Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Syiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syiah. Papar semua catatan

Khamis, 14 November 2013

Pendedahan Panas !!! Ajaran Syiah Di Malaysia Merupakan Adalah Agenda Yahudi


KUALA LUMPUR – Syiah yang kini dipercayai mempunyai sekitar 300,000 pengikut di negara ini dipercayai didalangi oleh Yahudi yang mempunyai agenda berterusan untuk memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia.

Pengerusi Akidah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin berkata, Malaysia antara negara yang menjadi sasaran gerakan itu sejak 40 tahun lalu.

Katanya, rancangan itu bagaimanapun gagal kerana keberkesanan kepemimpinan negara melaksanakan pentadbiran berlandaskan prinsip keharmonian sejagat.

“40 tahun lalu, ada pengikut Syiah datang berhujah di maktab perguruan Islam dan memberi buku kepada mahasiswa bertujuan untuk mengembangkan fahaman mereka tetapi tidak berjaya. ALLAH masih selamatkan negara kita,” katanya pada Seminar

Kefahaman Islam yang bertajuk ‘Fenomena Syiah - Mencari Kesimpulan antara Benar atau Salah’ di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan di sini, kelmarin.

Syeikh Muhammad Fuad berkata, negara yang ‘dijangkiti’ ajaran Syiah tidak akan aman sampai bila-bila.

“Keselamatan umat Islam hari ini terancam," katanya.

Menurut beliau, sebuah buku bertajuk ‘Doktrin Syiah Imamiah’ telah diterbitkan hasil daripada penyelidikan yang dilakukan terhadap kitab-kitab Syiah Imamiah bagi memaparkan penyelewengan fahaman itu.

“Masih banyak doktrin Syiah Imamiah yang menyalahi agama Islam yang akan dipaparkan termasuk permasalahan dengan Bada’, Raj’ah, Tajsim, Khumus, persamaan Syiah Imamiah dengan Yahudi dan Nasrani.

“Kebanyakan hadis yang terdapat dalam kitab Syiah adalah hadis rekaan mereka sendiri bagi mengaburi mata umat Islam di mana mereka mengeksploitasi nama-nama imam dan pemuka keluarga Nabi Muhammad SAW serta berselindung di sebalik nama tersebut bagi menutup kejelikan yang mereka lakukan.

“Antaranya, mereka mengeksploitasi permasalahan mut’ah demi kepentingan dan keuntungan mereka sendiri,” katanya. -Sinar Harian

Ahad, 10 November 2013

@MukhrizMahathir Perlu Tahu Ajaran Syiah Telah Disebarkan Melalui Sekolah Menengah Di Kedah #KedahAmanMakmur


ALOR SETAR - Beberapa guru yang mengajar subjek pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.

Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah Abdullah Din berkata kegiatan guru terbabit di beberapa sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dikesan baru-baru ini.

"Perbuatan guru-guru ini boleh merosakkan akidah pelajar kerana ajarannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipegang oleh umat Islam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menganggotai panel Forum Ancaman Syiah anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu dimaklum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka.

Abdullah juga berpendapat guru Pendidikan Islam yang menganut fahaman Syiah tidak seharusnya mengajar subjek itu.

Beliau berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh untuk melabel seseorang sebagai penganut Syiah, tindakan mengedarkan buku berkaitan fahaman itu kepada pelajar jelas membuktikan mereka adalah pengikut Syiah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Sunni Profesor Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pelajar boleh terkeliru apabila guru pendidikan Islam berfahaman Syiah menyampaikan fakta berbeza dengan silibus yang disediakan.

Beliau berkata ajaran Syiah mengagungkan Imam 12 serta mengkafirkan sahabat Rasulullah dan ini boleh mengelirukan pelajar sekolah namun akhirnya mereka akan percaya dengan apa yang diajar guru berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengharamkan penjualan novel 'Perempuan Nan Bercinta' yang dipercayai mempunyai unsur Syiah dan boleh memesong akidah pembaca, terutama pelajar sekolah. - Bernama

Jumaat, 4 Oktober 2013

Info : MAIDAM Kesan Gadis Cuba Berkahwin Dengan Bapa Saudara Berfahaman Syiah


KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) mengesan kes pertama cubaan seorang gadis untuk berkahwin dengan bapa saudaranya seorang pengikut fahaman Syiah minggu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, perkara itu dapat dihalang ibu bapanya selepas dimaklumkan anak mereka yang juga adik gadis berkenaan mengenai perkara itu minggu lalu.

Mereka gagal menghubungi anak gadis mereka selama seminggu dan selepas dimaklumkan anak mereka, ibu bapa gadis itu menyiasat melalui Facebook sebelum mendapati lelaki yang ingin dikahwini anak mereka itu adalah seorang pengikut fahaman Syiah, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Terengganu kali 'Mendepani Virus Syiah' di sini hari ini.

Mohd Rozali mendakwa, gadis itu yang bekerja sebagai guru di Kuala Lumpur kini dipantau kedua ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan anak mereka yang cuba didoktrin dengan fahaman Syiah oleh bapa saudara sebelah ibunya.

Sehubungan itu, Mohd Rozali turut meminta agar ibu bapa memantau pergerakan anak mereka, terutama yang tinggal jauh di perantauan memandangkan fahaman Syiah ini mudah disebarkan dan menarik perhatian orang awam yang lemah iman berikutan amalan ibadahnya yang lebih senang berbanding Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mengulas mengenai ancaman Syiah di Institut Pengajian Tinggi di Terengganu, beliau menjelaskan masih tiada kes yang dapat membuktikan penglibatan mana-mana pensyarah atau pelajar dengan fahaman ajaran sesat itu.

"Namun, kita tetap memantau pergerakan pelajar-pelajar dari luar seperti Pakistan, Iraq dan Iran, namun jumlahnya tidak ramai dan kerajaan juga akan memperluaskan seminar seperti ini dari masa ke semasa," katanya. - Bernama

Rabu, 17 April 2013

Panas !!! Tok Man Abdul Akan Pastikan Parlimen Pendang Tidak Di Jadikan Parlimen Syiah



Jika PAS adalah parti yang waras, tentu sekali mereka tidak akan membiarkan seorang seperti Mat Sabu berada dalam senarai kepimpinan tertinggi. Jika PAS disokong oleh orang-orang yang waras juga, tidak mungkin Mat Sabu akan dijulang sebagai tokoh penceramah tersohor.

Ini kerana orang-orang yang waras tidak mungkin ‘mampu’ mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit. Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka.

Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti.

Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri. Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu.

Namun, siapa atau apapun Mat Sabu itu, PAS tetap memilih untuk menidakkan segala kebobrokan Mat Sabu serta terus menjulang dan menimangnya.

Justeru, salahkah kita jika merujuk kepada PAS sebagai ‘tidak waras’?

Dalam PRU kali ini, Mat Sabu terus diusung untuk bertanding. Dikatakan sebelum ini Mat Sabu ‘merayau-rayau’ mencari kawasan kerana keadaan kelihatan sedikit sukar baginya. Akhirnya PAS telah memutuskan Parlimen Pendang untuk Mat Sabu, mungkin untuk menyediakan beliau menjadi Menteri Agama, sekiranya PR menang PRU ini.

Tindakan PAS mengenepikan penyandang Dr. Hayati Othman yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuktikan betapa PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa masyarakat Pendang boleh diperkotak-katikkan.

Dari segi fakta, keyakinan PAS tersebut adalah agak keterlaluan. Kita yakin rakyat Pendang bukanlah ‘tidak waras’ seperti yang PAS sangka. Dari tahun 1986 hingga 1999, kawasan itu diwakili oleh UMNO melalui Datuk Othman Abdul.

PAS hanya dapat menawan kawasan tersebut apabila meletakkan tokoh tertinggi iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 1999. Apabila Dato’ Fadzil Nor meninggal dunia, UMNO memenangi semula kawasan tersebut dan PAS hanya merampasnya kembali melalui Dr. Hayati pada tahun 2004 yang mengekalkannya sehingga 2008.

