Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Kalimah Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kalimah Allah. Papar semua catatan

Jumaat, 15 November 2013

"Titah Sultan Selangor" Yang Tidak Akan Terdapat Dalam Akhbar Pembangkang


Sehingga ke saat ini titah Sultan Selangor berkenaan penggunaan kalimah Allah langsung tidak dimuatkan dalam akhbar pembangkang terutamanya PAS.

Apakah pembangkang terutamanya PAS melihat titah Sultan Selangor berkenaan kalimah Allah akan merugikan Pakatan Haram ?
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam 'Bible' dan penerbitan 'The Herald' versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta.

Baginda bertitah ia bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor khususnya dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.
Sehubungan itu, baginda meminta rakyat Selangor supaya menghormati dan mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah.

"Ini kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu (Esa) seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas," titah baginda menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais di sini.

Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 Nov lepas, telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat negeri itu tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Ia seperti yang diperuntukkan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

Sultan Selangor turut bertitah menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan isu kalimah Allah sebagai agenda politik mereka kerana kalimah Allah ialah satu kalimah suci dan membabitkan akidah umat Islam.

Baginda juga bertitah menggesa umat Islam merapatkan barisan dan bersatu padu mempertahan kesucian kalimah Allah serta menghalang usaha mana-mana anasir yang tidak bertanggungjawab menyalahguna dan menghina kalimah Allah.

"Isu yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi buruk kepada keselamatan negara dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini," titah baginda.

Baginda turut berdoa supaya perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini sentiasa terpelihara dan mereka dapat hidup dengan aman damai, menghormati antara satu sama lain dan saling bertolak ansur. - BERNAMA

Jumaat, 22 Februari 2013

Telenovela ‘Kalimah Allah’: Lakonan Majlis Syura–Karpal Singh Membosankan



Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’. Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.

Tetapi, Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja.

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”.

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat. Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP.

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR. Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel.

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu. Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya. Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran.

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR. Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’.

Hot Video !!! Isu Kalimah Allah : Nik Aziz Dan Hadi Awang Tak FahamTentang Islam- Anwar Ibrahim @DPPMalaysia #KalimahAllah



Memang cukup dasyat permainan politik Anwar Ibrahim demi meraih undi kepada PKR sehinggakan dia sanggup menikam sesiapa saja sama ada di pihak lawan atau di pihak sendiri untuk meraih keuntungan politik

Puak-puak PAS patut tengok, dengar dan menilai sendiri video ucapan Anwar Ibrahim di bawah ini ketika Anwar Ibrahim telah berkempen di Sabah baru-baru ini.


Patutkah Anwar Ibrahim di dalam isu Kalimah Allah yang di tuntut segelintir pengikut agama Kristian, dia sanggup memperlekehkan Nik Aziz dan Hadi Awang yang membuat U-TURN dengan keputusan kebenaran penggunaan kalimah Allah setelah di tentang hebat oleh Majlis Syura Ulama PAS.




Khamis, 21 Februari 2013

Di Sebabkan Fuziah Salleh, PKR Di Labelkan Sama Taraf Dengan DAP Oleh Harun Taib

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu 'sama taraf' dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah.

Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.

Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.

"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos.

Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan tidak menghina Islam.

Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Karpal mahu Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan.- ANTARA POS-

Rabu, 20 Februari 2013

Demi Keuntungan Politik. Puak PAS Tak Kisah Harun Taib Di Perlekehkan DAP



Hari demi hari. DAP terus memperlekehkan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib yang bertegas tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah di guna pakai di dalam Bible versi Bahasa Melayu sepertimana yang telah dituntut Lim Guan Eng beberapa bulan yang lalu.

Sebelum ini kita melihat bagaimana Harun Taib telah di perlekehkan Pengerusi Parti DAP, Karpal Singh yang bertegas mendesak supaya Harun Taib akur dengan keputusan yang telah di buat Hadi Awang ketika mensyuarat majlis presiden Pakatan Haram dengan membenarkan penggunaan Kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Terbaru pulak, Harun Taib telah di perlekehkan oleh Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang mendakwa Harun Taib tidak layak mewakili pandangan PAS Pusat di dalam isu berbangkit tuntutan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan muslim di dalam Bible versi Bahasa Melayu.
 
SHAH ALAM: DAP hari ini menyifatkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib sebagai pemimpin biasa yang tidak mewakili pandangan PAS Pusat bersabit isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim.

Setiausaha Organisasasi DAP, Anthony Loke berkata tidak timbul soal parti itu perlu mempertahankan Pengerusi parti Karpal Singh yang dibidas oleh Harun bersabit isu berkenaan.


"Harun Taib itu seorang pemimpin (PAS) sahaja. Dia bukannya mewakili kepimpinan pusat PAS. Dalam Pakatan Rakyat kita ada kerangka majlis kepimpinan kita.


"Dalam pimpinan Pakatan Rakyat kita ada Presiden PAS sendiri," katanya ketika dihubungi Antarapos.


Loke turut mengecam akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memetik Harun sebagai membidas Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai 'tidak tahu apa-apa' tentang PAS dan kehabisan modal untuk terus mengetengahkan isu penggunaan kalimah Allah.


Harun mengkritik Karpal kerana mendesak Majlis Syura menarik balik ketetapan melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.


Karpal berkata Majlis Syura harus seiring dengan pendirian Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu. Pendirian itu berpaksi kepada kenyataan umum Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh diguna oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.


Pada 13 Januari, Majlis Syura menjelaskan kalimah Allah boleh diguna dalam pertuturan oleh bukan Muslim tetapi tidak boleh dikaitkan dengan God agama Kristian yang mempercayai Tuhan dalam tiga bentuk.


Anthony berkata DAP tidak akan membuat sesuatu pendirian hanya berpandukan laporan Utusan Malaysia.


"Bukan tak mahu ambil (pendirian Harun Taib) tapi kita sendiri tidak tahu sejauh mana betul atau tidak laporan Utusan.


"Selalunya Utusan buat putar belit sahaja," katanya lagi. -Antarapos

Pisau Kedah :-

Sehingga ke hari ini. belum ada seorang pun dari kalangan pemimpin pemuda PAS ada teloq untuk tampil diri mempertahankan Harun Taib yang di perlekehkan pemimpin DAP. 

Isnin, 18 Februari 2013

Melampau !!! Haron Din Kena Ugut Geng Sendiri Di Sebabkan Pertahankan Kalimah Allah.



Entah la apa nak jadi dengan PAS sekarang ini. Hanya di sebabkan keuntungan politik bersama Pakatan Haram, PAS sanggup membiarkan Timbalan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Haron Din di ugut hanya kerana di sebabkan bertegas didalam mempertahankan pendiriannya menentang Kalimah Allah di guna pakai dalam Bible versi Bahasa Melayu yang di tuntut Lim Guan Eng..

Mungkin penyokong PAS akan mengatakan cerita Tuan Guru Datuk Haron Din di ugut kerana mempertahankan pendiriannya hanyalah di reka-reka oleh UMNO untuk memburukan imej PAS .

Tapi sebelum penyokong PAS menuduh pihak UMNO yang ada-adakan cerita ini, jom kita dengar pengakuan dari Tuan Guru Datuk Haron Din Sendiri bahawa dirinya telah di ugut setelah bertegas dengan pendiriannya menentang penggunaan Kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu.


Tak kan kot penyokong PAS yang kononnya mengatakan mereka memperjuangkan Islam dan memertabatkan Ulama sanggup menganggap pengakuan yang di berikan Tuan Guru Datuk Harun Din adalah tipu ??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...