Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PRK Kajang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Kajang. Papar semua catatan

Ahad, 23 Mac 2014

Laporan Terkini PRK Kajang #PRKKajang #KajangMove


15.37 ptg – PDM Taman Mesra mencatatkan keluar mengundi tertinggi dengan 77.66% manakala PDM Taman Kota Cheras terendah dengan 46.97%.

15.11 ptg – Jumlah keluar mengundi terkini jam 2.00 ptg tidak rasmi adalah 21,254 @ 58.14%


15.07 ptg – Trending keluar mengundi dilihat semakin berkurangan. Kawasan PDM Majoriti Melayu adalah majoriti keluar mengundi manakala PDM Majoriti Cina dilihat rata-ratanya kurang untuk keluar mengundi. Walaupun sepanjang kempen dilihat sambutan kaum Cina tinggi terhadap kempen Wan Azizah dan PKR, namun perkara yang sebaliknya. Kemungkinan boikot berlaku terhadap PKR oleh kaum Cina.

14.52 ptg - Jumlah keluar mengundi terkini tidak rasmi sehingga jam 2.00 ptg mengikut PDM! Taman Kota Cheras – 1,408/3,147, Sungai Sekamat 2,679/4,708, Saujana Impian 1,172/2,014, Taman Mesra 908/1,289, Sungai Kantan 1,413/2,487, Taman Kajang Baharu 2,210/3,782, Kajang 1,310/2,181, Sg Chua Satu 2,961/4,736, Sg Chua Dua 1,573/2,600, Sg. Chua Tiga 404/684, Sg Chua Empat 438/805, Sg Chua Lima 1,024/1,830, Taman Delima 1,173/1,689, Kantan Permai 1,182/3,308, Bandar Kajang 670/1,221, Batu 10 Cheras 897/1,574.

Sumber :- klxpress.com

Laporan Terkini Di Sekitar Hari Mengundian PRK Kajang #PRKKajang #KajangMove

Live Update dari :- klxpress.com


banner
FAKTA KAJANG
Kajang 1: PRK N.25 Kajang diadakan ekoran perletakan jawanan YB Lee Chin Cheh, ADUN Kajang/ Bendahari AMK PKR pd 27 Januari 2014 lalu. SPR tetapkan 08 Feb 14 – Hari Penamaan Calon & 23 Mac 14 – Hari Pembuangan Undi.
Kajang 2: Pengundi berdaftar n.25 Kajang semasa PRU 13, 2013 seramai 38,965 pengundi berdaftar. Pecahan: Melayu – 48%, Cina – 41%, India – 10%.
Kajang 3: 6 PENJURU. PRU 13, 2013 lalu, N.25 Kajang berkesudahan; Lee Chin Cheh – 19,571, Lee Ban Seng – 12,747, Mohamad Ismail – 1,014, Mohd Iwan Jefry Abd Majid – 249, Ong Yan Foo – 85, Mohd Khalid Kassim – 83.
Kajang 4: AWAL DAN AKHIR. Stadium Mpkj, Pesiaran Pekeliling, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor sbg Pusat Penamaan Calon pd 8 Mac dan Pusat Penjumlahan Undi pd 23 Mac ini.
Kajang 5: DUN KAJANG – 16 Daerah Mengundi (DM). 84 saluran berbanding 65 semasa PRU 13 lalu. Pusat Pengundian dibuka di 15 pusat pembuangan undi sekitar DUN tersebut.
LIVE UPDATE! (Click Refresh untuk update terkini!)
11.57 pg – PDM paling tinggi keluar mengundi ialah Bandar Kajang denganperatusan 57% dan terendah ialah PDM Sg. Chua Satu dengan peratusan 23.94%
11.56 pg -  Jumlah keluar mengundi terkini sehingga jam 11.00 pagi mengikut PDM! Taman Kota Cheras – 1,785/3,147, Sungai Sekamat 1,341/4,708, Saujana Impian 645/2,014, Taman Mesra 501/1,289, Sungai Kantan 779/2,487, Taman Kajang Baharu 986/3,782, Kajang 831/2,181, Sg Chua Satu 1,134/4,736, Sg Chua Dua 1,395/2,600, Sg. Chua Tiga 225/684, Sg Chua Empat 311/805, Sg Chua Lima 839/1,830, Taman Delima 588/1,689, Kantan Permai 928/3,308, Bandar Kajang 696/1,221, Batu 10 Cheras 552/1,574.
11.48 pg - Kehadiran pengundi semakin berkurangan. Cuaca panas dan keadaan sesak menyebabkan ramai tidak keluar mengundi pada waktu sebegini.
IMG_3161
11.41 pg – SAMM di bawah pimpinan Chegu Bard berarak masuk ke PDM Sg. Kantan sambil melaungkan ‘Hancur UMNO’. Kemasukan SAMM cuba dihalang Pemuda BN tetapi dihalang oleh anggota FRU. Suasana semakin tegang.
IMG_3165
11.38 pg – PDM Sg. Kantan juga mulai kecoh dengan laungan provokasi PKR “Hancur UMNO’, ‘Hancur MCA’, ‘Undi Melayu’. Terdapat 3 kenderaan konvoi PKR mengibarkan sayur kangkung.
11.35 pg – Jumlah keluar mengundi setakat jam 11.00 pg tadi adalah 13,341 @ 35.06%
IMG_3159
11.20 pg – Calon BN Chew Mei Fun tiba di PDM Kajang, SMK Convent dengan disambut laungan penyokong  BN “Hidup Che Mei Fun, 1 Malaysia!”
IMG_3104
11.04 pg – Petugas PKR menyediakan cecair pencuci dan berusaha untuk mencuci jari pengundi untuk menghilangkan dakwat kekal di PDM Sg. Chua 1 dan 2.
IMG_3124
11.00 pg – PDM Taman Kajang Baharu menjadi semakin panas apabila penyokong PKR menawarkan RM1 kepada penyokokng BN. Dua orang penyokong PKR kaum India duduk di atas jalan melakonkan aksi Bomoh Bubu dengan membawa kangkung.
10.57 pg – Suasana PDM Bandar Kajang kelihatan semakin rancak. BN memberi sorakan “Sokong BN”, “Kunyit Bang Non”, “Masuk Hospital Kerajaan Tapi Sokong Pakatan” dan “Main Belakang”. Penyokong PKR pula melaungkan “Kangkung”, “Sokong BN Barang Naik”, “UMNO LEMBU” sambil membawa sepanduk “Dari Kajang Ke Putrajaya.” Dari segi moral kelihatan penyokong BN lebih bersemangat.
10.51 pg – PDM Taman Kajang Baharu melaporkan lalulintas semakin sesak. Penyokong BN melaungkan lagu ‘Inilah Barisan Kita.’ Setiap kali laungan reformasi kedengaran, penyokong BN disambut dengan ‘sudah mati’ menyebabkan suasana semakin gamat.
10.50 pg – Jumlah keluar mengundi tidak rasmi pada jam 10.00 pg adalah sebanyak 10,093 @ 26.52%
10.47 pg – FRU mula campur tangan di PDM Sg Chua 4. Di PDM Bandar Kajang pula penyokong BN kelihatan lebih ramai berbanding PKR. 70% yang turun membuang undi terdiri daripada bangsa Cina. Terbaru, seramai hampir 30 sekumpulan India tiba dengan laungan ‘reformasi!’
10.34 pg – Zuraida Kamaruddin mengadu kepada pihak polis yang berkawal bahawa ada pihak tertentu yang cuba merayu undi. Namun apabila disiasat, mereka yang dikatakan merayu undi adalah enumerator kajian sikap.
IMG_3084
10.29 pg – Presiden MCA dijumpai bermesra dengan pengundi OKU di Sg. Chua Tiga.
10.27 pg – Penyokong PR melakonkan bomoh dan memakai baju 1 Malaysia  sambil membawa kelapa sebagai provokasi kepada penyokong BN.
IMG_3055
10.15 pg – Penyokong PAS dari Kedah kelihatan menunaikan solat hajat memohon kemenangan & keselamatan PR di PDM Taman Mesra.
IMG_3027
10.10 pg – Khalid Ibrahim kelihatan bermesra dengan penyokong dan jentera BN di PDM Sg. Chua Empat.
IMG_3021
10.05 pg – Provokasi melampau di PDM Sg Kantan dengan menayangkan duit RM1 simbolik kepada BR1M yang dikatakan merasuah rakyat.
10.01 pg – Tengku Adnan, Ahmad Maslan dan Khalid Ibrahim ditemui di PDM Taman Kota Cheras. Manakala Shafei Apdal ditemui di PDM Taman Mesra.
IMG_3009
10.00 pg – Pengundi warga emas dibantu oleh petugas BN untuk menunaikan kewajipan membuang undi. Jarak antara sekatan dan pusat pembuangan undi dikatakan terlalu jauh oleh warga emas ini.
9.55 pg - Provokasi melampau di PDM Sg Chua Empat apabila penyokong PKR membawa kangkung itu mengatakan harga kangkungnya mahal kerana harga kangkung Najib murah untuk makan babi.
9.52 pg – Jumlah mengundi terkini adalah 5,273 pengundi dengan peratus keluar mengundi 13.86%.
9.50 pg -  Jumlah keluar mengundi terkini! Taman Kota Cheras – 361/3,147, Sungai Sekamat 520/4,708, Saujana Impian 285/2,014, Taman Mesra 206/1,289, Sungai Kantan 430/2,487, Taman Kajang Baharu 627/3,782, Kajang 280/2,181, Sg Chua Satu 582/4,736, Sg Chua Dua 291/2,600, Sg. Chua Tiga 88/684, Sg Chua Empat 114/805, Sg Chua Lima 235/1,830, Taman Delima 186/1,689, Kantan Permai 470/3,308, Bandar Kajang 225/1,221, Batu 10 Cheras 197/1,574.
9.42 pg – Wan Azizah kelihatan di PDM Bandar Kajang dan disambut dengan laungan reformasi.
IMG_2955
9.37 pg – Penyokong PR di PDM Sungai Chua melakukan provokasi dengan membawa kangkung.
9.36 pg – Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Ho dijumpai melawat PDM Kajang.
9.29 pg – Calon BN Chew Mei Fun kelihatan keluar daripada PDM Sungai Chua 3 dan Sungai Chua 4.
9.27 pg - PDM Taman Kota Cheras jumlah keluar mengundi sebanyak 361 orang dengan peratusan 11.47%.
9.25 pg – Jumlah yang telah keluar terkini adalah 3,794 orang dengan peratusan keluar mengundi 9.97%.
9.05 pg - PDM Sungai Chua 4 Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pengundi setempat. Calon BN Chew Mei Fun memasuki ke Pusat Mengundi.
8.45 pg - PDM Sungai Chua 4  Terdapat seorang petugas jentera PKR membuat bising di sekitar kawasan pengundian kerana di dakwa penyokong BN duduk di kawasan larangan SPR.
 7.30 pg – PDM Kajang di dalam keadaan baik. Polis sedang melakukan taklimat dan ramai wartawan sudah tiba menunggu.

Sabtu, 22 Mac 2014

Hot !!! @n_izzah Putar Belit Fakta Tentang Reformasi Hanya Untuk Anwar


Ehh.. ehh.. Betul ka Reformasi 2.0 yang dilakukan PKR kononnya keadilan untuk semua seperti yang diperkatakan si anak peliwat ?

Setahu Pisau Kedah.. Reformasi yang dilakukan Pakatan Haram sejak dari reformasi pertama adalah untuk memperjuangkan seorang individu peliwat sahaja dan bukannya memperjuangkan semua orang.. 

Bila pulak reformasi dibuat Pakatan Haram bertujuan keadilan untuk semua ??

Nak putar belit pun agak-agak la sebab semua orang sudah tahu bahawa reformasi dilakukan Pakatan Haram adalah hanya semata-mata hendak memperjuangkan peliwat.

Apabila keputusan Mahkamah tidak memihak kepada si peliwat.. Habis sanak saudara peliwat menghasut rakyat supaya membenci kerajaan kononnya kerajaan Malysia telah memain peranan dalam keputusan mahkamah. Kerajaan di tuduh zalim.

Dalam Pakatan Haram menuduh Kerajaan Malaysia dan Hakim Mahkmah zalim kerana Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful.. Di mana pulak keadilan buat Saiful yang telah di liwat Anwar ?.. 

Jumaat, 21 Mac 2014

Kantoi !!! Anwar Ibrahim Buat Geng PR Malu Dengan Jawapan Tentang Kapten MH370 #PRKKajang #KajangMove


Sebelum ini ketika menyampaikan ceramah di Kajang dengan sombong dan bongkaknya Anwar Ibrahim mengkritik DS Najib Razak kononnya DS Najib Razak tidak layak bercakap dengan media antarabangsa berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 berbanding dirinya. Selain itu Anwar juga mengatakan yang DS Najib Razak tidak sanggup berhadapan dengan media antarabangsa dalam isu pesawat MH370.

Pehhh.. hebat sungguh sikap sombong dan bongkak Anwar Ibrahim ni bila bercakap. Dalam dunia ni dialah yang paling terbaik kononnya. Kalau dengar Anwar bercakap, gunung pun boleh runtuh.

Orang kata kalau dah bodoh dan sombong ni akhirnya Allah S.W.T akan tunjuk juga sikap buruk tersebut kepada orang ramai.

Kelmarin ketika ditemubual agensi media antarabangsa CNN secara siaran langsung di Kuala Lumpur berkenaan pesawat MH370, Anwar Ibrahim telah membuat satu kenyataan yang cukup memalukan bila di tanya tentang kapten pesawat MH370.

Ketika menjawab soalan berkenaan hubungan kekeluargaan beliau dengan juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.Anwar berkata mengenali Zaharie sebagai seorang daripada ahli parti ‘pemerintah’ atau disebut Anwar dalam bahasa Inggeris sebagai ‘ruling party’.

Kalau tak percaya.. tengok video di bawah ini pada minit ke 2.58, Anwar bercakap tentang kapten pesawat MH370 Zaharie dalam keadaan tergagap.




Jawapan yang diberikan Anwar Ibrahim ketika ditanya wartawan CNN adalah SALAH kerana kerajaan Persekutuan DITADBIR OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL bukannya parti PKR yang dipimpinan Anwar sebagai pembangkang di Malaysia..

Anwar adalah Ketua Pembangkang di dalam Dewan Rakyat di Parlimen.

Kalau macam ini punya gaya Anwar menjawab soalan dari CNN, Jauh benar langit dan bumi antara dia dengan DS Najib Razak. Memang tak ada kreadibiliti langsung jawapan Anwar.sentiasa belit dan membelit..



Hot !!! @anwaribrahim kena balun dengan @fuhas_tweet Di Sebabkan Kebodohannya #PRKKajang #KajangMove



Disebabkan mahukan Wan Azizah menang di PRK Kajang, Anwar mula mencipta pelbagai cerita untuk menunjuk keburukkan kepada pemimpin BN dan mengharap rakyat percaya dengan apa yang diceritanya.

Dalam ketaksuban Anwar mencipta pelbagai cerita untuk menyalahkan pemimpin BN, terkadang tu cerita yang di ciptakannya itu hanya menunjukkan kebodohannya yang mahu memperbodohkan penyokongnya yang mudah diperbodohkan sahaja. Sebagai contohnya kebodohan Anwar adalah dalam isu pesawat MH370. Anwar mengkritik Najib Razak terlalu lemah untuk menyelesaikan masalah pesawat MH370 berbanding bapa Najib Razak, Allahyarham Tun Razak yang menyelesaikan masalah ancaman Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 yang menawan bangunan American International Assurance (AIA).

Tentunya penyokong Anwar yang mudah diperbodoh akan menerima bulat-bulat apa yang di ceritakan Anwar tanpa berfikir sedalam-dalamnya apakah benar yang di perkatakan Anwar.

