Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Khamis, 20 Februari 2014

Info Jenayah !!! Lelaki India Cedera Parah Terkena Tembakan Di Kulim #HanyaDiKedah



Kulim 20/02/14 - Satu kejadian tembak telah berlaku di lampu isyarat Kilang Inokom Kulim kira-kira pada pukul 9.00 pagi tadi dan seorang  pemuda berbangsa India berada dalam keadaan kritikal setelah terkena tembakan jarak dekat.

Menurut saksi kejadian yang juga teman wanita mangsa, kejadian berlaku dalam perjalanan saksi membawa mangsa menaiki sebuah motorsikal jenis Honda EX5 untuk mendapat rawatan susulan di Hospital Kulim.

Ketika sampai dihadapan kilang Inokom Kulim, sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang dinaiki 2 suspek lelaki India telah menghimpit motosikal yang dinaiki mereka dan melepaskan 5 atau 6 das tembakan ke arah mangsa. Apabila saksi memberhentikan motorsikal dia melihat mangsa sudah terjatuh tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal telah pun dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapat rawatan. Pihak Hospital mendapati terdapat empat kesan tembakan dibeberapa anggota badan mangsa.

Dalam siasatan awal pihak polis ditempat kejadian. Pihak Polis telah menemui dua kelongsong peluru jenis S&B 9x19 dan Thai Arms 9mm.

Sehingga kini pihak Polis masih lagi menyiasat secara terperinci kejadian tersebut dan menggenal pasti dua suspek yang menaiki motorsikal Yamaha 135LC  yang melepaskan tembakan kepada mangsa.




Jumaat, 14 Februari 2014

Kejam !!! 4 Pelajar Cedera Di Belasah Guru Mental


IPOH - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengarahkan guru lelaki yang didakwa mencederakan empat pelajar dua hari lepas, menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Manjung.

Timbalan Pengarahnya Mohd Idris Ramli berkata guru berkenaan direhatkan selama seminggu sehingga 19 Feb ini dan diarahkan menjalani pemeriksaan itu berdasarkan  laporan pihak sekolah bahawa guru itu dipercayai mengalami tekanan di samping masalah mental.

Beliau berkata ini kerana tindakannya mencederakan empat pelajar itu dilihat tidak normal berbanding hukuman rotan yang dianggap biasa.

Katanya selepas tempoh berkenaan guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris dan komputer di sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di Sitiawan itu akan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Manjung sehingga
kes itu selesai.

"Kita akan meneliti dan menyiasat perkara ini dengan melibatkan semua pihak untuk mengetahui kejadian sebenar termasuk kesemua pelajar berkenaan. Kita telah menghantar dua pegawai kita ke sekolah berkenaan pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Idris berkata guru berkenaan juga pernah terlibat dalam kejadian hampir sama di sekolah yang sama pada 22 Jan lepas namun ia berjaya diselesaikan secara baik dengan keluarga pelajar.

Hari ini, akhbar melaporkan guru berkenaan didakwa bertindak keterlaluan apabila membelasah empat pelajar di sekolah berkenaan pada 12 Feb lepas.

Seorang pelajar lelaki disepak di bahagian muka dan mengalami pendarahan di dagu ketika berada di makmal komputer selain seorang pelajar perempuan ditumbuk  lima kali di bahagian muka sehingga menyebabkan cermin matanya patah.

Dua lagi pelajar turut didakwa menjadi mangsanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata pihaknya menerima laporan daripada empat pelajar berkenaan iaitu seorang pelajar Tingkatan Dua dan tiga pelajar Tingkatan Satu.

"Siasatan mendapati kejadian terhadap tiga pelajar Tingkatan Satu ada kaitan dengan tidak membawa buku latihan ke sekolah, manakala kejadian  melibatkan seorang pelajar lagi mungkin tidak disengajakan adalah berkaitan botol air," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini.

Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan daripada guru berusia 34 tahun itu semalam selain mendapatkan rekod kesemua pelajar terbabit daripada pihak sekolah dan rekod guru itu daripada PPD Manjung untuk siasatan. - Bernama

Khamis, 13 Februari 2014

Gila !!! Muhdalena Percaya Lelaki Yang Di Tembak Mati Di Kompleks JPM Adalah "Imam Mahadi" ..


PUTRAJAYA – Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad memberitahu Mahkamah Seksyen di sini pada Khamis bahawa dia percaya lelaki yang ditembak mati dalam kejadian amuk bersenjatakan pedang samurai di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua tahun lepas, adalah ‘Imam Mahadi’.

Muhdalena, 29, turut mengaku membawa pedang samurai dalam kejadian itu seperti mana diarahkan oleh ‘Imam Mahadi’ kerana percaya lelaki itu adalah pahlawan yang diutuskan Tuhan.

