sahaja. 

Tak malukah PAS apabila selepas kekalahan PAS Kedah pada PRU13 yang lalu, kebanyakkan penyokong serta pemimpin PAS menunding kesalahan kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Razak menjadi punca PAS kalah di Kedah, tapi sekarang pulak menggunakan nama Allahyarham untuk meraih undi simpati ??.

Video Eksklusif !!! Benarkah @MukhrizMahathir Membuat Ugutan Terhadap Penduduk DUN Sungai Limau #PrkSgLimau #KedahAmanMakmur


Benarkah Pembangunan yang ditawarkan YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir kepada penduduk Dun Sungai Limau merupakan satu ugutan ??

Bagi yang mahu penjelasan sendiri dari YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir berkenaan dakwaan tersebut adakah ianya benar atau sebaliknya, anda boleh lihat video dibawah ini.



Dalam isu yang dimainkan pihak PAS bahawa kononnya kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir menawarkan pembangunan kepada rakyat di DUN Sungai Limau merupakan satu ugutan terhadap penduduk disitu kerana mahukan sokongan pada Pilihanraya Kecil N20 DUN Sungai Limau.

Bagi menjatuhkan imej YAB Menteri Besar Kedah supaya dianggap Zalim dengan membuat ugutan, PAS telah mendakwa bahawa YAB Menteri Besar Kedah tidak akan membangunkan kawasan DUN Sungai Limau sekiranya BN kalah dalam PRK nanti.

Selasa, 8 Oktober 2013

@MuhyiddinYassin Yakin BN Ada Kemampuan Untuk Menang Di #PrkSgLimau #KedahAmanMakmur


YAN - Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau kerana mahu menawarkan khidmat bakti kepada rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun Dun Sungai Limau dianggap kubu kuat Pas, tetapi BN juga pernah menang di kawasan Dun itu.

"Prospek menang ada. Tak boleh andaikan hanya kerana sejarah kawasan ini dimenangi oleh Pas yang terakhir oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (pada pilihan raya umum ke-13).

"BN macam biasa nak tawarkan khidmat bakti dan perjuangan yang kita boleh lakukan untuk membela penduduk di Sungai Limau. Sebab itu kita bersedia bertanding, buat yang terbaik supaya Dun Sungai Limau akan terus dimajukan dan dibangunkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno peringkat negeri Kedah dan Bahagian Jerai di sini hari ini.

Katanya BN telah mempunyai profil pengundi di kawasan Dun Sungai Limau supaya ia dapat memenuhi aspirasi pepiala malaysiangundi serta membantu mereka. - Bernama

Hot !!! Parasit PAS Kedah Ugut Isteri Allahyarham Ustaz Azizan Razak Demi Mat Sabu Di PRK Sungai Limau #KedahAmanMakmur #PrkSgLimau


Info ni nak kata baru pun tak sangat, nak kata panas pun rasanya bagi orang Kedah biasa-biasa saja. Tetapi kemungkinan besar orang luar tak tahu perangai malaun Pas Kedah yang gila kuasa ni, info ni rasa macam panass.

Dulu semasa Allahyarham Ustaz Azizan masih hidup, mereka selalu beri tekanan kepada Allahyarham Ustaz Azizan. Nak projek la, nak kontrak la, nak itu nak ini. Puak ni la yang marah sangat bila projek atau tender kerajaan Pas dulu dapat pada orang UMNO. Dah orang Pas tak reti nak berniaga, nak buat macam mana ya?

Kali ni bila Allahyarham Ustaz Azizan dah takdak, kawasan Allahyarham Ustaz Azizan pun dah kosong. Puak malaun ni berebut nak jadi calon pulak. Pas Kedah mahu kalau boleh individu yang berkaitan dengan Allahyarham Ustaz Azizan jadi calon, malah dipersetujui oleh Puan Sri isteri pertama Allahyarham.

Disebabkan itu, puak malaun Pas ini tak puas hati dan membantah akan keputusan tersebut. Depa ni kalau boleh nak puak depa juga jadi calon. Sampai kawasan Sungai Limau yang sekangkang kera ni pun depa nak sapu. Jenis jenama Islam mai mana celah pun taktau la.

Bila dengar BN taknak bertanding kalau Pas letak calon anak Allahyarham Ustaz Azizan sendiri, puak ni makin meroyan hingga tuduh keluarga Allahyarham Ustaz Azizan ni berpakat dengan BN. Memang sah puak malaun Pas ni dah rosak otaknya. Sudah gila kuasa barang kali.

