Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label INFO MASYARAKAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO MASYARAKAT. Papar semua catatan

Selasa, 12 November 2013

Info Masyarakat : Lagi Penipuan Tentang Mesin ATM Yang Harus Semua Ketahui #Info


Rasanya anda tentu pernah membaca penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah.

Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.

Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.

Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini. - REM RAMZI

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )



Sumber :- Kedah Ke KL

Rabu, 9 Oktober 2013

Pelik Tapi Benar !!! Predator Buat Report Polis Di Malaysia @PDRMsia #KedahAmanMakmur


Kuala Lumpur: “Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,”.

Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.

Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia.

“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.


“Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kliniknya, di sini, semalam.- Harian Metro

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Selasa, 8 Oktober 2013

Panas !!! Bangunan CMART Jitra Runtuh Pagi Tadi #KedahAmanMakmur


Riuh rendah bila sebahagian besar dinding pasaraya yang baru beroperasi awal Ogos lalu di Bandar Darulaman Industri di sini, runtuh.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi Selasa itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kerana premis terbabit ketika itu kosong dan hanya beroperasi jam 10 pagi.

Mengikut laporan awal, keruntuhan mungkin disebabkan batang konkrit yang dah mereput, kerana bangunan tersebut pernah terbengkalai lama sebelum ini.

Sumber :- Kedah Ke KL

Isnin, 7 Oktober 2013

Kisah Pengalaman Seorang Doktor Hidup Di Australia Yang Patut Penyokong PR Ambil Iktibar


Bagi Pisau Kedah.. Penyokong Pakatan Haram yang mendakwa Kerajaan Malaysia ni zalim terhadap rakyat patut membaca kisah pengalaman seorang doktor yang hidup di Australia.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- "Satu Ringgit?" tanya Dr Mariya Yahya, 29, yang terkejut dengan bayaran rawatan bagi ibunya di Klinik 1Malaysia.

Bagi Dr Mariya, yang telah menetap dan bekerja di
Australia sejak usia 18 tahun, bayaran kecil itu di kemudahan yang dikendalikan kerajaan sukar untuk dipercayai.

"Bayangkan seorang warga emas penghidap penyakit
tiga serangkai, baru selesai mendapatkan rawatan
susulan pakar di hospital awam dan pulang dengan
berkotak-kotak ubat yang sebenarnya berharga ratusanringgit padahal beliau tidak membayar satu sen pun," kata doktor gigi ini yang peka dengan harga sebenar khidmat perubatan.

Bandingkan pula dengan bayaran pakar swasta yang
mencecah ratusan Ringgit untuk sekali rawatan, belum ditambah dengan harga ubat-ubatan dan perkhidmatan makmal yang lebih mahal, tambahnya.

Beliau berkata rakyat Malaysia bernasib baik kerana
semua golongan sama ada miskin, sederhana atau kaya boleh menikmati kemudahan kesihatan secara percuma atau dengan bayaran paling minimum.

PENGALAMAN DI AUSTRALIA

Ini berbeza dengan di Australia yang hanya membenarkan mereka yang layak iaitu pemegang kad
konsesi untuk menikmati perkhidmatan hospital awam.

Penerima kad konsesi lazimnya adalah pelajar, penganggur, orang kelainan upaya (OKU) dan mereka
yang berpendapatan kurang daripada AUS$ 30,000
(RM90,500)setahun.

"Itupun, hospital awam hanya mengeluarkan perskripsi ubatan tanpa ubatan percuma menyebabkan pesakit luar perlu membeli dan membayar sendiri ubat yang diperlukan daripada farmasi," jelasnya.

Dan mereka yang mampu perlu ke hospital swasta.

SARA HIDUP MAHAL

Dr Mariya yang bertugas di Adelaide mengakui sara
hidup berkeluarga dan bekerja di Australia, pada amnya mahal. Beliau dan suami teguh bertahan demi salah seorang anak mereka yang merupakan anak istimewa.

"Memandangkan dia dilahirkan di negara ini, anak kami layak mendapat perkhidmatan kebajikan kanak-kanak yang cukup mudah diperolehi di negeri yang kami tinggal (South Australia)," katanya menerangkan
perkhidmatan itu termasuk terapi pertuturan, fisioterapi, kaunseling kanak-kanak dan sebagainya.

Isunya, cukai pendapatan yang dikenakan adalah setinggi 46 peratus daripada pendapatan bercukai
setahun sehingga menyebabkan beliau dan rakan-rakan merasakan ia terlalu menekan pekerja golongan pertengahan seperti mereka.

Itu belum termasuk banyak lagi yuran tahunan wajib
seperti bayaran insurans kesihatan dan insurans
pekerjaan, pelbagai lesen seperti lesen membuat radiasi (x-ray), yuran sekolah dan sebagainya.

"Mereka yang berpendapatan di bawah $30,000 setahun dikecualikan daripada cukai dan golongan atasan seperti jutawan pula boleh mengurangkan cukai melalui aktiviti korporat seperti mengadakan cabutan bertuah atau memberi derma," jelasnya.

Antara punca golongan profesional Australia terpaksa
membayar cukai yang tinggi adalah kerana kerajaan
memerlukan wang bagi menyara orang seperti penagih dadah, penganggur dan ibu tunggal.

Beliau menjelaskan polisi menyara golongan sebegitu
walaupun baik, ia turut disalahguna dengan pelajar tidak berkahwin sengaja mengandung bagi mendapatkan saraan kebajikan dan begitu juga golongan penganggur yang kekal menganggur.

TANPA SUBSIDI

Perbelanjaan untuk pengangkutan juga tidak kurang
mahalnya. Berbeza dengan Malaysia yang mengamalkan polisi subsidi untuk mengurangkan beban sara hidup, tiada istilah subsidi petrol, air atau elektrik di Australia.

Pengguna kenderaan persendirian perlu membayar harga petrol asal iaitu sekitar AUS$1.59 (RM4.80) untuk seliter, malahan pemilik kebanyakkan stesen petrol kawasan luar bandar mengubah harga mengikut perkembangan semasa.

Jika di Malaysia pemandu yang melanggar peraturan
jalan raya boleh mendapatkan diskaun jika membayar saman secepat mungkin, istilah itu tidak wujud di negara kangaroo itu.

Malahan, mereka mempunyai sistem mata demerit yang menyebabkan lesen pemandu digantung jika mata terkumpul mencapai jumlah tertentu.
"Barangkali ini adalah faktor utama mengapa pemandu Australia sangat berdisplin dan bilangan kenderaan juga kurang dengan sistem basnya cekap," tambahnya.

Untuk pengangkutan awam pula, pengguna tanpa kad
konsesi perlu membayar harga antara AUS$4.00-$5.00
(RM12-RM15)untuk satu tiket yang boleh digunakan
untuk menaiki mana-mana bas selama dua jam.

SERVIS MAHAL

Walaupun kualiti perkhidmatan di sana dikira amat baik, perbelanjaan menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak adalah AUS$80 (RM241) seorang untuk sehari, manakala yuran sekolah awam pula menelan belanja AUS$250 (RM754) setahun.

Perkhidmatan asas juga mahal misalnya bayaran untuk menggunting rambut adalah sekitar AUS$30 (RM90.50), sedangkan menurut Mariya, dengan nilai yang sama, seseorang boleh gunting dan cuci rambut serta mendapatkan urutan kepala di salun rambut Malaysia.

"Jika ingin makan di luar pula anda perlu bersedia untuk membayar AUS$3.50 untuk secawan kopi paling murah, jadi bayangkan sendiri berapa banyak yang perlu anda sediakan untuk menu lengkap," katanya.

Memang ramai yang menyangka menetap di luar negara adalah sesuatu yang mengujakan, tetapi mereka tidak sedar sara hidup pekerja di negara asing adalah tinggi.

Beliau merasakan situasi di Malaysia adalah cukup baik dan seimbang untuk semua golongan miskin, kaya dan pertengahan, walaupun masih terdapat banyak ruang pembaikan.

Tetapi rakyat Malaysia perlu menerima hakikat yang
mereka tidak boleh hidup dengan subsidi buat selama-lamanya.
-- BERNAMA

Ahad, 6 Oktober 2013

Info !!! Hebahan Ayam Utara Tidak Boleh Di Makan Hanyalah "Palsu"



Baru-baru ni heboh dalam laman media maya mengatakan Pejabat Kesihatan Parit Buntar telah mengeluarkan hebahan kepada orang awam supaya tidak memakan ayam yang datang dari kawasan utara semenanjung kerana ianya dipercayai dicemari dengan Bakteria Salmonella..

Namun pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kerian menafikan akan hebahan tersebut telah dilakukan Pejabat Kesihatan dalam daerah tersebut.

PARIT BUNTAR - Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, semalam menafikan sebarang usaha mengeluarkan hebahan awam meminta orang ramai tidak memakan ayam dari kawasan utara semenanjung sebagaimana disebarkan secara meluas melalui SMS dan laman sosial sejak seminggu lalu.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kerian berkata, dakwaan kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan bersumberkan Pejabat Kesihatan Parit Buntar (dalam daerah Kerian) itu adalah tidak tepat dan pihaknya meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah Kerian tidak pernah mengendalikan sebarang uji kaji melibatkan daging ayam yang diimport dari Thailand sebagaimana didakwa dalam hebahan itu.

“Selain itu, pihak kami turut menegaskan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang hebahan awam tanpa kebenaran Jabatan Kesihatan Negeri Perak atau Kementerian Kesihatan sendiri.

“Berdasarkan maklumat diterima, hanya Jabatan Kesihatan Negeri Kedah difahamkan melakukan eksperimen dan uji kaji terhadap bekalan ayam di negeri itu bagi tujuan mengenal pasti kewujudan bakteria salmonella dan hasil keputusannya masih belum diperoleh lagi.

“Justeru, pihak kami meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan penyebaran maklumat palsu itu melalui laman sosial memandangkan kami bimbang ianya akan menimbulkan kesulitan terhadap banyak pihak,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Semalam, Sinar Harian mengenal pasti terdapat usaha pihak tertentu menyebarkan maklumat palsu mengenai larangan memakan ayam dari utara Semenanjung Malaysia oleh Kementerian Kesihatan kerana disyaki terdapat virus pada ayam diimport dari Thailand.

Hebahan yang disebarkan secara meluas menggunakan pelbagai laman sosial itu mendakwa virus yang terdapat pada ayam diimport itu boleh menyebabkan kematian jika pesakit lambat mendapatkan rawatan.

Selain itu, hebahan itu turut mendakwa beberapa sekolah di sekitar Kedah dan Pulau Pinang mengalami simptom virus itu dan menyebabkan sebilangan pelajar dimasukkan ke dalam hospital.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Shamsuddin Ahmad ketika dihubungi menegaskan pihaknya akan menyiasat isu ini dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.- Sinar Harian

Jumaat, 4 Oktober 2013

Pemohonan Maaf Pengantin Perempuan Dalam Tragedi Kenduri Meragut 4 Nyawa

Haslina

PENGANTIN perempuan yang majlis perkahwinannya di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu lalu menyebabkan kematian empat orang kerana keracunan makanan memohon maaf kepada semua yang terlibat atas ketentuan yang berlaku.

Haslina Yusof berkata, beliau sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa sanak saudara dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu.

Empat orang yang maut itu keracunan makanan selepas menikmati juadah kenduri kahwin berkenaan termasuk sepupu Haslina sendiri, Norshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia di rumahnya di Sungai Petani.

“Saya tidak sangka boleh jadi begini,” katanya kepada wartawan .

Haslina, 23, merayu agar tidak ada mana-mana pihak yang menaruh syak wasangka dan memberi tanggapan serong terhadap keluarganya.

Katanya, beliau dan keluarga sudah cukup menanggung malu atas apa yang telah terjadi.

Mereka juga tidak berniat untuk menganiaya sesiapa apatah lagi menaruh racun ke dalam makanan seperti yang ditohmah oleh sesetengah pihak.


Sementara itu, bapa Haslina, Yusof Ahmad, 52, juga terkilan dan sedih kerana tidak menyangka majlis perkahwinan pertama dalam keluarganya itu bertukar jadi bencana.

“Saya sebagai tuan rumah nak minta maaf banyak-banyaklah berlaku pada kenduri baru-baru ini. Saya pun tak sangka yang boleh jadi macam itu. Saya panggil kawan-kawan untuk datang makan kenduri ini dengan iklhas, tak ada niat nak buat jahat atau apa,” katanya.

Apa yang menyebabkan beliau lebih terkilan ialah antara mangsa keracunan yang dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia itu adalah saudara-maranya sendiri.

Yusof turut memaklumkan beliau dan ahli keluargnya juga cirit-birit dan muntah-muntah dan ditahan di hospital selama tiga hari. Mereka hanya dibenarkan pulang pada pagi Rabu.

Sementara itu, jenazah mangsa keempat, Wang Razali Yaacob, 56, selamat dikebumikan pada pagi Rabu di Tanah Perkuburan Masjid Al-Atiq, Kampung Merbok, Sungai Petani.

Allahyarham meninggal dunia pukul 7.15 malam Selasa di Hospital Sultan Abdul Halim setelah sakit perut dan muntah-muntah selepas pulang dari majlis perkahwinan itu.

Dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut yang maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan dan Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma yang meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.

Dalam pada itu, polis masih menunggu laporan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mengumpulkan laporan berkenaan daripada empat buah hospital daerah dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalili Ariffin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh selepas menerima laporan itu bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk melihat unsur khianat atau kecuaian.

Setakat ini, 270 orang dilaporkan mendapatkan rawatan di hospital kerana keracunan makanan daripada majlis kenduri kahwin itu. – ASTRO AWANI

Selasa, 1 Oktober 2013

Gempar !!! Tiga Maut Keracunan Makanan Selepas Makan Kenduri Kahwin Di Tanjung Dawai #KedahAmanMakmur


Isteri Ibrahim, Kamariah Abu Bakar, 56, (kanan) sedang menunggu jenazah suaminya di HSAH. -FOTO SINAR HARIAN Oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

ALOR SETAR - Tiga orang dipercayai keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Tanjung Dawai, Merbok, Sabtu lepas meninggal dunia hari ini.

Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari; Mohammad Norraahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia 15 minit selepas itu.

Seorang lagi dikenali sebagai Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani kira-kira pukul 6.30 petang ini.

Nurshazana yang baru tamat latihan amali disahkan meninggal dunia di HSAH manakala Mohammad Norraahmad di Hospital Yan.

Pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar memberitahu wartawan yang menunggu di hospital itu, jenazah Nurshazana dan Mohammad Norraahmad dihantar ke HSB petang ini untuk bedah siasat.

Menurut Hairul Azahar Harun, 33, Nurshazana yang merupakan sepupunya mengadu sakit perut selepas pulang makan kenduri di rumah sepupu mereka di Tanjung Dawai tiga hari lepas.

Beliau yang ditemui di HSB berkata ibu tiri Nurshazana serta dua adiknya, lelaki berumur 8 tahun dan perempuan berumur 10 tahun juga keracunan tetapi tidak serius.

"Nurshazana ditemui anggota keluarganya tertiarap dalam bilik tidurnya pagi ini lalu terus dibawa ke HSAH untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia di hospital itu," katanya.

Hairul Azahar berkata Nurshazana anak ketiga dari tujuh beradik berada dua hari lebih awal di rumah sepupu mereka sebelum kenduri berlangsung. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyak malam ini.

Ibu Mohammad Norrahmad, Norma Khalid, 45, yang ditemui di HSB berkata, anak bongsu dari lima beradik itu mengikuti suaminya, Yusof Arifin, 50 ke majlis kenduri tersebut Sabtu lepas.

"Mereka makan ayam masak merah di rumah kenduri. Malamnya mereka mengadu sakit perut. Apabila keadaan anak saya semakin teruk hari ini, kami bawa dia ke Hospital Yan. Dia tidak sedarkan diri sebaik tiba dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ini," kata Norma.

Beliau berkata,  jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Singkir, esok.

Sementara itu Bernama difahamkan keluarga Allahyarham Ibrahim membawa balik jenazahnya ke Besut petang ini untuk dikebumikan.  - Bernam

Rabu, 6 Mac 2013

Info !!! Tabung Kebajikan PDRM Yang Perlu Masyarakat Prihatin Tahu #Pray4Sabah



Pisau Kedah tidak ada niat memperlekehkan niat murni Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk mengutip derma bagi " Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu ".. Alhamdulillah kalau niat di hati itu ikhlas untuk membantu mengutip derma kepada keluarga Wira Negara yang terkorban di Lahad Datu. Tapi seandainya niat tak betul.. Tanggunglah di akhirat nanti.

Sejujurnya bagi diri Pisau Kedah sendiri, Pisau Kedah rasa was-was untuk menderma melalui kutipan derma yang di lakukan Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana bimbang tidak sampai kepada tempat yang hendak di derma sepertimana yang berlaku terhadap tabung Memali serta kutipan-kutipan derma ceramah PAS yang tidak tahu kemana penghujung derma itu pergi.

Kepada individu yang rasa bertanggungjawap membantu Wira-Wira Negara yang terkorban dan cedera dalam tragedi Lahad Datu. Eloklah membuat derma terus ke Tabung Kebajikan PDRM yang di sediakan pihak PDRM.



Pihak polis menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat mereka untuk menghulurkan bantuan kepada balu-balu dan anak-anak mangsa terkorban dan cedera dalam insiden pencerobohan di Sabah.

Sehubungan itu, segala bentuk bantuan boleh disalurkan melalui TABUNG KEBAJIKAN PDRM,


Nombor Akaun Maybank: 564100004646




Sumbangan cek boleh dihantar terus kepada Pegawai Kebajikan Pasukan Bukit Aman, Kuala Lumpur. Slip bank sumbangan boleh dikirim kepada Pegawai Kebajikan Pasukan di alamat Tingkat 26, Menara 2, 50560, Kuala Lumpur, emel : kebajikan_ba@rmp.gov.my atau fak: 03-26912501.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-22668036/8038.

PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban.

SUMBER RUJUKAN FB PDRM :-klik

Ahad, 24 Februari 2013

Perhatian !!! Sila Berhati-Hati Dengan Panggilan No +375**** , +371**** Dan 081****



Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan “missed call”…

Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat.

Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut.

Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...