Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label anti syiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anti syiah. Papar semua catatan

Khamis, 14 November 2013

Pendedahan Panas !!! Ajaran Syiah Di Malaysia Merupakan Adalah Agenda Yahudi


KUALA LUMPUR – Syiah yang kini dipercayai mempunyai sekitar 300,000 pengikut di negara ini dipercayai didalangi oleh Yahudi yang mempunyai agenda berterusan untuk memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia.

Pengerusi Akidah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin berkata, Malaysia antara negara yang menjadi sasaran gerakan itu sejak 40 tahun lalu.

Katanya, rancangan itu bagaimanapun gagal kerana keberkesanan kepemimpinan negara melaksanakan pentadbiran berlandaskan prinsip keharmonian sejagat.

“40 tahun lalu, ada pengikut Syiah datang berhujah di maktab perguruan Islam dan memberi buku kepada mahasiswa bertujuan untuk mengembangkan fahaman mereka tetapi tidak berjaya. ALLAH masih selamatkan negara kita,” katanya pada Seminar

Kefahaman Islam yang bertajuk ‘Fenomena Syiah - Mencari Kesimpulan antara Benar atau Salah’ di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan di sini, kelmarin.

Syeikh Muhammad Fuad berkata, negara yang ‘dijangkiti’ ajaran Syiah tidak akan aman sampai bila-bila.

“Keselamatan umat Islam hari ini terancam," katanya.

Menurut beliau, sebuah buku bertajuk ‘Doktrin Syiah Imamiah’ telah diterbitkan hasil daripada penyelidikan yang dilakukan terhadap kitab-kitab Syiah Imamiah bagi memaparkan penyelewengan fahaman itu.

“Masih banyak doktrin Syiah Imamiah yang menyalahi agama Islam yang akan dipaparkan termasuk permasalahan dengan Bada’, Raj’ah, Tajsim, Khumus, persamaan Syiah Imamiah dengan Yahudi dan Nasrani.

“Kebanyakan hadis yang terdapat dalam kitab Syiah adalah hadis rekaan mereka sendiri bagi mengaburi mata umat Islam di mana mereka mengeksploitasi nama-nama imam dan pemuka keluarga Nabi Muhammad SAW serta berselindung di sebalik nama tersebut bagi menutup kejelikan yang mereka lakukan.

“Antaranya, mereka mengeksploitasi permasalahan mut’ah demi kepentingan dan keuntungan mereka sendiri,” katanya. -Sinar Harian

Rabu, 13 November 2013

Panas !!! "Enakmen Anti Syiah" @ustazfathulbari Menerima Cabaran Bersemuka Dengan Adun PAS Kedah #KedahAmanMakmur


ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menyahut cabaran untuk bersemuka dengan sembilan Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.

Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.

“Saya boleh bersemuka dengan mereka dan saya sedia terima jemputan itu. Mereka boleh menulis surat dan menelefon saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.

“Kalau boleh, berilah saya cadangan beberapa tarikh untuk saya lihat mana yang sesuai supaya hasrat itu dapat direalisasikan,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Fathul Bari bersetuju bersemuka dengan Adun Pas kerana ingin memastikan enakmen itu yang sudah diluluskan dapat diperkasakan lagi di Kedah.

“Saya bukan nak babitkan Pas mahupun mana-mana pihak, tapi dalam soal Syiah ini kita perlu bersama melangkaui sempadan politik,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Adun Pas mempelawa Fathul Bari bersemuka berikutan penulisannya di dalam akhbar ini, baru-baru ini berhubung sembilan Adun Pas menolak enakmen anti Syiah yang dibentangkan di Dun Kedah disifatkan tidak bertepatan dengan situasi sebenar.

Menurut laporan itu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, Fathul Bari boleh bercakap mengenai isu Syiah dibincangkan dalam masyarakat, tetapi tidak boleh mengaitkan Adun Pas membantah undang-undang itu.

Untuk itu, Mohd Nasir yang juga Setiausaha Adun PR Kedah akan menulis surat untuk mengadakan perbincangan dengannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...