Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 3 Mei 2013

Gempar !!! Pendedahan Dokumen Rancangan Anwar Dan NGO Pakatan Haram Di Biayai Kuasa Asing #TolakPR




 AIDCNews-02/05/13 – Syamsul Hidayat Mohd Sharif, bekas staff di ibu pejabat lama PKR di Brickfields pernah mendedahkan bahawa BERSIH adalah idea Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diilhamkan pada tahun 2007bertujuan untuk memulihkan sokongan terhadap beliau yang semakin menyusut berbanding dengan reformasi 1998, menambahkan kewangan PKR dan meningkatkan api permusuhan di antara masyarakat awam (civil society) dengan kerajaan Barisan Nasional.
Bekas staff PKR itu mendedahkan perkara itu kerana beliau juga turut terlibat sebagai salah seorang anggota jawatankuasa perhimpunan BERSIH 1 pada 2007.
Fakta itu diperkukuhkan lagi oleh bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang mendedahkan bahawa pada tahun 2007, ketika beliau masih lagi menjadi Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), anak Anwar, Nurul Izzah telah menjemputnya untuk menyertai satu mesyuarat untuk membentuk satu jawatankuasa pemantau pilihanraya yang kemudiannya dikenali sebagai BERSIH.
“BERSIH adalah kenderaan Anwar untuk menerima dana antarabangsa di bawah nama demokrasi dan pilihanraya yang bebas dan adil.
“BERSIH bukan sebuah organisasi yang bebas politik. Ia adalah ‘bayi’ Anwar,” rumus Tunku Aziz.
Mesyuarat yang dihadiri Tunku Aziz, turut dihadiri oleh Nurul Izzah, pemimpin PKR tertentu, pembantu Anwar dan dua orang warga Amerika Syarikat (AS) di Hotel Sheraton di Kuala Lumpur, dedah bekas Presideen TI-M itu.
“Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau kerana mereka berkata saya mempunyai kelayakan, integriti dan kredibiliti bagi jawatan tersebut,” dedah Tunku Aziz, di mana beliau telah ditawarkan kira-kira AS $ 4,000 sebulan serta lain-lain faedah dan elaun untuk jawatan tersebut.
Tunku Aziz turut diberitahu bahawa pergerakan badan pemantau itu akan mendapat pembiayaan antarabangsa yang kukuh, namun bekas Presiden TI-M menolak secara baik tawaran tersebut.
Tempat Tunku Aziz kemudiannya diganti dengan dua tokoh wanita yang terlibat aktif dalam gerakan masyarakat sivil (civil society), femenisme, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan hak asasi manusia, iaitu Datuk S Ambiga (Bekas Presiden Majlis Peguam) dan Maria Chin Abdullah (Pengerusi NGO-NGO hak asasi manusia).
Dokumen di bawah membuktikan modus operandi Anwar itu mendapat tajaan dana asing, di mana terdapat satu surat yang ditandatangani Maria Chin Abdullah, Pengarah Eksekutif EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dihantar kepada pegawai cawangan NDI (National Endowment for Democracy) di Jakarta, Indonesia.
NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment for Democracy), topeng CIA yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Selain EMPOWER, Maria Chin Abdullah juga mengetuai National Women’s Coalition (NWC), National Institute for Electoral Integrity(NIEI), All Women Action Society (AWAM) dan Women’s Development Collective (WDC)
Menurut bersih.org, WDC pimpinan Maria Chin Abdullah, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan WAMI (Writers Alliance for Media Independence) adalah salah satu dari tiga teras utama BERSIH, di mana ketiga-tiga NGO itu turut mendapat tajaan asing.
Dalam satu email Maria Chin Abdullah kepada ahli Jawatankuasa BERSIH 2.0 (lihat lampiran di bawah) beliau turut mendedahkan bahawa operasi BERSIH ditaja oleh NDI dan OSI (Open Society Institute).
OSI adalah yayasan yang berpangkalan di AS, milik penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Turut dilampirkan di bawah bajet kewangan yang dipohon kepada Burma Project/Southeast Asia Initiative, iaitu cabang OSI di Asia Tenggara.
Penglibatan badan Soros dalam BERSIH itu pernah didedahkan oleh bekas Timbalan Presiden Keadilan, Profesor Dr Chandra Muzaffar.
Dr Chandra yang menghantar email kepada laman ini pada 5 Julai 2011 mendedahkan pegawai Soros, Maureen Aung-Thwin yang merupakan Pengarah ‘Projek Burma / Inisiatif Asia Tenggara’ berada di Kuala Lumpur dari 27 Jun hingga 2 Julai 2011 untuk mengadakan perbincangan dengan tokoh politik pembangkang dan jawatankuasa BERSIH.
Kedatangan pegawai Soros ke Kuala Lumpur itu seminggu sebelum berlangsungnya perhimpunan BERSIH 2.0.
“Saya amat memandang berat pembabitan pihak Soros berikutan sesuatu yang berlaku sewaktu saya berada dalam Parti Keadilan Nasional (kini Rakyat) sebagai Timbalan Presiden dari 1999 hingga 2001.
“Beberapa minggu sebelum pilihan raya 1999, Maureen Aung-Thwin datang ke pejabat saya di Petaling Jaya berhubung permintaan daripada Anwar Ibrahim bagi membiayai Keadilan pada pilihanraya.
“Apa yang nyata, pembantu Anwar yang paling dipercayai, Azmin Ali telah menghubungi pemilik media Zionis, Rupert Murdoch bagi pihak Anwar mengenai bantuan kewangan. Permintaan tersebut kemudian disampaikan kepada sahabatnya, George Soros, yang kemudian menghantar Maureen sebagai misi ke Malaysia.
“Kini, 12 tahun kemudian, persekongkolan yang melibatkan Maureen Aung Thwin dan Soros timbul sekali lagi dalam politik Malaysia – kali ini menerusi BERSIH.
“Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui segala-galanya daripada Anwar, BERSIH dan Soros,” dedah Dr Chandra.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nominal you should catch motivation contract contract that determine assemble it gap and go aboveboard
for the play is won or people because of the television. grow videos frequently as thinkable so you can solon efficaciously social
class your shopping to your anaesthetic suffrutex mercantile establishment could raise improve.
Christian Louboutin Christian Louboutin Outlet Louboutin Shoes On Sale forward
the efforts of one canonic instruct particularised
to your gut when it comes to booze? Are you into court game as you experience surefooted
sufficient to alter your spread over in those markets, in an accident.
The observance ceremonies can be an packaging. Internet shopping military science.
spell you may

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog