Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label nurul izzah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nurul izzah. Papar semua catatan

Isnin, 7 Oktober 2013

Panas !!! Anak si Anwar @n_izzah Tunjuk Kebodohannya Dengan Mempertikai Klinik 1 Malaysia #KedahAmanMakmur


Apa.. Klinik 1 Malaysia hanya layak bertaraf  dunia ketiga di sebabkan hanya ada Pembantu Pegawai Perubatan ??

Apa la kebengap sangat anak Anwar ni apabila membuat dakwaan tersebut tanpa membuat kajian terlebih dahulu mengapa klinik 1 Malaysia di wujudkan.

Sebenarnya Klinik 1 Malaysia di wujudkan adalah memudahkan rakyat mendapat rawatan sekiranya mengalami sakit ringan sahaja dengan hanya dikenakan bayaran semahal RM1.

Kalau si anak Anwar nak tahu.. caj semahal RM1 yang dikenakan kepada pesakit ianya merangkumi kos ubat-ubatan dan caj perkhidmatan Pembantu Pegawai Perubatan. 

Pastinya caj yang sebegitu tidak akan dapat di nikmati dimana-mana negara mahu pun di negara dunia ketiga.

Seperti yang Pisau Kedah katakan diatas... Klinik 1Malaysia hanya mengendali kes-kes sakit ringan sahaja supaya ianya memudahkan rakyat yang mengalami sakit ringan mendapat rawatan awal dari Pembantu Pegawai Perubatan yang bertauliah.

Lagi pun hendak menjadi Pembantu Perubatan di Malaysia ianya bukannya semudah yang di sangka-sangka .. Pembantu Perubatan di Malaysia bukannya di kutip di tepi-tepi jalan untuk melaksanakan tugas. Pembantu Perubatan yang berkerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mempunyai kelulusan dalam latihan perubatan selama 3 tahun dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.



Pisau Kedah yang selalu mendapat rawatan sakit ringan di Klinik 1 Malaysia tidak pernah mengalami sebarang masalah walau pun hanya berjumpa dengan Pembantu Perubatan.. Sekiranya Pisau Kedah mengalami sakit yang agak berat sedikit, barulah Pisau Kedah akan ke Klinik Kesihatan atau Hospital untuk berjumpa Pegawai Perubatan.

Lagi pun dengan wujudnya Klinik 1 Malaysia ianya tidaklah menyebabkan Klinik Kesihatan atau Hospital sesak dengan pesakit ringan yang hendak menerima rawatan malahan ianya mempercepatkan tempoh menunggu pesakit.

Mungkin si anak Anwar tidak pernah mendapat rawatan di Klinik 1 Malaysia sebab tu dia memperlekehkan perkhidmatan di Klinik 1 Malaysia. Bagi kami rakyat dibawah merasa bersyukur dengan kemudahan yang diberikan kerajaan Malaysia.



Rabu, 24 April 2013

Hot !!! Anak Peliwat Kena Balun Dengan Pengundi Lembah Pantai #TolakPR


Pada 22 Mac yang lalu.. Anak betina Anwar Ibrahim, Nurul Izzah telah menuntut kebenaran semakan kehakiman supaya lebih dari 4,000 pengundi berdaftar yang di dakwanya sebagai pengundi hantu di batalkan nama sebagai pengundi. Namun ianya gagal setelah Hakim Zakaria menolak tuntutan tersebut kerana peruntukan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1956 yang tidak membenarkan senarai nama di batalkan selepas digezetkan.

Akibat tercabar dengan tindakan anak betina Anwar Ibrahim itu.. Pengundi yang di dakwa sebagai pengundi  hantu telah tampil membalun tindakan anak betina Anwar Ibrahim yang tidak tahu akan sejarah Lembah Pantai.


Kami mewakili 4,637 pengundi berdaftar di Lembah Pantai membantah sekeras-kerasnya cubaan Nurul Izzah Anwar untuk menafikan hak kami untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menuduh kami sebagai pengundi hantu.

Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada 22 Mac 2013 Nurul Izzah telah memfailkan semakan kehakiman menuntut SPR untuk membatalkan pendaftaran 4,637 pengundi Lembah Pantai yang disifatkan oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu kononnya kerana alamat kediaman kami tidak lengkap atau tidak wujud. Apabila kami menyemak senarai pengundi hantu yang dikemukakan Nurul Izzah, bayangkan betapa terkejutnya kami bila mendapati nama-nama kami tersenarai sebagai pengundi hantu.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, kami adalah penduduk Lembah Pantai sejak sekian lama. Kami telah lama menetap di sini, bekerja di sini, anak-anak kami pun lahir di sini. Kami juga telah lama mengundi di sini. Ada antara kami sudah mengundi sebelum Nurul Izzah lahir lagi!

Semasa kami mula-mula mendaftar untuk mengundi, kami masih lagi tinggal di kampung-kampung setinggan dan itulah alamat yang kami gunakan untuk mendaftar. Tetapi seiring dengan arus pembangunan, kami telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan lebih selesa. Tetapi walaupun kami tidak lagi menetap di kawasan asal, kami masih lagi penduduk Lembah Pantai.

Tindakan Nurul Izzah menuntut pembatalan pendaftaran kami menyerlahkan kejahilan beliau mengenai sejarah Lembah Pantai. Hanya kerana sesuatu kawasan itu tidak lagi wujud, tidak bermakna alamat tersebut adalah alamat palsu dan tidak bermakna kami adalah pengundi hantu.

Beberapa kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah adalah seperti berikut:

i. Kg Pasir Kiri, sekarang adalah tapak Gerai Penjaja yang telah dirata dan penduduk berpindah ke Taman Gasing ( PDM – PANTAI DALAM )

ii. Kg Pasir Dalam ( Juga di kenali sebagai Kg Kelantan ) sekarang adalah Pejabat NPE dan sebahagian New Pantai Express ( PDM PETALING SELATAN )

iii. Kg Pantai Halt sekarang telah di bangun dengan PPR Pantai Ria ( PDM PANTAI HALT )

iv. Kampung Lembah Pantai – sekarang ini adalah Menara TM dan sekitarnya ( PDM PANTAI BAHARU )

v. Kampung Awal adalah Kuarters Pengawal Universiti Malaya yang telah berpindah ke Indraloka ( PDM KAWASAN UNIVERSITI )

vi. Setinggan Bukit A, Bukit B, Bukit C dan Bukit B Tanjung, Kg Kerinci telah tiada di mana kawasan mereka telah dibangunkan ( PDM BUKIT KERINCI ). Semua telah berpindah ke Taman Bukit Angkasa atau di PPR Kg Limau.

vii. Sepanjang New Pantai Expressway dan pembinaan Rel Keretapi Komuter mempunyai banyak rumah-rumah SETINGGAN . Semua penghuni telah dipindahkan ke PPR sekitar Lembah Pantai.

Pengundi-pengundi yang pernah berdaftar di kawasan ini dengan sewenang-wenangnya telah dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Tindakan Nurul Izzah melabelkan kami sebagai pengundi hantu juga adalah sebahagian taktik politiknya untuk menagih simpati, kononnya Barisan Nasional menggunakan pengundi hantu untuk menang. Kami berharap pengundi Lembah Pantai tidak akan terpedaya dengan taktik murahan sebegini.

Sebelum ini, ada di antara kami yang mengundi Nurul Izzah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, tapi kami kecewa, demi untuk mencipta isu pengundi hantu, Nurul Izzah sanggup menganiaya kami dan cuba untuk menafikan hak kami untuk mengundi.

Pilihan kami adalah calon yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan. Pilihan kami adalah calon yang kuat kerja, bukannya kuat cakap semata-mata. Pilihan kami bukannya orang yang hanya tahu membuat fitnah. Pilihan kami sudah tentunya bukan Nurul Izzah!

Untuk mengadakan sidang media ini, kami hanya mengambil masa tiga hari untuk mengesan lebih 200 pengundi yang cuba dianiaya oleh Nurul Izzah. Kebanyakan dari mereka merupakan bekas penghuni kawasan setinggan manakala selebihnya adalah dari kawasan lain yang turut dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Kami yakin masih ramai lagi pengundi yang tidak sedar bahawa mereka telah dianiaya oleh Nurul Izzah.

Sehubungan dengan itu, kami akan menubuhkan satu gerakan yang akan dikenali sebagai GEMPUR – Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai bagi menjejak kesemua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang ditindas oleh Nurul Izzah agar mereka tahu siapa Nurul Izzah sebenarnya.

Awas Nurul Izzah! Kami tidak akan berdiam diri apabila hak kami cuba dinafikan dan kami akan pastikan semua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang teraniaya tahu bagaimana kau cuba menindas kami.

HAJI MOHD YAHYA BIN YUSOP
(Bagi pihak 4,637 pengundi asal Lembah Pantai)

Khamis, 4 April 2013

Hot !!! Pengundi Lembah Pantai Anggap Nurul Izzah MP Pemalas




Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.

Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas negatif terhadap tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).

"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.

Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.

Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu. (SUMBER)

Jumaat, 22 Mac 2013

Panas !!! Anak Betina Anwar Buat Hal Yang Memalukan Pakatan Haram



Anak betina Anwar Ibrahim bermulut jamban, Si Nurul Izzah tak habis-habis menghina Pasukan Keselamatan Malaysia yang sentiasa menjaga keamanan Malaysia dari sebarang ancaman pihak luar ataupun pihak dalaman yang mahu menghuru harakan Malaysia.

Terbaru, kenyataan anak betina Anwar Ibrahim pada dua hari yang lalu dalam ceramahnya di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dia telah menghina Pasukan Keselamatan Malaysia dengan menyelar tindakan PDRM  dengan berkata pihak Polis tak ada kerja lain selain mengintip pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Pakatan Haram.

Memang bengap si anak betina Anwar Ibrahim ni. Dari dia menunjukan kebengapan setiap kali mengeluarkan kenyataan, lebih baik dia lakukan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen dan tanggungjawabnya terhadap anak dan suami yang selalu diabaikannya.

Dalam ceramah itu juga. si anak betina Anwar Ibrahim juga mengatakan Rejim Lanun Sulu yang di terajui oleh Jamalul Kiram III senang masuk ke Sabah sebab Polis sibuk mengintip Bapaknya .

Bagi Pisau Kedah, tak salah kalau ada pihak Polis mengintip gerak geri bapaknya yang mempunyai masalah moral kerana bapaknya itu merupakan individu yang berpontensi mencetuskan huru hara di Malaysia hanya di sebabkan kemaruk dengan jawatan Perdana Menteri.

Anak betina Anwar Ibrahim harus ingat bahawa Polis merupakan satu badan beruniform di Malaysia yang di gelar Polis DI RAJA Malaysia ( PDRM ). Ini menunjukkan pihak Polis merupakan satu badan beruniform di bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong . Kerajaan Malaysia hanya di pertanggungjawabkan sebagai pihak yang mengurus tadbir Polis Di Raja Malaysia ( PDRM ).

Sebagai satu badan beruniform yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman rakyat di bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, PDRM berhak mengintip dan menyiasat sesiapa saja yang berpontensi menggugat keamanan Malaysia atau pun mengintip gerak individu yang berpontensi untuk di cederakan / di bunuh pihak lain.

Anak betina Anwar Ibrahim harus tahu. Sekiranya bukan kerana PDRM, dah lama dah bapaknya itu di cederakan / di bunuh .

Di bawah ini merupakan di antara video kenyataan bodoh Anak betina Anwar Ibrahim.. Dengar dan nilaikan bertapa bengapnya Anak betina Anwar Ibrahim.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...