Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label TMK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TMK. Papar semua catatan

Rabu, 17 April 2013

Benarkah Ketua Blogger TMK Ikrar Akan Belot Kepada Calon BN Di PRU 13 ???

Pisau Kedah tak tau la apa yang tak kena dengan bos Pisau Kedah dalam Team Media Kedah, Mctheory (Kedah Ke KL) yang naik angin tak tentu pasal apabila melihat senarai calon BN Kedah yang akan bertanding di Pilihanraya Umum ke 13..


Mc mewakili sahabat-sahabat dalam Team Media Kedah sudah berikrar akan menyokong sesiapa jua calon Barisan Nasional di Kedah, hatta di seluruh Malaysia. Kami setia pada parti, kami orang parti dan bukan orang pada mana-mana pemimpin. Kami tak peduli siapa calon yang dipilih oleh DS Najib Razak, kami akan berikan sokongan 1000%  dan berjanji akan memenangkan beliau.

Sokongan kami kepada parti tidak berbelah bagi, ikrar kami pada Ulul Amri pimpinan parti tidak pernah kami ingkar dan persiakan. Malah kami berjanji akan membongkarkan parasit parti yang cuba untuk sabotaj calon BN yang telah dipilih oleh pimpinan parti.

Kita telah berjuang selama 4 tahun di alam maya, menepis fitnah dan menyerang pembangkang. Tiba masa untuk peperangan sebenar, tunjukan kekuatan, tunjukan segala senjata yang kita ada.

Kami juga berharap rakan blogger dan troopers Kedah yang lain akan mengikut jejak langkah kami ini. Perlu diingat PRU 13 kali ini bukan perkara mudah dan main-main, ia menentukan nasib rakyat Malaysia samaada kita hancur ditangan pengkhianat negara, atau kita terus maju kehadapan.

Nasib Islam dan bangsa Melayu juga bergantung pada PRU kali ini, andaikata kita kalau kalah!.. Nauzubillah, nescaya Islam dan Melayu akan tergadai ditangan-tangan pengkhianat negara. Berdoalah supaya kita diberi kekuatan untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.


Kami Team Media Kedah melapor diri untuk Bersatu, Bersedia, Berkhidmat!





Benar kata Mctheory yang Pisau Kedah anggap bos bagi Pisau Kedah dalam Team Media Kedah (TMK).. walaupun hubungan kami macam kawan-kawan saja.. Kami dalam TMK akan menyokong mana-mana calon BN yang telah di tetapkan YAB DS Najib Razak selaku Pengerusi BN.

Isnin, 18 Februari 2013

Panas !!! Pisau Kedah Isytihar Perang Terhadap Ketua TMK


Logo yang buat Puak Pakatan Haram Kedah susah hati


Selama ini Pisau Kedah punya la dok rahsiakan muka Pisau Kedah dari pengetahuan blogger pencacai penjilat PAS Kedah dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram di Kedah setelah ada pihak dalam Pakatan Haram nak bagi upah kepada sesiapa yang dapat dedahkan identiti blogger dan cybertrooper TMK.

Pisau Kedah tak tau la, berapa juta yang  Pakatan Haram sudah bayar kepada Mctheory sehinggakan sampai hati Ketua Team Media Kedah, Mctheory blogger Kedah Ke KL mendedahkan identiti Pisau Kedah didalam blognya siang tadi di sini


Gambar ni Pisau Kedah tau, Mctheory ambil masa Pisau Kedah tengah dok buat kerja kat Kedai Nasi kandar, Simpang Kuala, Aloq Setar tempoh hari. Masa tu Pisau Kedah tengah berlakon kerja kat situ saja sebab sedang menyiasat pasal Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar dan merangkap penternak blogger pencacai PAS Kedah, Zulkifli Yahaya.

Untuk pengetahuan blogger pencacai PAS Kedah dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram, gambar-gambar blogger dan facebooker TMK yang di dedahkan Mctheory adalah benar-benar belaka cuma yang Mctheory tipu adalah pendedahan tentang gambar muka dia.

Sebenarnya Mctheory tu lagi hodoh dari Pisau Kedah dan lebih hendsome sikit dari Zulkifli Yahaya yang dok menternak blogger pencacai penjilat PAS Kedah.


Inilah muka Mctheory yang sebenarnya.

Gambar ni Pisau Kedah ambil masa Mctheory terkejut setelah Pisau Kedah bagi tau blog dan email Pisau Kedah telah di godam oleh puak Pakatan Haram yang nak dedahkan identiti tentang Pisau Kedah.

Kepada blogger pencacai penjilat PAS Kedah dan beberapa orang pemimpin Pakatan Haram Kedah yang mendedahkan tentang orang yang di sebalik TMK. Pisau Kedah rasa hampa semua sudah berpuas hati dengan pendedahan yang di buat Mctheory kan ??

Lepas ni kalau blogger pencacai penjilat PAS Kedah atau pemimpin-pemimpin Pakatan Haram Kedah jumpa kami di majlis-majlis Pakatan Haram jangan la pulak sombong untuk tegur kami ye. Kami di sebalik TMK ni tak makan orang.. so tak payah la takut dengan kami ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...