Bagi yang ingin mengetahui perbezaan antara tragedi ancaman JRA dan tragedi pesawat MH370 hilang.. Mari lihat video apa yang di perkatakan Dato' Fuad Hassan dibawah ini.



Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370?

Dimasa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat prihatin mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.

Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.

2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.

3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.

4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.

5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.


Persoalannya :


Siapa yang tahu dimana MH370 ?

Dengan siapa kita nak berunding ?

Siapa yang tahu apa kehendaknya ?

Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?

Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak. Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya.

Khamis, 20 Mac 2014

Tu Dia !!! Nenek Berusia 110 Tahun Janji Undi @chewmeifun #PRKKajang #KajangMove


KAJANG - "Saya undi Datin" demikian luahan kata-kata optimis seorang nenek yang berjanji untuk memberi undinya kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun menjelang hari pengundian PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.

Suminah Saidi yang kini berusia 110 tahun, membuat 'ikrar' tersebut tatkala menerima kehadiran Mei Fun dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke kediamannya, di Kampung  Sungai Kantan Kajang, hari ini.

Suminah yang kelihatan masih 'perkasa' berkata , dia tidak pernah ketinggalan mengundi sejak zaman dahulu dan tidak sabar menunggu Ahad ini untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Dia yang tidak lagi boleh bercakap memberitahu melalui anaknya Alias Othman, 60, bahawa Mei Fun paling layak untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

"Ini adalah kerana BN, terbukti membawa pembangunan sejak dari zaman dahulu lagi.

"Saya hanya yakin kepada kemampuan BN, prestasi mereka tidak dapat disangkal.

"Kenapa kita hendak beri kepada PKR yang belum pasti lagi, kalau kita lihat janji mereka untuk pembangunan di Selangor (Kajang)  masih belum tertunai, lihatlah di kawasan kampung saya ini (Sungai Kantan) jalan masih teruk (sempit, berlubang), lebih baik undi BN," katanya ketika ditemui media, hari ini.

PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara, iaitu Mei Fun yang mewakili BN dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu. - Sinar Harian

Gila !!! Anwar Puji Diri Sendiri Dalam Isu Pesawat MH370 #PRKKajang #KajangMove


Apa... Anwar si kaki peliwat kata dia yang layak mengendalikan misteri kehilangan pesawat MH370 berbanding Najib..??

KAJANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencanang dirinya sebagai pemimpin yang paling layak mengendalikan misteri kehilangan pesawat MH370 berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Esok (hari ini) pukul tiga ada lagi media nak wawancara saya..sebab mereka kata kalau wawancara saya, saya boleh jawab. Kalau wawancara Najib, Najib beri kenyataan saja. Jadi lebih baik saya ganti dia.

"Sekarang ini terbalik. Daripada nak padamkan Anwar, sekarang semua media antarabangsa mula wawancara saya semula," katanya dalam satu ceramah di Sungai Sekamat, malam tadi.

Anwar juga terus memperlekehkan Najib sebagai tidak berani berdepan dengan media antarabangsa.

Ujarnya, kegagalan Najib berbuat demikian memalukan dan mencerminkan ketidakmampuan pemimpin nombor satu negara itu berhadapan dengan dunia bagi menangani krisis tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia sudah cukup malu dengan kelemahan kerajaan menguruskan insiden tersebut yang sehingga hari ini masih menemui jalan buntu.

"Kalau orang tak boleh tanya orang nombor satu di Malaysia, nak tanya siapa lagi? Dia (Najib) bertanggungjawab. Saya hairan sebab satu dunia mengatakan dia tak sanggup berdepan dengan media antarabangsa. Dia biasa dengan Utusan dan TV3 saja.

"Dalam kes MH370 ini, selain mendoakan keselamatan mereka, kita tahu berkecamuk, lemahnya pimpinan negara ini khususnya Perdana Menteri yang pada hemat saya tidak layak terus memimpin negara kita. Itu menunjukkan kelemahan yang mengejutkan dunia," ujarnya.

Dalam ceramah yang sama, Anwar dalam pada itu terus menghentam kerajaan berhubung penglibatan bomoh yang katanya hanya menjadi 'nilai tambah' yang bukan saja memalukan negara, malah menjatuhkan maruah umat Islam negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab 'membanteras' perkara syirik tersebut walaupun telah diugut saman oleh bomoh berkenaan.

"Tiga malam lalu Tok Guru Haron Din kata kepada saya supaya memastikan setiap ucapan saya mesti menegur dan beritahu umat Islam bahawa kerja syirik jangan kita subahat, dan keduanya ianya memalukan, menjatuhkan maruah umat negara kita. Jadi saya jalankan tanggungjawab saya," katanya.

Ketika negara menjadi tumpuan masyarakat dunia, kemunculan tiba-tiba 'bomoh jutawan' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini yang kononnya ingin membantu mencari pesawat itu, memburukkan lagi keadaan.

Rakaman ritual bomoh itu yang dimuatnaik ke laman internet menjadi viral dan menyaksikan ratusan video 'parody' dari seluruh negara dihasilkan masyarakat dunia.

