Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Khalid Gagap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khalid Gagap. Papar semua catatan

Khamis, 27 Februari 2014

"Krisis Air Selangor" Akhirnya @Khalid_Ibrahim Membuang Sifat Kebebalannya


Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang telah berlarutan sejak 2008, di Kompleks Perdana Putra, di sini Rabu.

Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam MoU tersebut Kerajaan Pusat bersedia menyuntik dana tambahan membantu Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air sekaligus menjadi badan tunggal menguruskan perkhidmatan bekalan air di negeri itu.

Empat syarikat konsesi tersebut yang ditawarkan adalah Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

Dengan termeterainya Memorandum Persefahaman ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor berharap agar syarikat-syarikat konsesi air di negeri Selangor turut memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan rakyat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam MoU itu juga, kerajaan Persekutuan bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri air melalui Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA) dan mana-mana undang-udang yang terpakai.

Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor pula akan mengeluarkan kebenaran merancang (Development Order) untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) (Pakej 2A) berkuat kuasa pada hari ini (Kelmarin) dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam masa 30 hari dari tarikh Memorandum ini ditandatangani.

Bukankah senang kalau sejak dari dulu lagi (2008) Khalid Ibrahim berfikiran terbuka didalam menyelesaikan permasalahan air yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor dari dulu sehingga sekarang.

Sebelum ini tak perlulah Khalid Ibrahim nak menunding jari menyalahkan Kerajaan Pusat didalam permasalahan air yang dihadapi rakyat Selangor, sedangkan hakikatnya permasalahan air di Selangor tidak mampu diatasi Kerajaan Negeri Selangor adalah berpunca dari sikap EGO Khalid Ibrahim sendiri yang tidak dapat menerima hakikat kegagalannya membuat penstrukturan semula industri air Selangor.

Apabila Khalid Ibrahim gagal mengambil alih EMPAT syarikat konsesi air Selangor untuk membuat penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid Ibrahim telah membuat satu tindakan yang kurang bijak apabila enggan memberi kelulusan kepada Kerajaan Pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor yang bertujuan menyelesaikan permasalahan air yang dihadapi rakyat Selangor.


Tindakan Kurang bijak Khalid Ibrahim enggan meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 itu dilihat hanyalah bermotifkan dendam semata-mata sahaja kononnya Kerajaan Pusat tidak mahu membantu Kerajaan Negeri Selangor untuk mendesak EMPAT syarikat Konsesi air Selangor menerima tawaran pengambil alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan harga murah.

Untuk pengetahuan semua.. Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa atau hak untuk mendesak ke empat-empat syarikat konsesi air Selangor tersebut untuk menerima tawaran pengambil alihan dari Kerajaan Negeri Selangor dengan harga murah kerana ke empat-empat syarikat konsesi air Selangor tersebut merupakan Syarikat SDN BHD.

Sejak dari mula lagi apabila Khalid Ibrahim mahu membuat penstrukturan semula industri air Selangor, Kerajaan Pusat telah bersetuju dengan tindakan yang mahu dibuat Khalid Ibrahim. Kerajaan Pusat tidak akan menghalang tindakan tersebut sekiranya Kerajaan Negeri Selangor berkemampuan mengambil alih EMPAT syarikat konsesi air yang menguruskan tentang air di Selangor.

Sepatutnya Loji Rawatan Air Langat 2 sudah pun siap di bina Kerajaan Pusat sekiranya Khalid Ibrahim tidak mempolitikannya. Masalah air yang dihadapi rakyat Selangor sudah pun dapat di atasi sekarang ini sekiranya Khalid Ibrahim membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tersebut.







Khamis, 13 Februari 2014

Panas !!! Khalid Ibrahim Mahu Lelong Toyota Camry RM20,000 Milik Kerajaan Negeri Hanya Untuk EXCO


Dasyat gila buat kerja Kerajaan Negeri pentadbiran Pakatan Haram di Selangor. Menurut blogger Jawa Bernam.. Kerajaan Negeri Selangor mahu menjual kereta Toyota Camry yang di beli pada tahun 2008 untuk kegunaan EXCO Kerajaan Negeri dengan harga hanya RM 20,000 sahaja sebuah kepada para EXCO yang berminat hendak beli.

Harga yang tidak masuk akal langsung.. Dalam pasaran kereta terpakai sekarang ini sebuah kereta Toyota Camry second hand (Tahun 2007) pun masih mencecah lebih dari RM80,000 harganya. 

Apa sebabnya Kerajaan Negeri Selangor hendak jual kereta tersebut dengan harga yang terlalu murah hanya kepada EXCO Kerajaan Negeri.?

Yang peliknya.. Mengapa Kerajaan Negeri Selangor langsung tidak membuka tender sekira-kiranya hendak jual ?.. 

Bukankah dengan membuka tender ianya dilihat penjualan harta hak milik Kerajaan Negeri lebih telus..?

Penjualan harta hak milik Kerajaan Negeri dengan Direct Nego ternyata ianya satu tindakkan yang tidak telus.




Sabtu, 8 Februari 2014

Panas !!! Pemecatan Kakitangan PKNS Di Jadikan Senjata Azmin Ali Serang Khalid Ibrahim #PrkKajang


Nampak gayanya perbalahan diantara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali semakin hari semakin parah. Dari hari ke sehari Azmin Ali cuba mencalarkan imej Khalid Ibrahim.

Terbaru.. Azmin Ali telah menggunakan isu pemecatan kakitangan PKNS sebagai senjata untuk menyerang Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya berhenti menggunakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata politik sekali gus melanggar prinsip PR.

Menurutnya, pemecatan kakitangan PKNS oleh Abdul Khalid adalah bercanggah dengan prinsip yang diamalkan PR.

"Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan PR di  Selangor iaitu semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah dan belas kasihan.

"... pemecatan secara tiba-tiba akan menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada pekerja, pemberian dua bulan gaji hanya bersifat penghinaan.

"Saya menyeru kuasa-kuasa berkenaan dengan segera membatalkan surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor bagi  tindakan yang tidak bertimbang rasa," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terbaru, media melaporkan  Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang itu telah mempertahankan tindakan memecat 22 kakitangan anak syarikat PKNS bagi menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM7 juta.

Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut
"Prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.
"Penamatan kontrak ini akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun," katanya.

Isnin, 27 Januari 2014

Hot !!! "Khalid Ibrahin VS Azmin Ali" Kepimpinan PKR Telah Menipu Rakyat Selangor


Dalam isu "Gesaan Khalid Ibrahim Meletak Jawatan Sebagai MB Selngor" siapa yang sebenarnya jadi penipu ?

Terbaru dalam isu berkenaan, Ahli Parlimen Kuala Langat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid menyatakan dalam sidang akhbarnya bahawa pemimpin-pemimpin PKR dari Selangor telah sebulat suara didalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan Azmin Ali mahukan Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Gesaan tersebut dilakukan atas alasan mereka tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Khalid Ibrahim.

Namun berlainan pulak kenyataan dari Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution apabila mendakwa hanya terdapat empat atau lima orang yang ekstremis dari kepimpinan PKR Selangor yang mahukan Khalid Ibrahim meletak jawatan didalam mesyuarat yang dipengerusikan Azmin Ali itu.

Laporan Sinar Harian (klik sini)

Mana satu kenyataan yang betul, mana satu kenyataan yang menipu ni dari kepimpinan PKR ?

Nampak sangat pergolakkan diantara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kini berada dalam keadaan kritikal.

Sebelum ini atas campur tangan dari Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim terpaksa melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor setelah didesak kepimpinan PKR Selangor yang pro kepada Azmin Ali dan setelah Khalid Ibrahim melepaskan jawatan tersebut maka Azmin Ali telah mengambil alih jawatan tersebut.

Kini apakah Khalid Ibrahim akan kehilangan juga jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor setelah didesak melepaskannya.

Agak mustahil untuk Khalid Ibrahim untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna sebagai Menteri Besar yang mewakili PKR sekirannya dia sendiri tidak mempunyai kuasa didalam politik PKR negeri.


Selasa, 16 April 2013

Hot !!! 500,000 Rakyat Selangor Sumpah Seranah Khalid Ibrahim #TolakPR



Saya yakin lebih setengah juta rakyat Selangor dan Lembah Klang kini sedang menyumpah-nyumpah nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” ekoran gangguan bekalan air yang sedang dihadapi sejak dua hari lepas yang dikatakan akan berlarutan selama seminggu lamanya.

Saya juga yakin bahawa 500,000 penduduk di negeri dan wilayah termaju itu mungkin sedang menunggu lori-lori tangki air SYABAS di depan kediaman masing-masing bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan masing-masing.

Media baru-baru ini melaporkan tentang insiden paip pecah berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu, Batu Caves, ekoran kesan hujan lebat selama lima jam yang mengakibatkan hakisan teruk berlaku dan menghentam paip air lama berukuran 2.0 meter di situ.

Antara 28 kawasan yang terlibat di sekitar Kuala Lumpur ialah Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney dan Kampung Pandan Dalam.

Selain itu, 55 kawasan di sekitar Ampang turut terjejas antaranya Kampung Baru Ampang, Kampung Kemensah, Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Hillview, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Bukit Jobina, Kampung Tengah Lembah Jaya, Taman Dato Ahmad Razali, Lembah Jaya Utara, Taman Bukit Indah, Lembah Jaya Selatan, Taman Tun Abdul Razak, Sri Rampai, Kampung Tasek Permai, Taman Ampang dan Ukay Heights turut terjejas.

Maklumat memberitahu bahawa keadaan itu memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk dibaik pulih. Teruklah kehidupan rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang minggu ini. Itulah natijahnya bila salah memilih kerajaan…

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Haram Selangor sering bercakap tentang soal penyelesaian masalah gangguan bekalan air di negeri itu. Macam-macam cadangan yang mereka cadangkan. Namun sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan, habuk pun tiada.

Tidak mustahil jika selepas ini kita akan mendengar Khalid dan konco-konconya menyalahkan UMNO, BN, Kerajaan Pusat atau SYABAS berhubung insiden paip pecah itu. Padahal, yang sebetulnya Kerajaan pimpinan Khalidlah yang paling layak dipersalahkan.

Semua ini berlaku kerana Khalid gagal merancang dengan baik industri air di Selangor. Dia asyik merancang dengan pelbagai rancangan jangka pendek. Sudahlah jangka pendek, tiada satu pun rancangannya yang dilaksanakan!


KHALID MANIFESTO BUKAN JANJISelangor sebenarnya memerlukan rancangan jangka panjang dan itulah perkara yang tidak ada pada Khalid.

Sebenarnya rakyat Selangor semakin sedar bahawa Khalid adalah punca segala malapetaka yang ditanggung mereka selama lima tahun ini. Rakyat Selangor memang sedang marah Khalid, kecuali para penyokong PKR yang terkenal dengan sokongan membuta tuli…

Mungkin menyedari hakikat “Khalid dibenci rakyat” itu, maka Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail membayangkan bahawa Khalid mungkin tidak akan dilantik menjadi Menteri Besar sekali lagi jika Pakatan Haram mengekalkan kuasa di Selangor.

Dia tahu, rakyat Selangor menganggap Khalid adalah “liabiliti” terbesar di Selangor dan pergaduhannya dengan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali, menandakan Khalid bukanlah seorang yang boleh diharap.

Tapi memandangkan Khalid itu dari “kem” Wan Azizah sendiri, maka dia terpaksa berselindung dan tidak berterus terang dalam soal ini. Jadi, jika Khalid tidak lagi dilantik menjadi Menteri Besar, bagaimana dia nak teruskan penstrukturan semula industri air yang “disalaknya” setiap hari itu?

Ketika itu, Khalid bukan lagi Menteri Besar dan dia tiada kuasa lagi untuk menghabiskan duit rakyat untuk meneruskan cita-cita menstruktur semula industri air di Selangor. Lainlah kalau BN merampas kembali Selangor. Saya yakin BN lebih bijak merancang industri air demi rakyatnya…MyKMU

Jumaat, 12 April 2013

@Khalid_Ibrahim Betul Ka BN Akan Menang Cuma 7 Kerusi Parlimen ?? Mana Bukti ?? #TolakPR



Memang lawak gila apabila Khalid Ibrhim mengatakan Pakatan Haram akan memenangi 215 kerusi parlimen dari 222 kerusi parlimen yang di pertandingkan dalam PRU 13 berdasarkan kajian beberapa buah universiti. Kenyataan tersebut di lakukan Khalid Ibrahim ketika berucap di Majlis Pengumuman calon di Bandar Tun Razak semalam.

Agak-agak la nak kencing pun Khalid Ibrahim ooiiiii.. Tak kan kot BN hanya mampu menang 7 Parlimen saja ?? nak tunjuk bengap pun jangan la sampai tahap mengalahkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempunyai otak setaraf budak PASti.

Pisau Kedah yakin pastinya penyokong PKR dari kem Azmin Ali terguling-guling ketawakan Khalid Ibrahim selepas mendengar kenyataan itu... Ye la..Majlis Pengumuman Calon di Bandar Tun Razak pun hanya mampu menarik kehadiran 200 orang, macam mana nak dapatkan 215 Kerusi Parlimen.... Apa fakta yang menujukkan kenyataan Khalid Ibrahim tu adalah benar ??

Kalau setakat cakap serkap jarang lepas tu mengatakan ianya merupakan hasil dari kajian Universiti.. Sapa-sapa pun boleh buat macam tu untuk menyedapkan telinga yang mendengarnya.

Pisau Kedah nak cabar la Khalid Ibrahim.. Kalau betul la apa yang di katakan itu.. Khalid Ibrahim perlu menamakan Universiti yang membuat kajian tu.. Kalau gagal berbuat demikian sah-sah Khalid Ibrahim merupakan pemimpin yang kuat menipu rakyat Selangor.

Selasa, 19 Februari 2013

Khalid Gagap Kurang Ajaq !!! Masuk Rumah Rakyat Dengan Memakai Kasut Kotor



Kurang Ajaq !!! Hanya itulah boleh di katakan kepada Khalid Gagap apabila masuk rumah orang dengan tidak beradab.

Kalau ya pun nak masuk rumah orang buka la kasut tu dulu. Tak ada adab dengan memakai kasut yang terjejas dengan kekotoran masuk rumah orang.. Awat Khalid Gagap ingat dia tu status Menteri Besar, dia boleh masuk rumah rakyat biasa dengan memakai kasut ka ??

Kalau Khalid Gagap masuk rumah Pisau Kedah dalam keadaan tidak membuka kasut macam ni la, dah lama Pisau Kedah tendang keluar rumah. Peduli apa Pisau Kedah dengan dia punya pangkat Menteri Besar.

Khalid Gagap oii !!! Perdana Menteri Malaysia masuk rumah rakyat pun tau adabnya dengan membuka kasut. Ini baru berpangkat Menteri Besar dah tunjuk sombong !! tunjuk bongkak !!!..

Pirahhh.... !!!!

Inilah yang di katakan Pemimpin Pakatan Haram.. Baru dapat pangkat sikit dah tunjuk kurang ajar dengan rakyat. Pemimpin macam Khalid Gagap yang tak beradab ni langsung tidak layak di jadikan sebagai pemimpin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...