Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Tun Faisal 4 MT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun Faisal 4 MT. Papar semua catatan

Rabu, 9 Oktober 2013

Sokong @TunFaisal !!! Ahli MT Bukan Menteri Dapat Membantu Gerak Kerja Parti @NajibRazak


KUALA LUMPUR: Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat bahawa kehadiran anggota MT yang tidak terikat dengan pentadbiran kerajaan ataupun Parlimen adalah penting kerana ia memastikan gerak kerja parti dapat dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.

Jelas beliau yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO Malaysia, ahli yang tidak terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan mahupun Parlimen boleh membantu mengisi kekosongan vakum yang tidak dapat diisi oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sebelum ini.

"Untuk bertemu dengan rakyat... untuk berhadapan dengan pembangkang dan juga untuk melaksanakan program di peringkat gerak kerja parti secara berterusan dan berkesan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Ditanya sama ada ahli MT yang terlalu ramai dalam pentadbiran kerajaan dan juga Parlimen merupakan satu kelemahan kepada parti, beliau berkata perlu ada keseimbangan di antara kedua-duanya.

"Dia perlu ada keseimbangan di sini. Kita perlukan juga anggota pentadbiran dalam MT, kita perlu juga ada ahli Parlimen dalam MT... kita juga perlukan orang-orang yang tidak terikat dengan tugas-tugas pentadbiran dan Parlimen, kerana waktu Parlimen bersidang ataupun waktu banyak tugas-tugas pentadbiran perlu dilakukan dalam kerajaan, gerak kerja parti akan terabai.

"Jadi kita perlukan orang-orang yang boleh buat gerak kerja parti secara berterusan," katanya.

Selain itu, jelas Tun Faisal mereka yang tidak terikat dengan tugas-tugas pentadbiran juga boleh bercakap dengan nada parti dan bukan dalam nada kerajaan.

Sementara itu, beliau berpandangan bahawa pertemuan secara dialog adalah lebih baik berbanding dengan perdebatan di antara calon-calon naib presiden dalam pemilihan UMNO nanti.

Katanya, perbincangan dalam bentuk dialog dapat menggalakkan suasana kekeluargaan dan saling hormat menghormati.

Bagaimanapun beliau tidak menentang sekiranya perdebatan secara sihat diadakan, menyifatkannya ia bagus jika dilaksanakan.

"Kalau boleh diadakan ia bagus tetapi dalam bentuk dialog berbanding perdebatan kerana ini menggalakkan suasana kekeluargaan dan saling hormat menghormati," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Namun katanya ia juga tidak menjadi masalah sekiranya tidak dilaksanakan kerana ada yang berpandangan bahawa cara tradisi iaitu dengan turun berjumpa perwakilan lebih mempunyai sentuhan peribadi.

"Bagi saya kita patut raikan kalau sempat alhamdulillah kita buat, kalau ada yang lebih yakin dengan cara tradisi kita serahkan kepada kebijaksanaan calon yang mengendalikan gerak kerja kempen masing-masing," tambahnya.

Baru-baru ini, ahli Veteran Umno, Tun Musa Hitam mencadangkan agar keenam-enam calon naib presiden dalam Pemilihan Umno 2013 ditemukan dalam satu perdebatan melalui televisyen.

Kata beliau, perdebatan itu sesuai dengan transformasi Umno dalam sistem pemilihan barunya sempena proses yang bakal berlangsung pada 19 Oktober ini.- Astro Awani

Isnin, 7 Oktober 2013

Tahniah @tunfaisal Kerana Kembali Tersenarai Sebagai Calon MT #TF4MT #KedahAmanMakmur

Alhamdulillah.. setelah di rayu akhirnya nama Tun Faisal Ismail yang digugurkan sebelum ini dari senarai nama calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia telah di benar bertanding semula.


Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini dibenarkan semula bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan 19 Oktober ini, selepas nama beliau ditolak sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang mengumumkannya di sini hari ini berkata, Tun Faisal dibenarkan semula bertanding selepas mengambil kira kedudukannya dalam Exco Pemuda UMNO dan beliau bertanding MT atas pencalonan daripada pergerakan itu.

Sebelum ini, Tun Faisal dan seorang lagi calon MT, Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman disahkan tidak layak bertanding bagi jawatan tersebut.

Ini berikutan, mereka berdua tidak pernah menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat bahagian, iaitu prasyarat utama untuk bertanding mana-mana jawatan dalam MT. - UTUSAN ONLINE

Pisau Kedah mendoakan agar Tun Faisal berjaya didalam pertandingan mengisi kerusi MT di Pemilihan UMNO nanti

Jumaat, 27 September 2013

UMNO Perlu Menimbangkan Rayuan @TunFaisal #TF4MT . @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Terkejut juga Pisau Kedah apabila mengetahui bahawa Tun Faisal telah di gugurkan dari senarai calon ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dengan alasan Tun Faisal tidak pernah menjadi AJK Bahagian.

Haloo.. Tun Faisal merupakan seorang "EXCO PEMUDA UMNO PERINGKAT PUSAT" atau AJK Pemuda Peringkat Pusat yang tidak boleh di nafikan jasanya membantu UMNO pada PRU 13 yang lalu. Ternyata menyandang jawatan AJK di peringkat pusat lebih tinggi statusnya berbanding menjadi AJK Bahagian.

Selain menjadi EXCO Pemuda UMNO, Tun Faisal juga merupakan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) di bawah Pergerakan UMNO Malaysia yang membantu UMNO berhadapan dengan cabaran peperangan media sosial ketika menghadapi PRU13.

Pisau Kedah bersama rakan-rakan yang bergerak di Team Media Kedah (TMK) banyak di bantu Tun Faisal didalam berjuang di Kedah sehingga TMK mampu membantu UMNO didalam alam maya merampas kembali Kedah dari tangan Pakatan Rakyat.

Dari jasa yang di lakukan Tun Faisal serta jawatan yang di sandang di peringkat pusat.. Nama Tun Faisal tidak sepatutnya di gugurkan dari calon MT.


Sebelum tindakkan yang cukup drastik di lakukan.. Pisau Kedah berharap Jawatankuasa Pengarah Pemilihan UMNO dapat menimbangkan rayuan yang dilakukan Tun Faisal

Dalam rayuan saya, saya menyatakan bahawa saya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan menggugurkan nama saya dari senarai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sebaliknya hanya membaca mengenainya di portal berita BERNAMA.

Melalui portal berita BERNAMA, dilaporkan bahawa “tiada calon untuk nombor 11 dan 60 disebabkan mereka yang mengambil borang pencalonan tidak menyerahkannya semasa proses pendaftaran calon Sabtu lepas.”

Saya ingin menyatakan bahawa laporan ini adalah TIDAK BENAR sama sekali dan saya mempunyai salinan Borang Pendaftaran Calon bernombor siri 0000465 yang mempunyai cop nombor calon 000060 dan penerimaan oleh Dato’ Hj Tajudin bin Harif, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia.

Melalui sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dimaklumkan bahawa penolakan pendaftaran saya adalah disebabkan saya tidak pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal. Alasan ini agak mengejutkan saya dan saya ingin merayu keputusan Jawatankuasa Pengurusan atas sebab-sebab berikut:-

1. Keputusan untuk menawarkan diri dan penyerahan Borang Pendaftaran Calon dibuat selepas saya merujuk pelbagai pihak dalam pentadbiran parti termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli bin Tan Sri Mohamed Ghazali. Hanya selepas mendapat pandangan mereka, barulah saya menyerahkan Borang Pendaftaran Calon kepada Urusetia Pendaftaran Calon di Tingkat 5, PWTC.

[Nota: Masih ada pertanyaan mengenai status saya yang belum dijawab, iaitu berkenaan hak saya untuk mengundi dalam pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara serentak di bahagian-bahagian pada 12 Oktober nanti. Jika saya masih mempunyai hak disebabkan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih belum bersidang, bagaimana dan di manakah saya harus mengundi pada tarikh itu. Maksudnya, sebelum melakukan sesuatu, saya telah bertanyakan kepada pihak-pihak tertentu mengenai kedudukan saya]

2. Pengguguran nama saya dari senarai calon agak tidak konsisten dengan semangat pindaan Perlembagaan UMNO yang diluluskan oleh perwakilan semasa Mesyuarat Agung UMNO pada tahun 2009. Keputusan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menambah syarat minimum kelayakan bertanding di peringkat Majlis Tertinggi adalah “bagi memastikan agar calon-calon dapat melalui proses kepimpinan parti di samping membolehkan mereka menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar sebelum menawarkan diri.”

Persoalannya hari ini, adakah jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia di peringkat Pusat mempunyai kewibawaan yang lebih rendah daripada kewibawaan jawatan Ahli Jawatankuasa peringkat Bahagian? Kedua, adakah berdasarkan rekod prestasi dan pendirian saya selama ini di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya dilihat sebagai BELUM DAPAT LAGI “menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar” sehingga belum layak menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi parti.

3. Walaupun ada alasan bahawa ia merupakan peruntukan di dalam Perlembagaan Parti dan Peraturan Pemilihan Parti, namun saya percaya sedikit pengecualian masih boleh diberikan untuk kes-kes terpencil seperti kes ini, sama seperti pengecualian yang dibuat bagi calon-calon Pergerakan Pemuda UMNO yang lahir pada tarikh 1 Januari 1973. Pengecualian ini boleh dilakukan tanpa menjejaskan semangat dan hasrat sebenar peruntukan dan pindaan Perlembagaan.

4. Mungkin terdapat sedikit kekhilafan dalam menafsirkan semangat pindaan Perlembagaan UMNO tahun 2009. Dari sudut pandangan saya, tambahan syarat minimum sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal, seharusnya dibaca BUKAN sebagai syarat untuk MENGHALANG pemimpin yang berkelayakan untuk menawarkan diri bertanding di peringkat yang lebih tinggi, sebaliknya harus ditafsirkan sebagai syarat untuk MENGGALAKKAN lebih ramai pemimpin yang layak untuk menawarkan diri ke peringkat tertinggi sesuai dengan hasrat untuk menjadikan UMNO itu LEBIH DEMOKRATIK, LEBIH INKLUSIF DAN LEBIH TERBUKA.”

5. Penolakan pemegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda di peringkat Pusat untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi boleh mengakibatkan tafsiran bahawa jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia mempunyai merit yang lebih rendah daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian. Tindakan ini boleh dianggap sebagai rujukan atau `precedent’ dan mempunyai kesannya terhadap moral, heirarki dan mungkin pelbagai aspek lain lagi di masa hadapan.

Di atas lima sebab di atas dan juga rekod pencapaian serta perkhidmatan selama ini kepada parti dan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air, saya memohon pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk mengekalkan saya sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sidang 2013-2016.

Seperti yang saya nyatakan, niat dan tujuan saya membuat rayuan adalah jelas, ia bukan mengenai saya semata-mata, tetapi beberapa perkara lain yang berkaitan. Apa pun keputusan Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, saya akan tetap menghormatinya. Saya tetap ORANG UMNO dan tetap akan istiqamah dalam perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air. - Tun Faisal Ismail Aziz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...