Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Husam Musa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Husam Musa. Papar semua catatan

Rabu, 9 Oktober 2013

Panas !!! Akhirnya Husam Musa Sendiri Yang Mendakwa Kerajaan Negeri Pentadbiran PAS Menyeleweng .


Pada awal Pisau Kedah baca akhbar online Sinar Harian semalam.. Pisau Kedah terkejut juga apabila akhbar itu menyiarkan artikel "Husam Bidas Tindakan Kerajaan Kelantan"..

Apa ke hal dengan Husam Musa ni..tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bidas tindakan kerajaan Kelantan ni ?? . Datang bulan ka si Husam ni ?..

Apabila Pisau Kedah meneliti beberapa blog, baru la Pisau Kedah faham kenapa yang si Husam Musa ni naik angin tak tentu pasal macam orang perempuan datang bulan.

Yang pastinya cerita ini tidak akan keluar di akhbar Harakah sebab ianya bakal menjatuhkan maruah PAS..

Sebenarnya si Husam Musa ni terlalu marah sangat dekat kerajaan negeri Kelantan ni di sebabkan Kerajaan Negeri Kelantan telah memberi tanah di hutan simpan kekal Chabang Tongkat Hulu  seluas 3,500 ekar kepada seorang individu.

Jangan terkejut dari maklumat yang diperolehi, pemohonan tanah tersebut hanya dilakukan atas dua helai kertas sahaja dan telah diberikan melalui pemohonan kepada MB Kelantan pada 6 Ogos 2013 lalu.

Pehhh, mudah sungguh individu terbabit mendapat tanah hutan yang berstatus hutan simpan kekal dengan kadar segera melalui 2 helai kertas sahaja.

Tentunya individu terbabit terlalu istimewa kepada MB Kelantan sehinggakan mendorong mendapatkan tanah seluas 3,500 ekar di tanah yang berstatus simpan kekal dengan kadar segera.

Dari kenyataan yang diberi Husam Musa, Husam Musa mendakwa tindakan Kerajaan Negeri itu tidak wajar  dan menyimpang dari konsep ketulusan .

Kalau mengikut dari bahasa mudahnya Husam Musa yang merupakan pemimpin PAS  telah mendakwa Kerajaan Negeri pentadbiran PAS melakukan penyelewengan tanah.

Nampak gayanya Husam Musa lepas ni akan di hentam teruk la segelintir penyokong PAS yang terlalu marah dengan pendedahannya.

Selasa, 30 April 2013

Panas !!! Husam Musa Di Halang Penyokong PAS Untuk Berdialog Dan Ujian Poligrafi Di Sebabkan 10 Perkara #TolakPR




Selepas cabaran oleh Kickdafella dibuat, ramai penyokong-penyokong Pas yang berusaha untuk menghalang dialog Husam - Kickdafella dan menghalang Husam daripada melakukan ujian poligraf. Sedangkan di pihak Kickdafellah sendiri, dalam siri ceramah kelompok di Putrajaya, TANPA PERASAAN TAKUT menyatakan bahawa beliau juga tidak ada masalah untuk membuat ujian poligraf untuk membuktikan siapakah yang bercakap benar - Husam atau dirinya.





Kemusykilan saya, kenapa penyokong Pas begitu takut untuk membenarkan Naib Presiden Pas dan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri kelantan ini untuk berdialog dengan Kickdafella dan membuat ujian poligraf? Apakah yang hendak mereka sembunyikan?

Saya ada bertanya di laman twitter saya, kenapakah penyokong Pas terlalu protective? Tidakkah mereka yakin Naib Presiden Pas mereka mampu berhujah melawan Kickdafella? Tidakkah mereka yakin Naib Presiden Pas mereka boleh bercakap benar?

Soalan saya - 

Adakah penyokong Pas tidak yakin Husam mampu berhujah dan lulus ujian poligraf tentang projek kambing jamnapari?



Takkan penyokong Pas tidak yakin Husam tidak boleh menjawab tentang isu Koridor Gaharu, Stadium Red Warrior dan Jambatan Palekbang-Kg Cina?






Atau penyokong Pas rasa malu dengan janji keretapi laju Husam yang tak masuk akal?



Ataupun penyokong Pas nak sembunyikan cerita sebenar tentang Lebuh Raya Rakyat yang kononnya percuma, tiada tol, tetapi lebih awal dah kutip `tol' dari rakyat melalui sumbangan ke dalam tabung pembinaan lebuh raya?






Mungkinkah penyokong Pas tidak mahu rakyat tahu tentang cerita sebenar di sebalik akaun tabung yang didakwa diselewengkan? 







Atau adakah penyokong Pas dan penyokong Husam nak sembunyikan hakikat bahawa pemimpin mereka hanyalah seorang yang gagal?



Takkan lah penyokong Pas sendiri yakin Naib Presiden Pas mereka seorang penipu sampai taku sangat nak berdebat dengan Kickdafella dan buat ujian poligraf? Boleh tolong jawab tak budak-budak Pas dan budak-budak Husam?

Isnin, 29 April 2013

Panas Oiii !!! Husam Pantalon Hilang Teloq Untuk Berhadapan Dengan Bekas Pegawai Kanannya #TolakPR



Kantoi... Kantoi.. Kantoi.. Dah 3 perkara Husam Pantalon di dapati kantoi.. Yang pertamanya Husam Pantalon di dapati kantoi membaca Surah An-Nasru ketika berceramah di Taman Pinggiran Putra, Putrajaya pada 17 hb April yang lalu..

Memalukan apabila seorang Naib Presiden sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.. gagal membaca surah dengan sempurna..

Keduanya.. Husam Musa kantoi memfitnah bahawa AJK Surau di Percint 11 Putrajaya di pecat setelah dia pergi ke Surau tersebut.

Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dakwaan Husam Musa tidak benar sama sekali dan JAWI akan mengambil tindakan Saman terhadap Husam Musa.

Ketiganya.. Husam Musa menuduh bahawa Surau Percint 11 Putrajaya tidak lagi melaungkan Azan Subuh selepas dia pergi ke Surau tersebut.

Pihak JAWI dan AJK Surau tersebut telah menafikan perkara tersebut.. Ternyata ianya satu fitnah yang amat besar dari seorang Naib Presiden PAS.

Lebih malang lagi.. Husam Musa telah di cabar Bekas Pegawai Kanannya untuk berdialog pada hari Khamis, 02 Mei 2013 berkenaan isu janji-janji yang tidak di tunaikan di Kelantan ... Selain itu Husam Musa juga di cabar melakukan ujian Poligrafi bagi membuktikannya tidak berbohong dalam beberapa perkara..

Ada berani ka Husam Musa atau Husam Musa tak ada teloq untuk menerima cabaran bekas pegawai kanannya ???


Husam Musa harus berani menyahut cabaran tersebut.. Husam Musa jangan lupa bahawa dia pernah mencabar Datuk Eskey melakukan ujian Poligrafi tentang video China Doll.. Tapi ianya di tolak Anwar Ibrahim.. Sekarang ni giliran Husam Musa pula kena cabar untuk membuktikan dia tidak menipu..

Husam Musa harus ingat.. Berani kerana benar !!! Takut apabila buat salah !!!

Ahad, 28 April 2013

Hot !!! Husam Pantalon Akan Di Tendang Penjawat Awam Semasa Pengundian PRU13 #TolakPR



KLUANG - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Datuk Husam Musa kerana mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu.

Husam katanya, patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.

Husam dikatakan membuat kenyataan itu pada satu ceramah di Putrajaya semalam.

Shahahruddin, 58, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di Putrajaya semalam.

Serangan dilakukan oleh dua lelaki bermotosikal.

Hishammuddin mengingatkan pembangkang agar tidak mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.

Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya, sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut. - Bernama

Biaq Betul !!! Binatang Buas Tuntut Janji Pada Husam Musa Di Kelantan #TolakPR



Sabtu, 13 April 2013

Video Lawak !!! Harimau Dan Beruang Mempersoalkan Lebuhraya Rakyat PAS Kelantan



Keluar air mata Pisau Kedah punya dok gelak bila dengaq Ustaz Hassan Basri menceritakan tentang Lebuhraya Kelantan yang hendak di bina PAS.. Memang dasyat la kalau lebuhraya yang di bina ada siap laluan khas untuk binatang buas.. BN pun tak mampu nak janjikan lebuhraya macam tu.




Namun sehingga sekarang PAS Kelantan masih gagal melaksanakan projek Lebuhraya Kula Krai ke Kota Bharu yang di janjikan walaupun sudah lama telah melakukan majlis pecah tanah pembinaan lebuhraya itu.

Dalam projek lebuhraya tersebut, Hussam Musa pernah mengatakan akan membuat laluan khas kepada binatang-binatng buas.. Sekarang ni bukan setakat laluan khas kepada binatang tak ada, laluan untuk manusia pun tak nampak bayang lagi walaupun dah banyak duit yang telah di dermakan setelah PAS melancarkan tabung derma untuk membuat projek tersebut.

Ke mana perginya duit yang telah di derma orang ramai ? berapa jumlah ? Adakah pernah di audit ? Apa akan terjadi kepada duit berkenaan sekiranya PAS Kelantan tidak mampu membina lebuhraya tersebut ?

Rabu, 20 Mac 2013

Panas !!! Gerak Kerja Membunuh Keriar Politik Husam Musa Di PRU13



Tanpa kita semua sedari ada pihak dalam PAS Kelantan ingin membunuh keriar politik Husam Musa di Kelantan apabila mendesak PAS Pusat meletakkan Husam Musa bertanding di Parlimen Putrajaya pada PRU 13 ini setelah YDP PAS Putrajaya, Nazir Zakaria menawarkan kerusi tersebut kepada Husam Musa.

Meletakkan Husam Musa ke Parlimen Putrajaya ianya bererti menidakkan harapan penyokong  akar umbi PAS Kelantan yang mahukan Husam Musa berada di Kelantan sebagai calon  penganti Nik Aziz sebagai Menteri Besar kelantan sekiranya terdesak.
KOTA BHARU - Pas Kelantan tidak menghalang sebarang keputusan yang ditetapkan pusat berhubung tawaran untuk Naib Presidennya, Datuk Husam Musa supaya bertanding di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada pusat untuk membuat kata putus dalam soal tersebut.

“Itu adalah hasrat Pas Putrajaya, bagaimanapun pusat yang akan tentukan siapa bertanding di sana. Kata muktamad terletak di tangan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas tawaran Yang Dipertuanya, Mohamad Nazir Zakaria kepada Husam bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti sebagai peluang kemenangan Pas.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga exco kerajaan negeri memberitahu, terdapat beberapa nama lain dicadangkan dan disebut-sebut menjadi calon di kawasan tersebut namun enggan mendedahkannya.

Berhubung kepercayaan yang diberikan, Husam dalam kenyataannya kelmarin menyatakan kesediaan untuk menjadi pencabar utama kepada calon Barisan Nasional di kawasan itu.

Bagi Husam walaupun pada jangkaan harapan Pas untuk menawan Putrajaya hanyalah 40 peratus, beliau berjanji akan bekerja keras bagi merealisasikan hasrat berkenaan sekiranya ditakdirkan menjadi calon di situ.

Sebelum ini, sudah tiga kali surat berkaitan calon di Putrajaya dihantar kepada pihak Pas Pusat untuk dipertimbangkan, malah bertemu dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dengan hasrat itu.- SH

Semua kita mengetahui bahawa Parlimen Putrajaya merupakan kubu kuat BN yang di wakili Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pada PRU ke 12 yang lalu dan mempunyai seramai 6608 orang pengundi berdaftar.

Dari seramai 6608 pengundi berdaftar di Putrajaya, Pakatan Haram hanya mampu meraih sokongan tidak melebihi  dari 1/3 jumlah penggundi di sana. Malahan dengan meletak calon dari luar yang tidak pernah membuat kerja di Putrajaya, terlalu sukar untuk Pakatan Haram meraih sokongan.

Bersedia menjadi calon di Parlimen Putrajaya dengan melawan BN Putrajaya umpama menyerahkan leher untuk di sembelih hidup-hidup di PRU 13 ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...