Puak malaun Pas ni nak letak calon dari puak depa, dipercayai ada kaitan dengan syiah dan unsur yang tidak disukai oleh keluarga Allahyarham Ustaz Azizan. Puak ni bukan nak kira bersatu sesama ummah, kalau boleh Pas dan UMNO berperang sampai mati pun takpa. Macam orang gila perangai puak ni.

Kalau tak gila, takkan la Mat Sabu sanggup tawar diri nak jadi calon bagi Sungai Limau? Hanya orang yang tak berapa betul otak saja akan bertindak macam mana Mat Sabu tu. Siapa Mat Sabu nak jadi calon? Patutnya utamakan family Allahyarham Ustaz Azizan dulu, ni tiba-tiba dah nak lobi jadi calon. Akai ada ka?

Hingga ke hari ini, geng sekepala dengan Mat Sabu masih terus melobi dan memberi tekanan kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan.

Puak ni pakai jubah, serban putih, janggut panjang. Tapi perangai kendiri tak mencerminkan seorang muslim yang sejati. Jahat lebih dari setan. Itulah malaun Pas yang dok buat kacau kat Kedah ni. Teruk yaa amaatt. Kononnya perjuang Islam, macam mana nak tarik orang bukan Islam dekati kita, kalau orang Islam sendiri pun boleh lari bila berdamping dengan orang yang macam ni?

Buat malu nama Islam saja laa..

Kedah Ke KL

PRK Sungai Limau : PAS Rasa Tergugat Untuk Hadapi Kempen PRK #KedahAmanMakmur


Melalui kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menunjukkan PAS sekarang ini agak tergugat untuk berhadapan dengan PRK  Sungai Limau walaupun dikatakan kawasan itu merupakan kawasan "underdog" bagi BN Kedah pada PRU13 yang lalu.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan akar umbi dan pemimpin parti supaya berhati-hati dan tidak terlalu yakin menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.

Walaupun PAS menang majoriti besar semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, namun Nik Aziz menegaskan dalam PRK pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

“Saya berharap agar semua lapisan pimpinan parti PAS tidak memandang ringan cabaran Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRK Dun Sungai Limau nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS termasuk rakan parti dalam Pakatan Rakyat perlu berwaspada tatik pihak lawan yang akan menggunakan pelbagai usaha untuk menawan kembali kerusi tersebut.

“Gerak kerja harus dimulakan sekarang, jauhi sikap terlampau yakin. Tingkatkan usaha di tahap maksimum, gantungkan harapan kepada Allah,” katanya.- Petikan dari FMT

Apakah benar di sebabkan taktik pihak BN, PAS merasa tergugat di PRK Sungai Limau ?.

Sebenarnya PAS tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan taktik BN di PRK Sungai Limau kerana di situ merupakan kawasan kuat bagi PAS sebelum ini di bawah Allahyarham Ustaz Azizan Razak.

Walaupun pada PRU13 yang lalu terdapat golongan dari pihak dalaman PAS Kedah cuba menjatuhkan Allahyarham, Allahyarham tetap mempertahankan kerusinya dengan kemenangan majoriti 2774 undi membabitkan perlawanan 4 penjuru iaitu 1 PAS, 1BN, 2 Bebas.

Namun setelah pemergian Allahyarham, kedudukan PAS ternyata tergugat sedikit di PRK Sungai Limau kerana di tempat berkenaan sejak PRU13 yang lalu PAS masih lagi berpecah dengan pergolakkan yang agak kritikal.

Pada PRK Sungai Limau ini, PAS hanya bergantung harap kepada penyokong PAS pro Allahyarham serta golongan pengundi atas pagar dan keluarga terdekat Allahyarham tidak beralih angin di sebabkan kecewa dengan tindakkan segelintir pihak pemimpin dalaman PAS Kedah yang mahu menjatuhkan Allahyarham pada PRU13 yang lalu.

Selain itu.. kedudukan PAS agak tergugat disebabkan YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir yang di lantik  sebagai Menteri Besar Kedah baru setelah BN memenangi pada PRU 13 yang lalu agak disenangi penyokong PAS pro Allahyarham Ustaz Azizan serta keluarga terdekat Allahyarham.

