Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 3 Mei 2013

Hot !!! Azmin Ali Bayangkan Pakatan Haram Akan Berpecah Di Sebabkan Permasalahan Dalaman Pakatan Haram #TolakPR




Dalam kenyataan terbaru yang di petik dalam blog Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.. Azmin Ali seolah-olah mahu menunjukkan kepada semua bahawa dalam Pakatan Haram mempunyai permasalahan dalaman yang agak serius sehingga terdapat parti yang nak cuba untuk MUFARAKAH (Mahu Berpisah) dari Pakatan Haram.

Nampak gayanya desas desus mengatakan Pakatan Haram yang sekarang ini di himpit permasalahan dalaman adalah benar-benar berlaku.

Pagi tadi Pisau Kedah ada menulis tentang satu artikel membabitkan seorang pemimpin DAP yang terbukti anti kepada Islam (klik sini).. Mungkin PAS dari mula merasakan tindakkan pemimpin tersebut mampu menggugat sokongan Umat Islam kepada PAS dan PAS telah mendesak DAP mengenakan tindakan tatatertib kepada pemimpin terbabit.. Namun ianya tidak di turuti DAP kerana bimbangkan sokongan bukan Islam kepada parti itu akan hilang.

Manakala perselisihan di antara PAS dan PKR tentang pertindihan kawasan yang di tandingi sehingga ke hari ini masih lagi belum selesai walaupun masing akui sudah pun di selesaikan.

Isu individu yang layak menjadi Perdana Menteri masih lagi menjadi petikaian dalam Pakatan Haram.. Pastinya kepimpinan Ulama PAS akan menolak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun di sokong kuat oleh DAP serta parasit-parasit Anwar Ibrahim dalam PAS.

Apa yang dapat di lihat.. Azmin Ali hanya menantikan sesuatu perkara yang ajaib akan di lakukan Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan keadaan.. Tapi yang pastinya golongan Ulama PAS tetap dengan pendirian mereka untuk menolak Anwar Ibrahim serta meninggalkan Pakatan Haram dan kembalikan perjuangan PAS seperti dahulu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog