Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Majlis Ulama PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Ulama PAS. Papar semua catatan

Rabu, 9 Oktober 2013

Hot !!! Ijtimak Tarbawi PAS Jadi Medan Pemuda PAS Jatuhkan Mat Sabu Dan Menaikkan Ulama #KedahAmanMakmur


Ijtimak Tarbawi PAS yang diadakan di Pagoh, Muar baru-baru ini gagal menarik ramai peserta. Tinjauan mendapati ramai peserta dari kalangan mahasiswa dan ada yang datang sejauh daripada Pulau Pinang!

Perkumpulan ini nampaknya telah menjadi medan bagi Pemuda PAS menolak Mat Sabu dan kumpulan bukan ulama' dari menerajui PAS. Bagaimanapun, Pemuda PAS jelaslah bukannya dari kalangan yang berani bersuara apabila hanya berani menabur flyer di Ijtimak tersebut.




Namun begitu, tindakan Pemuda PAS itu cepat mendapat reaksi dari golongan bukan ulama, bila ulama dituduh gila kuasa. Ingatkan dalam parti yang mengaku sebagai parti Islam, mereka tak berebutkan kuasa, rupanya ada juga perbuatan adu domba untuk merebut kuasa ni.

Eloklah... PAS buatlah lebih banyak lagi Ijtimak. Maka akan lebih banyak le lagi adu domba di kalangan pemimpinnya. Namun begitu, bukanlah apa yang dirumuskan diakhir Ijtimak itu yang penting buat pemimpin PAS, tetapi ialah berapa yang mampu dikumpul hasil dari perkumpulan-perkumpulan yang besar seperti itu. Atas sebab itulah, kerja-kerja menadah kopiah ini tak akan ada noktahnya dalam PAS.

Sumber :- D'Tenggara


Sabtu, 4 Mei 2013

Panas !!! Majlis Ulama PAS Keluar Arahan Jangan Undi Selain Dari Parti PAS #PRU13



Memang Pisau Kedah tak menduga apabila Majlis Ulama PAS di katakan telah bertindak drastik dengan mengarahkan penyokong PAS jangan mengundi selain dari parti PAS di PRU 13.

Pisau Kedah di maklumkan bahawa tindakkan drastik Dewan Majlis Ulama PAS tidak membenarkan ahlinya tidak mengundi selain dari parti PAS telah bocor melalui Emel  dan ianya berjaya di kesan.

Bukti Emel sulit dari Majlis Ulama PAS kepada individu dalam parti PAS :-




Di bawah ini di lampirkan bersama satu surat rasmi dalam kandungan emel tersebut.



Apakah ini yang di maksudkan Azmin Ali tentang MUFARAKAH (Berpisah) yang di khuatirinya berlaku dalam Pakatan Haram di sebabkan permasalahan dalaman di dalam blognya pagi kelmarin (Klik Sini).??

Di fahamkan artikel Azmin Ali tentang MUFARAKAH dalam blognya telah di buang.. Mungkin ianya atas arahan kerana artikel itu jelas Azmin Ali mengakui dalam Pakatan Haram mempunyai masalah besar dan bakal berpecah.

Sekiranya di lihat butiran maklumat di dalam emel yang di hantar.. Jelas ianya datang dari PAS Pusat.. Apakah ini pertanda ianya desakkan dari Majlis Syura Ulama PAS yang kini banyak menentang agenda DAP dan PKR ?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...