Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 30 Mei 2014

Panas !!! Pendedahan Maklumat Untuk Calon BN Untuk Menang Di #PRKTelukIntan #JomPilihMah



Lokasi : Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, Perak

Acara : Lawatan oleh Ketua Penerangan UMNO / BN

Tarikh : 29/5/2014


Nota ringkas :

1. Pada PRU13 undi yang diperolehi calon BN adalah seperti berikut

Melayu - 72%
Cina - 22%
India - 45 %

2. Kalau nak menang PRK kali ini peratusan perlu naik kepada

Melayu - 80%
Cina - 40%
India - 60%

3. PRU13 yang lalu 9,210 ahli BN tidak keluar mengundi, Orang UMNO saja
berjumlah 2,050 orang dan calon BN kalah dengan defisit 7,300

4. Untuk menang kali ini calon BN perlu dapat tambahan 3,650 undi keatas

5. Mah Siew Keong menang pada tahun 2004 dengan 10,000 lebih majoriti.





Sumber :- Minaq Jinggo

#PRKTelukIntan #JomPilihMah @NajibRazak Beri Keyakinan Akan Lantik Datuk Mah Dalam Kabinet Sekiranya Menang


BEIJING: Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di sini.

“Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Ditanya kementerian mana yang akan ditawarkan kepada Mah, Najib berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan perkara itu.

“Belum lagi… perkara itu akan diputuskan kemudian,” katanya.

Mah, 53, anak watan Teluk Intan, pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N.Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008.

Dalam pilihan raya umum 2013, Mah gagal merampas kembali kerusi itu dan kali ini, beliau berdepan dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kali terakhir Gerakan memegang jawatan dalam Kabinet ialah menerusi bekas Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Isnin, 26 Mei 2014

Akhirnya Calon DAP Akui Ibunya Terlibat Dalam Penubuhan PERKASA #PRKTelukIntan #JomPilihMah


TELUK INTAN, 26 Mei (Bernama) -- Calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, akhirnya mengaku hari ini yang ibunya, Yammy Samat pernah terlibat dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan cakap-cakap mengenai perkara itu, turut mengaku pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada tahun 2008.

"Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu, dan saya pula masih belajar," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata pada masa itu, ibunya meminta beliau membantunya mengendalikan pendaftaran keanggotaan Perkasa.

"Ya, ketika itu beliau terlibat dengan Perkasa tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan Perkasa," jelasnya.

Dyana Sofya berkata demikian apabila diminta mengulas penyebaran gambarnya membantu Yammy pada majlis pelancaran laman web Perkasa dan kempen keanggotaan pertubuhan itu pada tahun 2008.

Menyentuh kedudukan ibunya sebagai anggota jawatankuasa pertubuhan itu, beliau berkata status ibunya itu hanya sebagai jawatankuasa penaja memandangkan ibunya meninggalkan pertubuhan itu sebelum mesyuarat agung pertamanya.

"Saya tidak pasti sama ada beliau merupakan anggota berdaftar Perkasa sebelum AGM itu...ibu saya seorang anggota Umno, saya bukan. Beliau mungkin terlibat dengan Perkasa, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu," katanya.

Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai Perkasa, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu.

Sementara itu akhbar hari ini melaporkan bahawa Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan Perkasa apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama.

Hamidah berkata maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.

Hamidah mendakwa sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi anggota Perkasa

Ahad, 25 Mei 2014

Panas !!! Benarkah PAS Amalkan POLSAS ?? #PRKTelukIntan #JomPilihMah


Dari :- Blog Zulkifli Nordin

Nak hudud cari UMNO, nak kerusi cari DAP? Nak Islam cari UMNO, nak politik cari DAP!

Adakah PAS menjadi pengamal POLSAS - politik suku agama suku?

Saya melihat PRK Bkt Gelugor & PRK Teluk Intan sebagai bukti amalan POLSAS ini.

Dalam keadaan PAS sibuk mendesak Ahli Parlimen UMNO menyokong usul hudud PAS Kelantan; tetapi diwaktu yang sama mereka menyokong dan mengundi calon-calon DAP bagi PRK Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menentang hudud PAS!

