Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Najib Razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib Razak. Papar semua catatan

Khamis, 12 Jun 2014

Penjelasan Mengapa Perlu @NajibRazak Menyaman @msiakini #WeSupportPM


KUALA LUMPUR - Saman fitnah difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap portal berita Malaysiakini dan dua editor kanannya tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar, menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, dalam ucapan pada majlis Kelab Akhbar Kebangsaan di sini pada 26 Mei, Najib telah berkata bahawa beliau mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.

Kenyataan itu memetik Perdana Menteri sebagai berkata dalam ucapannya itu: "Dalam sebuah demokrasi, akan sentiasa ada orang yang tidak akan bersetuju dengan dasar-dasar anda atau tidak menyukai kerajaan anda. Saya mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.

"Terdapat perbezaan antara kritikan yang membina dan fitnah. Pasukan peguam saya berpendapat bahawa tuduhan baru-baru ini oleh sebuah portal berita dalam talian telah melampaui batas. Mereka telahpun mengeluarkan notis perundangan.

Saya ingin jelaskan bahawa ini tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar.

"Ini bukan sebahagian bagi mana-mana tindakan keras; ia bukan satu cubaan untuk menutup mulut pengkritik. Ia adalah tindakan terhadap tuduhan spesifik yang melampaui batas, daripada komen adil kepada fitnah."

Dalam ucapan sama, Najib berkata pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang di negara ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap organisasi yang mereka percaya telah melanggar undang-undang dan bukan sesuatu yang luar biasa dalam demokrasi, tindakan undang-undang terhadap dakwaan memfitnah dalam media adalah tindakan sesuai.

"Ia merupakan sebahagian tindakan keseimbangan. Keseimbangan terbuka kepada kritikan membina daripada orang ramai semasa memegang jawatan awam dan hak asasi untuk melindungi maruah dan nama baik anda daripada serangan sewenang-wenangnya akibat daripada kepercayaan politik," katanya.

Pada 30 Mei, Najib memfailkan saman fitnah berhubung penerbitan dua artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?".

Menurut kenyataan itu, artikel berkenaan, yang berdasarkan komen para pembaca, dipilih dan kemudian diterbitkan semula oleh Malaysiakini dengan membuat banyak tuduhan palsu dan memfitnah terhadap perdana menteri, termasuk membayangkan seolah-olah beliau terlibat dalam jenayah serius.

Selepas artikel itu diterbitkan, pasukan perdana menteri telah menulis kepada Malaysiakini dan meminta artikel itu dikeluarkan dan mengeluarkan permohonan maaf tetapi Malaysiakini enggan dan sebaliknya menerbitkan surat perundangan persendirian itu dan beberapa artikel selanjutnya, menurutnya.

"Malaysia mempunyai media dalam talian (online) yang bebas dan terbuka.  Melayari secara sepintas lalu media online ini menunjukkan portal-portal berita bebas ini sering mengkritik perdana menteri dan kerajaan dan terbabit dalam perdebatan politik.

"Perdana Menteri sering kali menyatakan komitmen beliau untuk melindungi kebebasan media online di Malaysia. Kes fitnah ini tidak menjejaskan komitmen beliau," menurut kenyataan itu. - Bernama

Khamis, 13 Februari 2014

Hot !!! Pujian Yusuf Al-Qaradawi Buat @AnwarIbrahim Sakit Hati Terhadap @NajibRazak



Sebelum ini Anwar Ibrahim sering mendakwa Ilmuan Islam terkemuka dunia, Prof Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi memujinya dan mahu dia menjadi Perdana Menteri Malaysia sehinggakan bijak pandai dalam PAS pun turut ditipu oleh Anwar Ibrahim. 



Yang menjadi ajaibnya setelah PRU 13 berlalu.. Anwar Ibrahim tidak lagi menggunakan nama Ilmuan Islam tersebut untuk berkempen.. Malahan dalam PRK Kajang yang berlangsung bulan depan tidak mungkin Anwar Ibrahim akan menggunakan nama Yusuf al-Qaradawi dalam kempennya untuk meraih undi dari Umat Islam di situ kerana Ilmuan Islam terkemuka itu dengan terangnya memuji pentadbiran DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang banyak menyumbang kepada Islam di seluruh dunia


