Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label MB Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MB Kelantan. Papar semua catatan

Selasa, 4 Februari 2014

Syabas !!! MB Kelantan Melakukan Perkara Yang Patut Di Puji .


Dari segi dasar peribadi Pisau Kedah terkadang tu sememangnya memuji tindakkan yang diambil oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob walau pun dari segi dasarnya Pisau Kedah berbeza fahaman politik dengannya. Pisau Kedah melihat Datuk Ahmad Yakob lebih suka mengambil cara pendekatan kesederhanaan politik dan menitik beratkan perhubungan dengan rakyat.

Terbaru dalam isu pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden atas alasan menggunakan kekerasan menghukum anaknya, Menteri Besar Kelantan telah memohon perkenan Sultan Kelantan untuk mengadakan solat hajat di seluruh negeri Kelantan bagi memohon agar pasangan yang ditahan pihak berkuasa Sweden di lepaskan.

Satu tindakan harus diberi pujian kepada Datuk Ahmad Yakob.
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan memohon perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berhubung cadangan diadakan solat hajat di seluruh negeri ini Jumaat ini bagi memudahkan urusan pembebasan pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden.

Kerajaan negeri akan memohon perkenan sultan bagi meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memohon masjid di seluruh negeri ini untuk berbuat demikian, katanya.

Ahmad berkata kerajaan negeri berharap rakyat Kelantan terus mendoakan agar mereka dapat kembali bersatu sebagai sebuah keluarga.

"Kita berdoa semoga ibu bapa kanak-kanak ini dapat dibebaskan," katanya ketika melawat empat beradik itu di rumah ibu saudara mereka di Kampung Wakaf Tok Wali, Peringat, di sini hari ini.

Ahmad turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada kanak-kanak tersebut dan berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan yang sesuai kepada empat beradik itu. 

Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba pukul 7.04 pagi Sabtu lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke kampung ibunya di sini pada hari sama.

Mereka kini dijaga ibu saudara mereka, Shaleena Norshal, 43. Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isteri Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Dis lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan pula akan memantau perkembangan psikologi keempat-empat anak pasangan itu di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. 

Pengarahnya Md Noor Chik berkata JKM akan menghantar laporan mingguan kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga mengenai perkembangan psikologi empat beradik itu dalam tempoh mereka menyesuaikan diri.

"Antara masalah yang mungkin dihadapi kanak-kanak ini seperti hari pertama persekolahan mereka kerana masih belum mempunyai kawan, selain kurang fasih berbahasa Melayu.

"Namun saya yakin kanak-kanak ini mampu menangani masalah ini memandangkan ibu saudara mereka merupakan seorang guru dan boleh membantu mereka menyesuaikan diri," kata Md Noor ketika menyertai lawatan tersebut - Bernama

Mendoakan satu perkara untuk kebaikkan sesama Islam harus di puji berbanding mendoakan agar menghancurkan sesama Islam yang dilakukan pihak yang terlalu taksub terhadap politik.

Pisau Kedah berharap tindakan yang diambil Datuk Ahmad Yakob ikhlas dari hati dari seorang pemimpin dan bukannya disebabkan keuntungan politik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...