Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Azizan Razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azizan Razak. Papar semua catatan

Ahad, 6 Oktober 2013

Tu Dia !!! Betul Ka Arwah Ustaz Azizan Di Anti Puak Parasit Dalam PAS Kedah ??


Al-Fatihah.. Semoga Allah S.W.T menempatkan 
Allahyarham Ustaz Azizan di kalangan orang-orang
yang beriman... 

Bahang PRK Sungai Limau sudah mula terasa. Di beberapa ceruk kampong di DUN Sg Limau masyarakat di sana mula memperkatakan siapa bakal calon UMNO yang akan bertanding dalam PRK nanti untuk melawan calon PAS. Bunyinya agak aneh mengapa calon UMNO yang disebut-sebut sedangkan sepatutnya mereka lebih memperkatakan kelibat calon PAS?

Mungkin ini satu kebetulan kerana jentera UMNO dilihat lebih banyak memainkan peranan membantu rakyat di kawasan tersebut di kala Allahyarham Tan Sri Azizan sedang dirawat di hospital. Sedangkan jentera PAS hanya sekali sekala datang menjenguk pengundi dengan hanya mengadakan ceramah-ceramah sambil-sambil hulur karung dan usung tin mintak derma.

Di kala pemergian Allahyarham Tan Sri di hospital, kelibat pemimpin-pemimpin UMNO juga yang sibuk untuk menguruskan jenazah. Kami dapat melihat kehadiran YAB Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah serta Mukhriz yang lebih mendapat perhatian rakyat.

Kami tertanya mengapa Tun berdua sanggup bergegas ke hospital untuk melawat ‘musuh’ politik UMNO dengan meninggalkan sebuah majlis di kawasan lain. Walhal beberapa pemimpin PAS yang lain lebih sibuk ke Bangkok untuk tunduk sembah hormat kepada bangkai Chin Peng dan sibuk melalut nak bawa balik abu bangkai pengganas tersebut.

Dari sembang-sembang kami dengan beberapa ahli PAS asal Bukit Besar dan Sungai Dedap mereka menyatakan "pemimpin PAS la nie (kini) lebih kalut nak bela komunih dan syiah. Depa lebih suka Ustaz Azizan mampuih cepat sebab Azizanlah punca Kedah kalah, sebab tu kena kafarah habih kaki kena potong".

Terkejut juga kami mendengar penjelasan tersebut.

Kami bertanya lagi agaknya siapa yang layak jadi pengganti Arwah Ustaz. Mereka kata "mungkin anak arwah yang layak tapi dalam PAS ni jenuh sikit sebab puak Mahfuz pun ada orang depa sendiri, Mahfuz nak bertanding, Mat Sabu pun nak jugak. puak Fakrul Razi pun nak, puak Taulan pun nak jugak. Nak letak anak arwah pulak had (yang) mana satu? Had anak bini nombor satu ka, had anak bini nombor dua? Had Musadak pun ada orangnya jugak, dia pun nak jadi calon…nak letak Muaaz ka atau letak Muzaini?" Mymassa sendiri tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh ahli-ahli PAS ini.

Mymassa pun tak dapat nak sembang panjang sebab ramai berpusu-pusu datang kat hospital. Tapi dalam benak kami ramai ahli PAS yang kecewa apabila segelintir ahli dan pemimpin PAS sendiri tergamak menentang arwah semasa hayatnya. Sampai ada yang mintak arwah dipecat dari PAS dan jawatan Menteri Besar Kedah hanya kerana ketegasan arwah tidak melayan tuntutan melampau segelintir ahli PAS yang gilakan projek.

Arwah juga ditentang hebat oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri berkaitan isu Syiah sehingga ada yang sanggup mencerca arwah kononnya menjadi barua UMNO. Itu belum masuk lagi kes KUIN sehinggakan apabila arwah sakit dan masuk hospital ada segelintir ahli PAS mendesak arwah dan kerajaan negeri melantik seorang pemangku dengan segera tanpa menghormati keadaan arwah yang sakit tenat.

Kami juga mendapat tahu dari Pak Su Man yang dari PAS Kampung Gelam Tiga mengenai perangai segelintir ahli-ahli PAS yang mensabotaj jentera parti sendiri semasa PRU 13 lalu. Pak Su Man memberitahu "ahli-ahli PAS pakat cabut bendera parti dan pacak bendera BN keliling kampung sebagai protes kepada Azizan. Tak cukup dengan tu, depa pakat pacak bendera PAS hitam putih keliling Sungai Limau dan mengugut tak akan keluar mengundi".

