Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PAS vs PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS vs PKR. Papar semua catatan

Selasa, 4 Februari 2014

Hot !!! @AnwarIbrahim Dengan Mudah Sudah Mampu Menjinakkan PAS #PRKKajang


Mudah sungguh Anwar Ibrahim menjinakkan PAS yang sebelum ini agak berang dengan tindakkan ADUN PKR Kajang letak jawatan.


Apa yang Pisau Kedah dapat dilihat cara Anwar menjinakkan PAS tak ubah sepertimana tuan lembu menjinakkan sekawan lembu yang liar.

Dalam sekawan lembu sekiranya hendak dijinakkan supaya tidak liar lari masuk hutan adalah dengan cara menangkap bapa lembu dominan dan kemudian akan dicucuk hidungnya. Apabila tuan lembu menarik bapa lembu dominan yang dicucuk hidung..maka lembu-lembu lain pun akan ikut belakang.

Rabu, 29 Januari 2014

#PRKKajang : PKR Hanya Mahu Perbodohkan Penyokong PAS Selangor


Dalam isu perletakkan jawatan Adun Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dan mempunyai kuasa dalam negeri Selangor telah membuatkan PKR membuka pekung sendiri. Malahan kenyataan yang diberikan Azmin Ali untuk menghalalkan tindakkan mereka hanya membuat Pisau Kedah sendiri tersenyum sinis.

Mari kita membaca kenyataan dari Azmin Ali yang digunakan untuk memperbodohkan penyokong PR terutamanya PAS bagi menghalalkan tindakkan yang dilakukan mereka.

"Ia adalah gerakan taktikal. Kita perlukan satu kerusi kosong. Kita perlukan pemimpin nasional seperti Anwar untuk bertanding di Selangor dan perkukuh PKR.

"Kita hendak perkuatkan PR, Khalid sudah perkukuhkan Selangor sejak 5 tahun lepas," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. - Azmin Ali.
Apa sebenarnya motif PKR apabila memberi alasan mahu memperkukuhkan PR di Selangor dengan membawa masuk Anwar Ibrahim ?

Agak lucu la apabila hanya menggunakan alasan hendak mengukuhkan PR di Selangor dengan mengosongkan kerusi sendiri yang diketahui umum merupakan antara kawasan kuat PKR pada PRU13 yang lalu.

Kalau gerakan taktikal untuk memperkuatkan PR pastinya PAS yang juga berada dalam PR tidak akan dipinggirkan dari percaturan politik yang dilakukan PKR bagi memperkuatkan PR di Selangor. Ini tidak... Langsung tak ada perbincangan dan persetujuan bersama dilakukan PKR dengan rakan-rakan PR yang lain.

Pisau Kedah yakin ada gerakan jahat yang cuba di selindung dari diketahui PAS oleh PKR Selangor dan DAP juga turut bersetongkol bagi menjayakan gerakan jahat PKR dengan membawa masuk Anwar bagi memberi ruang kepada Anwar mempunyai kuasa di Negeri Selangor.

Mengapa perlu Anwar diberikan laluan untuk mempunyai jawatan didalam Kerajaan Negeri Selangor sedangkan sebagai penasihat PKR dan Ketua Umum PR, Anwar sudah boleh mencaturkan politik PR di Selangor.

Agak pelik la gerakan taktikal yang cuba dilakukan PKR di Selangor kononnya memperkukuhkan PR di Selangor sehingga memerlukan Anwar mempunyai jawatan didalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Fikir-fikirkan lah.. PAS perlu sedar dimana kedudukannya dalam PR




Selasa, 23 April 2013

Panas !!! Hadi Awang Dedahkan Sikap Tamak PAS Di PRU13 #TolakPR



Berasap telinga penyokong-penyokong PKR apabila Hadi Awang mendakwa calon-calon yang di letakkan di beberapa kawasan merupakan calon tangkap muat oleh Anwar Ibrahim yang mampu memusnahkan Negara serta Pakatan Haram. Di Sebabkan itu PAS bertekad menentang beberapa calon-calon Anwar Ibrahim yang didakwa calon Tangkap Muat dengan meletakkan calon PAS untuk bertanding di satu kawasan yang sama.

