Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PAS vs DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS vs DAP. Papar semua catatan

Sabtu, 16 November 2013

Kantoi !!! Pemuda PAS Akui Ada Bukti Berbentuk CD Yang Boleh Mengaibkan @MahfuzOmar


Sebelum ini Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dengan bangganya telah membuat ucapan terima kasih secara terbuka kepada Karpal Singh kerana berjaya menipu penyokong PAS dalam isu gesaan agar pendaftaran PAS di batalkan

Mahfuz yang mahu menjilat Karpal Singh dan DAP telah meletakkan kepercayaan kepada penjelasan yang dilakukan Karpal Singh kononnya isu terbabit di putar belit media yang mahu memecah belahkan PR.


Namun dengan pendedahan terbaru yang dilakukan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar bahawa dia mempunyai bukti yang Karpal Singh berbohong dalam isu gesaan membatalkan pendaftaran PAS.

Pas hari ini mendakwa mempunyai bukti Pengerusi DAP, Karpal Singh telah berbohong apabila menafikan beliau meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas, dibatalkan kerana membahayakan negara.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob ketika mendedahkan perkara itu berkata, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat (CD) rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu.

Raja Ahmad Iskandar berkata, menerusi penelitian mereka terhadap CD tersebut jelas menunjukkan Karpal telah berbohong apabila menyatakan dia tidak langsung menyarankan supaya Pas dibatalkan pendaftarannya sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.

''Ini kerana pada minit ke 6:07 dalam rakaman itu, Karpal jelas didengari menyebut, "operasi melibatkan agama, perkauman, adalah satu perkara yang sangat berbahaya dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti kita. Saya (Karpal) rasa sudah tiba masanya untuk semua parti politik yang berasaskan agama dan kaum untuk dibatalkan pendaftarannya, termasuk walaupun Pas".

"Jadi, apa yang dikatakan Karpal sebelum ini adalah satu pembohongan," kata Raja Ahmad Iskandar dalam sidang akhbar di Pejabat Pas negeri di sini hari ini.
Pendedahan Ketua Pemuda Pas Perak itu adalah sebagai mengulas dakwaan Karpal bahawa beliau tidak menegeluarkan kenyataan tersebut.

Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf terhadap Pas meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti itu.
Menurut Raja Ahmad Iskandar lagi, Karpal dalam rakaman itu juga didengari ketika menjawab pertanyaan media mengenai status Pas turut memberitahu bahawa apa yang dicadangkannya itu juga turut termasuk parti sekutunya itu.

Menurut Raja Ahmad Iskandar, pihaknya mengambil daya usaha untuk mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang akhbar tersebut daripada pihak yang menghadirinya atas dasar tanggungjawab apabila melihat Karpal sendiri gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang dikatakan telah mengada-adakan perkara tersebut.

Katanya, ia juga selaras dengan seruan Karpal sendiri yang mahu supaya kebenaran sesuatu fakta dipastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar meminta kepemimpinan DAP mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang itu kerana tindakannya jelas merupakan satu pencabulan ke atas semangat setiakawan pakatan berkenaan.

"Kami juga memberi tempoh selama seminggu untuk Pengerusi DAP itu memohon maaf kerana menyeru supaya Pas dibatalkan pendaftarannya selain membohongi kami apabila tidak mengakui ada menyatakan perkara berkenaan.

'"Beliau juga perlu memohon maaf kerana menyifatkan tindakan para pemimpin Pas mengkritiknya sebagai perbuatan buruk dan tidak matang," katanya

Isnin, 11 November 2013

Hot !!! PAS Kini Kembali Menjilat Karpal Singh Setelah Media Di Persalahkan


"PAS pasti akan tetap menjilat DAP walau sebesar mana sekali pun kesalahan yang dilakukan DAP" .. Itu hakikat sebenar yang semua patut tahu.

Dalam isu kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengesa parti atau pertubuhan berasaskan agama atau kaum dibatalkan pendaftarannya, PAS yang sebelum ini menunjukkan kemarahan terhadap kenyataan Karpal Singh telah berubah sama sekali sepertimana yang diramalkan Pisau Kedah sebelum ini.

PAS melalui Naib Presidennya, Mahfuz Omar dalam kenyataan akhbar hari ini dengan bangganya telah mengucapkan ribuan terima kasih dengan penjelasan yang telah diputar belit oleh Karpal Singh bagi menjernihkan keadaan.


Dalam penjelasan yang diberi oleh Karpal Singh beberapa hari yang lalu. Karpal Singh dengan sendirinya enggan meminta maaf terhadap PAS kononnya kenyataan tersebut telah di putar belit oleh media bagi memecah belahkan Pakatan Haram.

Benarkah media memutar belit kenyataannya atau Karpal Singh sendiri yang memutar belit memberi penjelasan kepada PAS ?

Sekiranya media yang dituduh memutar belit.. Mengapa portal yang jelas pro kepada Pakatan Haram, Malaysiakini turut juga memuat naik cerita yang sama seperti media-media lain ?.

Apakah Malaysiakini juga turut sama memutar belit kenyataan dari Karpal Singh bagi memecah belahkan Pakatan Haram ?

Sekiranya media yang membawa keluar kenyataan Karpal Singh tersebut merupakan media pro kepada BN mungkin Karpal Singh boleh menyatakan ianya di putar belit.. Tapi hakikatnya, Malaysiakini sendiri juga membawa keluar kenyataannya tersebut.

Rasanya macam tak logik la pulak Malaysiakini yang terbukti selama ini pro kepada Pakatan Haram turut sama memutar belit kenyataan yang diberikan Karpal Singh untuk tujuan memecah belahkan Pakatan Haram.

Dengan alasan kenyataan yang diputar belit media.. Kepimpinan PAS yang sebelum ini begitu marah terhadap Karpal Singh telah menggunakan alasan yang sama diberikan Karpal Singh untuk kembali berterusan menjilat segala kekotoran DAP dan meredakan kemarahan penyokong akar umbi PAS.


Jumaat, 3 Mei 2013

PAS Harus Mendesak DAP Kenakan Tindakan Tatatertib Terhadap Norman Fernandez Sekiranya Ikhlas Perjuangkan Islam



Ramai di kalangan penyokong PAS mengatakan bahawa dakwaan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez mengingatkan orang bukan Islam jangan undi PAS kerana di bimbangkan akan melaksanakan apa yang di gariskan dalam Islam adalah fitnah yang cuba di ada-adakan pihak penyokong UMNO.

Namun dalam kenyataan akhbar terbaru Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang menarik balik kenyataan tersebut sudah cukup membukti apa yang di dakwa adalah benar.
JOHOR BAHRU - Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez hari ini menarik balik kenyataan kontroversi beliau minggu lalu berhubung undi kepada komponen Pakatan Rakyat, Pas, yang disifatkan sebagai hanya pendirian peribadi beliau, bukannya mewakili parti.

Norman berkata, beliau menarik balik kenyataan itu bukan kerana paksaan mana-mana pihak, tetapi selepas diperjelas dan diselesaikan oleh pemimpin tertinggi parti.

"Saya akan tetap menyokong Pakatan Rakyat dan tak ada sebab pengundi perlu meragui atau menolak Pakatan Rakyat," kata beliau. -Sinar Harian 
Sudah cukup jelas dan terbukti kepada kita Umat Islam di Malaysia bahawa terdapat pemimpin dalam parti DAP yang sememangnya cukup anti kepada Islam.. 

Walaupun dakwaan tersebut di akui hanya pendirian peribadi Norman Fernandez dan tidak mewakili parti.. Tetapi sudah jelas Norman Fernandez merupakan di antara pemimpin tertinggi dalam parti DAP di Johor yang mewakili parti DAP.

Sekiranya DAP ikhlas terhadap PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dalam Pakatan Haram.. Sudah pastinya pemimpin tertinggi DAP akan mengenakan tindakan tatatertib terhadap Norman Fernandez atas dasar menghormati rakan dalam Pakatan Haram iaitu PAS serta Agama Islam yang menjadi Agama Rasmi bagi Negara Malaysia.

Apakah pemimpin tertinggi DAP sanggup mengenakan tindakan tatatertib terhadap Norman Fernandez sedangkan kenyataannya sudah jelas bersifat anti kepada Islam.??

Apakah pemimpin tertinggi PAS sanggup mendesak DAP mengenakan tindakan tatatertib terhadap Norman Fernandez demi perjuangan Islam ??

Apakah penyokong PAS sanggup berdiam diri akan hal ini demi keuntungan politik ?? 

Apakah penyokong PAS sanggup biarkan Islam di pertikai dalam Pakatan Haram asalkan dapat bersama DAP ??


Isnin, 29 April 2013

Tahniah !!! PAS Berjaya Buat DAP Tunjuk Belangnya. #TolakPR



Angin tiada ribut pun tidak, tiba-tiba sahaja Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez tampil mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak memperjudikan nasib dengan mengundi PAS sambil menegaskan parti berlabel Islam itu tidak layak mendapat undinya.

Menurut Norman, "orang bukan Islam mesti sedar bahawa PAS akan melaksanakan apa yang digariskan sekiranya mendapat kuasa. Persoalannya adalah samada orang bukan Islam bersedia mengambil risiko dengan PAS?"

Dari kenyataannya itu jelas menggambarkan wujudnya keraguan mendalam di kalangan pemimpin DAP terhadap PAS.

Kebimbangan yang disuarakan pemimpin DAP Johor itu dipercayai berkait rapat dengan ura-ura Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PR memenangi PRU-13.

Walau pun hakikatnya apa yang diperkatakan PAS itu hanyalah retorik politik menjelang pilihan raya, namun bagi DAP ia tetap dianggap satu ancaman kepada pengaruhnya di kalangan orang bukan Islam.

Ia tidak mengejutkan kerana PAS dan DAP sedari dulu lagi memang tidak pernah serasi disebabkan masing-masing agak berbeza dasar dan arah haluan perjuangannya, ibarat air dan minyak yang tidak mungkin bercampur dan sebati hingga kiamat.

Dari sudut lain, DAP mempunyai sebab untuk meragui kejujuran PAS memandangkan parti berlabel Islam itu sebelum ini tidak pernah tetap pendiriannya dan acap kali bila PAS merasakan dirinya lebih kuat, bila-bila masa sahaja mereka sanggup mengkhianati rakan sepakatan.

Namun perkembangan terbaru ini tentunya bakal menambah lagi suhu kehangatan PRU-13, di masa yang sama senario ini secara langsung menonjolkan betapa rapuhnya kerjasama antara DAP, PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...