"Bila arwah menang ADUN Sungai Limau pada PRU 13 tapi dengan majoriti berkurang, ahli-ahli PAS bersorak riang. Bila arwah masuk hospital dan kena potong kaki depa hambuq kata lebih baik Ustaz mampuih teruih".

Perbuatan-perbuatan segelintir penyokong PAS ini ternyata menguriskan hati dan perasaan isteri -isteri dan keluarga Tan Sri Azizan. Pernah wakil Mymassa melihat Mukhriz sebak melihat isteri arwah mengalirkan air matanya sebab arwah dicaci dan dihina sebegitu rupa, sedangkan arwah begitu besar jasanya kepada PAS dan Negeri Kedah.

"Ustaz Azizan bukan sebarang orang. Dia Menteri Besaq dia banyak berjasa pada orang Kedah tanpa kira depa tu PAS atau UMNO. Tapi orang PAS sendiri sanggup hina dan humban Ustaz sampai lagu ni. Sakit pun susah depa nak mai lawat. Kami malu kat Datuk (Mukhriz) dan Tun Mahdey (Mahathir)…"

Baca Selanjutnya....


Jumaat, 27 September 2013

Panas !!! Ketua Penerangan PAS Pusat "Biadap" Tidak Hormat Pemergian Arwah Tan Sri Azizan Razak.

Ekoran kematian Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti itu perlu memperkukuhkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut. 
Menurutnya, Pas akan menghadapi PRK di Dun tersebut dalam suasana muktamar yang akan diadakan pada November depan. 
"Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau. 
"Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar. 
"Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam facebooknya, hari ini

Apa yang ke bengap sangat Ibrahim Man ni ?. Akai letak di kepala lutut ka ??.. Arwah Tan Sri Azizan Razak masih lagi belum sempat di kebumikan kelmarin, tahlil belum sempat di lakukan lagi dah sembang bab PRK (Pilihanraya Kecil).

Ya la.. Memang la kerusi yang dipertandingi Arwah Tan Sri Azizan Razak pada PRU 13 lalu kosong dan perlu di isi dengan calon baru pada PRK yang belum tentu tarikhnya lagi.. Tapi hormat la sikit perasaan keluarga, rakyat Kedah serta penyokong-penyokong Arwah Tan Sri Azizan Razak yang masih lagi di selubungi perasaan sedih atas pemergian arwah..

Selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.. Bukankah lebih elok Ibrahim Man mengesa pemimpin-pemimpin PAS serta ahli-ahli PAS mengadakan majlis
tahlil untuk Arwah Tan Sri Azizan Razak serta umat-umat Islam yang lain agar dirahmati Allah S.W.T.

Kenyataan Ibrahim Man ni memang tak beradab !!! Kurang ajar !!! .. Seperti anak yang baru kehilangan Ibu atau bapa sudah bercakap tentang harta peninggalan...


Gambar-Gambar Terakhir Sebelum Arwah Tan Sri Azizan Di Kebumikan #KedahAmanMakmur















Ahad, 19 Mei 2013

Terkini !!! Laporan Kesihatan Ustaz Azizan Razak Selepas Pembedahan. #Pray4AzizanRazak



Lama kita tidak mendengar tentang kesihatan Mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang sebelum ini berada dalam keadaan kritikal setelah mengalami" Komplikasi Diabetis" sehingga menyebabkan Ustaz Azizan Razak koma serta kakinya terpaksa di potong bagi menghalang "Kompikasi Diabetis" merebak lebih teruk lagi. .

Alhamdulillah... berkat dari doa rakyat di Kedah tanpa mengira ideologi politik dan juga Majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat yang di lakukan YAB MB Kedah yang baru, kesihatan Ustaz Azizan Razak beransur pulih kini.
GEORGETOWN - Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan beransur pulih, namun belum boleh bercakap.

“Keadaannya masih lemah tapi stabil. Beliau sudah sedar cuma masih lemah.

“Beliau juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya.

"Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai.

“Setakat ini, tiada perancangan untuk bawanya ke hospital lain. Mungkin beliau akan di HPP sehingga segalanya selesai. Tambahan pula, beliau dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di sini," katanya.

Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis.- Sinar Harian
 Di harapkan Ustaz Azizan Razak cepat sembuh dan di beri kesihatan yang sempurna selepas ini.. Insya' Allah..

Rabu, 15 Mei 2013

Ternyata PAS Kedah Berhadapan Dengan Kemelut Politik Dalaman Yang Cukup Kritikal Selepas PRU13



Menyayat hati Pisau Kedah apabila membaca nukilan luahan hati Setiausaha Politik (SETPOL) Ustaz Azizan Razak, Sanusi Md Nor (Klik Di sini) yang menceritakan bagaimana kemelut dalaman yang terpaksa Ustaz Azizan Razak alami ketika menghadapi PRU13 yang lalu.

Pisau Kedah merasa bangga dan menghormati kesetiaan SETPOL Ustaz Azizan di ketika Ustaz Azizan Razak kian di pinggirkan segelintir pemimpin PAS Kedah yang ternyata menjadi parasit dalam PAS Kedah.

Bagi Pisau Kedah.. Pemusuhan antara Pisau Kedah dengan pemimpin PAS di Kedah hanyalah dari segi pandangan politik serta dasar kerja dan pandangan politik sahaja .. Dari segi lain, Pisau Kedah tetap menghormati pemimpin-pemimpin PAS seperti mana Pisau Kedah menghormati pemimpin-pemimpin BN.

Apa-apa pun pemimpin PAS dan penyokong-penyokong PAS tetap seagama dan sebangsa dengan Pisau Kedah.. Air di cincang tidak akan putus..

Kadang tu Pisau Kedah pelik juga dengan pemainan politik dalaman pemimpin-pemimpin PAS ni.. Pisau Kedah ingatkan pemainan politik dalaman BN teruk.. Rupa-rupanya politik dalaman PAS lebih teruk di Kedah apabila Pisau Kedah membaca nukilan Sanusi Md Nor.

Pisau Kedah sebenarnya tidak terkejut dengan apa yang di ceritakan Sanusi Md Nor kerana Pisau Kedah sendiri sering mendapat maklumat dalaman PAS dan Pisau Kedah boleh tahu pemimpin mana yang kerat Ustaz Azizan Razak dalam PAS.

Bayangkan la.. ada seorang pemimpin dalam PAS Kedah bersama pengikutnya dalam PAS sendiri yang tidak sehaluan Ustaz Azizan Razak sanggup mengkafirkan Ustaz Azizan Razak sebelum ini di sebabkan sikap keterbukaan Ustaz Azizan Razak di dalam berpolitik.. Ustaz Azizan Razak di kafirkan sebabkan Ustaz Azizan Razak memakai baju IM4U berlogokan 1 Malaysia..




Pisau Kedah akui.. sememangnya sebelum ini Pisau Kedah dan rakan-rakan dalam Team Media Kedah (TMK) sering menghentam Ustaz Azizan Razak dan pemimpin-pemimpin PAS di Kedah. Tapi harus di ingat kami (TMK) hanya menghentam Ustaz Azizan Razak dan pemimpin-pemimpin PAS Kedah dari segi dasar kerja selaku pentadbir Kerajaan Negeri Kedah.. Menghentam dari segi perbezaan politik.. Tapi belum pernah lagi la kami (TMK) menganggap pemimpin PAS Kedah ni kafir sepertimana orang PAS sendiri menganggap Ustaz Azizan Razak kafir..

Percaya atau tidak apabila Pisau Kedah katakan bahawa politik dalaman PAS Kedah selepas ini akan lebih teruk lagi setelah PAS Pusat mengambil keputusan melantik Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah bagi mengantikan Ustaz Azizan Razak tanpa mengira pandangan Ustaz Azizan Razak.

Melantik Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah merupakan satu malapetaka besar dalam politik PAS Kedah.

Selasa, 14 Mei 2013

Gambar Majlis Bacaan Yaasin Dan Doa Selamat Buat Ustaz Azizan Razak Di Masjid zahir



Semalam sejurus selepas solat Maghrib di Masjid Zahir, Alor Setar telah berlangsung satu majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat buat Mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang kini sedang terlantar sakit di Hospital Pulau Pinang setelah mengalami Komplikasi Diabeties yang agak kritikal sehinggakan pihak Hospital Pulau Pinang terpaksa memotong kedua-dua belah kaki Ustaz Azizan Razak.

Majlis yang di lakukan itu merupakan majlis yang di inisiatifkan Dato' Paduka Mukhriz Mahathir bagi memohon kepada Allah S.W.T agar Ustaz Azizan Razak di beri kesihatan yang baik setelah terlantar hampir seminggu di Hospital Pulau Pinang.

Selain dari pemimpin-pemimpin UMNO yang hadir di khabarkan Majlis tersebut juga mendapat sokongan dan sambutan dari penyokong dan beberapa pemimpin PAS Kedah.

Antara pemimpin-pemimpin PAS Kedah yang kelihatan di majlis tersebut adalah Taulan Rasul dan IR Phahrolrazi.

Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancarnya walaupun di hadiri oleh Umat Islam yang berbeza pandangan politik.

Di harapkan dengan apa yang berlaku ini..ianya menjadi titik permulaan perpaduan di antara PAS dengan UMNO di dalam memperjuangkan nasib Umat Islam di Malaysia.






Isnin, 22 April 2013

Hot !!! Azizan Razak Dalam Keadaan Tenat Selepas Penamaan Calon Di Kedah #TukarKedah



Antara yang menarik dalam penamaan calon semalam ialah berita mengenai YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah bakal berhadapan dengan sepupunya, Mohd Fadzillah Mohd Ali di DUN Sungai Limau pada PRU-13. Mohd Fadzillah telah lama menempa nama sebagai Arkitek yang berjaya di Alor Setar dan rumahnya juga tidak jauh dari rumah kediaman Azizan sendiri di Jalan Sultanah iaitu rumah pusaka ibu mertua beliau.

Lebih menarik ialah Mohd Fadzillah merupakan adik kepada Dato’ Mohd Fuad Mohd Ali yang juga Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Dato’ Fuad telah pun berkhidmat dengan kerajaan negeri sejak di zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi. Perkhidmatannya disambung terus walaupun PAS telah mengambil-alih negeri Kedah.

Walaupun Azizan dan Dato’ Mohd Fuad adalah sepupu, tetapi perbezaan ketara di antara mereka adalah dari segi sikap dan keperibadian.

Keluarga Dato’ Mohd Fuad, termasuk adiknya Mohd Fadzillah, terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun. Mereka jarang sekali meninggikan suara yang mana merupakan sifat yang amat bertentangan dengan Azizan. Mereka juga dikatakan antara ahli keluarga Azizan yang tidak jemu berusaha memberi nasihat dan teguran atas segala kepincangan pentadbiran negeri, tetapi sering diketepikan sahaja oleh Azizan.

Mungkin atas kekecewaan kerana gagal menasihati abang sepupu merekalah maka, Mohd Fadzillah bertindak menyahut cabaran menentangnya dalam PRU kali ini.

Rakyat Kedah, secara umumnya sedia maklum bahawa kaum kerabat Azizan rata-ratanya adalah penyokong UMNO. Maka tidak hairanlah beliau mengambil pendekatan yang cukup mesra dengan UMNO yang mana memeningkan kepala kepimpinan PAS.

Namun, kerana pendekatan yang samalah maka ramai di kalangan rakyat Kedah berpendapat jika Azizan bijak mengurus negeri, maka soal UMNO atau PAS sudah tidak penting lagi.

Silapnya Azizan ialah beliau tidak pandai mentadbir, enggan mengambil peduli segala rungutan rakyat serta menafikan segala masalah yang berlaku. Keangkuhan dan ‘egonya’ adalah terlalu tinggi, sama seperti semua Ulama-ulama PAS yang lain. Akibat enggan mendengar nasihat, maka keadaan ekonomi Kedah semakin hari semakin parah.

Keadaan ini menyebabkan ramai yang mula bangkit untuk menentang beliau termasuk ahli keluarga sendiri demi untuk menyelamatkan negeri.

Dari segi ‘trend’, rakyat Kedah bukanlah jenis taksub seperti Kelantan. Rakyat Kedah sukar dijangka kerana apa saja isu mampu menukar fikiran mereka dengan sekelip mata. Walaupun secara umumnya, Kedah masih jauh ke belakang dari segi sosial dan ekonomi, sekali gus mentaliti, tetapi itu bukanlah ukuran kebijaksanaan dalam menentukan undi.

Rakyat Kedah hanya menginginkan pemimpin yang ikhlas dan berkelayakan untuk membawa mereka ke hadapan. Justeru, penampilan Mohd Fadzillah dari kalangan professional di kawasan yang sekian lama dikuasai Azizan, untuk berhadapan dengan pengundi yang terdiri dari ahli keluarga dan kaum kerabat mereka sendiri, mungkin mampu membuktikan pendapat penulis mengenai sentimen sebenar rakyat Kedah yang sudah muak dengan politik murahan.

Sedikit ‘gangguan’ yang mungkin berlaku ialah kewujudan dua calon Bebas yang turut bertanding di kawasan berkenaan.

Walaubagaimanapun, kita yakin yang Mohd Fadzillah mampu menarik hati pengundi dengan menawarkan mereka perkhidmatan yang lebih baik dan lebih cekap dari apa yang mampu dilakukan oleh abang sepupunya.

Sah !!! Khalid Samad Parasit PAS Yang Sokong Anwar Gadaikan Khalimah Allah #TolakPR






Sah !!! Khalid Samad merupakan salah seorang diantara bayang-bayang Anwar Ibrahim di dalam PAS.. 

Dalam isu Kalimah Allah, Khalid Samad merupakan pemimpin dalam PAS yang sememang menyokong kuat tindakan Anwar mahu mengadaikan Kalimah Allah kepada DAP. Khalid Samad juga merupakan diantara individu yang mempengaruhi Hadi Awang, Presiden PAS supaya menurut kehendak Anwar dan DAP demi keuntungan politik kepada Pakatan Haram.

Tidak hairan la dalam isu Kalimah Allah, Khalid Samad lebih mendengar nasihat Anwar berbanding Dewan Ulama PAS Pusat yang menghalang tindakkan Anwar mahu mengadai Kalimah Allah supaya dapat diguna pakai dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Ingat la pengundi Shah Alam yang beragama Islam... Sekiranya anda mengundi Khalid Samad ianya bererti anda menyokong tindakan Khalid Samad membenarkan Kalimah Allah di gadaikan oleh Anwar..

Jumaat, 5 April 2013

Hot !!! Gambar Azizan Razak Jatuh Jadi Bahan Ketawa Orang PAS



Isu gambar Azizan Razak jatuh selepas mengadap DYMM Seri Paduka BagindaYang Di-Pertuan Agung untuk memohon perkenan Tuanku bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Kedah bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum 13 menjadi bahan ketawa 6 orang penyokong PAS di kedai kopi di kawasan Pisau Kedah.

Pisau Kedah tak mau la nak meletak gambar Azizan Razak jatuh sebab bagi Pisau Kedah perkara itu berlaku secara spontan.. Ye la siapa tak pernah dalam seumur hidupnya terjatuh ketika berjalan.

Mungkin bagi Pisau Kedah 6 individu totok PAS tu merupakan penyokong PAS yang pro kepada Phahrolrazi kerana salah seorang darinya berkata " Dah tak larat tu bagi la kat orang lain, jangan la dok tamak lagi.. Jalan pun dah tiga selenden ( Kata-kata Phahrolrazi kepada Azizan Razak ) ada hati nak bertanding lagi PRU 13 ni " sambil yang lima orang lagi sambut dengan ketawa.

Lepas tu di sambut pulak seorang lagi dengan berkata " Azizan Razak ni patut kena benam di PRU 13 ni sebab banyak merosakkan PAS Kedah saja. Mentang-mentang la jadi MB Kedah, semua EXCO-EXCO nak kena ikut cakap dia sampai nak bantah sikit pun tak boleh. Dia jatuh tu pertanda dia nak jatuh la dalam PRU 13 ni di Sungai Limau ".

Sudah jelas kini semenjak PAS memegang kuasa mentadbir negeri, kuasa yang mereka perolehi itu telah membuat PAS Kedah berpecah belah kini.. Tu baru sepenggal pegang kuasa mentadbir negeri, PAS dah jadi macam-macam.. Tak tau la apa akan terjadi kalau PAS terus di beri mandat mentadbir Kedah. 


Isnin, 1 April 2013

( Video Eksklusif ) Azizan Razak Dayus !!! Kaki Pukul Bini #TukarKedah




Siapa tak kenal dengan MB Kedah, Azizan Razak yang terkenal dengan sikap panas barannya sampaikan bini dia pun sanggup di tampar dan di tendangnya.. 

Awat dia ingat Allah S.W.T jadikan kaum hawa ni untuk di jadikan punching bag ka untuk di pukul, tendang sesuka hati.

Ahad, 31 Mac 2013

( Video Eksklusif ) MB Pakai Baju IM4U Adalah Petanda Minta Penyokongnya Menyokong BN- Cikgu Non






Kisah Azizan Razak di maki dan di kafirkan penyokong Pakatan Haram setelah bertindak memakai baju IM4U.

Sebelum ini di Kedah telah menjadi isu apabila Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah memakai baju IM4U ketika merasmikan program peringkat nasional " My Beautyful Malaysia " di Kedah.

Setelah isu berkenaan di hebohkan di media-media, Mahaseswel Pakatan Haram, Khalid Syiah melalui akaun twitter miliknya telah menganggap Azizan Razak seorang Sial dan Celaka kerana memakai baju IM4U.

Manakala yang lebih panas sekali apabila kumpulan penyokong Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa melalui saluran aplication Zello ( Phone Walkie Takie ) telah menganggap Azizan Razak telah KAFIR kerana memakai baju yang membantu mempromosikan UMNO/BN.

Sabtu, 9 Mac 2013

Kantoi !!! Dalang Sebenar Azizan Razak Di Boikot Sudah Di Kenal Pasti



Kesian Azizan Razak apabila terpaksa berhadapan dengan permasalahan yang cukup kritikal mungkin ianya bakal menamatkan riwayat politik Azizan Razak di Kedah setelah 11 Dun yang di kuasai PAS bersama barisan Dewan Ulama PAS Kedah secara terang-terang mendesak supaya Azizan Razak melepaskan Jawatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah kerana gagal menguruskan permasalahan dalaman parti.

Dewan Ulama PAS Kedah mendesak Azizan Razak letak jawatan sebagai
Pesuruhjaya PAS Kedah

Sebenar permasalahan dalaman parti PAS yang membawa kepada desakan Azizan Razak melepaskan jawatan bukan saja baru berlaku seperti yang kita dapat lihat secara terang-terang sejak kebelangan ini. 

Pergerakan untuk menjatuhkan Azizan Razak sebenarnya sudah lama berlaku dan ianya merupakan gerakan yang di tunjangi oleh musuh ketat Azizan Razak didalam PAS iaitu Phahrolrazi Zawawi, Adun Pengkalan Kundur yang juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah. Ismail Salleh, Adun Alor Mengkudu yang juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS 2 Kedah dan juga Nasir Mustafa, Adun Kubang Rotan.

Sekiranya kita singkap balik sejarah. Pada February 2012, Phahrolrazi bersama Ismail Salleh telah menolak lantikan semula sebagai EXCO Kerajaan Negeri oleh Azizan Razak dengan alasan antara mereka dan Azizan Razak tak ada kesefahaman langsung dalam pentadbiran Kerajaan Negeri sehinggakan PAS Pusat terpaksa masuk campur urusan PAS Negeri dengan mengwujudkan satu Jawatankuasa Pemandu bagi mengatasi masalah tersebut dan akhirnya kedua-dua mangkuk ayun tu menerima kembali lantikan sebagai EXCO atas nasihat PAS Pusat.

Selepas itu, demi mahu menyelamatkan maruah Kerajaan Negeri, PAS Kedah telah membuat lakonan bahawa permasalahan yang berlaku telah selesai selepas kedua-dua mangkuk ayun tu menerima kembali jawatan EXCO.

Sebenarnya permasalahan itu tak pernah selesai pun sepertimana yang di dakwa puak-puak PAS Kedah. Permasalahan itu hanya reda buat seketika saja umpama " Api Dalam Sekam " diluar nampak biasa saja tetapi didalamnya api lagi masih membara.

Walau bagaimana pun pergerakan menjatuhkan Azizan Razak tetap di teruskan di perinkat akar umbi dan Dewan Ulama PAS Kedah oleh penentang-penentang Azizan Razak didalam PAS secara rahsia. Bagi Azizan Razak pula, dia juga mempunyai percaturan politiknya tersendiri apabila mengetahui bahawa ada gerakan untuk menjatuhkannya di akar umbi.

Sebagai seorang yang memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Razak merupakan orang yang bertanggungjawap memegang kunci pencalonan PAS di kawasan DUN Kedah. 

Di sebalik jawatannya itu, Azizan Razak berhak menentukan siapa yang bertanding di kawasan-kawasan DUN di Negeri Kedah ini mewakili PAS Kedah. Sebab itulah Azizan Razak tidak merasa hairan dan gentar dengan gerakan untuk menjatuhkannya di akar umbi kerana nama-nama individu yang mengatur gerakan menjatuhkannya telah di singkirkan dari menjadi calon PRU13 secara diam-diam oleh Azizan Razak.

Percaturan itu di buat secara diam-diam kerana bimbangkan pihak terbabit akan bangkit memberontak terlebih awal dari pembubaran DUN Kedah sekiranya mengetahui percaturannya itu.

Tapi sayang percaturan Azizan Razak untuk singkirkan individu yang cuba menjatuhkannya itu sebenarnya telah didedahkan oleh salah seorang orang kepercayaan Azizan Razak iaitu, Zulkifli Yahya yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.

Zulkifli Yahya atau lebih mesra di gelar Zul Ya telah mendedahkan di laman Facebooknya bahawa Ismail Salleh, salah seorang dari individu dalam pergerakan yang mahu menjatuhkan Azizan Razak telah di singkirkan nama sebagai calon PRU 13 ini dan memadam kembali setelah menyedari tindakannya mendedahkan maklumat berkenaan di dalam laman facebooknya bakal mendatang pergolakan besar kepada PAS Kedah.





Ternyata ianya benar-benar telah membuat PAS Kedah berhadapan dengan pergolakan besar apabila penyokong Ismail Salleh menyedari posting dalam laman facebook Zul Ya sebelum Zul Ya sempat memadamnya kembali.

Sudah jelas dan terang Zul Ya merupakan Individu yang sepatutnya di persalahkan di sebalik pergolakan besar yang melanda PAS Kedah sekarang ni.

Khamis, 7 Mac 2013

Gempar !!! Azizan Razak Kini Sedang Tenat Di Kedah.



Nampaknya seorang demi seorang pengkhianat dalam Pas mula tonjolkan diri untuk jatuhkan Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah Azizan Abdul Razak..Difahamkan kumpulan pemberontak ini makin berani mendesak Azizan setelah diberi lampu hijau oleh beberapa orang pemimpin berhaluan kiri dalam Pas yang menjadi dalang disebalik konflik dalaman Pas..

Kalau dilihat daripada kenyataan kenyataan yang dikeluarkan, kesemua penyokong Pas bersuara itu mempunyai jawatan dalam Pas kawasan yang mahu Azizan ditukarkan dan digantikan dengan MB baru berenjen 6 silinder siapa lagi kalau bukan Phahrolrazi..

Beberapa hari lepas Pengarah MTD Alor Mengkudu Adnan Saad (Hj Nan Ayam)  yang juga Setiausaha Pas Alor Star mahu Dr Ismail dikekalkan kerana sudah mendapat sokongan 2/3 dari AJK kawasan malah 80% AJK MTD dan MKK sokong Dr Ismail dikekalkan ..


Tetapi lain pula apa yang didedahkan oleh ahli Pas sendiri tentang laporan akhbar Adnan Saad..Baca salah satu komen dibawah yang dipetik dari laman FB..


Untuk baca komen komen lain boleh klik kat sini

Selain itu terdapat juga dakwaan bahawa Timbalan YDP Pas Alor Star sedang melobi untuk dapatkan sokongan dari semua cawangan Pas Alor Star agar menyokong Dr Ismail terus kekal menjadi calon..


Konflik dalaman Pas merebak bagaikan penyakit kencing manis ini bermula di Kuala Kedah, seterusnya menyerang Alor Star, Kini merebak sampai ke kawasan Yan dianggap kubu kuat oleh penyokong Pas..


Beberapa hari lepas sekumpulan ahli Pas mendesak Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah secara baik kerana didakwa gagal membela kebajikan mereka ( Klik Sini ) Mereka terridi daripada Ahli Pas Dun Sungai Limau, Mohd Salleh Mohd Abu, 61,menyelar tindakan Azizan itu bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan ahli Pas dan kepimpinan tetapi menimbulkan masalah dalam soal pentadbiran parti.

Sementara seorang lagi Mohd Salleh Mohd Abu, 61, berkata, tindakan Azizan itu bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan ahli Pas dan kepimpinan tetapi menimbulkan masalah dalam soal pentadbiran parti.

“Kita minta beliau berundur dengan meletak jawatan secara baik demi perpaduan ahli Pas di negeri ini,”

Kesemua pemberontak dalam Pas Kedah mahu Azizan letak jawatan kerana gagal untuk menuruskan Kedah dengan baik..- Medan Tempur

Rabu, 6 Mac 2013

Hot !!! Azizan Razak Di Paksa Orang Kuat Sendiri Untuk Meletak Jawatan





Apa dah jadi .. Azizan Razak dah kena cantas dengan orang kuat sendiri  ???

Yang paling Pisau Kedah rasa terkejut apabila orang kuat Azizan Razak sendiri yang berada di kawasan Sungai Limau dok cantas Azizan sekarang ni.. Kalau PRU 12 yang lalu orang kuat Azizan Razak ini lah yang menjaga Kad Pengenalan Azizan Razak di sebabkan bimbang ada yang akan sabotaj Azizan Razak sebelum penamaan calon.


Yang tengah tu Pak Leh Janggut, sebelah kiri Pak Leh Janggut nama dia Pak Lang Lee ( Ketua Keselamatan Azizan Razak Di Kawasan ) 

Individu yang Pisau Kedah maksudkan tu adalah Mohd Salleh atau lebih di kenali dengan nama Pak Leh Janggut. Dulunya Pak Leh Janggut merupakan orang kanan Azizan Razak di kawasan  tapi kini Pak Leh Janggut menjadi wakil kumpulan yang mahu mendesak Azizan Razak meletak jawatan segera sebagai Persuruhjaya PAS Negeri Kedah sebelum PRU 13 .

Kelmarin, dalam sidang media yang di adakan di Markas PAS Sungai Dedap, Sungai Limau. Pak Leh Janggut kata " Semenjak menjadi Menteri Besar Kedah, Azizan Razak  semakin angkuh dan sombong ".

Bagi Pak Leh Janggut, Azizan Razak wajib meletakkan jawatannya dengan segera kerana bersikap melampau apabila di lihat cuba mengetepikan pandangan Dewan Ulama PAS Kedah.

Pak Leh juga tidak menafikan bahawa di sebabkan Azizan Razak, sokongan terhadap PAS Kedah turun dengan mendadak selagi Azizan Razak tidak melepaskan jawatannya dalam parti.

Maklumat dalaman PAS yang Pisau Kedah terima. Ini merupakan perancangan 2 orang EXCO Azizan Razak sendiri yang sememangnya tidak pernah sukakan Azizan Razak semenjak dari awal-awal lagi PAS mengambi alih Kedah dari BN.


Kebencian kedua-dua EXCO terbabit semakin kemuncak apabila maklumat dalaman Azizan Razak  telah bocor oleh orang kepercayaan Azizan Sendiri bahawa kedua-dua orang EXCO terbabit tidak di pilih sebagai calon di PRU 13 nanti.

Sudah jelas sekarang.. PAS hanya lebih mementingkan jawatan saja bukannya perjuangan Islam. Patut la golongan Ulama semakin lama semakin menjauhkan diri dari PAS dan golongan artis yang sudah tidak laku dalam industri hiburan semakin lama semain dekat dengan PAS.. 

PAS dah tak layak di panggil Parti Islam SeMalaysia.. PAS kini lebih layak di panggil Parti Artis Expired SeMalaysia...

Rabu, 27 Februari 2013

Hot !!! Azizan Razak Sudah Cantas Musuhnya Dalam PAS Sebagai Calon #TukarKedah

Dr Mail dan Phahrol hanya tinggal kenangan..

Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.

Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.

Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.

Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana, seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.

Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.

Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.

Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.

Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.

Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.

Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!

Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.

Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.

Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.

Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.

Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.

Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.

Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.

Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.

Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.

Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.

Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.

Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.

Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.


Sumber :- Kedah Ke KL

Rabu, 20 Februari 2013

Tu Dia !!! Ulama PAS Kedah Tamatkan Riwayat Politik Azizan Razak



ALOR SETAR: Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS Megat Dewa, Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.

Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS.

Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka.

"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata, setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan.

"Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya. - BERNAMA

Panas !!! PAS Kedah Bergolak Hari Ini Bergaduh Sesama Sendiri




Sepatutnya jam 10:30 pagi tadi, satu demonstrasi anjuran Dewan Ulama PAS Kedah dibuat di Kompleks PAS Kedah, Batu 9. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menolak Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Bagaimanapun, disebabkan tidak ramai yang datang, maka program tersebut terpaksa ditunda ke pukul 12:00 tengah hari.

Perebutan jawatan Menteri Besar Kedah semakin memuncak. Krisis dalaman PAS Kedah semakin membesar sepertimana besarnya juga lubang tembelang yang mereka cuba katup selama ini. Azizan Abdul Razak sudah terlalu hampir hendak menelanjangkan siapa tok dalang yang menyebat duit taukeh-taukeh Cina menerusi penebangan rakus hutan dan penggondolan bukit serta gunung di Kedah. Malah Azizan Abdul Razak juga sudah terlalu hampir hendak mendedahkan rahsia, siapa sebenarnya yang menjadi dalang, Kedah bakal menjadi negeri muflis.

Justeru, sebelum Azizan buka mulut dan mendedahkan segala-galanya, puak berkenaan terlebih dahulu bertindak dengan memanggil ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi semata-mata untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak. Saranan agar setiap masalah diselesaikan secara musyawarah nampaknya telah digantikan dengan demonstrasi menuntut perletakan jawatan.

Beberapa hari lepas, Phahrolrazi Zawawi dengan MUKA TAK MALUnya, lengkap dengan bulu hidung terjulur, tersenyum sengih memberitahu, DIA SUDAH BERSEDIA MENJADI MENTERI BESAR KEDAH!

Punyalah konfiden menatang penjilat Guan Eng tu.

Tapi hari ini, nampaknya Phahrolrazi Zawawi dah berjaya meyakinkan Dewan Ulama PAS Kedah untuk berdemonstrasi menggulingkan Azizan Abdul Razak. Entah berapa banyaklah pula rasuah yang telah diberikannya kepada Dewan Ulama PAS Kedah untuk berbuat begitu.

Yang sahihnya, orang yang paling takut sekiranya Azizan buka mulut sebenarnya adalah Phahrolrazi Zawawi. Justeru, walau dengan apa cara sekalipun, dia perlu mendesak Azizan letak jawatan walaupun penggal pentadbiran PAS di Kedah sudah begitu hampir untuk ditalqinkan!
 
Sumber: Kedahan69ers

Hot !!! Pendedahan Memalukan Azizan Razak Dan Sekutunya.



TUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan - yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda.

?Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit, tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Hakikatnya, hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.

Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu.

Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja).

Sedangkan, pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun! - bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.

Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri, perkilangan dan pembuatan.

?Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri.

Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.

Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP), Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa, sektor pembuatan dan perkilangan kluster, pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.

Apa yang penting, isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini.

PENULIS adalah Ketua Biro Kedah,

Utusan Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...