Tanpa memberi sebarang bukti yang kukuh, Hadi Awang mendakwa PKR telah meletakkan calon yang merupakan pengedar PIL KUDA serta yang menyokong faham KOMUNIS (Terkecuali MAT SABU Yang Menyokong KOMINIS) untuk menentang BN.. Sebab itulah PAS terpaksa meletakkan calon mereka untuk bertanding di kawasan tersebut.

Kalau tak percaya.. Tengok dan dengar la dengan jelas video di bawah yang di sertakan transkrip untuk memudahkan..



Transkrip Ucapan Hadi Awang

PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.

PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.

Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.

Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.

PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.

Ish... Memang dasyat alasan PAS nak letakkan calonnya di kawasan PKR.. Alasan yang langsung tidak munasabah.. Cakap la terus terang yang sememangnya PAS nakkan kerusi kawasan tersebut.. 

Kalau dah tau dan cukup bukti calon PKR merupakan pengedar PIL KUDA. Buat la report polis terus dari di biarkan merosakkan anak bangsa.. Tak kan kot PAS yang mempunyai bukti nak biarkan perosak Anak Bangsa bebas begitu saja??



Pisau Kedah :-

Macam mana la Puak-Puak Pakatan Haram nak tadbir Negara.. Dalam pakatan yang di lakukan pun dah jadi haru biru... carca merba... 

Nampak sangat kalau puak Pakatan Haram ni tadbir Negara.. Bakal lingkup Malaysia ni..


Hot !!! PAS Lebih Rela Bersatu Dengan PKR Demi Mengadaikan Islam Dari Bersatu Untuk Mendapatkan Kuasa #TolakPR



BANYAK yang sudah diperkatakan macai-macai pembangkang tentang kesatuan dan kesepakatan Pakatan haram ini. Semuanya untuk mengatakan Anwar mampu mengawal parti politik pembangkang buat pertama kali sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Walaupun berbuih mulut kita mengatakan sebaliknya tapi balaci tak peduli. Mereka masih berangan Anwar mampu menyatukan parti-parti politik pembangkang di negara ini dan seterusnya memimpin kerajaan Malaysia besok.

Tapi hari ini semuanya jelas bila pada hari penamaan calon pun, sudah 1 kerusi parlimen dan 5 kerusi DUN yang ditandingi sesama sendiri parti komponen PR ini, apa kata macai sekarang?

Kerusi Parlimen dan DUN yang terlibat adalah:-

Parlimen Labuan (PAS vs PKR)
DUN Kota Damansara (PAS vs PKR)
DUN Sg Acheh ({PAS vs PKR)
DUN Kota Putera (PAS vs PKR)
DUN Seberang Takir (PAS vs PKR)
DUN Bukit Besi (PAS vs PKR)

Masih lagikah Anwar itu pemimpin yang hebat dan layak menjadi Perdana Menteri bila dia tak mampu nak kawal parti-parti politik dalam Pakatan haram ni?

Hakikatnya, semua ini sungguh memalukan, rupanya Anwar hilang kawalan atas semua sekali terutaa hubungan dengan PAS (semua kerusi terbabit melibatkan PAS dan PKR). Ternyata Pakatan Rakyat ini memang hanya satu nama yang tidak ada erti langsung. Setakat nak propa di sana sini saja.

Pulak tu, bukan sikit anak kerusi yang terlibat, 6 DUN dan 1 kerusi parlimen!!

Paling teruk pun penulis pernah jumpa masalah seumpama ini ialah pada tahun 2004 bila PAS dan PKR bertanding sesama sendiri di 2 kerusi DUN. Kalau tak salah satu di Dengkil dan satu lagi penulis dah lupa. Punca boleh ingat tu sebab penulis ada menulis mengenainya bila memperlekehkan kerjasama pakatan pembangkang ini yang pada itu dikenali sebagai Barisan Alternatif.

Pada BN, semua ini eloklah sebab undi yang akan pecah ialah undi pembangkang, bukan undi BN. Tapi yang lebih penting, semua ini juga membuktikan bahawa BN adalah perikatan politik yang jauh lebih baik dari Pakatan haram ini.

Ini belum cerita kerajaan lagi, mahu berbunuh sebab nak berebut jawatan.- Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...