Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan

Rabu, 26 Februari 2014

"Syukur Alhamdulillah" Imam Baling Kasut Kini Telah Insaf Dan Bersyukur Terima BR1M


25 FEB: Masih ingat lagi kisah Hoslan Hussin, seorang lelaki yang bertindak biadap membaling selipar ke arah barisan panel Hakim Mahkamah Rayuan?

Hoslan, Ahli PAS seumur hidup yang dikenali sebagai “Imam Hoslan”, pernah mendapat perhatian umum apabila menghiasi dada akhbar serta mendapat liputan berita televisyen akibat perbuatan beliau itu hingga digelar “Imam Baling Selipar”.

Ketika itu Hoslan sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Rayuan kerana turut terbabit dalam perhimpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demonstrasi tanpa permit yan g lain.

Akibat tindakan membaling selipar itu Hoslan dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Beliau telah selesai menjalani hukuman penjara berkenaan dan kini insaf.

Malah Hoslan turut menerima wang skim BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan terbaru BR1M 3.0 yang sedang diagih sekarang serta bersyukur dengan pemberian ikhlas Kerajaan Persekutuan itu.

Hoslan yang baru kembali dari Yaman kerana menghantar anaknya belajar di sana memaklumkan telah di jemput oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara.

Ikuti rakaman video temu ramah pengakuan yang dibuat Hoslan yang boleh disifatkan penyokong tegar PAS kepada Minaq Jinggo.



Semoga “keinsafan” dan kematangan yang ditunjukkan Hoslan ini benar-benar ikhlas.-bnbbc.my

Selasa, 26 Februari 2013

Panas !!! Hadi Awang Hina Penerima BR1M Umpama Hamba Yang Di Beri Duit Oleh Firaun



Semakin lama semakin mengarut pemimpin-pemimpin PAS membawa keluar fatwa berkenaan BR1M yang telah diberikan Kerajaan Malaysia kepada rakyat.

Sebelum ini penerima BR1M di hina semacam binatang oleh Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Terbaru pulak, Presiden PAS, Hadi Awang mengatakan BR1M umpama habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir pulak dah..

Sudah ternyata PAS kini sedang ketakutan untuk berhadapan dengan transformasi yang telah di bawa DS Najib Razak di dalam pentadbirannya setelah mengambil alih tampok pimpinan dari Tun Abdulah Badawi

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan serangan terhadap Barisan Nasional apabila menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.

Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.

"BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di sini, hari ini.

Beliau dalam ucapannya pada sebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini mendakwa program bantuan tunai BR1M yang dilaksanakan kerajaan bertujuan untuk memancing undi selain menyifatkan penerima bantuan tersebut sebagai bodoh.

Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang membayangkan pemberian BR1M umpama memberi makanan kepada haiwan.
Hadi dalam ucapannya terus menuding jari kepada kerajaan BN mendakwa rakyat selama ini telah dinafikan hak demokrasi melalui sekatan maklumat justeru mengakibatkan pentadbiran negara tidak dapat dinilai secara adil.

Justeru beliau menyifatkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Putrajaya, maka mereka bersedia dihukum oleh rakyat.

"Sekiranya kita menang, kerajaan PR tidak berlagak menjadi tuhan, PR bersedia untuk dihukum oleh rakyat melalui demokrasi yang adil. Kita tidak mahu memerintah sepanjang hayat," tambah beliau lagi.

Pakatan Rakyat yang membentangkan manifesto pembangkang hari ini antaranya menekankan komitmen untuk membatalkan projek-projek kerajaan BN, menurunkan cukai pendapatan selain menjanjikan pelbagai imbuhan baru. 
Dianggar seramai 1,000 perwakilan pembangkang hadir di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.- Antara Pos

Ahad, 24 Februari 2013

Video Hot !!! Ustaz Fathul Bari Memperjelaskan Penerima BR1M Bukan Binatang Seperti Di Dakwa Nik Aziz




Pisau Kedah menyokong kenyataan Ustaz Fathul Bari.. Kalau tidak sukakan dengan tindakan Kerajaan Malaysia memberi BR1M sekali pun jangan la di hina orang yang menerima BR1M semacam binatang kerana sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T adalah manusia.

Hairan juga Pisau Kedah. Apa yang di buat Kerajaan semuanya haram dan salah manakala semua yang di buat Pakatan Haram adalah baik-baik belaka.. Maksum ka pemimpin Pakatan Haram ni ??

Di Sebabkan Ayam Dan Lembu, 78 Ahli PAS Umum Sertai UMNO



BEKAS ahli Pas, Mohamad Zulkepli Mohamad Dun, 35, menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim (tiga kiri) di Rantau Panjang, Kelantan malam tadi. - UTUSAN

RANTAU PANJANG 23 Feb. - Seramai 78 ahli dan penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat dengan `haiwan.'

Kesemua mereka yang berasal dari Kampung Tasek Bakong, Padang Licin dan Tok Pelanduk di sini turut menyatakan kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Pas yang didakwa gagal mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini terutama dalam isu kalimah Allah.

