Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.
Selepas siswa4u UUM digerakkan oleh Azri Norfikri Aziz, dan pada 26 April, seramai 58 org mahasiswa dan mahasiswi sukarelawan Siswa4U (S4U) telah menjalankan tinjauan mesra di sekitar negeri Kedah.
Empat Parlimen di 'gempur' oleh sukarelawan S4U iaitu Kubang Pasu, Jerlun, Kota Star dan Pokok Sena. Walaupun suasana hujan, sukarelawan tetap bertungkus lumus menghampiri pengundi di pekan Jerlun, Tesco Mergong dan lain-lain untuk menyebarkan maklumat yang tepat.
Antara aktiviti diadakan ialah 'utusan siswa' iaitu menyedarkan risalah dan 'speaker corner'. Antara isu yang di bangkitkan di speaker corner ialah isu pendidikan percuma dan isu-isu semasa. Antara yang terlibat ialah saudari Nur Suhaniza azhar, saudara Meor afif Aiman, azri norfikri aziz dan shamsul anuar alias.
Mc diberitahu, respon dari penduduk setempat adalah baik dan kebanyakannya menyokong apa yang mereka perjuangkan. Inilah mahasiswa berani yang diperlukan oleh masyarakat. Berkempen secara baik dan mengikut undang-undang.
Tak perlu nak berdemo, tak perlu nak panjat pagar dan berguling-guling atas jalan pun. Mereka berkempen politik secara pendekatan mahasiswa, bukan secara rakus dan membabi-buta. Mc tabik spring pada adik-adik UUM sukarelawan Siswa4U.
Inilah mahasiswa, bukan mahasewel ciptaan Pakatan Haram!-Kedah Ke KL
Atas Kesedaran dan peluang yang diberikan dalam peruntukkan undang-undang yang dipinda dalam perkara 15 (2) (c) Akta Universiti Kolej Universiti (Pindaan) 2012 atau lebih di kenali dengan AUKU, Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kumpulan mahasiswa Kedah yang di wakili Azri Norfikri Aziz, Pengerusi Siswa4U telah bertekad untuk bergerak bersama Siswa4U untuk berkempen membantu Barisan Nasional di PRU 13 ini. Berlandaskan kepercayaan terhadap " Aku Janji Barisan Nasional", Siswa4U yakin Barisan Nasional mampu dalam memelihara kebajikan rakyat sekiranya di beri mandat mentadbir Negara kembali oleh rakyat selepas PRU 13 ini. Dalam kenyataan sidang media yang di lakukan, Azri Norfikri telah melahirkan rasa kecewanya terhadap cara pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS selama 5 tahun setelah di beri mandat oleh rakyat Kedah pada PRU 12 yang lalu.
" Isu yang pertama amat dekat dengan kami, iaitu isu pendidikan yang melibatkan mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan isu yang kedua adalah isu pembalakan di kawasan hutan utama Kedah " Kata Azri Norfikri. "Kami mendapati bahawa kegagalan kerajaan PAS untuk menguruskan KUIN dan balak dengan baik, mencerminkan kepincangan dalam pentadbiran negeri secara keseluruhannya" katanya lagi. Siswa4U yakin, masalah yang berlaku di KUIN akan di selesaikan dengan pantas sekiranya kerajaan Barisan Nasional mentadbir Kedah berbanding pentadbiran oleh PAS yang gagal dalam menyelesaikan kebanyakkan masalah pentadbiran. Dalam sidang media itu juga. Siswa4U turut menempelak kegagalan PAS menunaikan janji Manifesto PRU yang lalu. "Janji yang di buat Kerajaan Negeri Kedah (PAS) tidak boleh di percayai, sama seperti Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat" "Janji di masa lepas belum pun ditunaikan, mereka berani janji lagi !!! ". Ketika ini Siswa4U sedang giat turun padang untuk berjumpa dengan rakyat Kedah bagi berkongsi pandangan, memberi khidmat masyarakat, mengedar risalah-risalah dan turut memberi ceramah di atas pentas politik Barisan Nasional di Kedah.
PULAU PINANG 14 April - Siswa4U Universiti Sains Malaysia (USM) yakin aku janji Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memacu kemajuan negara. Pengerusinya, Mohamad Yazid Adhar Che Bae berkata, kepimpinan Najib selama ini telah memberi penekanan menyeluruh dan menyediakan peluang kepada rakyat berbilang kaum untuk mendapat taraf hidup yang lebih baik. "Pembentukan dan pencapaian Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang telah diperincikan mengikut transformasi dalam pelbagai bidang itu memberi keyakinan kepada rakyat. "Ketelusan yang diamalkan pula jauh berbeza dengan pentadbiran pembangkang seperti DAP di Pulau Pinang yang hanya bercakap kosong," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Mohamad Yazid Adhar, mereka yakin sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan baharu yang dijanjikan dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi, akan ditunaikan. "Perkembangan itu merupakan sesuatu yang baik kerana bersesuaian dengan keperluan graduan universiti. "Malahan kami berterima kasih dengan bantuan yang diberikan kerajaan seperti akses kepada jalur lebar secara percuma di semua universiti," katanya. Mohamad Yazid Adhar menambah, perkara sebaliknya dapat dilihat dalam janji dan tindak tanduk pakatan pembangkang yang gemar menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat namun tidak mampu menunaikannya.
"Dalam konteks di negeri ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) hanya nampak 'indah' dari luar tetapi tidak mengamalkannya. "Kami banyak menghabiskan masa di sini, jadi kami tahu mereka tidak telus apabila menyorok pelbagai perkara yang seharusnya dimaklumkan kepada rakyat,'' ujarnya. Katanya, hakikat bahawa hutang negeri ini berkurangan secara drastik adalah hasil daripada penstrukturan semula Pengurusan Aset Air Berhad oleh Kerajaan Pusat. Menurut Mohamad Yazid Adhar, Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga tidak mempedulikan keadilan sosial untuk rakyat selain meminggirkan golongan belia di negeri ini. Sementara itu, Pengarah Strategik Siswa4U USM, Mohd. Basri Mohd. Saad berkata, Guan Eng juga lebih mengutamakan pembinaan terowong dasar laut walaupun dibantah pelbagai pihak seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Penang Citizens Awaraness Chant Group. "Kami berpendapat adalah lebih baik adil sekiranya peruntukan sebanyak RM6.3 bilion itu digunakan untuk program membantu rakyat miskin yang memerlukan. "Selain itu, kami juga berasa pelik dengan sikap kerajaan negeri yang sebelum ini bersungguh-sungguh mahu menghapuskan tol tetapi mereka turut mengenakan tol kepada pengguna jika terowong itu siap kelak," katanya.
KUALA LUMPUR, 3 April – Menyedari semakin ramai yang berpandangan serong terhadap golongan mahasiswa yang dilihat sejak kebelakangan ini begitu cenderung melakukan perkara yang menjatuhkan imej mahasiswa, maka sekumpulan mahasiswa yang mewakili suara mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara mewujudkan SISWA4U. Pengerusi SISWA4U, Mohd Hafiz Ariffin berkata, penggerak entiti ini adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus. “Matlamat SISWA4U adalah untuk mengerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk terlibat di dalam proses demokrasi, politik baru dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 secara sihat, rasional, matang, berilmu, berintegriti dan bermaruah sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai salah satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa hadapan. “Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas. SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah,” ujarnya dalam sidang media khas bagi menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini. Tambah Hafiz, sesuai dengan keterbukaan kerajaan yang telah meminda perkara 15(2) AUKU, aktivis SISWA4U dengan ini menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dalam PRU-13 secara sihat malah turut bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu kempen pilihan raya. Ujarnya lagi, SISWA4U bukan menyatakan sokongan secara membuta tuli dan tiada asas tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap setiap transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri maka telah terbukti hanya Barisan Nasional yang paling layak diberi mandat untuk terus menjadi pucuk pimpinan negara. “Kami akan terus bergerak untuk membantu kerajaan mendekati anak muda. Sebagaimanan Perdana Menteri bersungguh mendekati anak muda dan menjiwai denyut nadi anak muda melalui pelbagai pendekatan termasuk melalui media sosial, begitu juga kami SISWA4U. “Kami mewakili suara anak muda yang cintakan negara dan mahu negara ini terus aman, maju dan makmur, maka kami barisan SISWA4U dengan ini berikrar akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri untuk terus membantu beliau menyakinkan rakyat Malaysia khususnya anak muda agar BN terus diberi mandat menerajui negara ini,” ujarnya lagi. – MediaUMNO