Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label CEC DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CEC DAP. Papar semua catatan

Jumaat, 15 November 2013

Panas !!! "CEC Tidak Sah" DAP Kantoi Nak Lakukan Konvensyen


DAP dijadualkan mengadakan Konvensyen di peringkat negeri pada bulan hadapan.  Mengikut perlembagaan parti di bawah Fasal 15(6), konvensyen yang dijadualkan di semua negeri itu hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Bagaimanapun, DAP dijangka terpaksa menangguh konvensyen tersebut memandangkan parti itu masih mempunyai masalah dengan perlantikan CEC.  Ini berikutan aduan yang dibuat kepada ROS oleh ahli seumur Hidup DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat  mengenai pemilihan semula pada 29 September lalu yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan. 

Swee Huat menyatakan bahawa aduan tersebut dibuat bagi mewakili ramai ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan tindakan kepimpinan pusat mengabaikan perlembagaan parti.

Apa yang kita tahu ialah Pemilihan CEC DAP hanya melibatkan pengiraan sebanyak lebih kurang 2,000 undi. Pun begitu, DAP dilihat begitu sukar untuk menguruskannya. 

Sejak pemilihan awal pada Disember lalu, DAP terus mengalami pertikaian.  Pertamanya kerana keputusan pemilihan tidak memperlihatkan gambaran parti berbagai bangsa seperti yang dilaungkan kerana selain bangsa Cina, bangsa lain langsung tidak terpilih memegang jawatan tinggi. Justeru, DAP telah mengumumkan pengiraan semula undi atas alasan kesilapan komputer. 

Namun, masalah tetap timbul apabila didapati seramai 753 perwakilan yang majoritinya dari bangsa India telah tidak menerima notis mesyuarat dan tidak dapat membuang undi. Akibatnya, DAP terpaksa membuat pemilihan semula yang mana telah menyaksikan ‘kehilangan’ lebih ramai lagi perwakilan.    

Walaupun tiada dari perwakilan yang ‘hilang’ itu membuat aduan, tetapi timbul pula aduan yang DAP telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan dengan mengadakan pemilihan di dalam Kongres Khas dan bukan Kongres Kebangsaan seperti sepatutnya. 

Apa yang menarik ialah DAP telah menggunakan kos yang tinggi untuk mengadakan pemilihan semula tersebut di Hotel One World serta menggunakan khidmat konsultan bagi mengira undi. Nampaknya, setelah begitu banyak  masa dan wang dihabiskan, pemilihan CEC masih juga belum muktamad. 

Jika perkara semudah ini juga DAP tidak dapat uruskan dengan cekap dan bersih, bagaimana kita mengharapkan DAP dapat menguruskan negara dengan cekap dan bersih juga? 

Seperti biasa, DAP cuba mengambil sikap degil dengan mengabaikan aduan ahli dan juga siasatan ROS. Parti itu dilihat cuba untuk meneruskan Konvensyen peringkat negeri sepertimana yang dijadualkan. 

Sudah tentu ini akan mengundang lebih banyak masalah di mana keputusan Konvensyen itu juga nanti tidak boleh digunapakai kerana ia diadakan di bawah pengurusan CEC yang tidak sah. 

Rakyat kini menunggu sejauh mana DAP ingin berlagak degil seolah-olah mereka mampu mengatasi undang-undang dan perlembagaan. Jika perlembagaan parti pun hendak dilanggar, bagaimana DAP mampu bercakap soal keadilan, kesaksamaan dan ketelusan?  

Terbukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang berperwatakan samseng. Tidak hairanlah parti ini sering membela penjenayah dan sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang. 

Apakah logik kita mengharapkan parti samseng dapaat menjadi kerajaan yang baik? Logiknya, tempat samseng ialah di dalam penjara, bukan di atas takhta.

Isnin, 7 Oktober 2013

Gelar ROS Dan Utusan Sebagai Anjing, Tony Pua Bakal Di Dakwa Mengikut Akta Jenayah Atau Akta Hasutan


Polis akan meneliti laporan yang dibuat lima badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bagi menentukan sama ada kes itu perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pihaknya akan melihat laporan NGO berkenaan yang mendakwa Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'Anjing Umno'.


"Selepas meneliti laporan itu, baru kita akan membuat keputusan sama ada Tony Pua perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lepas yang mendakwa Tony mengeluarkan kenyataan itu di akaun Facebooknya pada 29 September selepas keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selesai.

Hari ini, Sekreteriat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap Tony. - Bernama


Ahad, 6 Oktober 2013

Gila !!! Karpal Ugut ROS Untuk Iktiraf Pemilihan Semula CEC DAPigs


Semacam ada yang tak kena saja dengan pemilihan semula CEC DAP yang baru saja berlalu minggu lalu apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan berani telah mengugut mahu menyaman Perdaftar Pertubuhan (ROS) sekiranya badan itu tdak mengiktiraf pemilihan semula CEC DAP.

Kalau betul pemilihan semula CEC DAP minggu lalu tidak berlaku penipuan seperti mana yang berlaku pada  pemilihan CEC DAP penghujung tahun lepas.. Mengapa Karpal Singh hendak mengelabah bewak untuk ugut nak saman ROS ?

Nampak gayanya.. Pemilihan semula CEC pada minggu lalu masih ada unsur-unsur penipuan.. Kalau tak, buat apa Karpal Singh hendak gelabah bewak tak tentu pasal.

Apakah dengan membuat ugutan saman, Karpal Singh berharap ROS akan mengiktiraf pemilihan semula CEC DAP di sebabkan bimbang akan di kenakan saman ?




Sabtu, 5 Oktober 2013

Panas !!! Anak Kandung Khir Johari Larang Zairil Menggunakan Nama Khir Johari


AIDCNews 5/10/13 – Seorang pembaca bernama Roselina Khir yang mendakwa dirinya anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari mahu Zairil Khir Johari berdiri di atas platform sendiri dan tidak perlu menggunakan populariti Allahyarham untuk meraih kepentingan politik.
“Benar, dia (Zairil) sepatutnya berdiri di atas platform sendiri, dengan tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri ‘Snowwhite’,” katanya ketika memberi komen artikel bertajuk “Zairil Bukan Anak Khir Johari.”
Allahyarham Pak Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.
Selepas Puan Sri Kalsom meninggal dunia pada 1994, Allahyarham Pak Khir mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang sudah mempunyai dua orang anak iaitu Zairil dan Yusri.
Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yang lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.
“Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.
“Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,” katanya.
Roselina juga tidak kisah siapa bapa kandung Zairil yang sebenarnya, dan dalam masa sama berbangga kerana bapanya telah mendidik Zairil sebagai seorang Muslim yang baik.
“Sebagai anak Pak Khir, saya ingin memberi sedikit komen, tak kisah lah Zairil tu anak siapa sebenarnya. Yang penting Pak Khir telah membelanya menjadi seorang Muslim yang baik, telah khatam Quran dan telah pun dibawa pergi haji. Alhamdulilah.
“Membela dia sehingga dia teringin menjadi seorang politik. Walhal tak seorang dari kami yang lain tidak teringin politik.
“Biarlah roh arwah Pak Khir bersemadi dengan tenang. Tuhan ada. Janganlah politik isu ini,” katanya.
Allahyarham Pak Khir yang berusia 83 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi bersama isterinya, Christine Abdullah di kediaman mereka di Kondominium Suasana Central, Brickfields Kuala Lumpur pada 20 November 2006.
Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO.
Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara pada tahun 1956.
Selain Allahyarham, Kabinet pertama Tunku turut dianggotai oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, mendiang Tun H. S. Lee, Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman, mendiang Tun V.T. Sambanthan, Allahyarham Tun Sardon Jubir, mendiang Tun Tan Siew Sin, Allahyarham Abdul Aziz Ishak, Allahyarham Tan Sri Bahaman Samsudin, Allahyarham Datuk Abdul Rahman Talib dan Tun Omar Ong Yoke Lin.

Selasa, 1 Oktober 2013

Tu Dia !!! DAP Kencing ROS Lagi Dalam CEC DAP 2.0


Pada sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti DAP semalam, seorang ahli yang telah dipecat daripada parti itu dibenarkan mengundi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Jenice Lee hadir dalam pemilihan semalam kononnya sebagai pemerhati tetapi sebenarnya beliau dibenarkan mengundi. Apakah sandiwara yang cuba dimainkan oleh DAP ini?


Mengikut rekod, beliau telah dipecat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada 22 April lepas kerana membantah perletakan calon DUN Teratai yang baru dan bukan dirinya.

Wanita ini yang pada sekitar bulan Jun seperti marah benar dengan DAP sehingga bakal membawa DAP ke mahkamah ekoran membantah keputusan pemecatannya yang disifatkan tidak sah dibuat oleh Karpal.

Dalam laporan akhbar The Star bertarikh 1 Jun lepas, Jenice berkata beliau akan memohon satu deklarasi bahawa pemecatannya dari DAP adalah tidak sah selepas beliau tidak dimaklumkan melalui prosedur yang betul.

“Saya tidak dibenarkan menghadiri apa-apa majlis berkaitan parti atau mesyuarat, prosedur yang betul ialah pengurusan DAP memberikan kepada saya surat pemecatan dan ini tidak adil bagi saya,” katanya yang menganggap dirinya masih ahli seumur hidup DAP.

Parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu mengeluarkan amaran sesiapa ahli DAP yang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu bakal dipecat dari parti dan mereka diberikan 14 hari untuk mengemukakan rayuan. Bagaimanapun Jenice tidak merayu.

Dengan tiada sebarang pengumuman kemasukan semula Jenice ke dalam DAP, jadi apakah taraf keahlian Jenice di dalam DAP sekarang? Adakah Jenice ialah seorang pengundi hantu pada pemilihan CEC DAP semalam?

Atau Jenice Lee sengaja mensensasikan isu pemilihan CEC Dap sebelum ni bagi mengaburi mata semua pihak ??

CEC 2.0 : Membuktikan Maruah Bangsa Melayu DAP Berharga 50 Sen


Pemilihan Semula CEC DAP telah diadakan tanpa sebarang insiden di sebuah Hotel 5 Bintang, One World, di Petaling Jaya semalam. Walaupun begitu, ia tetap menimbulkan beberapa persoalan di kalangan para pemerhati. 

Persoalan pertama yang timbul berkenaan pemilihan ini ialah dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk dibazirkan bagi mengadakan mesyuarat dan pemilihan di hotel mewah? 

Persoalan kedua ialah bagaimana sudahnya kedudukan Lim Guan Eng yang kini jatuh ke tangga ke 5?  Apakah alasan beliau untuk terus kekal di kerusi Setiausaha Agong sedangkan Liew Chin Tong yang mendapat undi tertinggi? 

Persoalan ketiga adalah lebih mengujakan iaitu tentang ketiadaan walau seorang pun wakil Melayu yang mampu meraih undi yang cukup untuk memegang jawatan utama.

Dan kenapakah DAP masih tidak serik menipu dengan menggambarkan Zairil Khir Johari sebagai wakil Melayu?

Rakyat sudah sedia maklum bahawa Zairil bukan Melayu dan tiada setitik pun darah Melayu dalam diri anak Cina yang menumpang nama bapa tirinya, arwah Tan Sri Khir Johari itu. Kedua-dua ibubapa Zairil adalah Cina. Justeru, inilah diulang bahawa Zairil adalah Cina!  Tidak ada sebab beliau diumumkan sebagai wakil Melayu, melainkan DAP mempunyai agenda jahat untuk mengelirukan orang Melayu kononnya DAP tetap memberi tempat kepada Melayu. 

Sedangkan, hakikatnya, DAP terlalu rasis dan tidak sanggup memilih seorang Melayu sehingga memaksa mereka memilih seorang Cina untuk mewakili Melayu.   

Lebih menarik lagi apabila Zairil sendiri meluahkan rasa terkejut dengan menyifatkan kemenangannya sebagai ‘tidak dijangka’.  Tentu sekali Zairil lebih tahu bahawa beliau bukanlah calon pilihan memandangkan beliau mendapat tempat corot dalam pemilihan awal. Bagaimanapun jumlah undi beliau melonjak ke tempat ke 12 dalam satu kiraan semula yang penuh misteri.

Justeru, tidak hairanlah jika Zairil sendiri terkejut dengan kemenangannya. Sebenarnya, kita yakin Zairil telah ditolak pada awalnya kerana para perwakilan DAP menyangkakan yang beliau seorang Melayu.

Kini, setelah segalanya terbongkar iaitu bahawa beliau seorang Cina, maka tentu sekali perwakilan DAP tidak punya masalah untuk memilihnya. Jelas di sini, bahawa walau apapun terjadi, perwakilan DAP tetap akan mengundi berdasarkan kaum. 

Dengan itu, biarpun kemelut pemilihan CEC DAP akhirnya selesai, namun kredibiliti dan imej DAP sudah tidak mampu dipulihkan lagi. 

Rakyat tidak mungkin akan lupa bahawa Lim Guan Eng tidak pernah mengaku salah memanipulasi undi dan soal 753 perwakilan yang tidak menerima notis sebelum ini masih belum terjawab. Lim Guan Eng juga dikatakan akan terus memegang jawatan Setiausaha Agong walaupun undi beliau jatuh sehingga tangga ke 5 iaitu antara tercorot bagi seorang pemimpin dengan nama yang begitu besar.

Zairil seorang Cina pula terus diwar-warkan sebagai wakil Melayu manakala mesyuarat pula diadakan dalam suasana penuh pembaziran.    Kesimpulannya, DAP sudah tidak layak untuk bercakap atau menegur BN atau mana-mana parti dalam konteks amanah, ketelusan, keterbukaan dan apa pun jua lagi selepas ini.

Rabu, 25 September 2013

Kantoi !!! Lagi Pendedahan Panas Yang Memalukan @cmlimguaneng Dan DAP


Pendedahan demi pendedahan telah membuktikan bahawa tiada amalan demokrasi didalam kepimpinan DAP.

Sebelum ini Pisau Kedah ada menceritakan tindakkan orang suruhan Guan Eng mewujudkan "Kongres Khas" bagi mengekalkan Dinasti LIM dalam CEC yang bakal di lakukan semula Ahad ini.(Klik Sini)

Pemilihan CEC DAP terpaksa dilakukan semula setelah keputusan CEC DAP pada Disember tahun lepas terdapat unsur-unsur penipuan.

Terbaru pulak.. Satu pendedahan telah di lakukan Bekas Pengerusi DAP Kedah bahawa terdapat perancangan dalam DAP Pusat untuk menyekat amalan demokrasi dalam DAP..

ALOR SETAR - DAP pusat memang mempunyai perancangan menjatuhkan bekas kepimpinan parti itu di Kedah.

Bekas pengerusinya, Lee Guan Aik mendakwa mengetahui perkara itu dalam perjumpaan dengan Thomas Su, yang dilantik penasihat dari Pusat bagi DAP Kedah.

“Dalam perjumpaan itu, beliau secara terang mengakui mahu mengambil alih jawatankuasa negeri ini sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) berlangsung.

“Dia menyebut bahawa jika tidak berbuat demikian, sudah tentu kumpulan saya akan menang dalam pemilihan kelak. Saya ada semua bukti percakapannya yang dirakam semasa perjumpaan itu berlangsung,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, rakaman suara berdurasi lebih 40 minit itu akan disimpan sebagai bukti bahawa ada usaha untuk menyekat amalan demokrasi dalam DAP.

“Rakaman suara ini berbahasa Cina. Buat masa ini, saya tak boleh dedahkan mengenai kandungannya,” katanya.

Guan Aik berkata, ia jelas menunjukkan bahawa ada pihak cuba menyekat demokrasi dalam DAP dengan tindakan yang tidak mengikut perlembagaan parti.

Menurutnya, tindakan DAP Pusat mengambil alih pentadbiran DAP Kedah dengan melantik jawatankuasa interim pada Jun lalu adalah tidak wajar.

Katanya, jawatankuasa interim DAP Kedah yang dipengerusikan Zairil Khir Johari Abdullah melantik beberapa individu tanpa mengikut perlembagaan parti.

Pada dasarnya, mereka boleh melantik individu itu jika menjadi ahli sekurang-kurangnya dua tahun.

“Tetapi pelantikan itu tidak ikut saluran. Pada saya, DAP sekarang dicemari dengan orang yang suka meracuni antara satu sama lain,” katanya.

"Kongres Khas" Di Aturkan Supaya @cmlimguaneng Boleh Melakukan Penipuan Lagi Dalam CEC..


Apa dah jadi ni apabila pemilihan semula 20 ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP yang akan berlangsung Ahad ini hanya memanggil "Kongres Khas" dan bukannya memanggil "Kongres Kebangsaan"  dari 865 cawangan Sijil A yang sepatutnya di panggil untuk membuat pemilihan ?

Ternyata apa yang sedang di lakukan orang suruhan Guan Eng dalam DAP ianya bertentang dengan perlembagaan parti itu yang hanya menetapkan "Kongres Kebangsaan" (pewakilan dari 865 cawangan Sijil A) sahaja yang layak melakukan undian dalam pemilihan CEC DAP.

Pastinya "Kongres Khas" yang di panggil membuat pilihan semula CEC parti DAP Ahad ini setelah pemilihan CEC yang berlangsung 15, 16 Disember tahun lepas dibatalkan disebabkan berlaku penipuan apabila hanya memberi notis kepada golongan yang mampu memberi undi kepada 20 senarai nama yang telah diaturkan sepertimana CEC sebelum ini.

Pada pemilihan CEC sebelum ini. Guan Eng yang mahu memastikan Dinasti LIM kekal berkuasa dalam DAP, Guan Eng telah mengarahkan Anthony Loke dan Tony Pua melakukan sesuatu supaya kedudukkan Dinasti LIM tidak tergugat.

Anthony Loke dan Tony Pua sememangnya merupakan orang suruhan Guan Eng telah bertindak mengatur strategi menyekat pewakilan yang dikenal pasti menentang Disnati Guan Eng dari membuat pemilihan CEC dengan tidak diberikan notis melakukan pemilihan CEC.

Kepada pewakilan yang pro kepada Disnati Lim pulak telah diberikan notis lebih awal supaya dapat memilih Disnati Lim dalam CEC. Selain itu untuk memastikan Disnati Lim benar-benar tidak tergugat dalam CEC, lebih kurang 500 pewakilan haram yang setia kepada Dinasti LIM diarahkan secara rahsia melakukan undi di tempat yang berasingan dari tempat pengundian pewakilan "Kongres Kebangsaan".

Ternyata dengan hanya memanggil "Kongres Khas" dan bukannya "Kongres Kebangsaan" yang telah diaturkan di 865 cawangan yang layak menghantar pewakilan, CEC kali ini juga penuh dengan penipuan yang diaturkan orang suruhan Guan Eng.

Pisau Kedah yakin bahawa Anthony Loke yang di pertanggungjawab DAP sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja CEC DAP tidak akan berani mendedahkan senarai nama "Kongres Khas" kepada pihak lain dalam DAP kerana ada dari kalangan "Kongres Khas" bukan dari golongan "Kongres Kebangsaan".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...