Kenyataan yang mendakwa Akhramsyah Sanusi merupakan seorang penipu dan tidak pernah menjadi ahli serta Presiden MAYC telah dibuat oleh Mohd Hazri Mohd Hadzir yang merupakan Presiden MAYC sekarang serta merangkap calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik didalam sidang akhbar beberapa hari yang lepas (Klik Sini)
Benarkah Akhramsyah Sanusi seorang penipu atau ianya hanyalah satu tuduhan semata-mata disebabkan Akhramsyah Sanusi akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia menentang KJ ?
Di sini Pisau Kedah hendak tunjukkan bukti bahawa dakwaan Mohd Hazri adalah tuduhan semata-mata untuk menjatuhkan imej Akhramsyah Sanusi yang hendak menentang KJ di dalam merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Didalam blog rasmi MAYC pada tahun 2010 terbukti ada menunjukkan bahawa Akhramsyah Sanusi memegang jawatan Presiden kelab tersebut.
Klik Sini untuk ke laman blog rasmi MAYC
Tak cukup lagi bukti ??.. Nak lagi bukti ??..
Dokumen bersama gambar yang menunjukkan kehadiran Akhramsyah ke Mesyuarat Agung Tahunan MBM kali ke-58 pada 6 hingga 8 Januari 2010 yang mewakili MAYC selaku Presidennya.
Gambar semasa mesyuarat tersebut.
Klik Sini bagi memperkukuhkan lagi bukti.
Terbukti Akhramsyah Sanusi pernah menjadi ahli serta Presiden MAYC tahun 2010 sehingga 2012.
Kenapa Mohd Hazri hendak sangat memburukkan imej Akhramsyah Sanusi ?..
Di bawah ni Pisau Kedah nak tunjukkan satu gambar terbaru Mohd Hazri bersama penajanya untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik dan gambar itu boleh menceritakan kenapa Mohd Hazri hendak sangat menjatuhkan imej Akhramsyah Sanusi.