Selain mentertawakan Malaysia, mereka juga mengkritik perbuatan tidak masuk akal bomoh itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tersebut adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan akan mengambil tindakan terhadap bomoh itu- Antara Pos

Kesian Pisau Kedah tengok Anwar Ibrahim yang tak habis-habis gila meroyan nak jadi PM Malaysia sehinggakan sanggup mengangkat diri sendiri untuk dipuji.

Sebelum nak puji diri sendiri tu.. Anwar Ibrahim kencing dulu la dalam tempurung dan kemudian suluh muka sendiri kat dalam tempurung tu sebelum nak puji diri sendiri.

Peliwat seperti Anwar Ibrahim layak ka jadi Perdana Menteri Malaysia ?.


Rabu, 19 Mac 2014

Kantoi !!! TIGA Penipuan Wan Azizah Di Kajang #PRKKajang #KajangMove


Masuk yang ini sudah kali KETIGA Wan Azizah kantoi menipu didalam PRK Kajang.

1. Pada 14 Mac 2014, ketika berkempen di Taman Maju 1, Kajang.. Wan Azizah mendakwa Kerajaan Malaysia menggunakan bomoh untuk mencari pesawat MH370.. Sebaliknya Kerajaan Malaysia tidak pernah menggunakan perkhidmatan Bomoh. Kerajaan Malaysia merupakan Koordinator Utama dan menggunakan paling banyak aset dalam operasi Mencari dan Menyelamat.


Antara aset TLDM sahaja yang digunakan di awal operasi Mencari dan Menyelamat
- Kapal KD Mahawangsa
- Kapal KD Kasturi
- Kapal KD Lekiu
- Kapal KD Terangganu
- Kapal KD Pahang
- Kapal KD Selangor
- Kapal KD Ganyang
- Kapal KD Mahamiru
- Kapal Submarine Escape And Rescue Vessel MV Mega Bakti
- Helicopter Fennec dan Superlynx

2. Ketika ditemubual Mstar pada 17 Mac 2014, Wan Azizah memdakwa "Anwar tidak mengenali kapten pesawat MH370 (Zaharie)" . Namun pada 13 Mac 2014 dalam Dewan Rakyat, Anwar menyatakan dia mengenali sebahagian penumpang serta Juruterbang MH370 ( Zaharie). 
Selain itu menantu Wan Aziza sendiri melalui akaun instagramnya Syaheedah mengakui juruterbang pesawat MH370 (Zaharie) merupakan bapa saudaranya.. Tak logik akal sekiranya Wan Azizah atau Anwar Ibrahim tidak mengenali bapa saudara kepada menantu mereka.


3. Ketika di Sungai Kantan, Kajang pada 18 Mac 2014, Wan Azizah telah mengatakan "SPR telah membuat penambahan mendadak pengundi awal sebanyak 1000 orang dalam PRK Kajang".. Hakikatnya hanya berlaku 17 orang penambahan pengundi dalam PRK Kajang berbanding PRU13. 
Pada PRU13 seramai 1180 orang pengundi awal di DUN Kajang.. Manakala dalam PRK DUN Kajang sebanyak  1197 orang pengundi awal di DUN Kajang. Penambahan 17 orang pengundi yang di senaraikan SPR adalah di daftarkan sebelum tarikh pengosongan kerusi DUN Kajang.

Apakah seorang yang telah terbukti suka melakukan penipuan layak di pilih pengundi Kajang sebagai wakil rakyat mereka dalam PRK Kajang.. ?  "Tepuk dada tanya hati".

Apakah pengundi Kajang percaya dengan janji-janji yang di lakukan Wan Azizah sekiranya sudah berkali-kali terbukti suka menipu.?







Panas !!! Selapas Wan Azizah, Nurul Izzah Pulak Kena Sound Dengan Peniaga #PRKKajang #KajangMove


Sebelum ini Wan Azizah kena sound dengan peniaga yang berasal dari Pulau Pinang yang berniaga di Kajang (Klik Sini). Peniaga terbabit yang dahulunya berniaga di Perda (Kawasan Permatang Pauh) terpaksa mencari makan di Kajang setelah Kerajaan PR (DAP) telah memusnahkan perniagaan mereka di Pulau Pinang.

Kali ini Anak sulong Wan Azizah, si Nurul Izzah pulak kena sound dengan seorang Makcik yang berniaga di Taman Mesra, Kajang. Nurul Izzah kena sound dengan makcik terbabit disebabkan makcik terbabit tidak berpuas hati dengan kekejaman Kerajaan Negeri Selangor pentadbiran PR yang telah mengarahkan gerai yang menjadi sumber rezekinya sejak 11 tahun lalu di robohkan.


Memang patut pun Nurul Izzah kena sound disebabkan kezaliman Kerajaan Negeri pentadbiran PR. Kira bernasib baik la si Nurul Izzah sebab cuma setakat kena  sound saja.. Kalau Pisau Kedah jadi makcik tu, dah lama muka pemimpin PR yang hendak meraih undi kena ludah dengan Pisau Kedah.. Dok tuduh Kerajaan BN ni zalim.. Hakikatnya Kerajaan Negeri pentadbiran PR lebih zalim lagi.

Nak tahu apa yang dikatakan makcik terbabit kepada Nurul Izzah.. ??

Kata makcik berkenaan, sejak PR memerintah Selangor, gerai Melayu banyak yang kena roboh. Bila nak undi baru datang melawat. ''Apa punya haramjadah" kata makcik itu dengan garang. Sudahlah nak robohkan gerai orang tanpa bagi alasan atau berikan tempat pengganti, ada hati lagi nak sibuk minta undi simpati.




Sumber Gambar dan Cerita :- Cucu Tok Selampit

Selasa, 18 Mac 2014

Isnin, 17 Mac 2014

@chewmeifun Kecewa Dengan Tuduhan Jahat PR #PRKKajang #KajangMove


Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun kecewa dengan tindakan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP yang menyebarkan maklumat palsu dalam kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang mendakwa beliau akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) jika dipilih rakyat pada PRK nanti.

Menurutnya, parti pembangkang mengambil pendekatan berkempen secara tidak sihat dan menuduhnya dengan perkara yang tidak berasas.
“Kita tidak pernah menyebut mahu menutup sekolah itu tetapi kita mengikut permintaan PIBG untuk pindahkan sekolah itu dari tapak 0.8 ekar kepada 6.3 ekar.

“Sekarang sekolah itu lebih besar, lebih kondusif dan sesuai untuk bilangan murid yang ramai dan kini telah pun dibuka semula dengan bilangan murid seramai 307 orang,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Jamek Bandar Kajang, semalam.
Mei Fun pada masa sama meminta semua pengundi Kajang tidak mempercayai dakwaan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina akan ditutup jika beliau menang.

“Saya sendiri belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Bila mereka cakap saya akan tutup semua sekolah Cina memang tidak berasas. Orang ramai tidak akan percaya kerana latar belakang saya.
“Saya selalu mencari pendekatan atau cara untuk memperkuatkan lagi budaya Cina termasuk budaya lain, kerana kita harus wujudkan masyarakat yang harmoni dan muhibah,” katanya.

Mei Fun turut menyelar tindakan pihak yang sengaja menurunkan posternya sekali gus melabelkan perbuatan itu sebagai bukti kempen tidak sihat yang diamalkan PR.

“Tindakan itu memang tidak boleh diterima kerana kalau kita mahu bertanding kita kena bertanding secara sihat.

“Kalau tindakan ini diteruskan ia akan menjejaskan dan mencemarkan kempen,” katanya.

- See more at: http://www.selangorpress.com/?p=390#sthash.aOrwXZZH.dpuf

"Ahli UMNO Masuk PKR" Akhirnya PKR Kantoi Menipu Dalam #PRKKajang #KajangMove


“SAYA masih ahli Umno dan tak pernah sesekali menyertai PKR,” tegas Ketua Pemuda Umno Sungai Kantan Peringkat 3, Mohd Faisal Ariffin yang mendakwa dirinya difitnah apabila diumumkan menyertai PKR di Stadium Kajang, kelmarin.

Bendahari Pemuda Umno Hulu Langat itu berkata, tindakan PKR yang mengaitkan namanya daripada 100 ahli Umno menyertai PKR adalah perbuatan jahat dalam permainan politik pembangkang.

Menurutnya, dia mengetahui perkara itu menerusi panggilan telefon daripada ahli Umno ketika sedang bermesyuarat di Bilik Gerakan Umno Malaysia yang mahukan kepastian darinya.

“Saya sangat terkejut mendengar berita itu. Ahli lain mahukan kepastian sedangkan saya tidak pernah terlintas mengkhianati Umno untuk sertai PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menyelar tindakan PKR yang membuat pengumuman menyebarkan maklumat yang sama sekali tidak berasas itu.

Mohd Faisal turut mencabar pihak yang mengumumkan maklumat berkenaan bersemuka dengannya dan tidak berselindung.

"Saya tidak kisah dengan permainan politik PKR. Cara ini dah jadi darah daging mereka selain mengaibkan orang lain semata-mata mahu menang dalam pilihan raya.

“Inilah wajah dan sikap PKR yang sengaja memutar belit untuk meraih simpati dari ahli Umno dan rakyat.

“Mereka tahu mereka semakin goyah di Kajang jadi terpaksa timbulkan spekulasi dari perkara yang tidak wujud,” katanya.- SH

Ahad, 16 Mac 2014

Video Bukti Wan Azizah Gunakan Tikar Terbang Raja Bomoh Untuk Tumbangkan BN #PRKKajang #KajangMove


Kelmarin... Selepas Pisau Kedah post tentang cerita Wan Azizah memperlekehkan usaha Kerajaan Malaysia dalam operasi Mencari dan Menyelamat pesawat MH370 yang sehingga kini masih gagal ditemui, ada sahabat Pisau Kedah sendiri dari PR mempersoalkan Pisau Kedah bahawa apa yang di ceritakan Pisau Kedah hanyalah rekaan semata-mata dan ianya tidak pernah di sebut Wan Azizah.

Bukan setakat mempersoalkan apa yang di ceritakan Pisau Kedah.. Pisau Kedah turut dikatanya "Bodoh" sebab mendedahkan sesuatu perkara yang tak ada kesahihan. "Setakat memetik melalui portal kononnya telah dipadam cerita,, sapa-sapa pun boleh buat..!! ".

Nah...!!! sekarang tengok pulak video ni dengam teliti dan dengar elok-elok apa yang diperkatakan oleh Wan Azizah..





"TIFO" Membuktikan Sokongan Golongan Remaja Kepada @chewmeifun #PRKKajang #KajangMove


Tifo selalu sinonim dengan penyokong setia meluahkan rasa cinta dan jiwa pada pasukan ataupun individu. Selalunya tifo besar dihasilkan wajah,pasukan dan yang tak dijangka boleh dihasilkan.