PUTRAJAYA - Ilmuan Islam terkemuka Prof Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi mengutuskan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pelbagai sumbangan dan tindakan penting beliau untuk masyarakat Islam di seluruh dunia. 
Ini termasuk lawatan Najib ke Gaza, pertemuannya dengan penduduk Palestin, pendirian beliau dalam isu Syria dan Mesir serta usaha perdana menteri untuk membantu umat Islam di Filipina dan Thailand. 
Penghargaan presiden Kesatuan Ilmuan Islam Antarabangsa (IUMS) itu disampaikan kepada Najib oleh wakil khasnya Dr Ahmad Amer Ali, yang juga anggota jawatankuasa IUMS, pada pertemuan mereka di pejabat perdana menteri di sini hari ini. 
Dr Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 2.45 petang dengan diiringi bekas Timbalan Presiden PAS Dr Nasharuddin Mat Isa bagi menyerahkan surat al-Qaradawi kepada Najib. 
Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Dr Ahmad berkata al-Qaradawi memuji kunjungan Najib ke Gaza untuk menunjukkan sokongan beliau kepada rakyat Palestin dan menyuarakan keyakinannya bahawa perdana menteri mampu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan umat Islam di Asia Tenggara. 
Dr Ahmad berkata al-Qaradawi juga memuji pendekatan Wasatiyah yang menjadi amalan Malaysia dan penubuhan Institut Wasatiyah Malaysia.
Katanya ulama Mesir itu masih ingat layanan baik yang beliau terima ketika berkunjung ke Malaysia untuk menerima anugerah "Tokoh Maal Hijrah 2009". 
Dr Ahmad berkata al-Qaradawi berharap dapat berkunjung ke negara ini sekali lagi dalam tempoh terdekat, mungkin bulan depan. 
Sementara itu, Nasharuddin berkata beliau difahamkan Dr Ahmad, yang merupakan sahabatnya, menyampaikan sendiri surat yang diutus al-Qaradawi kepada perdana menteri dalam pertemuan itu. 
Kata Nasharuddin beliau difahamkan antara kandungan surat yang dibawa Dr Ahmad itu ialah keyakinan al-Qaradawi terhadap kemampuan perdana menteri dan parti pemerintah dalam mewujudkan penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia serta di seluruh dunia Islam. 
"Saya difahamkan, secara spesifik, al-Qaradawi juga memuji lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini yang menyaksikan banyak kerjasama dan persefahaman dalam pelbagai isu dicapai. 
"Al-Qaradawi ada menyebut bahawa Malaysia dan Turki sebenarnya adalah model negara Islam yang sederhana, yang sepatutnya menjadi contoh kepada dunia Islam  keseluruhannya," kata beliau. 
Nasharuddin berkata beliau berpendapat kenyataan al-Qaradawi berhubung penyatuan dan perpaduan ummah di negara ini serta di peringkat antarabangsa, adalah saranan yang bernas dan perlu mendapat respons semua pihak. - Bernama

Rabu, 24 April 2013

Comfirm PAS Akan Haramkan Pengikutnya Sebut Nama Imam Masjid Al-Nabawi #TolakPR



Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah iaitu Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair dilaporkan menyatakan kekagumannya dengan usaha kerajaan Malaysia dalam mendaulatkan Islam. Syeikh Solah menyatakan sedemikian dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju semalam.

Menurut Syeikh Solah, BN telah berjaya meningkat dan mengembangkang syiar Islam serta berjaya mengimarahkan masjid dalam usaha mendekatkan umat Islam dengan amalan saleh.

Kenyataan tersebut sekali gus merupakan satu pengiktirafan ke atas peranan BN dalam memikul tanggungjawab sebagai kerajaan di sebuah Negara Islam.

Jangan nanti ada pula puak PAS yang menghukum Syeikh Solah sebagai sesat kerana memuji kerajaan Malaysia. Dan jangan pula puak PAS menuduh beliau tidak faham politik kerana memang patut pun beliau tidak faham politik, sepertimana seorang Ulama yang sebenar.

Hakikatnya, Syeikh Solah bukan satu-satunya Ulama tersohor yang mengiktiraf kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan negara Islam yang baik, tetapi hampir kesemua ulama-ulama tersohor dunia memandang tinggi terhadap Malaysia.

Tiada siapa yang mampu menafikan bahawa tidak ada negara Islam yang mampu berdiri teguh, aman dan makmur walaupun bermasyarakat majmuk seperti Malaysia. Islam mementingkan kesederhanaan dan tidak salah jika dikatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar menghayati konsep kesederhanaan dalam Islam. Malaysia berpegang kepada asas yang padu namun terbuka tetapi di masa yang sama, tidak mungkin bertoleransi dengan sebarang amalan songsang yang bertentangan dengan Islam.