Malahan PAS cukup kuat mengutuk dan mengecam mana-mana wanita Melayu Islam yang tidak bertudung, tetapi mereka menyokong dan mengundi calon DAP PRK Teluk Intan yang bukan sahaja tidak bertudung malah menentang hudud PAS!

Sebab itu saya rasa iblis sendiri pun akan menangis melihat politiking hipokrit dan melampau PAS ini! Sebab jahat-jahat iblis pun dia berterus terang dengan pendirian dia depan Allah menolak Nabi Adam a.s, sedangkan PAS mempertopengkan agama Allah untuk kepentingan politik kepartian mereka!

Baru-baru ini saya berkesempatan berjumpa seorang pemimpin kanan PAS yang juga seorang yang dikenali sebagai Ustaz. Malahan kekadang dia dikenali dan dipanggil sebagai ulamak walaupun bagi saya beliau hanya seorang penggemar nasi lemak.

Saya bertanya kepada Ustaz ini satu soalan;

"Enta desak Ahli Parlimen UMNO sokong hudud PAS, tetapi enta sokong calon DAP bagi Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menolak dan menentang hudud PAS! Bukankah ini paradoks politik dan sifat hipokrit yang sangat serius".

Jawab Ustaz ini, "hudud soal agama sheikh, PRK soal politik. Enta kena bezakan antara perlaksanaan hudud dan pilihanraya".

Saya menjawab dengan bertanya balik, "bukankah itu bermakna enta memisahkan antara agama dan politik. Hudud agama, pilihanraya politik. Ini bermakna amalan politik suku agama suku? Bukankah atas tuduhan politik suku agama suku inilah PAS mengkafirkan UMNO?".

Pada pandangan saya, inilah sikap politik hipokrit PAS yang Allah dedahkan melalui PRK Bkt Gelugor dan PRK Teluk Intan.

Kalau benar perjuangan PAS berdasarkan Al-Quran & Sunnah sebagaimana yang selalu dimomokkan kepada orang Melayu, sudah tentu mereka akan menentang calon DAP bagi PRK Bkt Gelugor dan Teluk Intan.

Tetapi yang pelik calon ahli PAS sendiri bagi PRK Bkt Gelugor Haji Mohamed Nabi Bux yang jelas perjuangan dia mahu membantu PAS melaksanakan hudud, bukan sahaja tidak disokong dan dibantu oleh PAS, malahan beliau dimaki dan dicaci nista.

Sampai ke peringkat PAS tidak mahu mengaku beliau sebagai ahli walaupun ada sijil keahlian yang ditandatangani sendiri oleh Almarhum Ust Fadil Nor, mantan Presiden PAS!

Sebaliknya PAS bermati-matian membantu dan menyokong Ramkarpal Singh yang terang-terang menyatakan jika dia menang menjadi Ahli Parlimen, dia tetap dengan pendirian mendiang bapanya sendiri Karpal Singh akan menentang RUU hudud PAS jika dibentangkan didalam Parlimen nanti!!!

Malah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang turut hadir menyambut Ramkarpal Singh dalam perarakan pada hari penamaan calon!

Didalam PRK Teluk Intan, secara jelas lagi sarih calon DAP yang tidak bertudung ini menegaskan bahawa jika dia menjadi Ahli Parlimen, dia sama sekali tidak akan menyokong usul RUU Hudud PAS Kelantan, malah akan menentangnya.

Sekali lagi PAS mengambil sikap menyokong dan membantu calon DAP untuk memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan. Malah pimpinan PAS turut sama berarak meraikan calon tidak bertudung penentang hudud ini pada hari penamaan calon!

Dan bila ditanya kepada kepimpinan PAS kenapa sokong calon DAP yang terang-terang menentang hudud, pasti mereka akan menjawab membantu DAP adalah strategi politik tahalluf siasi, melaksanakan hudud adalah kewajipan syariah.

Bantu DAP siasah, buat hudud syariah!

Bukankah itu namanya politik suku agama suku?

Adakah PAS sudah lupa Amanat Hadi yang dibuat di Kg Banggol Pradong, Kuala Terenganu pada tahun 1981? Adakah PAS lupa bahawa, "PAS menentang UMNO kerana mengamalkan politik suku agama suku".

Dyana Sofya Kantoi Lagi Menipu Tentang Statusnya #PRKTelukIntan #JomPilihMah #DyanaSofya


Setelah Dyana Sofya terkantoi dengan pembongkaran penipuan yang kononnya dia merupakan seorang peguam, Dyana Sofya membuat penipuan kali kedua kononnya Sijil Peguam miliknya telah tamat tempoh.


Hey.. Dyana Sofya kalau nak menipu pun agak-agak la biar bagi logik sikit.. !!!

Sebelum ni Dyana Sofya mendakwa dirinya mempunyai sebuah Firma Guaman di Cyberjaya miliknya sendiri. Secara logiknya, mana mungkin seorang indivdu yang mempunyai Firma Guaman atas miliknya sendiri akan membiarkan Sijil Peguam yang dimiliki tamat tempoh.

Ternyata Dyana Sofya seorang kaki penipu. Apakah pengundi Teluk Intan masih lagi mahu memilih seorang Wakil Rakyat kaki penipu seperti Dyana Sofya ?




Sabtu, 24 Mei 2014

Video Yang Perlu Semua Bangsa Melayu Hayati



Sejarah telah mencatatkan bahawa Bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang hebat dan maju satu ketika dahulu. Namun disebabkan wujudnya si kitol si kitol yang tamak kepada jawatan maka bangsa Melayu itu sendiri telah berpecah.

Tidak di nafikan bahawa sehingga ke hari ini telah banyak wujudnya si kitul-si kitul dalam bangsa Melayu sehinggakan ada anasir dari luar yang tidak suka kepada bangsa Melayu menggunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan bangsa Melayu di Tanah Air Sendiri.

Sekiranya keadaan sebegini berterusan berlaku.. Percayalah bahawa Bangsa Melayu akan merempat di tanah air sendiri

Jumaat, 23 Mei 2014

Pemuda UMNO Kedah @ShaifulHazizy Gesa RSN Rayer Membuat Pemohonan Maaf #HanyaDiKedah #DAPRasia

Dato' Shaiful Hazizy, Ketua Pemuda 
UMNO Kedah

Pemuda UMNO Kedah hari ini menganggap cacian yang dilontarkan oleh Wakil Rakyat Seri Delima, RSN Rayer terhadap UMNO adalah bersifat politik jalanan, dangkal, regresif dan tidak matang.

Sambil menganggap tindakan yang diambil oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan adalah wajar, atas alasan tersebut, Pemuda UMNO Kedah menggesa agar RSN Rayer tampil memohon maaf dan mengaku keterlanjuran emosi yang telah dilakukan olehnya.

Hakikatnya, politik rasisme dan caci mencaci sememangnya ada didalam DNA politik DAP selama ini. Oleh yang demikian Pemuda UMNO Negeri menyarankan agar kerajaan kembali mentakrifkan undang-undang kekebalan politik didalam Dewan ataupun dengan kata lain imuniti politik.

Perkara ini dibimbangi akan diambil kesempatan oleh ahli YB Dewan yang mempunyai mentaliti politik jalanan seperti RSN Rayer yang mampu mencetuskan provokasi yang tidak sepatutnya.

Sepatutnya kekebalan ataupun imuniti ini digunakan utk membahaskan isu-isu kepentingan rakyat ataupun negara, bukannya melepaskan geram ataupun melampiaskan emosi.

Namun Pemuda UMNO Negeri Kedah beranggapan bahawa tindakan rakan-rakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan adalah tidak keterlaluan dan ianya hanya menjadi peringatan kepada pihak-pihak yang menggunakan imuniti Dewan sebagai tempat berlindung daripada tindakan undang-undang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah
Dato Shaiful Hazizy Zainal Abidin

Fakta Yang Di Selindungkan Pakatan Haram Tentang 2 Ekor Panda Dari Negara China

Sekadar Hiasan

Hairan juga.. Apabila Negara China meminjamkan dua ekor Panda gergasi kepada Malaysia selama 10 tahun atas tanda persahabatan perdagangan China dan Malaysia selama 40 tahun, Pakatan Haram menggunakan isu tersebut sebagai bahan untuk memburukkan Kerajaan Malaysia tanpa memikirkan keuntungan yang diperolehi disebalik ke dua-dua ekor panda terbabit.


Salah ka Malaysia membelanja puluhan juta sekiranya keuntungan yang di perolehi Malaysia berbilion ringgit melalui perhubungan persahabatan diantara Malaysia dan China..?

Untuk Makluman semua. Di atas persahabatan Malaysia dan Negara China selama 40 tahun, kini Malaysia mempunyai kontrak Perdagangan dengan Negara China bernilai sehingga RM285 Bilion dalam tempoh 5 tahun.

Selain dari mempunyai kontrak perdagangan RM285 Bilion dalam masa 5 tahun, ZOO Negara juga mendapat manfaatnya apabila akan menjadi tumpuan hadirin yang ingin melihat kedua-dua ekor panda tersebut di hadapan mata.

Tahukah semua bahawa hanya terdapat 17 Zoo di 12 buah Negara yang ada panda gergasi sepertimana yang dipinjamkan Negara China kepada Malaysia.

Panda di National Zoo Washington DC di sewa RM 3.3 juta setahun iaitu RM 33 juta utk 10 tahun. Tetapi untung bersih dari penjualan barangan cenderahati panda SAHAJA adalah
RM3.85 juta setahun..

Panda di Zoo Toronto menyumbangkan kepada 10% peningkatan keahlian Zoo & pertambahan 300 ribu Pengunjung setahun. Ini memberi pulangan RM 10 juta setahun.

Zoo Edinburgh merekodkan jualan tiket melebihi 50% dari biasa sejak kedatangan Panda. Jumlah pendapatan adalah tiga kaliganda dari RM27 juta kepada RM 81 juta setahun. Zoo Edinburgh juga mencatatkan peningkatan pelawat zoo apabila Panda mula mendiami zoo mereka daripada 536,000 pada tahun 2011 kepada 800,000 pada hujung tahun 2012.

Zoo Atlanta kena melobi kerajaan China selama 12 Tahun untuk dapatkan Panda & membelanjakan RM16 juta bagi kempen mendapatkan Panda. Sebaliknya Malaysia tak perlu melobi dan tak perlu berkempen untuk mendapatkan Panda. Negara China tawarkan kepada Malaysia atas menghargai 40 tahun persahabatan Malaysia dan China.

Pakatan Haram tahu membuat isu sahaja demi keuntungan politik mereka tapi tak tahu menilai kebaikan yang telah di perolehi.

Kantoi !!! Dyana Sofya Membuktikan Dirinya Tidak Layak Jadi Wakil Rakyat #PRKTelukIntan #JomPilihMah





Sekiranya anda melihat video dibawah ini, ternyata dan jelas sekali calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya hanyalah satu boneka yang diletakkan DAP untuk bertanding di Teluk Intan.


Video yang di ambil ketika di tembual oleh wartawan ini sudah jelas membuktikan Dyana Sofya tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri untuk menunjukkan dirinya layak menjadi wakil kepada rakyat di Teluk Intan. 

Pisau Kedah amat yakin sekiranya Dyana Sofya di pilih menjadi wakil rakyat Teluk Intan di Parlimen, Dyana Sofya tidak mampu membela nasib rakyat di Teluk Intan kerana DAP mempergunakan Dyana Sofya hanyalah sebagai satu boneka yang tidak boleh membuat keputusan untuk rakyat Teluk Intan.

Amat memalukan apabila setiap percakapan dan tingkah laku Dyana Sofya ianya masih di bayangi pemimpin DAP. 

Apakah rakyat Teluk Intan mahukan Wakil Rakyat yang tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri seperti Dyana Sofya ?

Tahniah !!! @razlanrafii Kerana Berani Mempertahankan Maruah UMNO #DapRasis #SupportRazlan


Kelmarin kita digemparkan dengan satu isu dimana Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Razlan Rafii bertindak menyerbu ibu pejabat DAP di Jalan Pudu bagi menyerahkan memorandum bantahan diatas tindakan biadap wakil rakyat DAP Pulau Pinang, RSN Rayer menggelar "Orang UMNO Celaka".



Mari saksikan video penjelasan dari saudara Razlan Rafii yang berani dan lantang mempertahankan maruah UMNO.