Pengekalan Dr. Hayati selama dua penggal, membuktikan bahawa beliau antara segelintir wakil rakyat PAS yang berkesan. Justeru, mengenepikan beliau untuk digantikan dengan Mat Sabu, seorang Syiah merangkap pesalah khalwat dan balaci kafir harbi merupakan satu ‘perjudian yang besar’ bagi PAS.

Lebih-lebih lagi, apabila Mat Sabu bakal bertemu dengan penyandang awal selama 3 penggal, iaitu Dato’ Othman Abdul.

Lebih menarik lagi apabila penyokong Dato’ Othman Abdul bukanlah satu-satunya tentangan yang bakal Mat Sabu hadapi, tetapi beliau juga perlu berhadapan dengan penyokong Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan Razak.

Umum sedia maklum akan keretakan hubungan Azizan dengan Mat Sabu, melalui rangkaian Syiah yang membawa kepada Phahrolrazi, iaitu exco Kedah yang mencabar Azizan secara terbuka dan biadap suatu ketika dahulu.

Azizan dikatakan cukup ‘pantang’ dengan kumpulan Syiah di dalam PAS, namun terpaksa bertolak ansur dengan mereka akibat campurtangan dari pusat. Penyokong-penyokong PAS di Kedah majoritinya, memilih untuk berdiri di belakang Azizan.

Ini pasti menjadikan laluan untuk Mat Sabu menjadi sukar sekali gus meluaskan lagi peluang bagi Dato’ Othman Abdul untuk menang.

Justeru, dengan sedikit kerja keras, kita pasti Dato’ Othman Abdul akan berjaya menumbangkan Mat Sabu di Pendang dengan mudah.




Rasanya, tidak perlu diungkit kebebalan Mat Sabu, cukuplah membiarkan Mat Sabu membebalkan dirinya sendiri di dalam ceramah-ceramahnya. Kita pasti, rakyat Pendang cukup waras untuk tidak memberi kemenangan kepada calon seperti Mat Sabu.

Pehh !!! Penyokong Mat Sabu Pertikai Pencalonan Zul Noordin Dan Ustaz Fathul Bari #TolakPR



PETALING JAYA: Sebuah badan hak asasi manusia, Pergerakan As Sajjad (Pegerakan Syiah) hari ini mengecam pencalonan dua ahli Umno, Zulkifli Noordin dan Fathul Bari Mat Jahaya, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei ini.

Zulkifli diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam manakala Fathul Bari, pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, Perlis.

Pencalonan Zulkifli, yang juga adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk P 108 Parlimen Shah Alam gagal menjelmakan semangat dan pendekatan holistik dan terkehadapan Barisan Nasional dalam isu-isu perhubungan kaum atau etnik,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan media.

Kritikan terhadap Zulkifli timbul ekoran kemunculan rakaman video Youtube yang menunjukkan Zulkifli menghina konsep ketuhanan dalam agama Hindu.

Pergerakan As Sajjad juga kecewa dengan pencalonan Fathul Bari ekoran kenyataan Fathul yang bersifat anti-Syiah.

“Beliau telah melakukan pemomokan dan fitnah yang serius terhadap minoriti Syiah di negara ini".




“Kami berpendapat pencalonan Fathul Bari adalah bertentangan dengan semangat Deklarasi Islamabad 2007 yang menggariskan bahawa tiada umat Islam dibenarkan membunuh atau membahayakan umat Islam lain, samada Syiah atau Sunni,” kata kumpulan tersebut.

As Sajjad turut mengkritik penyertaan anggota kumpulan Ikatan Muslim Malaysia (Isma) yang bertanding di lapan kerusi parlimen atas tiket Barisan Jemaaah Islamiyah Semalaysia (Berjasa) kerana mereka bersifat perkauman.

Manifesto calon Berjasa menyatakan bahawa mereka bertanding untuk “menebus kembali hak dan kuasa politik Melayu-Islam di Parlimen dan Dewan Undangan-Dewan Undangan Negeri-Negeri tertentu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...