Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Hukum Hudud. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hukum Hudud. Papar semua catatan

Khamis, 24 April 2014

@NajibRazak Akui Kerajaan Tidak Pernah Menolak Hudud #Hudud #HanyaDiKedah



ALOR SETAR: Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini hari ini.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.

" Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

"Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya


Read more at :-Astro Awani

Jumaat, 4 April 2014

" #Hudud " Betul Ka UMNO Yang Tolak Atau PR ? @DSJamilKhir




PR Tolak Hudud !!!

Kata Mustafa, “Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat… kalau tidak, tidak boleh (laksanakan)." Inilah ayat yang sama pemimpin UMNO sering katakan sebelum ini, malangnya penyokong Pas terlalu taksub dan gagal menyedari hakikat bahawa mereka ditipu oleh Pas selama ini.



Sebelum itu, Nik Aziz Nik Mat telah menyatakan berulang kali tentang penolakan hudud dan Negara Islam dalam beberapa kenyataannya yang direkodkan sebelum ini;

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

Ramai pemimpin dan penyokong Pas yang meng`kafir'kan UMNO kononnya kerana tidak mahu melaksanakan hudud. Hari ini nampaknya Pas sedar mereka silap kerana meng`kafir'kan UMNO.


Kefahaman pemimpin Pas tentang hudud berbeza antara satu sama lain. Ahli Parlimen Pasir Puteh bercakap hudud sebagai sesuatu yang menyempurnakan Islam, sedangkan Presiden Pas sendiri menyatakan bahawa hudud hanya 0.01 %. Konteks `kaafah' yang disebut oleh YB Pasir Puteh dimanipulasikan seolah-olah Hudud ditolak oleh UMNO sedangkan UMNO bercakap dalam konteks kesediaan masyarakat, pra-syarat pelaksanaan dan penegakan keadilan. Siyasah yang hendak ditegakkan bukan Siyasah Undang-undang tetapi lebih kepada Siyasah Keadilan, atau proses politik dan pentadbiran yang bertujuan bukan untuk mendirikan sebuah negara hukum, tetapi sebuah negara yang adil.

Hipokrasi Tian Chua - Kata hormat, tapi kenapa PR buat kenyataan tolak Hudud dan tidak menjadikannya satu agenda dalam PRU13.

Berdasarkan situasi semasa, memang ada keperluan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa yang dapat meneliti secara serius aspek pelaksanaan Hukum Hudud dan bagaimana ia boleh dilaksanakan secara harmoni dengan Undang-undang sivil sedia ada.

Apa pun sejak sebelum kemerdekaan negara, UMNO telah berjaya meletakkan asas yang kukuh dan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam. UMNO telah menegakkan 98% Syariat Islam di dalam negara ini..

Secara mudahnya, perjuangan UMNO disimpulkan sebagai perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara. Dalam perjuangan UMNO, Islam tidak pernah sekali-kali dipinggirkan malah diletakkan sebagai perkara pertama. Cuma berbeza dengan tafsiran dan pendekatan ektremis, UMNO tidak obses untuk melaksanakan hudud dan mengkafirkan pemerintah yang tidak melaksanakannya, sebaliknya UMNO mengambil pendekatan yang lebih praktikal, sederhana dan pertengahan, iaitu dengan memberi keutamaan ke atas perkara-perkara ya1ng lebih utama.

Disebabkan itu, dalam perjuangan memerdekakan negara, UMNO telah memastikan agar kedudukan dan keistimewaan Islam ditentukan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini kemudiannya telah diperincikan lagi dalam bentuk dasar-dasar dan dilaksanakan dalam pelbagai bidang sesuai dengan pengertian Islam sebagai ad-din, iaitu suatu cara hidup yang lengkap.

Dari segi sejarah, UMNO mempunyai track record yang jauh lebih baik daripada PAS yang di dalam menegakkan hukum-hukum Islam dalam pelbagai aspek. Ini sesuai dengan tuntutan tanggung jawab kekhalifahan yang diletakkan di atas bahu setiap umat Islam, iaitu untuk memakmurkan dunia dan memlihara agama.

Hukum-hukum Allah swt ini telah ditegakkan dengan sebaik mungkin di dalam lima bidang utama, iaitu dlm bidang aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah.

Usaha memastikan hukum aqidah terlaksana, iaitu agar umat Islam di Malaysia mempunyai aqidah yang jelas dimulakan melalui pendidikan. Bezakan orang Melayu dahulu dgn orang Melayu sekarang. Sewaktu zaman P. Ramlee membuat filem, digambarkan terdapat orang Melayu yang memuja mambang untuk menuntut ilmu persilatan. Hari ini bab pendidikan Islam dimasukkan dalam pendidikan formal dan tidak formal, bermula di peringkat tadika, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah - sekolah menengah biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, di kolej-kolej, Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) sehingga ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Tidak cukup menghantar anak-anak Melayu di IPT dalam negara, mereka juga diajar untuk mendalami pelbagai aspek ilmu agama di luar negara.

Dengan kedudukan dan keistimewaan Islam yang ditentukan dengan jelas dalam perlembagaan, pemimpin UMNO yang terdahulu telah mengembangkannya dalam bidang-bidang hukum yang lain, misalnya ibadah. Melalui pendidikan kita belajar setiap syarat dan rukun agar ibadah kita dilakukan secara betul. Selain diajar untuk beribadah secara betul, kita juga diberikan infrastruktur dan keyakinan untuk beribadah dengan selesa melalui pembinaan begitu banyak masjid dan surau. Masjid ini dibantu pula dari aspek penyelenggaraan, utiliti dan elaun imam dan pentadbiran. Di kawasan tertentu disyaratkan pula pembinaan surau dan masjid taman dan blok perumahan. Manakala majikan juga dikehendaki memberi ruang kepada umat islam untuk menunaikan solat Jumaat.

Selain dari aspek peraturan dan pentadbiran, begitu banyak aktiviti dan program juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan syiar Islam ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Dalam bidang hukum munakahat pula, kita mempunyai Enakmen Keluarga Islam dan Institusi Mahkamah Syariah yang diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di dunia. Biarpun ada kelemahan di sana sini termasuk dari aspek perbezaan pelaksanaan di negeri-negeri, namun ia adalah sangat tersusun dan jauh lebih sistematik berbanding negara-negara lain.

Dalam bidang hukum muamalat; melalui pendidikan, begitu ramai bijak pandai dalam pendidikan Islam dan pelbagai bidang ilmu lain yang telah kita lahirkan. Dalam kalangan mereka ini, bukan sahaja pakar ilmu Bahasa Arab, al-Quran dan Hadis, Feqah dan Usuluddin sahaja, tetapi juga mereka yg mampu menjadi pakar-pakar yg boleh menterjemahkan dasar hukum Islam ke dalam instrumen kewangan (bermula dgn perbankan, takaful, unit amanah, pajak gadai, sukuk dan sebagainya), yang telah dimulakan di zaman mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan sekarang sudah menguasai nilai pasaran yang besar dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Dalam bidang hukum jenayah pula yang terbahagi kepada tiga kategori, iaitu pertama, takzir, kedua - qisas, termasuk diyat dan ketiga - hudud. Setidak-tidaknya kita telah melaksanakan dalam bentuk undang-undang takzir dan qisas, termasuk diyat, yang dari secara asasnya melindungi hak-hak individu dan pada waktu yang sama turut memberi keutamaan kepada hak masyarakat terbanyak dan berusaha memelihara masalahat ummah dalam banyak keadaan.

Semuanya bermula dengan kedudukan Islam itu diperuntukkan dengan jelas di dalam perlembagaan; yang secara jelasnya menolak kesimpulan negara ini adalah sebuah negara sekular dan yang selebihnya berkembang dari situ berdasarkan kesungguhan dan kebijaksanaan politik semasa bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa tidak terjejas dan negara terjerumus ke dalam fitnah yang berterusan.