Pisau Kedah secara peribadinya memuji sikap keberanian yang di tunjukkan saudara Razlan Rafii mempertahankan maruah UMNO yang majoriti ahlinya adalah berbangsa Melayu. Sewajarnya UMNO perlu lebih ramai lagi pemimpin pemuda yang berani berhadapan dengan sesiapa sahaja demi mempertahan maruah parti Keramat UMNO.

Sekiranya ada yang anggap tindakkan Razlan Rafii melampau, Pisau Kedah hanya boleh mengatakan anggapan tersebut berat sebelah kerana tidak melihat tindakkan melampau wakil rakyat DAP, RSN Rayer terlebih dahulu menghina parti Keramat Orang Melayu dan enggan meminta maaf di atas tindakkannya itu.

Pisau Kedah sarankan agar lebih ramai lagi pemimpin Pemuda UMNO bersikap berani seperti Razlan Rafii. Jangan hanya menjadi Pemimpin Pemuda kerana mahukan jawatan demi kepentingan peribadi.




Khamis, 22 Mei 2014

Calon DAP #PRKTelukIntan Dyana Sofya Kantoi Menipu Siapa Dirinya #JomPilihMah


Satu pendedahan baru yang agak menarik dan mempunyai fakta untuk membuktikan bahawa Calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya bukanlah seorang peguam secara profesionalnya seperti yang diberitahunya kepada pengundi-pengundi Teluk Intan.

Dari hasil carian oleh beberapa pihak didalam Laman Malaysia Bar, Dyana Sofya tidak pernah berdaftar sebagai pengamal undang-undang selama ini dan ianya tidak melayakan Dyana Sofya mengelar dirinya sebagai seorang peguam


Sekiranya menurut Seksyen 37 Akta Profesion Undang-undang 1976

Tiada orang tidak diberi kuasa boleh bertindak sebagai peguam bela dan peguam cara

37. (1) Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang—
(a) bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau ejen bagi mana-mana pihak kepada prosiding atau atas apa-apa sifat, selain sebagai suatu pihak kepada suatu tindakan yang baginya dia sendiri suatu pihak, memohon serta mendapatkan apa-apa writ, saman atau proses, atau memulakan, meneruskan, memujuk rayu atau membela apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain atas nama mana-mana orang lain dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia atau membuat atau menyediakan apa-apa surat cara berhubung dengan apa-apa prosiding dalam mana- mana Mahkamah itu;

atau

(b) bersengaja atau secara palsu berpura-pura, atau mengambil atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihal yang membayangkan bahawa dia berkelayakan atau diberi kuasa dengan sempurna untuk bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau bahawa dia diiktiraf oleh undang-undang sebagai berkelayakan atau diberi kuasa sedemikian,

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Panas !!! Nurul Izzah Kata Dyana "Cantik Tapi Tak Ada Otak" ?? #PRKTelukIntan #MohPilihMah


Seorang pegawai dan kakitangan PKR Lembah Pantai memaklumkan bahawa Izzah tak minat nak bantu di Teluk Intan. Kalau ikut jadual awal, pada hari penamaan calon Izzah sibuk berjumpa dengan beberapa orang perwakilan asing di Kuala Lumpur. Izzah lebih minat nak menyediakan prasarana untuk memulakan Free Anwar Campaign sedikit masa lagi.

Kalau dahulu Izzah tak mahu campur langsung dalam isu FAC, kali ini Izzah sudah semakin bijak dan pandai. FAC is all about money and foreign funding. Izzah tahu berapa banyak FAC boleh kumpul kalau
international bodies mula transfer duit ke dalam akaun FAC.

Kali ini, Izzah lebih hati-hati kerana tidak mahu terjebak dengan isu MONEY LAUNDERING. Kaedah mesti lebih cekap. Itu termasuklah menggunakan syarikat-syarikat dormant sebagai fronting kepada akaun sebenar FAC.

Bila ditanya mengenai DYANA, Izzah hanya memberikan beberapa pointers:-

- incompetent
- not smart
- apple polisher
- kalau dalam PKR…dia nasib baik kalau boleh naik jadi tea lady
- kit siang’ protege
- a person with UMNO-DNA
- beauty with no brain

Kakitangan PKR pun pelik. Tak pernah Izzah sampai begitu sekali mengatakan seorang calon parti dalam Pakatan. Kenapa kali ini teruk sangat?

Izzah rasanya tercabar dengan kehadiran DYANA. Izzah tahu, sepanjang tempoh jadi calon di Teluk Intan, Dyana akan exposed dengan ramai pemimpin PKR dan PAS. Izzah tak mahu status PUTERI REFORMASI jatuh kepada Dyana jika dia mampu mengalahkan Mah di Teluk Intan.

Takkanlah serendah itu Izzah pandang Dyana. Kalau ikut kepada DNA UMNO, rasanya Izzah lagi kuat DNA-UMNO. Malahan, belasan tahun hidup Izzah itu dibelai dengan DNA-UMNO.

Tak usah Izzah cakap pasal MERIT dan kewibawaan. Izzah diletakkan di dalam dulang emas UMNO kerana DNA Pak Sheikh juga. Kalau tidak….

Izzah dikatakan akan hanya hadir di Teluk Intan…kerana tekanan Anwar. Anwar mahu Izzah berikan support kepada Dyana. Tapi kalau ikut hati Izzah, Dyana ini hanya bertaraf political whore.

Itu kata Izzah.

SUMBER :- Gelagat Anwar

Video Pendedahan Eksklusif Tentang Siapa Calon BN Di #PRKTelukIntan #MohPilihMah


Video ini memaparkan Latarbelakang, Misi dan Visi serta harapan calon BN PRK Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong.

Rabu, 21 Mei 2014

Gambar Di Sekitar Penghormatan Terakhir Almarhum Tunku Bendahara Kedah -
























Pendedahan Rahsia Calon BN #PRKTelukIntan #MohPilihMah #BattleOfTelukIntan


Rata rata pengundi dalam Parlimen Teluk Intan lebih mengenali Calon BN Mah Siew Keong berbanding calon mentah boneka Dap yang tidak cukup pengalaman dalam politik.. Pengundi turut mempersoalkan adakah Dyana yang bakal mencecah usia 27 tahun mampu berkhidmat kepada rakyat sedangkan dia tidak mempunyai pengalaman..

Berbanding Mah Siew Keong, beliau lebih berkelayakan memandangkan beliau pernah menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen itu selama dua penggal.‬

Memilih wakil rakyat bukan seperti memilih ratu cantik yang hanya pandai melawa semata mata untuk menarik sokongan.. Tetapi berkhidmat kepada rakyat, membawa suara rakyat menjadi keutamaan..

Calon BN Mah Siew Keong bukan calang calang orang.. Beliau seoarang peguam, pernah menjadi Adun, pernah menjadi Ahli Parlimen 2 penggal dan pernah memegang 2 port folio Timbalan Menteri..

Pengalaman Mah lebih jauh berbanding Calon boneka Dap..



Sedikit Biodata Calon BN PRK Teluk Intan

Mah Siew Keong, seorang peguam yang berusia 53 tahun. Beliau tamat pelajaran sekolah rendah dan menengah di Sekolah Horley Methodist Teluk Intan. Sejurus itu, beliau melanjutkan pelajaran ke London University, England dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian B.Sc. (Hons). Seterusnya, beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan MBA daripada City University London dan Ijazah Muda Undang-Undang LLB (Hons) dengan kepujian daripada East London University.

Perjalanan politik Mah Siew Keong:

• 1995 dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Hilir Perak mewakili Parti Gerakan

• 1995 terpilih sebagai ADUN Pasir Bedamar dalam Pilihan Raya Umum (PRU)

• 1999 terpilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan dalam PRU

• 2004 berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dalam PRU dan dilantik sebagai
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

• 2006 bertukar portfolio kabinet dan mengambil alih jawatan sebagai Timbalan Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani

• 2013 terpilih sebagai Presiden Nasional Parti Gerakan

Mah Siew Keong gigih berkhidmat untuk rakyat tanpa mengenal penat lelah. Beliau giat berjuang untuk mendapatkan peruntukan kerajaan yang berjumlah puluhan juta ringgit bagi tujuan pembinaan benteng yang menjangkau 10km di sepanjang Sungai Perak dan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang telahpun lama membelenggui penduduk setempat. Ketika beliau menjawat sebagai Timbalan Menteri, Mah Siew Keong juga komited dalam mengembangkan sektor perindustrian dan perdagangan, pembangunan tempatan dan infrastruktur Teluk Intan. Beliau juga berjuang untuk mendapatkan peruntukan bagi pendidikan, tokong dan persatuan-persatuan.

Beliau juga aktif menceburi diri dalam aktiviti-aktiviti persatuan tempatan dan pertubuhan amal di mana beliau turut berperanan sebagai penasihat kepada banyak organisasi setempat dan sentiasa aktif memberi sumbangan dan idea yang bernas seperti:

• Menubuh pusat dialisis di Perak atas kerjasama dengan pertubuhan tempatan
Berjaya mendapatkan 153 geran kawasan pertanian bagi penduduk Kampung Sungai Suli

• Memberi peruntukan untuk penubuhan Yayasan Perubatan Chung-Hua Hilir Perak

• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembukaan kolej komuniti di Teluk Intan

• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembinaan terminal bas di Bandar Baru Teluk Intan

• Menyokong secara aktif dan memberi peruntukan kepada usaha pembinaan sebuah krematorium Cina
Hilir Perak

• Mengatur supaya Yayasan Datin Seri Ting Sui Ngit memberikan peruntukan sebanyak RM20 ribu dan
RM100 ribu kepada Che Phong Khor Moral Uplifting Association dan Persatuan Kebajikan Dialisis Hilir
Perak secara berasingan.

Biarpun Mah Siew Keong tewas dalam PRU tahun 2008 dan 2013, namun beliau tetap mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan dan berhasrat untuk terus berkhidmat kepada penduduk tempatan. Selain daripada berpengalaman, berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan. Marilah kita mengundi Mah Siew Keong untuk membolehkan beliau dipilih sebagai wakil rakyat dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk Teluk Intan serta membawakan arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Perak dan Teluk Intan sehingga membolehkan Teluk Intan muncul sebagai salah sebuah bandar yang pesat membangun dengan prospek kemajuan yang amat cerah dalam negeri.

Al-Fatihah " YTM Tunku Bendahara Kedah Mangkat "



Alfatihah

Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Annuar Alhaj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah mangkat pada jam 12.20 pagi di Ipoh.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir dalam satu kenyataan berkata, jenazah almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat asar.

Bendera negeri, Persekutuan dan lain-lain akan dikibarkan pada separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama tiga hari sehingga 23 Mei dengan semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Kedah

Hot !!! Muslimah PAS Keluarkan Fatwa Terbaru Untuk Menjilat Calon DAP #PRKTelukIntan


Demi politik untuk memenangkan calon Melayu DAP, Muslimah PAS telah keluarkan satu fatwa baru bahawa " Permasalahan AURAT menjadi persoalan ke 2 berbanding agenda mahu menjatuhkan Barisan Nasional". 

Agak terkejut apabila Pisau Kedah melihat gambar yang di muat naik melalui akaun FB Cikgu Normal Shamsudin ternyata PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

Selasa, 20 Mei 2014

Video Lim Kit Siang Memalukan Calon DAP Teluk Intan #PRKTelukIntan #MohPilihMah


Memalukan apabila Lim Kit Siang bertindak menghalang calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya menjawap soalan yang di ajukan wartawan.


Nampak sangat Lim Kit Siang takut apa yang dijawap Dyana Sofya akan menyingung perasaan pengundi kaum Cina yang kini sudah mula hilang kepercayaan terhadap DAP apabila meletak Dyana Sofya bertanding di Teluk Intan.

Malahan tindakan Lim Kit Siang hanya memalukan calon sahaja apabila membuat orang melihat Dyana seorang calon yang tidak mampu berdikari.

Video Menarik Tentang Teluk Intan Yang Patut Anda Tonton . #PRKTelukIntan #MohPilihMah


Video ini memaparkan kisah di kawasan di Parlimen Teluk Intan dan memaparkan serba sedikit maklumat jumlah pengundi serta peratusan mengikut kaum. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...