Makluman
Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.
Live TV
Pengikut
Memaparkan catatan dengan label Red Bean Army. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Red Bean Army. Papar semua catatan
Isnin, 30 September 2013
Tentera Maya DAP Kantoi Fitnah Syarikat Milik Bumiputera #KedahAmanMakmur
Golongan pemfitnah ini (kemungkinan tentera Red Bean Army-RBA) sedaya upaya cuba untuk memburukkan roti-roti keluaran Gardenia milik sepenuhnya Bumiputera. Terbaru adalah dakwaan kononnya satu ujikaji telah dijalankan bagi menentukan tahap pengawetan roti bagi 3 jenis roti iaitu keluaran Bread History, Massimo dan Gardenia.
Ternyata, tujuan asal ujikaji ini adalah untuk menunjukkan bahawa roti keluaran Gardenia mempunyai bahan pengawet yang tinggi sehinggakan roti selepas tarikh luput masih tidak dihinggapi kulat. Mari kita baca jawapan Gardenia mengenai isu ini:
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mendapatkan penjelasan daripada kami. Kami dengan tegasnya ingin menyatakan bahawa terdapat satu analisa saintifik iaitu “Kromotografi Ion (IC)” yang boleh digunakan untuk menentukan tahap Asid Proprionat (pengawet) di dalam roti.
Apakah Asid Propionat di dalam roti? Asid Propionat adalah sejenis asid yang berfungsi sebagai pengawet di dalam pengeluaran roti. Ianya boleh berpunca dari:
• Kalsium Propionat – merupakan pengawet kimia yang biasanya digunakan oleh bakeri-bakeri sedunia untuk roti yang dijual secara “wholesale”.
• Bahan-bahan semulajadi – seperti Pekatan Jus Kismis.
Kami telah menghantar semua jenama roti terkenal di Malaysia ke beberapa makmal bebas untuk menguji tahap Asid Propionatnya dan kami dengan bangganya ingin menyatakan bahawa Gardenia menpunyai bacaan/ dos yang terendah iaitu 90% - 92% lebih rendah daripada jenama roti lain di pasaran.
Roti kami dapat mencapai bacaan yang begitu rendah hasil daripada penggunaan bahan-bahan semulajadi; cuka dan pekatan jus kismis bukan seperti bakeri-bakeri lain yang digunakan pengawet kimia, Kalsium Propionat.
Walaubagaimanapun, kami tidak dapat melanjutkan atau kongsi laporan asal daripada makmal-makmal bebas tersebut dengan anda kerana kami perlu mematuhi klausa(peraturan)daripada mereka yang menyatakan bahawa maklumat tersebut tidak boleh digunakan sebagai iklan atau dibuat salinan.
Gardenia juga berbangga dengan usaha dalam pengamalan piawai kebersihan yang tertinggi dalam kilang pengeluarannya. Selain piawai kebersihan yang “stringent”, kami juga memberi kepentingan terhadap pengurangan bacaan spora (spora menyumbang kepada pertumbuhan kulat) untuk memastikan ianya sentiasa pada tahap yang terendah.
Kami juga menjaga kualiti udara yang baik dalam kilang pengeluaran kami. Perkara-perkara inilah membolehkan Gardenia untuk menghasilkan roti Tanpa Pengawet Tiruan, Sintetik atau Bukan Semulajadi. Sekali lagi, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan perkara di atas
Sumber :- Keris 7 Lok
Sabtu, 15 Jun 2013
Hot !!! Pembongkaran Teknik Propaganda Red Bean Army Yang Mampu Memperbodohkan Orang Bodoh #TolakPR
Pisau Kedah tertarik dengan satu posting dalam blog Tun Faisal berkenaan pembongkaran teknik-teknik propaganda Red Beab Army yang hanya mampu memperbodohkan orang yang bodoh sahaja..

Salah satu kaedah penipuan Red Bean Army
Taktik mudah
1) Buat fake account
2) Update info jadi Puteri UMNO atau apa-apa yang melibatkan UMNO
3) Update status mengarut yang menghina agama seperti gambar diatas
4) Cybertroop PR print screen
5) Post dalam group-group Pro PR
6) Orang bodoh tak tau apa akan komen tanpa menilai
Ingat,dalam propaganda penipuan yang diulang-ulang akan menyebabkan orang percaya.Ini salah satu modus operandinya.Selamat memfitnah!
P/S : Hye Red Bean Army!
Jom tengok lagi penipuan Red Bean Army dan yang setaraf dengannya di bawah. Kabarnya ada kajian yang menunjukkan bahawa bahan-bahan ini memang direka khas untuk kerangka akal orang yang tolol.
Tidak semestinya kalau anda berijazah atau seorang profesional, anda tidak tolol. Walaupun anda berijazah dan dari golongan profesional, asalkan anda tolol, bahan-bahan yang direka khas ini pasti membuatkan anda percaya.
Kalau anda bijak sedikit saja, bahan ini tidak mungkin dapat menipu anda dan anda akan terselamat dari penipuan PR.
Contoh 1 - bahan yang sangat bodoh, tak ada nilai estetik, tapi macam saya cakap ia berkesan untuk kerangka akal orang yang tolol.
Contoh 2 - ish3 kalau anda percaya ia daripada BN, anda memang tolol

Contoh 3 - errk? tampal cerita lain, sebelah gambar bangla yang masuk untuk bekerja dah menjadikan cerita ni benar? Betul tak ia untuk mereka yang tolol?