Borang keahlian mereka telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Tasek Bakong di sini malam tadi.

Rahmah Che Noh, 53, ketika ditemui berkata, dia telah lama menjadi ahli Pas namun kenyataan Nik Abdul Aziz itu membuatkannya kecewa dan merasa sangat terhina.

"Saya sudah 15 tahun dalam Pas, sepanjang masa itu tiada apa-apa pun bantuan yang diberikan, apabila Kerajaan Pusat beri bantuan beliau pula menghina kami.

"Saya rasa kecewa, kesal dan sangat marah apabila tok guru menghina sesama Islam dia seperti tidak tahu kita adalah sesama manusia," katanya.

Penyokong tegar Pas, Noh Awang, 78, yang telah menjadi ahli parti itu sejak 1950-an turut menyatakan rasa marah dengan sikap pemimpin Pas yang dakwanya semakin melupakan perjuangan agama parti itu.

"Sudah begitu lama saya menyokong Pas. Banyak isu yang timbul tetapi sokongan saya kepada Pas dari muda sampai tua tetapi sejak isu kalimah Allah baru-baru ini, bahu saya terasa sudah senget ke arah UMNO.

"Sekarang timbul pula kata macam haiwan, kenapakah tok guru bandingkan sebagai haiwan, tidak patut dia cakap begitu, sepatutnya dia lebih merendah diri dan tunjuk teladan baik kepada penyokong di bawahnya," jelasnya.

Noraini Dollah, 25, berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyatnya.

"Saya ini orang muda pun terkejut dengan kenyataan itu. Tidak sepatutnya sesama Islam dihina sebagai haiwan lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak buat apa-apa," ujarnya. - UTUSAN




Pisau Kedah :-

Pasti puak-puak PAS yang tak dapat menerima hakikat akan kata " ahli UMNO masuk UMNO " .

Sabtu, 23 Februari 2013

Tu Dia !!! Untuk Tidak Di Gelar Binatang, PAS Kuala Kedah Minta RM 100 Dari Duit BR1M


Seorang penyokong PAS Kuala Kedah mendedahkan bahawa PAS kawasan tersebut telah MEWAJIBKAN ahlinya menyumbang RM100 dari sumbangan BR1M ke dalam Tabung Pilihanraya Parti itu untuk kegunaan PRU 13 nanti.

Inikah yang di katakan "Kebajikan Untuk Rakyat" yang di perjuangkan PAS ??

Yang lebih teruknya apabila Kerajaan Malaysia cuba membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, tak kira kaum, tak kira parti politik dengan memberi BR1M di kata Nik Aziz kepada orang yang mengambil BR1M semacam binatang Ayam dan Lembu.

Elok la.. ahli akar umbi PAS yang berpendapatan rendah di minta berkorban untuk parti. Sesetengah pemimpin-pemimpin parti PAS di Kedah hidup dalam kemewahan rumah 2,3 biji, kereta 2,3 biji. ada perniagaan sana sini tak payah susah-susah berkorban untuk parti.

Kalau benar pemimpin PAS ikhlas kononnya untuk berjuang untuk menegakan Islam .. sudah pastinya tidak di belinya rumah 2,3 biji, kereta 2,3 biji.. Cukup sekadar sebiji saja. Manakala duit yang hendak di gunakan beli rumah 2,3 biji lagi di berikan untuk perjuangan parti..

Penyokong akar umbi makin susah, pemimpin-pemimpin atasan semakin kaya raya..

Hot !!! Video Bukti Nik Aziz Kata Orang Yang Ambil BR1M Macam Binatang



Di sebabkan kenyataan Nik Aziz bahawa penerima yang mengambil BR1M semacam Ayam dan Lembu, Pakatan Haram kini berada dalam keadaan gelisah kerana kenyataan Nik Aziz itu telah membuat penerima BR1M rasa terhina .

Ramai dari kalangan penyokong Pakatan Haram di media maya merasa tergugat dengan kenyataan Nik Aziz itu dan ada yang mendakwa ianya hanyalah rekaan penyokong pro BN untuk menjatuhkan Pakatan Haram di saat PRU 13 semakin dekat.

Kepada penyokong Pakatan Haram yang menuduh penyokong pro BN saja mengada-adakan cerita.. Sila lihat dan dengar video di bawah ini.



Kerajaan Malaysia tidak pernah memaksa atau meminta penerima BR1M dari kalangan penyokong Pakatan Haram menyokong UMNO/BN. 

Jumaat, 22 Februari 2013

Gila !!! Fatwa Terbaru Nik Aziz : Siapa Ambil BR1M Sama Macam AYAM Dan LEMBU


Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, “Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil.”

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga. Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.

Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka. Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M? Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk berbuat demikian.

Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.

Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.

Menyediakan wang tunai ‘percuma’ kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.

Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang. Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti. Adajuga yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.

Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.

Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M. Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.

Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu. Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.

Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.

Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya. Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.

Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula?

Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...