Kesederhanaan inilah yang membawa Malaysia ke tahapnya hari ini. Di kala negara Islam lain masih ragu-ragu untuk mengamalkan ajaran Islam yang meletakkan wanita di tempat yang sama dengan lelaki dalam pendidikan dan pekerjaan, Malaysia tidak pernah meraguinya. Di kala negara Islam lain masih bergelut dengan soal keturunan, mazhab, puak dan sebagainya, Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu dan ekonomi ummah.

Walaupun masih tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipertingkatkan dalam usaha melahirkan ummah yang mampu menepati tanggungjawab sebagai Khalifah di bumi, namun sekurang-kurangnya Malaysia telah berada di landasan yang pasti.

Malaysia tidak keliru antara adat dan agama dan Malaysia tidak terpedaya bahawa yang ekstrem itu adalah lebih baik. Di bawah Barisan Nasional, InsyaAllah, kedudukan Islam di Malaysia akan terus utuh di bawah naungan Raja-raja Melayu.

Yang mungkin menjadi masalah ialah kedudukan umat Islam yang sering dikelirukan oleh berbagai kelompok manusia yang menyamar menjadi Ulama mahupun pejuang kebebasan dan hak asasi manusia.

Malangnya, selain memahatkan perlembagaan dan undang-undang bagi memelihara agama dan akidah umat Islam, menyediakan platform dan prasarana bagi pembangunan Islam serta memberi segala macam peluang, bantuan dan ruang untuk menegak dan mengembangkan Islam, kerajaan tidak mampu mengetuk setiap satu rumah keluarga muslim di Malaysia untuk memelihara iman mereka.

Ini kerana, pembentukan peribadi murni dan kekuatan iman adalah tanggungjawab keluarga masing-masing, termasuk guru-guru agama yang mempunyai akses langsung kepada masyarakat.

Syeikh Solah secara tidak langsung telah mengakui hakikat ini apabila beliau mengiktiraf pencapaian Malaysia dari segi Islam. Maka, kata-kata beliau sewajarnya sudah cukup untuk menyatu-padukan kembali ummah yang telah terpecah.

Oleh itu, yakinlah bahawa kerajaan berada di landasan yang betul. Walaupun mungkin ada kepincangan di sana sini, namun destinasinya adalah tepat dan pasti. Justeru, perlu apa kita mengubah haluan yang mana arahnya juga belum pasti hatta landasan juga belum lagi dibina?

Ayuh kukuhkan landasan yang ada dan bergerak bersama kerajaan ke arah sebuah negara Islam bermasyarakat majmuk yang terus aman makmur dan sejahtera!

Khamis, 4 April 2013

Panas !!! Pendedahan Rahsia @NajibRazak Dalam 4 Tahun Menjadi Perdana Menteri



Kelmari genaplah 4 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. 4 tahun sebenarnya, adalah masa yang singkat bagi kita menilai seseorang pemimpin, namun tidak bagi pemimpin seperti Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Dalam hanya 4 tahun, Dato’ Seri Najib telah berjaya membuktikan kredibiliti dan kebijaksanaannya mentadbir negara, dan angka-angka ekonomi serta kepuasan hati rakyat adalah buktinya.

Lihat saja di media-media massa yang terpaksa menyediakan ruang yang agak besar untuk menyenaraikan segala pencapaian Dato’ Seri Najib bermula dari memperkenalkan konsep 1Malaysia sehinggalah kepada GTP, ETP dan pemberian-pemberian tunai kepada rakyat. Begitu juga dengan pencapaian dari segi GDP dan juga indeks keyakinan pelabur, pembentarasan rasuah dan berbagai-bagai lagi yang mana tidak mungkin tercapai jika Dato’ Seri Najib bukan seorang pemimpin yang benar-benar berkesan.

Walau apapun yang dituduh dan diperkatakan tentang beliau, namun Dato’ Seri Najib ternyata seorang yang sukar untuk digoyah. Sifat tenang beliau membolehkan beliau mengendali setiap situasi dan cabaran dengan baik. Jika dahulu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dijadikan sasaran fitnah hebat serta kutukan dan cemuhan pembangkang yang masih berterusan sehingga kini, namun tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang perlu dilalui oleh Dato’ Seri Najib adalah lebih hebat lagi.

Fitnah yang melanda Dato’ Seri Najib begitu dahsyat, iaitu termasuk terlibat dalam pembunuhan. Malah isteri dan anak menantu beliau juga menjadi sasaran fitnah yang bukan-bukan sehingga kepada tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Beliau juga difitnah memakai tangkal di Mekah serta memakai rantai emas.

