Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label DAP JOHOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAP JOHOR. Papar semua catatan

Selasa, 16 April 2013

Hot !!! Persetujuan Nik Aziz Terhadap Cadangan DAP Johor Umpama Memperlekeh Tanggungjawab Sultan Johor #TolakPR



Beberapa hari lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto khusus untuk negeri Johor yang bertemakan "Johor Maju dan Berkebajikan" di Hotel New York di Johor Bharu. Antara intipati utamanya ialah jawatan Menteri Besar hanya dipegang selama dua penggal sahaja.

"Ini salah satu cadangan yang paling bersejarah sebab jawatan menteri besar itu dihadkan kepada dua penggal sahaja ... macam presiden Amerika.

"Sebab kita merasakan mereka yang memegang kuasa terlalu lama akan cenderung untuk melakukan 'power corrupt'," demikian kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau ketika berucap dalam majlis tersebut.

Menariknya pelancaran manifesto serba unik ini dijayakan dan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 5 penggal berturut-turut.

Kehadiran Nik Aziz bererti MB Kelantan itu bersetuju dengan intipati manifesto PR Johor, ia juga seakan bermaksud Nik Aziz mahu mengajar rakyat Johor cara berpolitik.

Tambah unik lagi, majlis pelancaran manifesto ini turut disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sudah berpuluh tahun menguasai parti itu seumpama mengemudi sebuah syarikat hak milik keluarga.

Memang menarik, unik dan pelik, bukan begitu? Tapi ia tidak begitu mengejutkan, kerana sudah tabii semula jadi pemimpin PR untuk berjanji dan bercakap tanpa melihat kelemahan yang mereka sendiri miliki.

Tapi tak mustahil, hakikat sebenarnya PR Johor khususnya pemimpin DAP negeri itu sengaja menekankan isu MB dua penggal sekadar untuk menyindir Nik Aziz sambil sinis menempelak Lim Kit Siang.

Apa pun, sama ada BN atau PR, hakikatnya hak mutlak penentuan siapa yang akan mengisi jawatan itu hanya akan diputuskan oleh DYMM Sultan Johor. Parti yang menang hanya berhak membawa nama calon tapi yang akan mengisi jawatan itu kelak tetap di tangan DYMM Sultan Johor.

Demikian juga berapa penggal seseorang itu menjadi MB, ia tetap memerlukan perkenan DYMM Sultan Johor. Baginda tahu berapa lama seseorang itu wajar menjadi MB di negeri yang di perintah oleh Baginda.

Nik Aziz yang sudah berpenggal-penggal menjadi MB di Kelantan sepatutnya tidak perlu campur tangan di negeri orang dengan melancarkan manifesto PR yang menetapkan berapa lama seseorang itu boleh menjadi MB di negeri Johor.

Ia seperti satu penghinaan terhadap rakyat Johor, dan sengaja mahu memperlekehkan kuasa DYMM Sultan Johor. Serahkan saja soal pemerintahan negeri kepada rakyatnya. Siapa Nik Aziz untuk menentukan itu dan ini?

Lagi pun nampak sangat canggungnya seperti ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus apabila Nik Aziz yang sudah lima penggal menjadi MB tiba-tiba mahu memaksa rakyat Johor menerima idea seseorang MB hanya berhak memegang jawatan itu selama dua penggal sahaja.



Isnin, 8 April 2013

Panas !!! DAP Kian Bertelagah Sesama Sendiri Di Johor Kerana Faktor Calon



Pada 04 April 2013 yang lalu, akhbar China Press telah menyiarakan kisah dalaman parti DAP yang berbalah sesama sendiri di sebabkan tidak berpuas hati dari segi calon yang di pertaruhkan di PRU13 ini.

Kisah berkenaan telah di siarkan dalam ruangan akhbar China Press bagi Negeri Johor, muka surat C05.

Perkara: dalaman DAP berbalah?
Ruangan: negeri Johor m/s C05
Tarikh: 4 April 2013 (Khamis)

Tajuk:

Bantah calon payung terjun DAP semakin meningkat
Bawahan ahli DAP Bekok, Labis bertelagah

3hb Labis, ahli bawahan DAP rasa tidak puas hati kerana calon kerusi Parlimen Labis didatangkan dari calon payung terjun, dijangka bantahan semakin kuat dan meningkat!

Pada hari Sabtu lepas lebih 50 ahli DAP Chaah dari kalangan pelbagai kaum semasa adakan ceramah politik membuat kacau menaikkan kain rentangan bantahan, walaupun pemimpin DAP sepatutnya mahu halakan sasaran untuk menghentam BN, apa yang China Press lihat dari segi maklumat itu, disebabkan isu pencalonan telah menyebabkan dalaman DAP berbalah sengit.

Mengikut maklumat, pemuda DAP membantah pencalonan itu kerana tidak dapat restu dari jawatankuasa gabungan DAP negeri Johor, buat masa ini mereka melancarkan penyampaian bantahan berkaitan langkah-langkah itu.

Kempen itu dilakukan sekumpulan orang yang sama

Bekas senator DAP negeri Selangor Dr Ramakrisnan dan timbalan pemuda DAP kebangsaan Lim Eng Guan, pada 2 tahun lepas telah mengadakan aktiviti di kawasan peti undi di situ, mengikut laporan dari gabungan DAP negeri Johor, jika tidak ada halangan mereka berdua masing-msing akan bertanding di kerusi Parlimen Labis dan kerusi DUN Bekok.

Kain rentang itu tertulis “We Want Lim Guan Eng But Not Lim Eng Guan”, dengan jelas mereka datang untuk menghentam Lim Eng Guan.

Oleh kerana pihak bawahan DAP telah memilih calon bertanding untuk DUN Bekok datangnya dari Chaah, sebab itu ceramah politik pada malam tersebut yang di Chaah menyebabkan pemuda-pemuda DAP membantah dan rasa tidak puas hati, mereka lakukan tunjuk perasaan disasarkan kepada Lim Eng Guan.

Selain dari tindakan itu, pada 19 Februari juga ada orang di Labis, Bekok dan Chaah menaikkan kain rentang terpapar perkataan “kami mahu calon dari kalangan orang Cina di Parlimen Labis”, selepas itu kain rentang tersebut diturunkan segera oleh DAP.

Mengikut maklumat dari ahli bawahan DAP, tindakan seperti di atas itu adalah dari sekumpulan orang yang sama.

Terjemahan:
Sulaiman Koh Abdullah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...