Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label liwat anwar ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label liwat anwar ibrahim. Papar semua catatan

Rabu, 26 Mac 2014

Panas !!! Mahkamah Menetapkan @anwaribrahim Tetap Pengamal Homoseksual



Hari ini satu tamparan hebat buat Anwar Ibrahim apabila dia gagal dalam pemohonan menggugurkan kenyataan keputusan Mahkamah Persekutuan SEMBILAN tahun lepas yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang pengamal homoseksual.

Keputusan menolak pemohonan Anwar itu dilakukan oleh LIMA Hakim Mahkmah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin hari ini.

PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam usahanya untuk mengeluarkan kenyataan di dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual. 
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebulat suara menolak permohonan semakan Anwar untuk memadamkan kenyataan berkenaan daripada penghakiman majoriti yang diputuskan sembilan tahun lepas oleh Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad. 
Abdul Hamid, yang kemudian dilantik Ketua Hakim Negara dan bersara pada 2008, dalam keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Persekutuan pada 2 Sept 2004, membebaskan Anwar terhadap tuduhan meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada 1994. 
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Zulkefli berkata Abdul Hamid berhak membuat kenyataan itu ketika menyampaikan keputusan majoriti berkenaan kerana terdapat bukti yang mencukupi pada rekod untuk mewajarkan ulasan itu. 
Beliau berkata penghakiman majoriti itu menerima bahawa kejadian seksual itu sebenarnya telah berlaku tetapi ada keraguan bilakah kejadian itu berlaku. 
Hakim Zulkefli berkata keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar itu adalah berdasarkan fakta bahawa tarikh kesalahan itu tidak dibuktikan dan tiada pada bila-bila masa mahkamah memutuskan kesalahan seksual itu tidak berlaku. 
"Pada pandangan kami, keputusan yang dicapai dalam penghakiman majoriti di dalam kenyataan yang mahu dibuang itu sebenarnya berdasarkan bukti yang ditemui di dalam rekod rayuan.
"Sehubungan itu kenyataan berkenaan tidak boleh disebut sebagai 'pendapat peribadi' hakim berkenaan yang memutuskan keputusan majoriti," katanya. 
Anwar berkata kenyataan yang menjadi persoalan di dalam penghakiman majoriti itu harus dikeluarkan kerana ia adalah pendapat peribadi Abdul Hamid dan bukan merupakan asas untuk penghakiman majoriti. 
Kenyataan yang Anwar mahu keluarkan ialah "kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang-kadang..." 
Sukma Darmawan ialah adik angkat Anwar yang didakwa bersama-sama Anwar terhadap pertuduhan meliwat. 
Hakim Zulkefli berkata Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bahawa kenyataan itu adalah sebahagian daripada proses analisis yang dijalankan Abdul Hamid ketika menimbangkan keputusan majoriti itu. 
Beliau berkata jika mahkamah membenarkan permohonan Anwar, ia akan membuka peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk membuat permohonan sama untuk menyunting penghakiman mahkamah bagi memenuhi tujuan masing-masing. 
"Pada pandangan kami ini dianggap mengganggu proses kehakiman, yang tidak dibenarkan," kata Hakim Zulkefli. 
Beliau berkata permohonan Anwar bukan kes yang sesuai dan wajar bagi Mahkamah Persekutuan menggunakan bidang kuasa semakan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk mengeluarkan suatu perintah memadamkan kenyataan itu. 
Empat lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang menganggotai panel itu ialah Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.
-- BERNAMA

Isnin, 10 Mac 2014

(Video) Demi Anwar Ustaz PR Mendoakan Sesama Umat Islam Di Laknat



Di saat rakyat mendoakan keselamatan kepada mangsa tragedi pesawat MH370 yang hilang sehingga kini gagal dikesan.. Pakatan Haram pulak menggunakan doa untuk memohon agar sesama Umat Islam di laknat hanya kerana seorang individu bernama Anwar Ibrahim.

Bagi penyokong Pakatan Haram.. Sekiranya sesuatu keputusan Mahkamah tidak menyebelahi mereka.. Mereka akan menganggap Hakim Mahkamah tersebut telah dibeli.. Sekiranya Keputusan memihak kepada mereka.. Mereka akan anggap Hakim Mahkamah tersebut adil.. 

Ternyata penyokong Pakatan Haram cukup mudah di tipu pemikiran mereka sehinggakan mereka tidak sedar yang mereka sedang perbodohkan Anwar Ibrahim.

Gila !!! (Video) Anwar Hasut Semua Ahli Parlimen PR Boikot Sidang Parlimen



Tak habis-habis Anwar memperbodohkan pihak lain demi kepentingan peribadinya. 

Jumaat, 7 Mac 2014

Hot !!! Putar Belit Penyokong Pakatan Haram Apabila Anwar Di Dapati Bersalah Meliwat


Putar belit PR mengenai keputusan mahkamah yang menghukum Anwar bersalah & jawapan isu yang diputar belit PR..

1. Mengapa mahkamah memilih tarikh bicara pada masa PRK Kajang.

JAWAB: Siapa yang mengarah dan menyusun jalan cerita supaya bekas wakil rakyat Kajang letak jawatan pada tarikh yang sudah dimaklumkan mahkamah yang akan bersidang?. Dont tell me you do not know the court prosiding dates, its an open knowledge. Unless... Ahha.. 

2. Najib berkonspirasi bersama hakim untuk menghukum Anwar bersalah. 
JAWAB: Mengapakah menilai keputusan hakim secara berpilih?. Adakah Anwar berkonspirasi bersama hakim yang terdahulu semasa beliau dibebaskan?. Waktu tu kenapa tak jadi isu? Harus diingat keputusan kali ini diputuskan oleh 3 orang hakim. Dan semuanya menjatuhkan hukuman Anwar bersalah, 3 - 0.

3. TS Mohamad Shafee Abdullah merupakan peguam upahan UMNO.
JAWAB: Semua peguam mengambil upah diatas khidmat yang diberikan, namun belum terbukti TS Mohamad Shafee merupakan ahli UMNO. Bukti yang jelas semua peguam bela Anwar adalah ahli parti DAP, PKR mahupun PAS. Apakah ia menjadi satu kesalahan? Tentunya tidak. Yang penting ialah khidmat profesional mereka yang cemerlang.

4. Permintaan rayuan penangguhan Karpal Singh ditolak. 
JAWAB: Sudah 61 kali kes ini tertangguh, berapa kali mereka nak tangguh. Keadilan bukan hanya menyebelahi pemimpin besar tetapi juga kepada anak kecil yang mengadu dan memohon pembelaan. Ada faham?

5. Najib dikatakan isytihar perang pada Pakatan Rakyat. 
JAWAB: Yang ini suka hati kau orang la nak cakap. Kau punya maki hamun siang malam kat Kajang sehingga seorang pemimpin negara tidak dihormati oleh segelintir rakyatnya kau tak kira.. Berani buat berani tanggung la.. Kau ambil sedapnya, buruknya nak pas pada orang lain..

Rabu, 20 Mac 2013

Hot !!! Nik Aziz Bawa Keluar Fatwa Baru Untuk Membenarkan Peliwat Jadi Pemimpin



" Matlamat Menghalalkan Cara " itulah yang boleh di perkatakan kepada perjuangan PAS kini yang semakin tersasar dari dasar pejuangan Parti PAS.

Bagi PAS kini hanya keuntungan politik sahaja yang mereka cari walaupun terpaksa mengorbankan maruah Islam untuk mencapai apa yang mereka hajati.

Tidak hairan la dalam kes gambar terbaru pemimpin yang bernafsu songsang tersebar di laman media sosial, Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS mengeluarkan fatwa baru yang meminta penyokong PAS menyokong Anwar Ibrahim walaupun Anwar Ibrahim seorang yang bernafsu songsang.


Cuba anda tanya pada diri sendiri.. Apakah anda mahukan seorang yang mempunyai masalah moral menjadi pemimpin Negara ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...