“Saya benar-benar percaya beliau adalah ‘Imam Mahadi’ dan perlu mematuhi arahannya kerana dia adalah seorang pahlawan yang dihantar oleh Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia,” jelas Muhdalena ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh.

Beliau berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan yang dihadapinya berhubung kejadian amuk di Kompleks B. JPM, Presint 1 di sini, pada kiera-kira 2.30 petang, 9 Julai 2012.

Dalam kejadian itu, Khalil Afendi Abdul Hahamid, 47, yang mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’ terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari dan tangan kiri manakala Muhdalena cedera pada paha kanannya.

Wanita itu menghadapi tuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah, membawa senjata berbahaya, tidak mematuhi perintah polis agar meletakkan senjata yang dibawanya dan berada di premis itu yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran.

Muhdalena memberitahu mahkamah beliau mula mengenali lelaki itu melalui blog ‘Abu Bakar’ yang dapat memberikan penjelasan berhubung pelbagai persoalan mengenai umat manusia bermula sebulan sebelum kejadian.

Lulusan bidang Perbandingan Agama dan Usulludin itu berkata lelaki berkenaan turut menulis dalam blog ‘Arif Effendi’ dan kemudiannya dalam ‘Jaya Negara’.

Muhdalena berkata dia kemudiannya berpindah ke rumah ‘Imam Mahadi’ tiga atau empat hari sebelum kejadian itu di Seri kembangan, sebelum lelaki itu mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Khalil Afendi Abd Hamid.

Katanya dia berpindah ke rumah ‘Imam Mahadi’ bersama suami dengan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Muhdalena, yang berpakaian serba hitam dengan seluar, tudung serta kot, sepanjang prosiding, berada dalam keadaan tenang, melainkan ketika menceritakan semula saat-saat dia ditembak dan menerima rawatan di hospital.

“Dengan perasaan marah, saya telah menjerit kepada semua yang berada di pekarangan kompleks untuk beredar. Saya ada mendengar bunyi tembakan tetapi tidak sedar saya telah cedera ketika itu.

“Saya melihat darah pancut daripada tangan Khalil Afendi dan terus berjalan ke arah kaki lima kompleks berkenaan sebelum sedar saya pun cedera di kaki akibat ditembak,” katanya.

Dia berkata ramai orang telah berkerumun sekelilingnya dan salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Khalil Afendi telahpun meninggal dunia.

Sebelum itu, ketika pemeriksaan utama oleh peguam M.Visvanathan, Muhdalena berkata dia telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan untuk kecederaannya dan beberapa hari kemudian telah dirujuk kepada pakar psikiatri yang telah mengesahkan bahawa dia telah mengalami penyakit kemurungan ketika kejadian.

Muhdalena berkata dia turut mendapat rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, di Tanjung Rambutan, Perak, yang turut mengesahkan beliau memang ada sindrom sebagai pesakit mental.

Hakim Mohamed Kamil Nizam menetapkan 24 dan 25 Feb ini untuk mendengar keterangan dua pakar psikiatri iaitu Dr Umi Adzlin Silim dari Hospital Putrajaya dan Pengarah dan Perunding Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh. BERNAMA


Pisau kedah :-

Muhdalena ni pun dah jadi gila macam Ustaz PKR, Badrul Amin apabila mendakwa Anwar Ibrahim adalah Imam Mahadi..

Isnin, 30 September 2013

Gila !!! Penumpang Kapal Terbang Buka Pintu Kecemasan Pesawat Sebab Air Cond Tak Sejuk


JAKARTA: Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.

Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.

Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.


Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.


"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.

Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.

Sehingga jam 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu. - Bernama

Khamis, 16 Mei 2013

Gila !!! Bawa BOM Tinggalan Era Perang Dingin Ke Tempat Awam



London: Dua lelaki dilihat begitu bersahaja dan tidak mempedulikan keselamatan diri apabila membawa bom tinggalan era perang dingin yang tidak meletup selepas menemuinya di pantai.

Bom sepanjang 0.6 meter itu dipercayai ditembak dari kereta kebal beberapa dekad lalu.

Media melaporkan, dua lelaki terbabit menggalas bom berkenaan dari kawasan pantai melalui orang ramai yang melihat dalam ketakutan.

Saksi berkata, mereka percaya lelaki tidak dikenali itu membawa bom berkenaan untuk dijual di kedai besi buruk bagi mendapatkan wang sampingan.

Selepas berita itu tersebar, Kementerian Pertahanan merayu kedua-dua lelaki terbabit segera menghubungi pihak berkuasa bagi membolehkan bahan berbahaya itu dimatikan sebelum sesuatu tidak diingini berlaku.