Sesungguhnya berdasarkan track record yang ada, UMNO adalah jauh lebih berjasa di dalam memenuhi tuntutan kekhalifahan, iaitu memakmurkan dunia dan memelihara agama, berbanding parti yang berjenama Islam; yang terlalu obses untuk melaksanakan hudud (yang menurut mereka sendiri hanya merupakan 0.0001 peratus sahaja daripada keluasan hukum Allah swt) tetapi gagal melaksanakan banyak perkara termasuklah membina sebuah masjid.

Sumber :- Tun Faisal

Jumaat, 15 November 2013

"Hudud Sudah Boleh Dilaksanakan Di Kelantan" PAS Tidak Tahu Nak Di Laksanakan Bila


Alhamdulillah apabila Pisau Kedah mendengar kenyataan dari Ketua Hakim Syarie Kelantan yang menyatakan Kelantan boleh laksanakan Hukum Hudud bila-bila masa sahaja.

Tapi sehingga sekarang Kerajaan Kelantan pentadbiran PAS masih lagi belum mengesahkan berapa lama masa lagi PAS benar-benar hendak laksanakan Hudud di Kelantan.. PAS hanya menyatakan masih di peringkat kajian jawatankuasa teknikal walaupun 20 tahun telah diluluskan dalam sidang DUN Kelantan.

KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan perlu menetapkan masa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini selain memberi kefahaman kepada masyarakat secara menyeluruh.

Bagi tujuan itu, pensyarah dan pendakwah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, kerajaan Kelantan perlu menjadikan negara Brunei sebagai contoh dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan hudud.

“Brunei menetapkan tarikh enam bulan lagi untuk menjalankan hukum hudud di negara itu dan Kelantan perlu berbuat demikian dengan menyatakan bilakah tarikh hudud akan dilaksanakan.

Kerajaan negeri juga dicadangkan menyatakan kepada masyarakat mengenai langkah  ke arah pelaksanaan hudud dengan memberi kefahaman serta penjelasan kepada mereka di seluruh negeri ini,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad yang menyatakan kesediaan Kelantan melaksanakan penguatkuasaan hukum hudud selepas bangunan Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung kini siap dan beroperasi.

Seperti Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993, Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013 hanya tertakluk kepada rakyat Brunei beragama Islam. Hukuman jenayah sivil juga dilaksanakan secara bersama di negara tersebut.

Malah, pengharaman menjual dan meminum minuman keras secara terbuka telah lama dilaksanakan di negara itu. Peraturan ketat juga dikuatkuasakan kepada penganut agama lain.

Abdul Basit berkata, kefahaman mengenai hudud perlu dijalankan di peringkat negeri supaya ia lebih menyeluruh kerana persepsi masyarakat terhadap hukum hudud masih menakutkan kepada orang bukan Islam dan segelintir orang Islam ada juga yang menentangnya.

“Kerajaan negeri perlu melakukan langkah yang sewajarnya melalui penerangan untuk memberi kefahaman kepada seluruh masyarakat di Kelantan.

“Kursus kefahaman berkaitan hudud juga perlu diberikan kepada orang bukan Islam dan ia tidak hanya bertumpu di Balai Islam, Lundang sahaja, sebaliknya perlu menyeluruh iaitu diadakan di daerah-daerah lain di negeri ini,” katanya.

Katanya, sebelum ini, kerajaan negeri ada menyatakan langkah memberi kefahaman secara menyeluruh, namun sehingga kini perkara tersebut masih belum terlaksana.

Sementara itu Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, terserah kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan hudud di negeri ini atau sebaliknya.

“Saya menyokong pandangan Ketua Hakim Syarie dan kini terserah kepada kerajaan negeri. Saya menasihatkan supaya masyarakat sedia membuat penghijrahan perasaan dan minda.

“Rakyat harus bersedia untuk menerima pelaksanaan hukum hudud kerana enakmen hudud ini diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat,” katanya.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nassuruddin Daud pula berkata, penjelasan yang dibuat oleh Mohamad Daud sudah cukup dan sebarang kenyataan tidak dikeluarkan setakat ini.