Apa yang menarik ialah, ketika pembangkang giat memfitnah beliau, Dato’ Seri Najib meneruskan tugasnya memimpin negara seperti biasa. Akibat keengganan beliau untuk melayan karenah pembangkang, maka pembangkang terpaksa menggiatkan lagi usaha fitnah sehingga akhirnya pembohongan mereka menjadi terlalu besar dan tidak terkawal.

Pendek kata, fitnah-fitnah yang ditujukan kepada beliau lama-kelamaan menjadi begitu melampau-lampau lalu menyerlahkan betapa bobrok, buruk atau jahatnya puak pembangkang.

Hari ini, setelah 4 tahun berlalu, kita menyaksikan bagaimana satu demi satu fitnah yang melanda beliau terbongkar sendirinya sebagai pembohongan pembangkang tanpa perlu beliau membalas atau melatah pun.

Tidak cukup dengan cabaran fitnah, usaha berterusan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara akhirnya tercapai sedikit di saat-saat pilihanraya semakin hampir. Ia berlaku di Lahad Datu, Sabah di mana pembangkang telah dikenalpasti sebagai dalang yang mengundangnya.

Namun, keganasan itu juga berjaya ditangani oleh Dato’ Seri Najib dengan tenang. Malah keprihatinan beliau terhadap rakyat dan wira-wira negara juga terserlah melalui episod ini, sekali gus memberi peluang rakyat untuk menilai sendiri siapa pemimpin kita dan siapa atau apa jenis pembangkang yang kita ada.

Dato’ Seri Najib ternyata berjaya mengembalikan Malaysia ke kedudukannya yang istimewa di persada dunia seperti ketika berada di bawah pemerintahan Tun Mahathir. Jika nama Malaysia dikhuatiri ‘pudar’ sedikit sebelum ini, nama itu kini kembali gah sebagai pembawa keamanan dan penyebar kasih sayang demi sebuah dunia yang lebih baik.

Jika dulu kita disanjung kerana kesungguhan membantu rakyat di negara yang berkrisis seperti Bosnia atau mangsa-mangsa kekejaman PolPot di Kemboja serta lantang membela Palestine, maka kini Dato’ Seri Najib menerus dan meningkatkan lagi ‘tugas keamanan’ itu. Akhir-akhir ini beliau telah pun berjaya membantu mengamankan selatan Filipina di samping membantu Selatan Thai dan memberi ikrar kepada rakyat Palestine.

Walaupun dunia menyaksikan angka ekonomi yang tidak stabil, tetapi rakyat Malaysia kekal hidup dalam keadaan sejahtera tanpa merasai sedikit pun dari ‘gegaran’ ekonomi itu.

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara, andainya bukan Dato’ Seri Najib dan bukan Barisan Nasional yang menjadi peneraju di kala semua cabaran ini melanda.

Oleh itu, menjelang Pilihanraya-13 ini, rakyat Malaysia wajar mengambil kira segala pencapaian dan segala perkembangan yang berlaku dalam negara dalam membuat pilihan. Ketepikan emosi dan pilihlah dengan minda yang waras.

Di kala dunia sedang bergelora dengan ancaman kuasa besar yang ingin menakluk dunia serta melalui ketidak-tentuan ekonomi, maka memilih sebuah kepimpinan yang bijak, kukuh, kuat, ikhlas dan prihatin amatlah penting. Janganlah kita mengabaikan kapal yang cukup teguh dengan terjun ke dalam laut yang bergelora semata-mata percaya adanya sebuah kapal lain yang akan menyelamatkan kita. Padahal kapal itu belum pun siap dibina, dan nakhodanya juga belum tentu siapa.

Justeru, berdasarkan apa yang berlaku selama 4 tahun ini, kita yakin bahawa tiada yang lebih baik untuk menakhoda Malaysia, melainkan Dato’ Seri Najib. Apa yang penting ialah, kapal kita, iaitu BN yang telah sedia kukuh, perlu dikukuhkan lagi dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada nakhodanya demi masa depan yang lebih cerah.

Rabu, 3 April 2013

100 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang @NajibRazak #PRU13


Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009: 



1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

* 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

* 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

* 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

* 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

* 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.


2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967. 

* 5 Okt 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

* 24 Nov 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

* 19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

* 28 Sept 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

* 28 Sept 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat. 

* 15 Dis 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

* 7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri. 

* 11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

* 25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

* 30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB. 


3. PENTADBIRAN


* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

* 18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

* 27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

* 27 Jan 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

* 8 Feb 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

* 4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.

* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

* 26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

* 19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

* 25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS). 


4. EKONOMI DAN KEWANGAN 

* 10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

* 22 Apr 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

* 27 Apr 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion. 

* 15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

* 24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

* 30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

* 1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.

* 23 Okt 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.

* 23 Dis 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

* 30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik. 

* 10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). 

* 25 Okt 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

* 11 Jan 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.


5. LUAR NEGARA

* 10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

* 30 Sept 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

* 26 Okt 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

* 12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat. 

* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".


* 12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

* 18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

* 15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.


6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

* 24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

* 15 Sept 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

* 28 Okt 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

* 29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

* 17 Dis 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

* 26 Jan 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

* 24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

* 10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

* 8 Sept 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

* 7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK 

* 26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

* 24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. 

* 15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

* 29 Nov 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

* 20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.


8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB 

* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan. BACA SINI

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia. 

* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. 

* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing. BACA SINI

* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

* 25 Jan 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

* 7 Okt 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti. - Bernama

Jumaat, 15 Mac 2013

Hot !!! Pemimpin DAP Minta Rakyat Sokong Kepimpinan DS Najib Razak



Macam tak percaya apabila ada pemimpin DAP di akar umbi minta rakyat sokong kepimpinan YAB DS Najib Razak kerana berjaya memimpin Negara dengan begitu cemerlangan 

Ternyata Transformasi Negara yang di bawa YAB DS Najib Razak telah berjaya memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional menitik berat soal rakyat.
KAJANG 14 Mac - Seorang ahli DAP hari ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya memimpin negara dengan begitu cemerlang dan aman selama ini.

Lee Chee Cheng yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Megah, Cheras dekat sini berkata beliau tidak akan mensia-siakan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang.

"Saya waras dan matang untuk menilai kerajaan yang telah bertungkus-lumus bangunkan Malaysia sehingga berjaya pada tahap hari ini.

"Saya cintakan Malaysia. Saya juga cintakan DAP. Tapi saya cintakan DAP yang bersih. Saya tidak akan taat kepada mana-mana pemimpin yang angkuh dan penuh tipu muslihat," katanya dalam satu sidang akhbar di sebuah kafe di Bandar Sungai Long di sini.

Biarpun menghadapi kesukarann untuk bertutur dengan jelas kerana sakit angin ahmar, beliau ketika membaca teks kenyataan media berharap Perdana Menteri terus maju dan jaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan dan keamanan.

Dalam sidang media yang sama Lee mahukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengambil tindakan ke atas DAP termasuk menggantung atau membatalkan pendaftaran parti pembangkang berkenaan.

Ini ekoran DAP mendakwa berlaku masalah teknikal pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) 15 Disember lalu yang hanya diumumkan tiga minggu selepas itu.

"Kami di akar umbi mahukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti berdolak-dalih dalam isu pengiraan undi. Kami mahukan pemilihan semula CEC," jelasnya.
Lee menambah beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar dari DAP jika tidak ada tindakan diambil oleh pemimpin parti pembangkang berkenaan berhubung rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi selepas pemilihan CEC DAP. - BERNAMA

Ahad, 24 Februari 2013

Hot !!! DS Najib Razak Jawab Kenapa Lewatkan PRU13.



Rata-rata penceramah dan pemimpin Pakatan Haram mengatakan dalam ceramah ,DS Najib Razak takut nak bubarkan Parlimen kerana disebabkan bimbangkan BN akan kalah teruk pada PRU 13 ini.

Bagi Pisau Kedah apa yang di perkatakan itu hanya mainan prespektif penceramah dan pemimpin Pakatan Haram yang mahu menipu pemikiran para penyokong Pakatan Rakyat supaya mempercayai bahawa Pakatan Haram mendapat sokongan daripada rakyat untuk di beri mandat selepas PRU 13 nanti.

Sebenarnya DS Najib Razak bukannya takut untuk berhadapan dengan pembubaran Parlimen. DS Najib Razak yang baru di beri mandat sebagai Perdana Menteri ke 6 pada tahun 2009 mempunyai agenda tersendiri di dalam membela rakyat dan membangunkan Malaysia.

Bagi yang masih tertanya-tanya mengapa DS Najib Razak melewat-lewatkan PRU 13. Baca penjelasan sebenar dari DS Najib Razak 

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

Beliau berkata, idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di sini, hari ini.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU13 nanti kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...