Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Bola sepak kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola sepak kedah. Papar semua catatan

Isnin, 17 Februari 2014

"Kedah VS JDT" : @MukhrizMahathir Yakin Helang Merah Mampu Menang #MBMesraRakyat #KedahAmanMakmur


SUNGAI PETANI - Kedah yang kini dikenali sebagai
pasukan Helang Merah diharap dapat mempamer aksi
cemerlang sekaligus memberi kejutan dalam
perlawanan suku akhir kedua Piala FA ketika bertemu
Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Aman
Selasa ini.



Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau yakin dengan kesungguhan pemain dan pihak pengurusan KFA serta kelebihan bermain di tempat sendiri, Kedah selaku pasukan Liga Perdana mampu menang ke atas pasukan Liga Super JDT.

"Bila berhadapan dengan pasukan yang hebat iaitu JDT di tempat sendiri sudah tentu ada kelebihan. Melihat kepada trend beberapa perlawanan yang lepas stadium akan penuh.

"Lawan dengan Perlis dulu pun dapat 14,600 orang
(penonton). Rasanya kalau dengan JDT lebih daripada
itu. Dengan semangat yang diberikan oleh penyokong
tambah dengan kesungguhan untuk menang sekurang- kurangnya 2-0, saya yakin dan percaya pasukan kita boleh lakukan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Mesra Rakyat 2014 peringkat Daerah Kuala Muda di Pantai Merdeka dekat sini hari ini.

Pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium
Larkin, Kedah tewas 1-3. Mukhriz turut berharap
perlawanan Selasa ini berjalan dengan aman. -
Bernama

Sabtu, 8 Februari 2014

"Kedah VS JDT" Harapan Terhadap Pasukan Helang Merah #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur


SUNGAI PETANI, 8 Feb (Bernama) -- Pasukan Kedah diharap terus melakar kemenangan ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Larkin, Johor Baharu dalam saingan suku akhir Piala FA pada 11 Feb ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Aminuddin Omar berkata sebelum ini, pasukan Kedah mencatat kemenangan dalam empat perlawanan.

"Dari segi pengurusan, kita begitu bersedia, begitu juga pasukan Kedah yang hari ini benar-benar bersedia untuk bermain dalam kancah liga di Malaysia. Pada awal permainan, sama ada Liga Perdana atau Piala FA, kita telah mencatatkan kemenangan yang begitu gemilang.

"Tidak kira siapa yang menjadi lawan kita, sama ada JDT atau mana-mana pasukan yang popular dalam negara kita, dengan kebersediaan, latihan, komitmen dan kerjasama sepenuhnya serta mengadaptasi apa yang jurulatih ajar di padang, ia akan membuahkan hasil," katanya kepada Bernama selepas menghadiri penutupan Aerobathon Amal di Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan di sini Sabtu.

Beliau berkata setakat ini pasukan Kedah berjaya mempamer aksi cukup menarik dan peminat bola sepak negeri ini perlu terus memberi sokongan kepada skuad hijau kuning.

"Kita sedia maklum dengan arus ketika ini, pasukan bola sepak Johor, khususnya JDT, popular dan mempunyai peminat yang cukup fanatik namun ia bukan membatasi gerak kerja dan semangat kita untuk terus berjuang hingga wisel penamat," katanya.

Aminuddin juga berharap perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Larkin dan Stadium Darul Aman (pada 18 Feb) tidak dicemari sebarang insiden tidak diingini.

"Kita harap pasukan Kedah akan beroleh kejayaan untuk membawa 'modal besar' ketika bermain di tempat sendiri kelak. Kita juga sedia maklum apa yang berlaku semalam, bila JDT bertembung pasukan Pahang, ada pergaduhan antara peminat.

"Moga-moga tiada insiden seperti itu dan kita harap kerjasama daripada semua pihak, kerana tanpa kerjasama polis dan peminat yang fanatik, mana mungkin kita dapat mengadakan perlawanan yang paling harmoni dan mencerminkan sukan ini sebagai program yang sihat, bukan untuk bergaduh," katanya.

Terdahulu, Aerobathon Amal yang berlangsung tiga jam tanpa henti, berjaya mengumpul dana berjumlah RM10,000 untuk disumbang kepada Persatuan Sindrom Down negeri Kedah.- BERNAMA


Khamis, 14 November 2013

Khyril Muhymeen Sudah Membuat Keputusan Sama Ada Mahu Meninggalkan Kedah Atau Sebaliknya #KedahDarulAman


TEKA teki masa depan Khyril Muhymeen Zambri nampaknya terus menambahkan kerisauan penyokong setia Kedah apabila terbaru, Johor Darul Takzim (JDT) dikatakan menawarkan tawaran gaji lumayan  terhadapnya.

JDT dikatakan membuat tiga tawaran mega kepada pemain berusia 25 tahun tersebut dan dimaklumkan Khyril Muhymeen  telah membuat perbincangan yang mendalam  sekali gus dari hati ke hati bersama keluarganya di dalam menentukan hala tujunya pada musim hadapan.

Sumber terdekat menyatakan penyerang berkenaan telah mencapai keputusan yang muktamad  dan  bakal  mendedahkannya di dalam tempoh terdekat ini.

Sebelum ini laporan akbar mendedahkan bahawa Penasihat pasukan Kelantan, Tan Sri Annuar Musa telah mendapat persetujuan dari pada pihak Khyril Muhymeen  untuk menyarung jersi pasukan The Red Warriors musim depan.

Bagaimanapun,  pada waktu yang sama pula, penolong pengurus Kedah, Amirul Nizam Mahdzir mendedahkan bahawa pemain kelahiran Alor Setar tersebut dikatakan akan terus kekal setia bersama pasukan berkenaan.

Bersama Hijau Kuning sejak 2005 lagi, sudah tentu sukar buat Khyril Muhymeen untuk menolak tawaran menarik dari pasukan berpengaruh seperti Kelantan dan JDT yang  terkenal menghimpunkan pemain-pemain terbaik di negara ini.

Menurut sumber tersebut, pemain berkenaan yang kini bersama skuad kebangsaan untuk tugasan Kelayakan Piala Asia 2015 akan mengumumkan sama ada bakal berhijrah atau terus setia bersama Kedah musim depan.

“Khyril Muhymeen sudah membuat keputusannya selepas berbincang secara mendalam bersama keluarganya dan dia akan mengumumkan paling lewat sekitar minggu ini jika tidak ada sebarang perubahan berlaku,” katanya.

Bagi rekod, dia pernah membawa pasukannya menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia untuk dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...