“Saya rasa apa yang beliau jelaskan sudah cukup, nantilah selepas ini,” katanya ringkas.

Khamis, 14 November 2013

Apa Pendirian PAS Setelah Ketua Hakim Syarie Kelantan Bagi "Lampu Hijau" Laksanakan Hukum Hudud Di Kelantan ?



Dalam laporan media semalam yang dilakukan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad ketika majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan, beliau menyatakan bahawa Kelantan sudah bersedia laksanakan Hukum Hudud.

Bagi Pisau Kedah.. Bagus la sekiranya Kelantan nak laksanakan Hukum Hudud walaupun sepatutnya dilaksanakan pada tahun 1993 setelah mendapat kelulusan dalan Dewan Undangan Negeri ketika itu.
KOTA BHARU - Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan Pas mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.

"InsyaAllah Kelantan sudah boleh laksanakan hudud. Undang-undang sudah ada dan kalau perlu tambah hakim, kita tambah," katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Bandar Baharu Tunjung di sini, hari ini.

Perasmian kompleks berharga RM25.8 juta itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Pada 1993, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 untuk membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hukum Islam itu.

Bagaimanapun sehingga kini pelaksanaannya tidak dapat dilaksanakan termasuk disebabkan ia mendapat tentangan daripada rakan sekutu mereka iaitu DAP.

Sementara itu, Daud berkata tidak ada kes tertunggak melibatkan pelbagai kes umat Islam di Mahkamah Syariah di negeri ini dan itu dianggap satu kejayaan.

"Kami berjaya menyelesaikannya sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun daripada kes itu berjalan. Ini kerana kami mempunyai kelengkapan termasuk hakim yang mencukupi," katanya. - Bernama

Tapi apakah didalam melaksanakan Hukum Hudud.. PAS Kelantan telah mendapat persetujuan DAP yang juga berada didalam Pakatan Haram.?

Pisau Kedah dengan rendah diri akan memuji PAS Kelantan sekiranya PAS yang mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan dapat melaksanakan Hukum Hudud.

PAS perlu buktikan yang mereka bukan penjilat DAP.


Sabtu, 13 April 2013

Biaq Betul !!! PAS Hendak Melaksanakan Hukum Hudud Di Malaysia ??? #Tolak PR


Kadang-kadang Pisau Kedah kesian pulak kat puak penyokong PAS yang dok bercakap soal Hukum Hudud seolah-olah bagi penyokong PAS, parti itu akan melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Haram berjaya mentadbir Malaysia.

Apakah penyokong PAS yang mahukan Hukum Hudud di laksanakan tidak mengetahui bahawa parti yang mereka sanjungi itu tidak akan melaksanakan Hukum Hudud kerana Hukum Hudud bukannya agenda utama perjuangan PAS di dalam Pakatan Haram.??

Sudah jelas bahawa Hukum Hudud tidak akan di laksanakan sekiranya PAS masih lagi bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Haram buat selama-lamanya.

Ramai penyokong PAS yang tidak mengetahui akan hal ini kerana ianya tidak pernah di dedahkan PAS kepada penyokongnya di akar umbi.

Sekiranya PAS mengatakan UMNO ini kafir kerana tidak mamapu melaksanakan Hukum Hudud.. Bagaimana pula dengan PAS yang tidak akan melaksanakan Hukum Hudud ??? Adakah tidak akan di kira kafir seperti UMNO ??

Apa hujah PAS untuk mengatakan parti itu terkecuali dari menjadi kafir kerana tidak melaksanakan Hukum Hudud.??

- Fikir-fikirkanlah ... Matlamat bukan menghalalkan cara seperti mana PAS menghalalkan cara untuk mencapai matlamat politik mereka.. Sedarlah penyokong PAS, PAS sebuah parti politik yang mahukan kuasa dan bukannya sebuah pergerakkan memperjuangkan Islam seperti yang di perkatakan mereka

Dengar video pendedahan rahsia PAS yang tak semua ahli PAS tahu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...