Bagaimana tifo dihasilkan? Ia terhasil dengan melukis dan cat secara berkumpulan, ini secara langsung jiwa dan cinta diluahkan. Dan menjadi kepuasan apabila terhasil dan dipertontonkan oleh orang ramai.

Maka dengan ini tifo wajah Datin Paduka Chew Mei Fun terhasil. Atas rasa teruja,jiwa dan cinta, sekumpulan remaja telah mengambil masa 2 hari untuk mengahasilkan tifo wajah beliau.

Segala kudrat penat lelah dilupakan janji tifo itu berjaya dan satu kepuasan untuk Calon N.25 PRK KAJANG.

Penulis amat mengagumi sokongan yang diberikan oleh sekumpulan remaja daripada Kajang yang membuat tifo ini. Ini bukti bahawa harapan mereka teramat besar kepada calon Barisan Nasional untuk membawa perubahan kepada rakyat Kajang.

Tifo ini juga sebenarnya memberi tamparan hebat kepada calon air
mata PKR, Kak Wan yang dilihat tidak menjadi pilihan baik pengundi cina mahupun pengundi melayu. Kali ini mereka akan beri amaran kepada PKR.

Siapa yang akan percaya kepada PKR yang letak jawatan secara tiba-tiba kemudian nak bagi PKR semula? Ingat pilihanraya ini hanya satu mainan? Boleh suka-suka letak jawatan? Ini bezanya antara mereka yang bertanding untuk rakyat ataupun untuk diri sendiri.


Apapun tahniah kepada kumpulan remaja tersebut. Anda beri gambaran yang bagus kepada rakyat Kajang yang lain. Harapan
akan menjadi kenyataan jika sentiasa berusaha dan berdoa. Kak Wan dah boleh tarik diri sebenarnya.

Sabtu, 15 Mac 2014

Gila !!! Wan Azizah Guna Tikar Raja Bomoh Untuk Menjatuhkan Imej BN di #PRKKajang @KajangMove


Bangang ...!!! Hanya itu yang boleh katakan kepada Wan Azizah apabila menggunakan isu pesawat MH370 yang hilang tempohari sebagai modal politik untuk menjatuhkan BN dalam PRK Kajang.

Dalam kenyataan Wan Azizah ketika bercerama di Sungai Jelok, Kajang, beliau mengatakan "Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang . China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit, Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh 'DoReMi' naik tikar".

Kenyataan ini juga turut dimuat oleh sebuah portal yang pro kepada PR, The Malaysian Insider. Namun artikel tersebut telah di padamkan dan berkemungkinan ianya arahan dari pihak PKR yang melihat isu ini boleh menjatuhkan imej PKR dan Wan Azizah didalam PRK Kajang.


Mungkin Wan Azizah terlalu sibuk berkempen dan mempertahankan suaminya yang disabitkan kesalahan meliwat sehinggakan tak tahu atau saja-saja tidak mahu mengambil tahu perkembangan semasa pesawat MH370.

Sebenarnya Malaysia telah menggunakan banyak aset yang di miliki Malaysia didalam operasi Mencari dan Menyelamat MH 370.  





Janji Mei Fun Lebih Memenuhi Kehendak Masyarakat Kajang #PRKKajang #KajangMove


Dari segi janji di antara Mei Fun dan Wan Azizah dalam PRK Kajang ternyata janji Mei Fun lebih menepati kehendak masyarakat Kajang.

Video dibawah ini merupakan video ikrar LIMA janji yang telah dibuat Mei Fun sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat di Kajang selepas PRK yang berlangsung 23 hb ini.



Kenapa Pisau Kedah mengatakan ikrar janji Mei Fun lebih menepati kehendak masyarakat di Kajang berbanding Wan Azizah.. ??.

Dalam EMPAT janji yang dilakukan Wan Azizah iaitu meningkatkan prestasi kutipan sampah di Kajang, membanteras jenayah dan tingkatkan keselamatan, pembangunan anak muda dan usahawan kecil serta menangani masalah kesesakan lalu lintas.. Wan Azizah sebenarnya terlupa satu perkara yang sangat-sangat di harapkan masyarakat Kajang iaitu menyelesaikan masalah banjir yang gagal ditangani adun PR sebelum ini.

Masyarakat Kajang boleh nilai sendiri janji-janji yang dibuat diantara kedua-dua calon PRK Kajang ini. Manakala dari segi integriti dan kredibiliti pulak Mei Fun jauh lebih bersih dari Wan Azizah.



#PRKKajang : PKR Atur Strategi Untuk Timbulkan Suasana Tegang ?? #KajangMove


Apakah dalam PRK Kajang, PKR sedang mengatur strategi untuk membuat provokasi terhadap kesemua bilik gerakan yang didirikan BN bagi mengwujudkan suasana tegang ??

Sebelum Pisau Kedah sampai ke Kajang petang tadi, Pisau Kedah di maklumkan oleh sahabat Pisau Kedah, Kulaan Niring bahawa PKR telah bertindak mengubah bilik gerakan mereka dan meletak bersebelahan di kebanyakan bilik gerakan BN di sekitar kawasan Kajang.


Apabila Pisau Kedah sampai ke Kajang terutamanya bilik gerakan BN di PDM Sungai Kantan.. Ternyata jelas bilik gerakan BN dan PKR berkedudukkan bersebelah dalam keadaan terlalu rapat.

Apa tujuan PKR mengubah bilik gerakan mereka terlalu hampir dengan bilik gerakan BN ?? 

Pisau Kedah bimbang akan berlaku sesuatu perkara yang tidak di ingini sekiranya pihak SPR atau Pihak Keselamatan membiarkan perkara ini berlarutan.



Jumaat, 14 Mac 2014

Inilah Janji-Janji Mei Fun Sekiranya Menang Di #PRKKajang


Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan.


Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jabatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang memuaskan. Memantau keberkesanan MPKj dalam pembinaan dan penyelengaraan insfratuktur-insfratuktur termasuk jalan, longkang, lampu jalan dan kebersihan persekitaran.

Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yang di rancang oleh Kerajaan Pusat demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yang kian menular.

Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang.

Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah, mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam, menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha membaiki keadaan keselamatan.

- Memperkuatkan check and balance terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

- Membetulkan masalah hal ehwal tempatan.

- Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yang konstruktif

- Sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.




Penjelasan Mengapa Pengundi Kajang Perlu Menolak Wan Azizah Dalam #PRKKajang ??


Calon BN PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataannya, beliau menyatakan tidak gentar berhadapan dengan lawannya Wan Azizah, Presiden PKR.

Yaa.. Memang sepatutnya Chew Mei Fun tidak perlu merasa gentar berhadapan dengan Wan Azizah walau pun Wan Azizah berstatus Presiden Parti.

Sekiranya di lihat dari track rekod politik diantara Chew Mei Fun dan Wan Azizah ternyata rekod politik Chew Mei Fun lebih cemerlang rekodnya sebagai ahli politik berbanding Wan Azizah.


Malahan Moto yang dibawa Chew Mei Fun "Integriti Dan Kredibiliti" didalam PRK Kajang sudah dapat mencerminkan siapa itu Chew Mei Fun dan hala tujunya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat Kajang. Manakala Wan Azizah hanya membawa Moto "Kajang Move" yang pada awalnya dibawa oleh Anwar.

Ternyata Wan Azizah tidak mempunyai hala tuju dirinya tersendiri yang boleh di banggakan sebagai calon yang mewakili PR.. Wan Azizah hanya menjadi calon Payung Terjun yang semata-mata menyambung kesinambungan suaminya, Anwar yang gagal menjadi calon PRK Kajang di saat-saat akhir. Malahan meletakkan Wan Azizah sebagai calon yang mewakili PR yang mengantikan Anwar dilihat ianya lebih kepada amalan kronisme.


Maaf la kalau Pisau Kedah katakan yang pengundi Kajang tidak patut mengundi Wan Azizah pada 23 Mac ini kerana tiada keikhlas yang dapat dilihat dalam diri Wan Azizah untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.



Selasa, 11 Mac 2014

Panas !! Betul Ka Calon BN PRK Kajang Ada Hubungan Sulit Dengan Suami Orang ?? PRKKajang


Memang celaka apabila Red Bean Army (RBA) telah memulakan serangan kotor ke atas calon BN di PRK Kajang, Chew Mei Fun. 

Dengan menggunakan sekeping gambar yang agak kabur.. RBA telah menyebarkan gambar tersebut dalam group PKR kononnya gambar yang membuktikan Chew Mei Fun mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

Gambar yang di sebarkan RBA..


Apakah benar gambar diatas yang disebarkan RBA merupakan gambar Chew Mei Fun dengan skandalnya ??

Sebenarnya TIDAK !!!..

Gambar sebenarnya adalah gambar Chew Mei Fun bersama penduduk Kajang sebelum ini. Gambar di bawah ini merupakan gambar asal sebelum di edit RBA untuk di manupulasi memjatuhkan imej Chew Mei Fun.


Untuk pengetahuan Chew Mei Fun sememangnya layak bertanding dan memenangi PRK Kajang kerana mempunyai latar belakang yang berpegang pada PRINSIP dan Integriti

Datin Paduka Chew Mei Fun memenangi Kerusi Parlimen P094 PJ UTARA pada pilihanraya kali ke 10.

Berikut adalah keputusan pada pilihanraya ke 10 bagi Parlimen P094 PJ UTARA

1. Chew Mei Fun (BN) 25,603 2,481 (majoriti)

2. Liu Tian Khiew (DAP) 23,122

3. Wee Chek Aik (MDP) 706

Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.


Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009. Beliau dilantik sebagai senator setelah gagal mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya 2008.

Pada 28 Mac 2010 semasa pemilihan MCA, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks DVD dilantik sebagai presiden. Chua Soi Lek berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis.


Artikel 8 April 2010

Ramai yang menyindir supaya Chew Mei Fun meletak jawatan sebagaimana ikrar. Ramai pengikutnya di Wisma MCA membawa sepanduk “Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita”, “Kami sokong anda”, “Kami perlukan anda” dan “Jangan letak jawatan!”

Berdasarkan kepada ‘Track Record’ bersih yang dimiliki oleh calon Barisan Nasional daripada parti MCA ini, jelas dapat digambarkan bahawa beliau adalah calon yang amat sesuai untuk dipilih sebagai wakil rakyat di Kajang pada pilihanraya kecil DUN pada kali ini.

Chew Mei Fun juga terkenal dengan akitiviti kemasyarakatannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...