Contoh 4 - yang ni kalau percaya memang confirm IQ rendah
Jika kita lihat bahan-bahan yang dihasilkan oleh cybertrooper BN pula. Hmm.. sekali pandang pun tahu bahan-bahan ini hanya untuk mereka yang bijak je. Kena berfikir. Kalau tak fikir, confirm tak percaya. Bahan ini terlalu susah untuk difahami oleh manusia-manusia yang tolol,
Contoh 1 - ramai penyokong PR tak faham gambar di atas. Selepas diketuk kepala 11 kali baru mereka nampak apa yang hendak diceritakan
Contoh 2 - Fuhhh, ini lagi susah. Nak kena baca-baca la pulak.... malas arr, pun nak kena bijak juga kalau nak faham..
Contoh 3 - confirm yang tak bijak, tak faham sebutir habuk pasal poster ni. Apa yang nak disampaikan, apa motif dan jalan ceritanya.
Yang herannya, banyak pula stok budak-budak pembangkang yang senang ditipu ni. Mana diaorang jumpa stok budak-budak macam ni tak tahulah.
1998 dulu, ada stok budak-budak pembangkang yang kena tipu pasal Anwar kena racun arsenik dan suntikan HIV.
2004, ada stok budak-budak PR yang kena tipu pasal kononnya Anwar sakit tengkuk dan belakang macam dah nazak sangat dah, tak boleh operate dengan pakar-pakar di Malaysia di hospital yang serba serbi lengkap; tapi hanya boleh diubati oleh Tabib Ajaib di Jerman yang hanya ada klinik kecil.
2008, ada juga stok budak-budak PR yang kena tipu pasal 16 September, beriya-iya buat banner, turun himpunan sana sini dengan 4-5 kali, ada pemimpin PR sampai pergi ke Taiwan kejar Ahli Parlimen BN ... last-last penipuan rupanya
2013, macam tak percaya, ada stok budak PR yang percaya dongeng 40,000 rakyat Bangladesh akan di bawa untuk undi BN. Fuh, kena guna 100 buah Jumbo Jet, kena buat 40,000 pasport, kena buat 40,000 IC alamat lain-lain di seluruh negara, kena landing time wartawan dan cybertroopers PR tak ada, kena ambik 10,000 bas untuk bawa mereka mengundi, kena cari bilik hotel untuk mereka menginap dan mandi-mandi, kena ajar 40,000 orang ni cara-cara mengundi, nak kena pakat dengan pegawai SPR nak bagi lepas 40,000 orang ni mengundi, nak kena pakat dengan polling agen dari kedua-dua parti pula... wah bodohnya sapa percaya
But it works - ONLY for the gullibles...
Ada je stok yang senang kena tipu di kalangan budak PR ni. sampai menyebabkan saya tertanya-tanya, yang mereka senang sangat kena tipu ni memang semula jadi ke, genetik ke, apa ke? Bila ada lawyer, doktor, akauntan, lecturer yang boleh secara tololnya mempercayai penipuan PR dan Anwar ni, rasa macam Malaysia ni dah tak de harapan lagi je dah...
Khamis, 16 Mei 2013
Kantoi !!! Cybertrooper Red Bean Army DAP Sah Di Ajar Untuk Memfitnah BN #TolakPR
Kumpulan tentera siber yang dipercayai ditaja DAP, 'Red Bean Army' kini bertungkus lumus menyebarkan berita palsu di internet kononnya kerajaan telah menaikkan harga barangan asas seperti petrol, minyak masak, gas memasak, gula, tepung dan roti bagi menghasut rakyat untuk terus membenci kerajaan.
Menurut beberapa blog, dakyah kumpulan itu di laman sosial seperti Facebook dan Twitter telah berhasil membuatkan pengguna internet berasa marah kepada kerajaan, sekali gus mempercayai kononnya pakatan pembangkang merupakan pentadbir yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).
Pengendali blog tun faisal dot com sebagai contoh, mendedahkan empat penipuan pembangkang tentang kenaikan harga gula yang tidak benar kecuali jika dilakukan oleh pekedai yang menyokong pembangkang serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan yang sebenarnya belum dikuatkuasakan sehingga kini.
Dua lagi penipuan katanya, termasuk oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang mendakwa kerajaan menaikkan harga gas memasak sebanyak RM2 kepada RM30 setong sedangkan perkara itu tidak benar, selain kenaikan harga roti jenama Gardenia yang tidak berasas sama sekali.
Syed Azman didapati menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas itu di akaun Twitternya pada Khamis lalu yang kemudiannya di tweet semula oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Rakyat yang naif dan mempercayai mereka, hanya akan dipermainkan disebabkan kepercayaan ini.
"Disebabkan itu jangan undi dan sokong penipu, kerana bila mereka menipu dan ada share, like dan retweet penipuan mereka, anda juga turut bersubahat menipu rakyat Malaysia. Di bawah adalah struktur harga gas di Malaysia," katanya di http://tunfaisal.blogspot.com Sabtu lalu.
Blog The Flying Kick pula mendakwa kenaikan harga barang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) oleh pekedai yang menyokong pembangkang memang berlaku sebagai sabotaj terhadap kerajaan.
Katanya, peruncit tersebut kebanyakannya kaum Cina dan bukan dalam kalangan Melayu yang masih bersama UMNO dan BN.
"Malaysia sekarang ini sedang dilanda demam fitnah yang berterusan. Kepala fitnah utamanya adalah Anwar Ibrahim. DAP pula membantu dari belakang dengan menyediakan kemudahan media dan penerangan," katanya.
Disebabkan dakyah dan manipulasi berita palsu oleh Red Bean Army di internet, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. terpaksa membuat penjelasan harga produknya tidak dinaikkan.
Gerakan terancang kumpulan tersebut dilihat bertujuan menguatkan hujah mereka apabila sering menuduh kerajaan akan menaikkan harga barang selepas pilihan raya diadakan. - Utusan
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)






