Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 23 Mei 2013

Hot !!! Budak Hingus Adam Adli Di Kenakan Ikat Jamin RM5,000



Penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abd Halim hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, minggu lepas.

Adam Adli, 23, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding, Adam Adli yang berada di dalam kandang tertuduh tanpa digari kelihatan tenang dan beberapa pemimpin pakatan rakyat seperti Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar turut hadir.

Ketika memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebelum perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas telah menawarkan jaminan berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam N.Surendran yang mewakili Adam Adli memohon anak guamnya dibebaskan dengan bon sendiri iaitu tanpa menyerahkan wang atau penjamin dengan alasan tertuduh memberi kerjasama sepenuhnya pada pihak polis sepanjang siasatan kes itu.

Surendran berkata pertuduhan yang dihadapi tertuduh juga tidak mempunyai merit dan tidak berasas kerana Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan sepenuhnya.

“Ia bersifat tidak adil kepada tertuduh kerana tiada elemen keganasan yang berlaku, yang boleh memudaratkan orang ramai dan kemungkinan pihak pendakwaan untuk berjaya dalam kes ini adalah tipis,” katanya.

Mengenai pemansuhan Akta Hasutan, Mohamad Abazafree berkata akta itu masih berkuatkuasa dan sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah akta itu akan menerima akibat.

Katanya walaupun tiada elemen keganasan berlaku tetapi terdapat elemen mengajak kepada keganasan dan ia masih menyalahi undang-undang.

“Jaminan yang ditawarkan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh dan sebarang pelanggaran terhadap undang-undang itu adalah satu kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Surendran memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan atas alasan salah guna kuasa mahkamah.

Hakim Norsharidah Awang kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Julai untuk sebutan kes.

Bapa Adam Adli, Abd Halim Abd Hamid membayar wang jaminan itu.

Barisan pendakwaan turut dibantu Timbalan Pendakwa
Raya Azlina Rasdi manakala pembelaan dibantu peguam
Datuk S.Ambiga. – BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

belajar da la x abis... pastu nyusahkn mak bapak lak tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog