Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PAS Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS Kedah. Papar semua catatan

Isnin, 17 Februari 2014

Sah !!! PAS Kedah Seleweng Duit Hadiah Masjid Semasa Jadi Kerajaan Negeri #KedahAmanMakmur


Sebelum ini pihak TMK pernah mendedahkan kisah duit hadiah RM5,000 dari Kerajaan Negeri Kedah kepada sebuah Masjid di Bukit Kayu Hitam di seleweng semasa pentadbiran PAS.(Klik Sini).

Namun kini kisah tersebut di sahkan sendiri oleh Pengerusi Masjid berkenaan yang juga Iman Masjid tersebut, Athman Murad.


ALOR SETAR - Hadiah wang tunai RM5,000 yang
dijanjikan kepada Masjid Ar-Rahman Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam setelah dinobatkan sebagai Masjid Terbaik Negeri Kedah (kategori luar bandar), sempena sambutan Maal Hijrah tahun 2009, lesap entah ke mana. 
Sejak terpilih menerima anugerah itu, sehingga kini,
peruntukan itu tidak dapat dinikmati anak kariah,
berikutan janji tinggal janji. 
Pengerusi yang juga Imam Kariah Masjid Ar-Rahman,
Athman Murad berkata, pihaknya menunggu hampir
empat tahun untuk menerima peruntukan itu daripada kerajaan negeri (PR) sebelum ini, namun kecewa kerana ganjaran itu tidak diserahkan sehingga berlaku peralihan kuasa pada 2013. 
“Jawatankuasa masjid ada mengetengahkan perkara ini kepada Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid. 
Jika perkara ini mendapat perhatian kerajaan negeri
baharu, kami bersyukur namun reda jika tiada
maklum balas positif,” katanya. 
Menurutnya, peruntukan anugerah itu disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Wisma Darul Aman. 
“Kami menerima hadiah sijil dan replika cek RM5,000
bagi kegunaan jawatankuasa masjid, banyak
perancangan sudah diatur, antaranya mahu
memperbanyakkan program setempat, menaik taraf
kawasan sekitar dan perniagaan yang kami jalankan
untuk jana pendapatan masjid, iaitu katering,”
katanya. 
Athman berkata, Masjid Ar-Rahman sering mendapat
pengiktirafan dan memenangi banyak pertandingan,
antaranya Masjid Terbaik Felda Malaysia tahun lalu. 
“Peruntukan bagi anugerah lain yang diterima tiada
masalah. Kami terima peruntukan RM50,000 daripada
Felda dan ia digunakan bagi menaik taraf kubah, yang
sedang dilaksanakan. Selebihnya digunakan bagi
menambah baik dewan yang mampu memuatkan 400
orang,” katanya. 
Athman yang juga pemenang bagi Tokoh Maulidur
Rasul peringkat negeri Kedah (kategori imam), Januari lalu, sebelum ini menerima anugerah berserta wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan daripada Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah. 
"Moga perkara ini menjadi pengajaran supaya lebih
berhati-hati," katanya.-SH

Tudia !!! Penyokong PAS Kedah Mati Kelaparan Di Sungai Petani Sebab Kenaikan Kos Sara Hidup #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah


Mengelikan hati melihat kelaku kelayak puak-puak PAS Kedah yang menggunakan isu kenaikkan kos sara hidup sebagai senjata untuk mereka menjatuhkan imej Kerajaan Malaysia kononnya Kerajaan Malaysia ini zalim.

Zalimkah Kerajaan Malaysia sekiranya puak-puak PAS  Kedah yang berdemo di dataran Jam Besar Sungai Petani pada hari sabtu lalu mampu lagi bersarapan di Hotel SP INN Sungai Petani sebelum turun berdemo ?.

Agak melucukan hati bila mengatakan tertekan dengan kenaikan kos sara hidup tinggi tapi masih lagi mampu bersarapan di hotel yang menyediakan makan dan minum dengan harga lebih dua kali ganda mahal berbanding gerai-gerai biasa.

Nampak sangat tindakkan puak-puak PAS mengadakan demo kononnya tertekan dengan kos sara hidup hanyalah bersikap retorik sahaja.





Selasa, 11 Februari 2014

Panas !!! PAS Ternak Ulama PAS Kaki Fitnah Di Kedah #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur


Sehingga ke sekarang ini Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya yang juga merangkap Adun Alor Mengkudu masih enggan mengulas apa asasnya apabila dia memfitnah YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempolitikan program "Mahabbatur Rasul, Kedah Berselawat".


Sebelum ini Pisau Kedah ada membuat ulasan didalam blog Pisau Kedah (klik di sini) berkenaan fitnah Ahmad Yahya terhadap YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir namun Ahmad Yahya tidak memberi penjelasan asasnya di sebalik tuduhan tersebut.

Pisau Kedah bersangka baik.. mungkin Ahmad Yahya tidak mengetahui apa yang Pisau Kedah tulis dalam blog tentang fitnahnya terhadap YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bagi memaklumkan secara jelas kepada Ahmad Yahya tentang ulasan Pisau Kedah agar dapat Ahmad Yahya memberi penjelasan asasnya di sebalik tuduhanya itu... Pisau Kedah telah post ulasan Pisau Kedah tersebut ke dalam FB di mana Ahmad Yahya juga berada ketika itu. Setelah 2 hari berlalu Ustaz Yahya tidak juga memberi penjelasan asasnya di sebalik tuduhannya terhadap YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Pisau Kedah berharap sebagai seorang yang berstatus Ustaz.. Ahmad Yahya dapat memberi penjelasan asasnya di sebalik tuduhan yang dibuat. Jangan hanya bersikap mendiamkan diri sekiranya tuduhan yang dilakukan Ahmad Yahya berasas.

Berkenaan Maktab Mahmud.. Ahmad Yahya jangan bimbang.. Lepas ni kami akan dedahkan dokumen Audit Dalaman Maktab Mahmud yang terdapat salah urus tadbir oleh Isteri Ahmad Yahya di salah satu Maktab Mahmud di Kedah..






Ahad, 9 Februari 2014

"Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" Akhirnya Terdedah Juga Kerja Jahat PAS Kedah @MukhrizMahathir @MukhrizOfficial #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur


Kerana sakit hati melihat puluhan ribu rakyat Kedah membanjiri Stadium Darul Aman semalam sempena majlis Mahabattur Rasul Kedah Berselawat, semalam Pas menyebarkan fitnah mengatakan majlis berkenaan disponsor syarikat Judi pula..


Sebelum majlis berlangsung mereka menyebarkan fitnah bahawa program berkenaan bertujuan politik dan mereka melarang sekolah sekolah pondok pro Pas hadir ke majlis berkenaan.

Dalam masa yang sama mereka menyebarkan poster palsu yang telah di edit untuk memfitnah DS MB dan isteri..

Gambar poster PALSU yang di edit di sebarkan
bagi memberi gambaran buruk terhadap program
berkenaan.

Gambar poster sebenar.

Untuk makluman Pas Kedah, Majlis Mahabattur Rasul dianjurkan sepenuhnya oleh Yayasan Islam Kedah dan Kerajaan Negeri. Takkan Pas Kedah tak tau kot majoriti puak mana dalam Yayasan berkenaan??


Nak fitnah pun agak agaklah..Takkan yayasan Islam Kedah tak tau hukum hakam kot?

Print screen diatas memang sekadar pertanyaan sebab takut diambil tindakkan kalau kena saman, tapi bila melihat komen komen yang disebarkan memang mereka memfitnah bahawa syarikat judi menaja program semalam.


Artikel asal dari :- Medan Tempur Kedah

Akhirnya fitnah yang cuba disebarkan PAS Kedah terjawab apabila seorang Staff Yayasan Islam Negeri Kedah menjawab sendiri fitnah tersebut.


Artikel berkenaan Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ahmad Yahya fitnah YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan program "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" klik di :- http://pisaukedah.blogspot.com/2014/02/kedah-berselawat-mukhrizmahathir-jadi.html?m=0


Gambar-Gambar Di Sekitar "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" 40 Ribu Hadirin Walau Di Sabotaj #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah



Syukur Alhamdulillah apabila program "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" mampu menghimpunkan lebih kurang 40,000 umat Islam negeri Kedah di Stadium Darul Aman kelmarin walaupun bermacam-macam gambaran buruk bagi mewujudkan persepsi negatif telah di lakukan bagi menggagalkan program berkenaan.

Yang agak menyedihkan apabila persepsi negatif telah  di lakukan pihak yang menyatakan parti merekalah yang memperjuangkan Islam (Klik Sini).

Malahan ada juga dari pihak parti yang kononnya memperjuangkan Islam mendakwa program berkenaan telah di taja oleh syarikat judi.. Astaghfirullah...


Semalam Pisau Kedah telah menghubungi rakan Pisau Kedah yang mengajar di satu Maahad Tahfiz di kawasan Baling bagi mendapat kepastian setelah desas desus mengatakan Maahad Tahfiz terbabit pada mulanya bersetuju menghantar pelajarnya bagi menyemarakkan lagi program berkenaan tapi telah di halang disaat-saat akhir. Beliau memberitahu  "Ya.. ada tekanan dari pihak politik yang mengarahkan jangan sertai program berkenaan".

Menurut sahabat Pisau Kedah.. Pihak yang memberi tekanan itu mendakwa program berkenaan tak ikhlas dan hanyalah untuk kepentingan politik UMNO dan Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebenarnya mereka yang membuat persepsi negatif bagi cubaan sabotaj program berkenaan terlupa bahawa Allah S.W.T lebih maha mengetahui dan maha mengadili.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T walaupun bermacam cubaan dilakukan untuk sabotaj program berkenaan.. Kerajaan Negeri mampu menghimpunkan lebih kurang 40,000 umat Islam Kedah tanpa mengira latar belakang politik.

Gambar-gambar di sekitar sambutan Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat.


MB Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengetuai kontinjen Kakitangan Wisma Darulaman.


Kontijen Kakitangan Wisma Darulaman belarak
bersama MB Kedah dari Wisma Darulaman sehingga
ke Stadium Darul Aman.























Jumaat, 7 Februari 2014

Panas !!! Bekas Setpol Dan Bekas Pengarah Dari PAS Di Saman RM 10 Juta #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur



Apa ... Bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah merangkap Blogger Tua PAS dan penulis Harakah wilayah Utara, Zulkifli Yahya (Zul Ya) dan bekas Setiausaha Politik Allahyarham Ustaz Azizan Razak, Sanusi Md Nor telah di saman oleh ahli perniagaan Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid, pemilik syarikat MAS Incoprated Ltd sebanyak RM10 Juta..?

Mungkin semua nak tahu kenapa Zul Ya dan Sanusi Md Nor di saman oleh ahli perniagaan terbabit.

Saman di kenakan terhadap Zul Ya dan Sanusi Md Nor setelah kedua-dua ekoq mangkuk ayun terbabit bertindak menuduh ahli peniagaan itu sebagai juara putar alam dan penyeleweng berkaitan kegagalan usaha sama projek pembalakan PMBKed dan MAS Incorporated  di Papua New Guinea (PNG).

Dalam laporan ketua audit negara 2011 telah menyatakan sebuah agensi dibawah Menteri Besar Kedah, Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBked) telah mengalami kerugian RM13.49 juta setelah pegawai-pegawai agensi terbabit menamatkan pelaburan pembalakan di PNG.

Untuk menutup kelemahan urustadbir didalam PMBked setelah mengalami kerugian besar didalam projek pembalakan terbabit maka kedua-dua ekoq mangkuk ayun terbabit dengan membuta tuli menunding jari kepada ahli perniagaan terbabit yang menyebabkan PMBked menanggung kerugian besar.



Pisau Kedah :-

Harap Zul Ya dengan Sanusi harap bersabar banyak la sebab dari maklumat yang diperolehi kes terbabit agak sukar untuk Zul Ya dan Sanusi menang. Ahli Perniagaan terbabit mempunyai dokumen perjanjian yang kukuh untuk mendakwa Zul Ya dan Sanusi membuat tuduhan tak berasas.



.

"Kedah Berselawat" @MukhrizMahathir Jadi Mangsa Fitnah Ustaz PAS #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur



Beristghfar apabila Pisau Kedah membaca kenyataan media dari setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya berkenaan program "Kedah Berselawat" yang dianjurakan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam kenyataan media Ustaz Ahmad Yahya. Beliau mendakwa Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir HANYA MEMPOLITIKKAN TUJUAN ASAL "KEDAH BERSELAWAT".

Kepada pembaca blog Pisau Kedah boleh membaca dan menilai sendiri kenyataan media dari Ustaz Ahmad Yahya yang Pisau Kedah lihat langsung tidak mempunyai asas yang diberikan bagi menuduh program tersebut di politikkan YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir. (Pisau Kedah akan ulas satu persatu tuduhan tersebut)

MUKHRIZ POLITIKKAN TUJUAN ASAL KEDAH BERSELAWAT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Kedah Berselawat sebagai pendekatan pragmatik Kerajaan BN Negeri Kedah yang semata-mata bertujuan politik.

Setiausahanya, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, segala pendekatan ala sesumpah ini bersifat sementara sahaja yang bertujuan meraih sokongan politik semasa dan bukan bertujuan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup dunia dan akhirat.

“Islam tidak lebih hanya menjadi alat solek untuk menghias wajah pragmatik yang menjadi pendekatan Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Hakikatnya pentadbiran beliau tidak akan mampu terpisah dari dasar sekular yang menjadi anutan Umno-BN.

“Sejak awal lantikannya memimpin Kedah lagi, beliau menunjukkan kemesraan menerusi penampil berjubah dan mendekati agamawan. Tetapi pendekatan itu lebih kepada individu sahaja, sebaliknya kepada kepentingan Islam beliau khianati.

“Kontradiknya dapat dilihat apabila beliau menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), menganggap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai bebanan selain menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan,” terang beliau.

Ujarnya, jelas terbukti Mukhriz tidak mampu menyelindungi kepura-puraannya apabila mengabaikan semua aset dan kepentingan berkaitan Islam tersebut.

Malah secara menyindir, Ustaz Ahmad berkata, Mukhriz pasti tidak selesa untuk menggandingkan penampilan beliau seperti itu di khalayak sekiranya isteri beliau turut berada di sisi.

“Terbaru, apabila dilihatnya majlis mahabbaturrasul menjadi fenomena massa, beliau menganjurkan pula Kedah Berselawat. Tetapi di mana roh selawat dalam pentadbiran Mukhriz?

“Islam yang dibawa Rasulullah bukan diagungkan sekadar qauli yakni dengan sebutan dan puji-pujian atau ingatan. Ia bersama juga tuntutan qalbi dan fi'li dengan menyemai kefahaman dan ketundukan patuh pada seluruh perintah dan meninggalkan larangan Allah serta beramal dalam segenap aspek kehidupan serta sistem.

“Malangnya, Islam hanya digunakan Mukhriz untuk kepentingannya dan beliau dilihat keseorangan kerana Umno-BN tidak mungkin seiring bersama beliau dalam hal itu. Selain itu terbukti program tersebut dijadikan agenda politik pragmatiknya kerana diubah dari tujuan asal iaitu Majlis Selawat Sempena Sambutan Keputeraan Sultan Kedah,” katanya.

Menurutnya lagi, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga kesal kerana wujud arahan kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan di dalam negeri ini untuk meramaikan majlis berkenaan termasuk memperalatkan nama institusi tertentu antaranya Darul Hadis bagi tujuan tersebut.

Ujar beliau, sewajarnya, jika Mukhriz merasakan rakyat benar-benar telah disemai penghayatan kepada Rasulullah, beliau tidak perlu menyusun tindakan bersifat kerahan dan manipulasi seperti itu itu.

1 ) Sebagai seorang yang berstatus Ustaz (Mempunyai Ilmu Agama) tidak sepatutnya membuat satu dakwaan yang tidak berasas dan kukuh berkaitan sesuatu perkara melibat satu kebaikkan didalam Islam sepertimana tentang program yang hendak di lakukan Kerajaan Negeri Kedah. Apa yang dapat Pisau Kedah lihat dakwaan Ustaz Ahmad Yahya didalam sidang medianya hanya berbentuk mengwujudkan ROMOUR (Desas Desus).

2 ) Tentang dakwaan menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman (Pulau Tuba) ternyata Ustaz Ahmad Yahya hanya membuat satu persepsi negatif bahawa Maahad Tahfiz Sains Darulaman berkenaan akan dihentikan terus pembinaannya sedangkan hakikatnya pembinaan Maahad Tahfiz tersebut hanya DITANGGUH.

Tentang penangguhan tersebut telah diperjelaskan YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membentangkan Bajet Kedah 2014 dalam Sidang DUN pada 18 November 2013 yang lalu.

Tidak logik sekiranya Ustaz Ahmad Yahya hendak mengatakan bahawa dia tidak tahu sebab Ustaz Ahmad Yahya yang merupakan Adun Alor Mengkudu turut berada dalam sidang dun semasa pembentangan Bajet Kedah 2014 dan turut dibekalkan buku berkenaan Bajet Kedah 2014.

Melalui pembentangan Bajet Kedah 2014 juga, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan disebalik pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba di tangguhkan, Kerajaan Negeri telah mengeluar peruntukan memperbesarkan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Kulim dan sentiasa memberi perhatian didalam usaha menaik taraf Maahad-Maahad Tahfiz dan Sekolah-Sekolah Pondok di seluruh negeri Kedah.

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah negeri Kedah apabila Kerajaan Negeri Kedah bawah pentadbiran YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir berani mengasing pendapatan negeri dari sumber yang patuh syariah dan tidak patuh syariah bagi perbelanjaan yang melibatkan umat Islam sepertimana pembelanjaan menaik taraf Maahad-Maahad Tahfiz serta Sekolah-Sekolah Pondok. Pentadbiran Kerajaan Negeri sebelum-sebelum ini tidak berani berbuat demikian walau pun ada pihak telah mencadangkan.

3 ) YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir menganggap pembinaan KUIN di Kuala Ketil sebagai satu beban.

Ya.. Satu beban apabila dalam keadaan ketidak kemampuan dari segi kewangan melakukan sesuatu perkara dengan berhutang sedangkan pada hakikatnya KUIN mempunyai prasarana yang masih elok dan perlu mengambil pendekatan memperbesarkan KUIN yang telah terbina sejak sekian lama.

4 ) Menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan hanyalah satu fitnah yang cukup jelas dari Ustaz Ahmad Yahya.

Kesemua Maktab Mahmud sehingga ke hari ini masih lagi dibawah Kerajaan Negeri Kedah. Cuma 10 dari 12 Maktab Mahmud telah DIDAFTARKAN dibawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi mendapat bantuan pembiayaan dari Kerajaan Pusat. 2 daripada 12 Maktab Mahmud iaitu Maktab Mahmud Alor Setar dan Yan masih dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

Ustaz Ahmad Yahya tidak patut mempertikai pendaftaran 10 Maktab Mahmud dibawah SABK kerana telah diperkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

5 ) Mukhriz tidak selesa bergandingan penampilan beliau bersama Isteri dikhalayak ramai.

Ternyata dakwaan tersebut berniat jahat dengan mahu mengaibkan YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedangkan sebagai seorang Suami tidak mungkin akan merasa tidak selesa apabila bersama Isterinya.

Jumaat, 31 Januari 2014

@MukhrizMahathir Akan Lancarkan Perang Sekiranya PAS Kedah Masih Berdegil


Kerajaan negeri tidak teragak-agak membuka fail-fail projek bawah kerajaan PR terdahulu jika terus diserang pembangkang yang seolah mahu menggambarkan kerajaan BN dipenuhi amalan korupsi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
berkata, jika pembangkang berterusan mengambil pendekatan dedah dan serang, pihaknya juga akan mempertimbang pendekatan sama pada masa akan datang.

“Kita sedang pertimbangkan perkara ini. Saya ingat dahulu tidak perlu ungkit perkara-perkara lama tetapi jika pihak sana (pembangkang) seolah mahu tunjukkan mereka bersih dan kita kotor, kita juga
akan bertindak,” katanya, selepas majlis
penyerahan buah limau kepada 14 cawangan MCA Jerlun, sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Wisma Umno Jerlun, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga bersedia mendedahkan kepincangan dalam mana-mana projek yang dirancang bawah PR sepanjang lima tahun lalu.

“Mungkin sudah tiba masa kita buka rekod fail-fail projek lama, antaranya pelaburan pembalakan di Papua New Guinea yang merugikan, projek ladang buah di Pedu serta pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin),” katanya.

Mengulas tindakan PR yang mengheret isu
penyelesaian luar mahkamah kes saman Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, pihaknya sedia memberi kerjasama yang diperlukan oleh badan itu.

“Sudah tentu kita akan beri kerjasama dalam usaha membersihkan segala tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan negeri BN. Saya alu-alukan jika SPRM beranggapan kes itu wajar disiasat kerana mereka hanya menjalankan tugas,” katanya.

Rentetan laporan SPRM itu, laporan sama turut dibuat di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), Suruhanjaya Sekuriti dan Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group), Isnin lalu.

Sejak awal Januari lalu, kerajaan BN diserang
secara berterusan oleh pembangkang, bermula dengan isu kenaikan harga barangan, isu pembelian Mercedes Benz S300 yang dikaitkan dengan kereta rasmi Menteri Besar, diikuti kes BDB yang dikaitkan dengan pembalakan di Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih).


# TMK Sudah Bersiap Sedia Gempur PAS Kedah

Rabu, 13 November 2013

Penulisan @ustazfathulbari Yang Telah Membuat Adun-Adun PAS Kedah Meroyan #KedahAmanMakmut


Apabila YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz
Mahathir beserta dengan ahli-ahli Dewan Undangan
Negeri BN bersepakat untuk mewujudkan enakmen anti-Syiah, Alhamdulillah orang BN setuju belaka. Yang membantah adalah 9 ahli Dewan Undangan Negeri PAS. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Beza Syiah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah bukanlah
perbezaan khilaf isu fiqh sahaja. Bukan isu baca qunut atau tak baca qunut, bukan isu buat tahlil atau tidak, bukan isu talqin atau tidak yang ini semua hanya khilaf di kalangan mazhab ahli sunnah yang tidak menggugurkan akidah pun. Imam Ahmad anak murid Imam Syafi’i, Imam Syafi’i anak murid Imam Malik, mereka semua adalah Imam ahli sunnah yang kita ambil ilmu dan pandangan daripada mereka.

Sebaliknya perbezaan Syiah dengan kita adalah pada
prinsip agama dan pendirian akidah. Perkara yang
memisahkan seseorang itu Islam ataupun bukan Islam, sama sekali tidak boleh kita toleransi prinsip dan pegangan agama mereka.

Syiah mengkafirkan sahabat Nabi. Bukan itu saja,
mereka mengkafirkan sahabat Nabi yang telah
dijanjikan Syurga oleh Nabi sendiri. Jika sekarang kita
tidak tahu siapa di antara kita yang ahli syurga, tetapi
pada zaman Nabi, Baginda sendiri telah tunjukkan siapa di kalangan sahabat Baginda yang dijamin Syurga oleh ALLAH SWT. Nabi sendiri yang sebut melalui lisan Baginda sendiri, Nabi sendiri yang tunjuk mereka.

Datang puak syiah, dengan senang mereka mengatakan Abu Bakar, Omar Al-Khattab, Osman bin Affan, Muawiyah bin Abi Sufyan ahli Neraka, na’uzubillah. Syiah menuduh Abu Bakar merancang membunuh Ali bin Abi Talib, menuduh sahabat Nabi menolak wasiat Nabi supaya melantik Ali radhiyallahu ‘anh sebagai khalifah.Mereka bohong, Nabi tidak mewasiatkan sedemikian.

Semua celaan dan hinaan atas sahabat Nabi ini terdapat dalam penulisan-penulisan puak-puak syiah dan kitab karangan ulama-ulama syiah sendiri. Sedangkan sabda Nabi dalam hadis Irbadh bin Sariyah, “Hendaklah kamu lazimi sunnahku dan sunnah Khulafa Al-Rasyidin yang mereka ini diberi petunjuk.” (Sahih, Abu Daud).

Bahkan ALLAH SWT berfirman tentang sahabat
Nabi, “Orang-orang terdahulu yang pertama-tama
(masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang- orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada ALLAH, dan ALLAH menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Al-Taubah: 100).

Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu cela sahabatku.
Walaupun seorang kamu menginfaqkan emas sebesar Uhud pun, tidak akan dapat menandingi sedekah sahabatku sebesar mud dan tidak juga separuhnya.” (Bukhari & Muslim).

Sebab itu Imam Al-Syafi’i berkata, “Aku tidak pernah
melihat orang yang lebih kuat bohong daripada (Syiah) Rafidhah.” Imam Syafi’i, Imam Al-Bukhari memfatwakan haram makan sembelihan Syiah, haram beri salam kepada Syiah, haram menikahi mereka. Mereka lebih dahsyat daripada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani).

Maknanya ini bukan benda kecil. Ini perkara yang cukup besar. Semua mazhab dalam Islam sepakat menolak Syiah. Mana mungkin kita berlepas diri dan tidak mahu tolak Syiah? Bagaimana mungkin kita membiarkan sahaja mereka?

Jika kita marah dikatakan membela syiah, jadi buktikanlah pendirian kita terhadap Syiah dengan tegas. Tunjukkan bahawa kita tidak membela Syiah, tunjukkan bahawa kita menolak syiah.

Mungkin ada pihak mengatakan, “syiah nak sokong kami, takkan kami nak halang”. Kita katakan, sokongan yang disusuli dengan penyebaran akidah dan pemikiran, ditulis di banner-banner ‘Ya Zahraa’ (menyeru Fatimah), Ya Ali (menyeru Ali), sedangkan seruan-seruan ini boleh membawa kepada kesyirikan. Kita hanya menyeru dan berdoa kepada Allah semata-mata, bahkan kita tidak berdoa dan menyeru ‘Ya Muhammad’ sekali pun.

Kita minta semua pihak sama ada di pihak kerajaan
mahupun pembangkang memberi pendirian tegas dalambmenyekat usaha penyebaran fahaman Syiah baik melalui poster, iklan-iklan, kempen politik dan sebagainya.

Walaupun kita kata kita tidak boleh halang syiah sokong parti kita, tapi jangan sama sekali kita benarkan ajaran dan fahaman Syiah yang membawa kepada kesyirikan itu disebarkan.

Saya dan sahabat-sahabat telah berkempen anti-Syiah
sejak 2007 sejak mula-mula balik Malaysia setelah
tamat pengajian. Syiah yang mula-mula kita tentang,
kerana kita tahu bahawa Syiah akan membawa
perpecahan, pergaduhan, dan ajaran-ajaran yang
menyelisihi prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Jadi saya teruja apabila YAB Menteri Besar Kedah
memaklumkan bahawasanya dia akan menghentam dan melawan Syiah habis-habisan dan mengharapkan
sokongan daripada semua dalam Dewan Undangan
Negeri. Usaha mewujudkan enakmen anti-Syiah
sepatutnya disokong penuh oleh orang Islam seluruhnya tanpa mengira parti politik.

Artikel ini disiarkan di akhbar pada Ahad, 10 November 2013


Panas !!! "Enakmen Anti Syiah" @ustazfathulbari Menerima Cabaran Bersemuka Dengan Adun PAS Kedah #KedahAmanMakmur


ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menyahut cabaran untuk bersemuka dengan sembilan Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.

Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.

“Saya boleh bersemuka dengan mereka dan saya sedia terima jemputan itu. Mereka boleh menulis surat dan menelefon saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.

“Kalau boleh, berilah saya cadangan beberapa tarikh untuk saya lihat mana yang sesuai supaya hasrat itu dapat direalisasikan,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Fathul Bari bersetuju bersemuka dengan Adun Pas kerana ingin memastikan enakmen itu yang sudah diluluskan dapat diperkasakan lagi di Kedah.

“Saya bukan nak babitkan Pas mahupun mana-mana pihak, tapi dalam soal Syiah ini kita perlu bersama melangkaui sempadan politik,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Adun Pas mempelawa Fathul Bari bersemuka berikutan penulisannya di dalam akhbar ini, baru-baru ini berhubung sembilan Adun Pas menolak enakmen anti Syiah yang dibentangkan di Dun Kedah disifatkan tidak bertepatan dengan situasi sebenar.

Menurut laporan itu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, Fathul Bari boleh bercakap mengenai isu Syiah dibincangkan dalam masyarakat, tetapi tidak boleh mengaitkan Adun Pas membantah undang-undang itu.

Untuk itu, Mohd Nasir yang juga Setiausaha Adun PR Kedah akan menulis surat untuk mengadakan perbincangan dengannya.

Khamis, 16 Mei 2013

Hot !!! Phahrolrazi Letak Jawatan Sebagai Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Di Sebabkan Mahfuz



ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Katanya beliau menghantar surat peletakan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Isnin lalu, sehari selepas Pas Pusat melantik naib presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya surat peletakan jawatan tersebut dihantar kepada Setiausaha Pas negeri Musoddak Ahmad dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi.

Beliau berkata tindakan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya di posisi paling kanan itu.

"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Jun 2011, PAS Kedah yang ketika itu diterajui oleh Azizan sebagai Pesuruhjaya merombak kepimpinan parti berkenaan termasuk menggugurkan Mahfuz yang sebelum itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya II dan Datuk Taib Azamuddin Md Taib yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III.

Tempat Mahfuz digantikan oleh Datuk Dr Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan Md Isa Shafie. Phahrolrazi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

Phahrolrazi berkata beliau berpendapat Pas Pusat sebelum ini mempunyai dua pilihan sebelum membuat keputusan untuk melantik Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru iaitu mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri memangku tugas atau menggugurkan Azizan dan melantik orang lain.

Katanya oleh kerana Pas Pusat mengambil pilihan kedua maka elok bagi beliau melepaskan jawatan bagi membolehkan Mahfuz melantik pasukannya sendiri.

Beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah.

"Saya tidak fikir Mahfuz akan melantik saya semula sebab saya pun tak berapa rapat dengan beliau. Biarlah beliau membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat dengan pendekatan lama," katanya. - Bernama

Rabu, 15 Mei 2013

Ternyata PAS Kedah Berhadapan Dengan Kemelut Politik Dalaman Yang Cukup Kritikal Selepas PRU13



Menyayat hati Pisau Kedah apabila membaca nukilan luahan hati Setiausaha Politik (SETPOL) Ustaz Azizan Razak, Sanusi Md Nor (Klik Di sini) yang menceritakan bagaimana kemelut dalaman yang terpaksa Ustaz Azizan Razak alami ketika menghadapi PRU13 yang lalu.

Pisau Kedah merasa bangga dan menghormati kesetiaan SETPOL Ustaz Azizan di ketika Ustaz Azizan Razak kian di pinggirkan segelintir pemimpin PAS Kedah yang ternyata menjadi parasit dalam PAS Kedah.

Bagi Pisau Kedah.. Pemusuhan antara Pisau Kedah dengan pemimpin PAS di Kedah hanyalah dari segi pandangan politik serta dasar kerja dan pandangan politik sahaja .. Dari segi lain, Pisau Kedah tetap menghormati pemimpin-pemimpin PAS seperti mana Pisau Kedah menghormati pemimpin-pemimpin BN.

Apa-apa pun pemimpin PAS dan penyokong-penyokong PAS tetap seagama dan sebangsa dengan Pisau Kedah.. Air di cincang tidak akan putus..

Kadang tu Pisau Kedah pelik juga dengan pemainan politik dalaman pemimpin-pemimpin PAS ni.. Pisau Kedah ingatkan pemainan politik dalaman BN teruk.. Rupa-rupanya politik dalaman PAS lebih teruk di Kedah apabila Pisau Kedah membaca nukilan Sanusi Md Nor.

Pisau Kedah sebenarnya tidak terkejut dengan apa yang di ceritakan Sanusi Md Nor kerana Pisau Kedah sendiri sering mendapat maklumat dalaman PAS dan Pisau Kedah boleh tahu pemimpin mana yang kerat Ustaz Azizan Razak dalam PAS.

Bayangkan la.. ada seorang pemimpin dalam PAS Kedah bersama pengikutnya dalam PAS sendiri yang tidak sehaluan Ustaz Azizan Razak sanggup mengkafirkan Ustaz Azizan Razak sebelum ini di sebabkan sikap keterbukaan Ustaz Azizan Razak di dalam berpolitik.. Ustaz Azizan Razak di kafirkan sebabkan Ustaz Azizan Razak memakai baju IM4U berlogokan 1 Malaysia..




Pisau Kedah akui.. sememangnya sebelum ini Pisau Kedah dan rakan-rakan dalam Team Media Kedah (TMK) sering menghentam Ustaz Azizan Razak dan pemimpin-pemimpin PAS di Kedah. Tapi harus di ingat kami (TMK) hanya menghentam Ustaz Azizan Razak dan pemimpin-pemimpin PAS Kedah dari segi dasar kerja selaku pentadbir Kerajaan Negeri Kedah.. Menghentam dari segi perbezaan politik.. Tapi belum pernah lagi la kami (TMK) menganggap pemimpin PAS Kedah ni kafir sepertimana orang PAS sendiri menganggap Ustaz Azizan Razak kafir..

Percaya atau tidak apabila Pisau Kedah katakan bahawa politik dalaman PAS Kedah selepas ini akan lebih teruk lagi setelah PAS Pusat mengambil keputusan melantik Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah bagi mengantikan Ustaz Azizan Razak tanpa mengira pandangan Ustaz Azizan Razak.

Melantik Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah merupakan satu malapetaka besar dalam politik PAS Kedah.

Isnin, 13 Mei 2013

Gempar !!! PAS Kedah Akan Lantik Pemimpin Berfikiran Setaraf Budak PASTI Untuk Mengantikan Ustaz Azizan Razak ???



Biaq betul apa yang Pisau Kedah dengar ni.. Mahfuz Bean di lantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah bagi mengantikan Ustaz Azizan Razak ??

Dah buang tabiat nak mampos kot PAS ni apabila melantik Mahfuz Bean sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah ??

Melantik Mahfuz Bean sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah merupakan detik yang paling malang buat PAS Kedah. 

Pisau Kedah pun tak berapa nak faham dengan pemikiran puak-puak PAS Pusat ni apabila terlintas dalam pemikiran mereka mahukan Mahfuz Bean jadi Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.. Kalau nak katakan Mahfuz Bean ni mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dalam bab-bab Agama Islam.. Tak juga !!!.. Nak kata Mahfuz Bean mempunyai pelajaran yang tinggi .. Tak juga !!!

Kalau nak di ikutkan ramai lagi senarai nama pemimpin PAS di Kedah yang layak di lantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah seperti Taulan Rasul, Ir Phahrolrazi dan DR Ismail Salleh berbanding Mahfuz Bean yang hanya mempunyai taraf pemikiran macam budak PASTI saja walaupun mempunyai taraf pelajaran setinggi peringkat SRP.

Tak kan kot puak-puak PAS Kedah nak kan ketua mereka di Negeri Kedah mempunyai taraf pemikiran setaraf budak PASTI ?? 

Pisau Kedah nak sarankan kepada Puak PAS Kedah supaya melakukan Solat Sunat Istikharah sebelum menerima Mahfuz Bean sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah bagi mengantikan Ustaz Azizan Razak....Di harapkan puak PAS Kedah tidak melakukan kesilapan besar apabila menerima lantikan Mahfuz Bean sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah dari PAS Pusat 

Ahad, 5 Mei 2013

Hiburan Berbentuk Maksiat Yang Di Halalkan PAS Kedah #TukarKedah #SaveKedah




Kalau nak ikutkan keadaan hiburan di Kedah sekarang ni terutamanya di Alor Setar, orang dah kata macam pekan Danok... Pusat Hiburan baru bertumbuh pesat berbanding pertumbuhan pembangunan ekonomi Islam itu sendiri walau pun di tadbir oleh parti yang akui kononnya mereka memperjuangkan Islam.


Bayangkan PAS Kedah yang mentadbir Kedah selama 5 tahun telah berjaya menaikkan hasil kutipan cukai hiburan sebanyak 200%.. Namun PAS Kedah bertindak bijak apabila ianya tidak di bentangkan PAS dalam Bajet Kedah 2013 atau Buku Laporan kejayaan pentadbiran Pakatan Haram " Sayangi Kedah Sejahtera" kerana bimbangkan PAS akan hilang sokongan Umat Islam di Kedah.

Dalam misi Team Media Kedah membuat pembongkaran pusat hiburan ala Danok di Kedah, Team Media Kedah nak tunjuk dulu beberapa gambar yang membuktikan hasil kejayaan PAS Kedah menternak pusat maksiat di Kedah..




Kalau nak tau inilah gambaran sebenarnya hiburan yang kini kian tumbuh dengan jayanya sejak pentadbiran PAS di Kedah. Tu pun puak PAS, tok lebai kampung yang tak tau apa dok kena bohong dengan pemimpin depa yang kononnya pentadbiran PAS adalah secara Islam.. 

Pisau Kedah nak tanya puak-puak PAS, apakah dengan kejayaan menternak pusat maksiat di Kedah, PAS Kedah layak di ketegorikan mentadbir secara Islam ?

Sabtu, 4 Mei 2013

Hot !!! Setiausaha Politik Azizan Mengesahkan Pembalakan Yang Di Lakukan Di Pedu Adalah Haram #TolakPR #TukarKedah

Sanusi Md Noor, Setiausaha Politik Azizan Razak yang banyak merosakan
imej Azizan Razak



Pisau Kedah nak tergelak la dengan penjelasan yang di beri Setiausaha Politik Azizan Razak, Sanusi Md Noor di dalam blognya berkenaan kerakusan pembalakan yang telah berlaku di kawasan berhampiran Tasik Pedu setelah rakyat Kedah kini bangkit mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri yang ditadbir rejim PAS dengan rakusnya mengodolkan Hutan Simpan Kekal dengan sesuka hati.


Apa yang di sampaikan Sanusi ini hanya menjerat dirinya sendiri di dalam mahu memutar belit penipuan yang telah di lakukan Kerajaan Negeri pentadbiran rejim PAS.

Sudah jelas dalam cabutan keputusan Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darulaman ( MMK ) yang bertarikh 05 September 2012 ( rujukan: Kertas No . 6 ( F ) 283/2012 dalam ( PSUK ( K ) 14-1423 JLD 3 ). MMK telah bersetuju meluluskan projek pembangunan Agroforestry kepada PKNK tanpa adanya laporan jawatankuasa teknikal untuk mengkaji projek berkenaan sebelum di luluskan.

Kalau semua nak tahu projek Agroforestry ini adalah projek dusun buah-buahan yang di jadikan alasan untuk menghalalkan penipuan pembalakan haram Kerajaan Negeri.

Kalau nak di ikutkan kawasan yang hendak di bangunkan projek Agroforestry oleh rejim PAS Kedah itu merupakan kawasan Hutan Simpan Kekal Bernilai Tinggi sebelum ini. Untuk membuat pembalakan secara tebang habis atau dalam bahasa Kedah pembalakan cuci mangkuk, rejim PAS perlu menukar status kawasan tersebut kepada kawasan Ladang Hutan dari status Hutan Simpan Kekal.

Untuk menukar status kawasan tersebut dari status Hutan Simpan Kekal, pihak Kerajaan Negeri perlu terlebih dahulu menyediakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar atau dalam bahasa English Environmental Impact Assessment kepada Jabatan Hutan sebelum membuat pembalakan secara tebang habis.

Yang menjadi peliknya kenapa perlu PKNK menyediakan laporan EIA sedangkan PKNK hanya di beri projek pembangunan Agroforestry sahaja. Manakala pembalakan di beri kepada pihak lain secara tebang habis tanpa adanya laporan EIA kepada Jabatan Hutan oleh Kerajaan Negeri.

Dalam hal ini Pisau Kedah tak tau la sama ada Jabatan Hutan Kedah telah di beli oleh rejim PAS ataupun di tipu hidup-hidup oleh rejim PAS yang mentadbir Kerajaan Negeri Kedah sehingga sanggup membenarkan pembalakan tebang habis sebelum adanya laporan EIA untuk petukaran status Hutan Simpan Kekal.



Elok la setelah balak dah habis di gondolkan di kawasan yang berhampiran dengan Tasik Pedu, baru la Jabatan Hutan minta pembalakan haram di hentikan sehingga laporan EIA di kemukakan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...