Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label KHTP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KHTP. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Jun 2013

Hot !!! Puak Perut Hijau PAS Yang Patut @MukhrizMahathir Tendang Keluar Dari Kulim Hi-Tech #HanyaDiKedah




Lagi cerita menarik dari geng Kedah Times, cerita virus besar dalam Kulim Hi-Tech yang perlu MB Kedah singkirkan. Bahaya untuk masa depan KHTP untuk jika dibiarkan lama-lama.

Lima tahun lamanya Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Sungai Petani diletakkan sebagai "profesional" bagi menerajui KHTP, dengan slogan kerja itu ibadah dan semua orang perlu terima perubahan.
Hj Sobri, Presiden KHTP

Itulah falsafah perubahan yang dibawa apabila mentadbir KHTP, dimana kakitangan Melayu dipecat sesuka hati, malah di bulan Ramadhan pun mereka dipecat tanpa mempedulikan apakah yang akan dimakan dibulan Ramadhan dan apakah persediaan hari raya aidilfitri anak-anak mereka yang dipecat serta merta tersebut. 

Tidak mahu menerima perubahan dijadikan alasan untuk setiap langkah menindas mengikut kemahuan politik kepartian yang sempit pentadbiran PAS di KHTP. 

Malah, lantikan politik dibuat secara berterusan, dimana CEO-CEO dan pengurus-pengurus anak-anak syarikat dilantik dari kalangan PAS yang berjiran dengan YDP PAS Sungai Petani. Asalkan kroni mereka, bekas penjaga cafe siber pun dilantik sebagai pengurus dan berpeluang lawatan percuma ke Amerika Syarikat. 

Malah ada yang dilantik sebagai naib presiden kewangan dengan hanya berbekalkan pengalaman sebagai juruwang kaunter bank dan tiada kelulusan langsung. 

Kroni yang dilantik inilah yang menjalankan aktiviti memecat, memindah dan membekukan kakitangan KHTP sesuka hati. Di depan rakyat, mereka berbicara tentang Islam dan amanah kepada rakyat, di dalam organisasi pula mereka memenuhkan poket sendiri dan menganiaya kakitangan. 

Perjalanan ke luar negara dibuat pada kadar hampir setiap bulan dan kroni mereka sahajalah yang ke sana sini dibiayai dengan wang rakyat dengan elaun yang lumayan, malah Naib Presiden Kewangan, Awang Hashim membeli barangan peribadi seperti IPad dan membayar cukai barang peribadi menggunakan kad kredit syarikat yang sentiasa dipoket beliau. Malah, kroni yang tidak layak pun menggunakan kereta syarikat seolah-olah milik peribadi. 

Di pejabat, mereka menggambarkan diri mereka sebagai penjuang Islam, malah gambar-gambar mereka dan pembodek mereka sentiasa berjubah malah ada yang bergambar dengan pakaian ihram dalam profil Facebook mereka. Namun, apabila keluar negara, imej mereka berubah sama sekali. 

Hj. Sobri, Tak Mengaku Ahli Politik

Tetapi, kini setelah rakyat Kedah mahu mereka diubah, mereka tiba-tiba bertukar watak, sudah memakai tali leher dan pakaian ala koporat. Rupanya, mereka tidak mahu diubah, malah tidak mengaku bahawa kemasukan mereka adalah diatas tiket politik, sebaliknya mengaku bahawa mereka adalah lantikan profesional. Mereka bukan ahli politik. 


Profesional yang tiada ijazah memegang jawatan Naib Presiden? Profesional yang tidak boleh berbahasa Inggeris untuk menarik pelabur di Eropah dan Amerika? 

Profesional apa, jika berkerja hanya sehari dalam seminggu, sementara empat hari lagi tidak datang bekerja, malah dibohongnya kononnya mesyuarat di Kementerian seolah-olah mereka boleh memperbodohkan semua orang. 

Hari ini, selepas 5 Mei 2013, mereka baru mula bekerja ikut hari bekerja syarikat. 

Hari ini, mereka tidak lagi berani bercakap tentang perubahan. Hari ini mereka juga tidak berani bercakap tentang anti bermewah lagi. Kerana apa? Kerana jika perubahan yang dilaungkan, merekalah yang patut diubah. Jika kemewahan yang dicakapkan, merekalah yang menggunakan segala peluang untuk membeli kereta mewah dan membahagi-bahagikan harta rakyat kepada kroni-kroni mereka. Dalam masa 5 tahun sahaja, rumah mereka semakin besar dan bertambah bilangannya. 


Hari ini mereka mahu mereka dianggap sebagai sebahagian daripada kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, walaupun sewaktu mereka memecat kakitangan KHTP dulu, itu tidak mereka pertimbangkan. Walaupun penyelewengan mereka sangat besar (baca disini), mereka masih berlagak profesional. Mereka bukan ahli politik. 

Inilah hipokrasi tahap tertinggi pemimpin PAS di KHTP, dan pendedahan ini hanyalah sebuah permulaan kepada siri pendedahan hipokrasi hijau PAS semasa menjadi kerajaan. Tidak seperti blogger PAS yang meraba-raba dalam kegelapan apabila membuat fitnah terhadap YAB Menteri Besar, kami akan bentangkan lengkap dengan perincian dakwaan kami ini, ianya hanya berlandaskan fakta.. 

Hari ini, jika berdepan pemimpin Umno, merekalah yang lebih Umno dari orang Umno itu sendiri. Itulah mereka..... 

Khamis, 11 April 2013

Tu Dia !!! Report Card KHTP Yang Perlu Rakyat Kedah Tahu #TukarKedah #SaveKedah

Rakyat Kedah patut ambil tahu pasal laporan pencapaian tentang KHTP yang di selindungkan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS..

Laporan ini, Pisau Kedah petik dari blog otai Kedah Times




Banyak yg kita boleh cerita tentang kelemahan pentadbiran la di KHTP di bawah Tuan Haji Muhamad Sobri bin Osman sebagai Presiden (dulu jawatan ni dipanggil Group CEO) dan Ahli Lembaga Pengarah KTPC.  Laporan dibawah Kedah Times petik dari Dulu kini dan Selamanya

Malah kalau mantan CEO KTPC dijadikan kayu pengukur, perbandingannya adalah jauh panggang dari api.

Kita boleh lihat contoh kegagalan PAS ni menerusi beberapa projek yg hingga la belum dilaksanakan di KHTP atau pun institusi yg dah tutup dan pelabur potensi yg cabut lari, tak jadi nak melabur di KHTP, spt berikut:

1.       Projek Northern Data Centre (NDEC) yg dilancarkan pada tahun 2008 bersama dengan seorang penyokong UMNO, tetapi telah tiba-tiba beralih arah menyokong PAS bernama Encik Hanif Yon (kat mana dia la ni Yusrin Zakri Adnan…?).  Sehingga kini tiada langsung berita mengenai NDEC ni walau pun bangunan yg dicadangkan untuk menempatkan NDEC iaitu bangunan Business Centre 2 telah pun siap sepenuhnya di KHTP.  Sebenarnya projek ni gagal kerana mereka (Yusrin & Hanif Yon) merancang menaikkan kos projek tersebut dari kos asal RM6 juta kepada RM10 juta, dan ni dapat dihidu oleh satu blog picisan juga pada tahun 2008 (cerita detail akan menyusul, siap dengan diagram nak renovate).

2.       Penutupan sekolah antarabangsa ELC yg langsung tidak dihiraukan oleh Hj Sobri akan masalah mereka.  ELC adalah penting kehadirannya sebagai salah satu pelengkap institusi pendidikan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP).  Ni telah pun di laporkan terdahulu.

3.       Kelemahan sistem IT canggih KTPC yg dapat ditembusi oleh penulis blog picisan, kebocoran maklumat sehingga kini masih gagal ditangani oleh pengurusan tertinggi KTPC (ni pun akan kita kupas secara detail di lain artikel).

4.       Isu perolehan mesin CNC Waterjet yg masih belum selesai walau pun sudah sepatutnya boleh digunakan pada akhir tahun 2010.  Kesalahan sudah menunjukkan kepada pihak KTPC, tetapi sehingga kini belum ada kambing hitam yg dicari, kerana semuanya telah dikeluarkan.  Mana boleh nak salahkan pencacai THAMS.  So jadinya status quo (ni pun dah dijelaskan dengan panjang lebar sekali dlm blog ni).



5.       Kegagalan menarik pelabur Pilkington, walau pun pada awalnya Pilkington (la nama tukar Nippon Sheet Glass/NSG) telah pun menghantar surat niat (Letter of Intent) dan dilobi dengan hebat dan bagai nak rak oleh Tuan Haji Khairul Fithri Othman, Naib Presiden (Operasi) KHTP.  Pilkington dilaporkan telah memilih utk melabur di tempat lain mungkin di SCORE, Sarawak atau pun Vietnam. Apa sebabnya, kena tanya orang yg bertanggungjawab utk menarik pelabur ke KHTP, iaitu Tuan Haji Annuar Mohd Saffar aka THAMS merangkap Consul General/Duta KHTP ke Jerman.

Dibawah ni disiarkan maklumat Letter of Intent NSG/Pilkington dan email Hj Fithri.

From: Cooke, Russell [mailto:xxx@nsg.com]
Sent: Wednesday, December 23, 2009 5:50 PM
To: Khairul Fithri Osman; Campbell, James
Cc: Muhamad Sobri Osman; Tengku Nasir; Annuar Mohd Saffar
Subject: RE: Option Land in Kulim Hi Tech Park

Hi Fithri, firstly, congratulations on the excellent news that First Solar are expanding their facility at Kulim.  Hopefully good news for both of us.

Having considered the situation regarding the land, I can confirm that Pilkington unfortunately are not in a position to move forward on Lot 2, Phase 3 within the 21 day notice period.

Kulim Hi Tec park remains of interest to us therefore could you please provide the details of the alternative plot.

Regards

Russell Cooke


From: Khairul Fithri Osman [mailto:xxx@KHTP.COM.MY]


Sent: 10 December 2009 06:17
To: Cooke, Russell; Campbell, James
Cc: Muhamad Sobri Osman; Tengku Nasir; Annuar Mohd Saffar
Subject: Option Land in Kulim Hi Tech Park

Good day guys,

Hows things in UK? Hope that everything is as usual and congratulation to James on the new family member. As for us in Malaysia, everything is 'hot', esp. the weather.And that is not the only thing 'hot' around here, the land opt. to Pilkington also is 'hot'.

KTPC is aware that the first right refusal option to Pilkington will take maximum 21 to 30 days for Pilkington to reply. But hence there is an interested party for the option land and they need the answer fast (as fast as 21 hours), I would like to make proposal to the option land.

OPTION 1

Offering to Philkington the sale of the said option land.

OPTION 2

KTPC need Phiklington to release the land and KTPC will counter offer another land in Industrial Zone Phase 4 (76.94 acres). The land offered to you will be next to Butterworth Kulim Expressway, the main access coming to Kulim Hi Tech from Penang. The construction of the said area will commence next year and will be ready within 1.5 years from commencement. Hence the land is still virgin land, Philkington will be given the privilege to relocate the land to have the front line land. KTPC also is open to discuss with Philkington if you require the land earlier then the construction schedule.

KTPC would like to offer OPTION 2 as Philkington is very important for Kulim Hi Tech and would like Philkington to set up and operate in Kulim Hi Tech.

KTPC is looking forward for your favorable reply on the proposal.

Thank you.

Warmest regards from Malaysia

Khairul Fithri Osman
Deputy Vice President (Development)
Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.


Selalunya CEO atau Presiden tidak mempunyai kuasa tersebut, ianya dibawah kuasa Lembaga Pengarah.  Ni adalah contoh salah guna kuasa Presiden/CEO.

Walau pun berkali-kali dipohon agar Tuan Haji Sobri menjelaskan kegagalan2 ni, beliau memilih utk berdiam diri dan lebih banyak menghabiskan masa utk melayan teman wanitanya dari KL.

Biasalah, mana ada orang yg ingin membuka pekung di dada. 

Oleh itu, blog ni mengambil alih peranan tu utk mendedahkan kebenaran di KHTP.  Kegagalan2 ni juga dapat dijadikan iktibar oleh orang spt Encik Kamaruzaman Ismail, Pengarah Politeknik Kulim, yg dikhabarkan menjadi penyokong kuat PAS sejak dari dulu lagi (Kerajaan Pusat memang baik hati, tak paksa pun orang kerja dengan kerajaan sokong kerajaan pun).

Biasala di KHTP ni penuh dengan orang PAS dan penyokong PAS yg mendapat nikmat hasil kerja kuat UMNO membangunkan Kedah dan KHTP, contohnya spt Che Had, Encik Harith, Encik Wizan, lawyer Encik Halim Saidin dan beberapa orang lagi yg dahulunya malu2 utk menyatakan pendirian mereka kini telah keluar dari kepompong dan merupakan penyokong kuat PAS.

Hanya satu yg ingin dinasihatkan kepada mereka iaitu ‘hidup ni ibadat roda; sekejap kita di atas dan sekejap di bawah’.  Jadi janganlah bersikap takbur dan hidung tinggi.  Nanti bila ditakdirkan Kedah kembali kepada BN, mana nak letak muka…?  Kalau jumpa orang yg kita kenal tu tegur la, dunia ni dah jadi semaikn kecil.  Kita tak tau bila masa kita perlukan pertolongan orang pernah yg kita hina, caci dan tindas terdahulu.  Lagi satu pesan ialah : JANGAN CAKAP BESAR.

Mungkin dlm hati Haji Sobri sebenarnya ingin menyatakan lebih senang utk beri ceramah dari mentadbir KHTP.  Beliau pun hingga kini dapat bertahan di KHTP hanya dengan ehsan MB Kedah saja, kalau nak diikutkan Y.B Dato Hj Amiruddin, sebagai Chairman KTPC, mahu saja Hj Sobri diterajang keluar secepat mungkin. Apa tidaknya, belum ada dlm sejarah seorang menurunkan harga jualan tanah dari RM18 sekaki persegi kepada RM12 sekaki persegi (kpd First Solar).  Ni patut dicatat dlm Malaysia Guinness Book of Records utk kategori pengurangan untung yg paling besar dlm pemajakan tanah industri, dan melayakkan beliau utk diberi anugerah Mr Bean, sama taraf macam Dato Mahfuz dan calon Timbalan Presiden PAS, Hj Mat Sabun.  INI KES BENGONG DAH.


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2013/04/report-card-ktpc-q1-2011-dan-sama.html#ixzz2Q1AiFZHv
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...