PAS bimbang akan situasi berkenaan akan di terjemahkan dalam bentuk undi memihak kepada BN pada PRK Sungai Limau nanti.

Panas !!! @MukhrizMahathir Akan Guna Strategi Berbeza Di PRK Sungai Limau #KedahAmanMakmur #PrkSgLimau


KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Kedah akan menggunakan strategi berbeza dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau memandangkan kini BN ialah kerajaan di Kedah.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata strategi yang berlainan akan dilaksana kerana BN bukannya bergerak atas platform pembangkang lagi.

"Kita (BN) akan cuba meredakan keadaan yang tegang dan pertembungan yang biasa berlaku dalam mana-mana pilihan raya antara Pas dan BN, supaya tidak menimbulkan masalah kepada kedua-dua parti yang bertanding.

"Penekanan kempen juga tidak lagi kepada perbezaan ideologi antara Pas atau BN, sebaliknya kita akan fokus kepada kebaikan yang kita tawarkan kepada pengundi di Sungai Limau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai calon untuk PRK 4 November depan, Mukhriz berkata BN Kedah sudah menyenarai pendek tiga nama sebagai calon boleh menang.

"Setakat ini kriteria yang kita perlukan ialah calon tersebut dikenali ramai (pengundi)." Ditanya mengenai peluang BN untuk menang PRK itu, Mukhriz berkata: "Kita (ketika ini) hanyalah sebagai `underdog', namun sudah pasti BN akan terus berusaha untuk memastikan kebarangkalian menang itu akan terus meningkat berdasarkan gerak kerja berkumpulan," katanya.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian wakil rakyat yang juga bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar pada 26 September.

Pada pilihan raya umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN. - Bernama

Ahad, 6 Oktober 2013

Biaq Betul !!! Penduduk Sungai Limau Menerima UMNO Di Sebabkan @MukhrizMahathir #PrkSgLimau #KedahAmanMakmur

YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir bersama
penduduk Sungai Limau baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau di Kedah pada 4 Nov ini merupakan cabaran besar kepadanya selaku menteri besar yang baharu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata, jentera pilihan raya BN pasti akan berdepan tentangan sengit memandangkan Dun Sungai Limau merupakan kubu kuat Pas.

Beliau berkata BN yang kini mentadbir Kedah ingin membawa pembangunan pesat ke Kedah dan semua itu mudah dilaksanakan sekiranya semua kawasan termasuk DUNSungai Limau berada di bawah BN.

"Gandingan antara dua ini (kerajaan pusat dan negeri) diharapkan membawapembangunan dan kemajuan bagi negeri Kedah," katanya ketika ditemui pemberitaselepas sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi Umno diStadium Indera Mulia di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai ciri yang perlu ada pada calon BN untuk merampas kerusi itu, Mukhriz berkata antara faktor penting dalam pilihan raya sama ada kecil atau umum ialah apa yang calon dan BN telah lakukan selama ini.

Klik Sini untuk membaca selanjutnya..

Khamis, 3 Oktober 2013

21 Oktober Pengumuman Calon BN Di PRK Dun Sungai Limau- @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur


ALOR SETAR, 3 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN)
Kedah kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi DUN itu, pada 21 Okt.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
berkata pihaknya sememangnya telah mula membuat
persiapan sejak dari awal dan jentera parti juga sudah
bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Untuk tujuan itu (PRK) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun ke Kedah dan melawat DUN Sungai Limau pada 8 Okt ini, antara lain bertujuan untuk berbincang dengan pihak kami (BN negeri) mengenai persiapaan menghadapi PRK ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan-jabatan Agama Islam Kedah di sini Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum
memutuskan dan sedang berusaha untuk menyenarai
pendekkan nama calon yang akan bertanding.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengumumkan tarikh PRK DUN Sungai Limau pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Okt ini.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Mengenai tarikh penamaan calon yang hampir dengan pemilihan Umno, Mukhriz berkata perkara itu harus diterima kerana ia telah ditetapkan SPR.

"Kalau dah diputuskan, kita terpaksa menerimanya
walaupun dari segi masa contohnya untuk saya sendiri, berkempen pun akan jadi sedikit tersekat.
"Tetapi tak apa, tugas dan tanggungjawab lebih kepada PRK ini... bila-bila kita bersedia, ia tak dianggap sebagai merugikan," katanya.
-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...