Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Samseng PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Samseng PAS. Papar semua catatan

Sabtu, 13 April 2013

Hot !!! Samseng PAS Serang Penguatkuasa Di Sebabkan Bendera


KUALA SELANGOR – Berlaku kekecohan pagi ini di Simpang Tiga Puncak Alam Fasa Tiga apabila beberapa penyokong Parti PAS cuba menghalang Pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah (MDKS) menjalankan tugas.

Tindakan itu berlaku apabila Pegawai Penguatkuasa MDKS mencabut bendera-bendera parti Barisan Nasional dan PAS yang dipasang di kawasan tersebut.

Menurut saksi di tempat kejadian, penyokong Parti PAS tersebut secara tiba-tiba menyerang dan memarahi Pegawai Penguatkuasa yang bertugas tanpa rasa hormat.










Pegawai-pegawai MDKS ketika itu hanya menjalankan tugas atas aduan orang awam yang kurang senang dengan keadaan tersebut kerana membahayakan pengguna jalanraya yang lalu lalang.

Apa yang dikesalkan adalah sikap penyokong PAS yang mementingkan diri tanpa menghiraukan keselamatan dan perasaan orang lain.

Sikap yang ditunjukkan mereka langsung tidak mencerminkan apa yang dibawa parti tersebut memperjuangkan islam dan mempunyai pemimpin yang berakhlak tinggi.

Mereka sepatutnya akur dengan arahan pihak berkuasa tempatan dan memberikan kerjasama apabila diminta berbuat demikian.- TMS

Pisau Kedah :-

Ingat PAS ingat Samseng...   

Jumaat, 5 April 2013

Gempar !!! Samseng PAS Tetak Penyokong BN Kelantan Hanya Di Sebabkan Poster.



Bachok. 11.45 mlm 3/4/13 berlaku kes tetak di Pos BN Chabang 3 Melawi. Pemilik kedai di tetak oleh seorang penyokong PAS yang datang bersama adik mangsa.

Mangsa di arah menurunkan semua poster BN. Poster BN kemudiannya di potong dengan pedang dan mangsa di tetak di bahu. Mangsa cedera di bahu kanan dan menerima 13 jahitan.

Kes disiasat Peg. Penyiasat IPD Bachok di bawah seksyen 324. Nombor report1093/2013.


Pisau Kedah :-

Pisau Kedah tidak terkejut dengan ketaksuban puak-puak PAS ni kerana dalam PAS mereka sudah di tarbiah supaya sanggup melakukan apa-apa saja demi parti dan bukannya di tarbiah supaya sanggup melakukan apa-apa saja demi mempertahankan agama Islam.

Kalau benar-benar PAS itu memperjuangkan agama Islam, sudah pasti mereka keluar dari Pakatan Haram kerana dalam Pakatan Haram ada parti yang memusuhi Islam secara tidak sedar iaitu parti DAP.




Isnin, 25 Februari 2013

Hot !!! Pemuda UMNO Sik Di Serang Pemimpin PAS #TukarKedah



Pehhh... Memang samseng gila pemimpin PAS Sik apabila bertindak menyerang Bilik Gerakan BN dan berniat untuk mencederakan salah seorang pemuda UMNO yang berada dalamnya.



Menurut laporan yang di buat Pemuda UMNO Sik, Rodzaidi Sullahhudzin. Beliau telah di serang oleh dua orang pemimpin PAS kawasan yang bernama Cikgu Mad Radzi dan Cikgu Azizan yang tidak berpuas hati dengan pemuda berkenaan.

Kedua-dua pemimpin PAS kawasan terbabit bertindak samseng dengan menyerang Bilik Gerakan UMNO/BN Kampung Cemara Jeniang, Sik apabila mengetahui pemuda UMNO yang mereka tidak berpuas hati itu berada di dalam Bilik Gerakan terbabit.

Untuk pengetahuan semua.. kisah penyokong PAS Sik bertindak samseng seperti ini, bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini Ketua UMNO di satu tempat di Sik pernah di serang oleh 20 samseng PAS yang tidak berpuas hati kerana menegur tindakan mereka cuba memasang bendera PAS di pagar kawasan bilik UMNO Cawangan.


Ternyata dengan bersikap samseng, PAS Sik kini dalam keadaan terdesak untuk menghadapi PRU 13 apabila mengetahui bahawa mereka akan kalah teruk di Kawasan Sik.

Rakyat di Sik yang mengundi PAS pada PRU12 yang lalu, kini sudah beralih angin dengan menyokong UMNO setelah mereka menyedari UMNO/BN kawasan Sik yang di bawah Ketua UMNO Bahagian Sik, YB Datuk Tajudin ( Adun Belantik ) banyak membantu mereka berbanding pemimpin-pemimpin PAS yang menjadi Ahli Parlimen SIK dan Adun Jeneri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...