Saksi berkata, bom berkenaan ditemui dihanyutkan ombak ke pantai Warbarrow Bay, Dorset.

Kawasan itu adalah sebahagian daripada tempat latihan menembak bagi Pangkalan Tentera Lulworth.

Wanita yang merakamkan gambar lelaki itu menggunakan telefon bimbit berkata, pada awalnya dia menyangka mereka membawa permaidani.

Namun, katanya, apabila mereka semakin hampir, dia terkejut melihat objek itu sebenarnya ialah bom lama.

“Saya bersama seseorang yang pernah berkhidmat sebagai tentera dan dia berkata, disebabkan pangkal bom itu masih bertutup, ia belum meletup,” katanya.

Wanita itu berkata, melihat kelakuan lelaki terbabit dia percaya mereka adalah “orang bodoh” kerana membahayakan nyawa sendiri dan orang ramai.

Saksi lain berkata, sepatutnya polis dimaklumkan mengenai penemuan itu, bukannya membawa bom berkenaan ke tempat lain.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, bom itu mungkin ditembak kereta kebal jenis Chieftain atau Wombat yang digunakan tentera pada era 1970-an dan 1980-an.

“Kami meletakkan beberapa papan tanda di kawasan berkenaan untuk memberi amaran kepada orang ramai, tetapi malangnya dalam keadaan tertentu ia diabaikan,” katanya. - Daily Mail

Rabu, 13 Mac 2013

Beribu-Ribu Dolar Di Gunakan Untuk Seekor Buaya Berenang



Phoenix: Seekor buaya bernama Mr Stubbs akan melakar sejarah tersendiri apabila dipasang ekor tiruan bagi membantunya hidup normal tidak lama lagi.

Berusia sembilan tahun, reptilia itu adalah buaya pertama dilengkapi ekor buatan manusia. Mr Stubbs mengalami kecacatan bahagian belakang badannya selepas digigit ketika bergaduh dengan buaya lain.


Foto


Kecacatan itu juga menyebabkan Mr Stubbs tidak boleh berenang seperti sepatutnya.

Haiwan berkenaan diselamatkan pakar reptilia sebuah persatuan hidupan liar di Phoenix, Arizona.

Namun, dengan ekor tiruan itu, Mr Stubbs bakal mendapat hidup baru.


Foto
DENGAN bantuan ekor tiruan, Mr Stubbs belajar berenang semula selepas ekornya dibaham ketika masih muda.

Sepasukan pakar mencipta ekor berteknologi tinggi menggunakan lateks dan silikon berharga beribu-ribu dolar Amerika. Mereka turut mengkaji pergerakan Mr Stubbs melalui kamera khas untuk menyesuaikan ekor tiruannya.

Selepas dipasangkan ekor tiruan itu, pakar terbabit perlu mengajar Mr Stubbs berenang semula. Seorang daripada pakar persatuan itu, Russ Johnson berkata, buaya berkenaan mungkin terlalu muda ketika bertembung dan bergaduh sebelum ini. “Buaya adalah haiwan pemangsa dan jika anda bersaiz kecil terpaksa berdepan dengan buaya lain yang kelaparan, anda adalah makanan mereka,” katanya. Mr Stubbs adalah satu daripada 32 buaya yang ditemui dalam sebuah lori yang ditahan di Arizona baru-baru ini. Selepas diserahkan kepada persatuan terbabit, Johnson berkata, mereka mendapati Mr Stubbs tidak mampu berenang.

“Apabila di dalam air, Mr Stubbs akan terlentang,” katanya. - Daily Mail

Rabu, 27 Februari 2013

Sudut Info : Lebih 20 Kampung Di Moscow Tak Ada Kaum Wanita

Gambar Hiasan

Moscow: Lebih 20 kampung di pedalaman dan wilayah gersang di Russia didiami lelaki saja.
Menurut bancian rasmi Russia, 23 kampung kecil di wilayah Krasnoyarsk langsung tidak mempunyai wanita.

Kampung itu sebahagian daripada habitasi paling pedalaman di dunia dan ada beberapa kampung hanya mempunyai seorang penduduk sementara yang lain tidak lebih empat atau lima, lapor The Siberian Times.

Suhu di wilayah itu mencecah sehingga 40 darjah selius di bawah beku pada musim sejuk dan teramat panas pada musim panas.

Ketidakseimbangan jantina itu didedahkan pada Hari Pembela Negara, acara tahunan bagi memberi penghormatan terhadap peranan lelaki pada setiap 23 Februari.

Bagaimanapun, apabila diambil kira jumlah penduduk seluruh Krasnovarsk, wilayah kedua terbesar di Russia, jumlah penduduk wanitanya melebihi penduduk lelaki dengan angka 193,000. - Daily Mail


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...