Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Selasa, 14 Mei 2013

Hot !!! Kisah KUIN Selepas @MukhrizMahathir Mengambil Alih Kerusi MB Kedah



Isu Kolej Univesiti Insaniah (KUIN) yang sebelum ini menjadi barah bagi Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS kini hangat kembali setelah seminggu Dato'Paduka Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.



Dari maklumat yang di petik dari blog Berita KUIN, pihak BERSIH KUIN yang di ketuai Muhammad Azki Hafizi telah mengadakan perbincangan tertutup bagi membincangkan proposal dan cadangan yang akan di kemukakan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang baru di bawah pentadbiran Dato' Paduka Mukhriz Mahathir.

Harapan pihak BERSIH KUIN agar Kerajaan Negeri Kedah yang baru ini dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit didalam KUIN terutamanya berkaitan soal kebajikan Kakitangan KUIN yang di tindas Kerajaan Negeri Kedah dan Rektor KUIN, Jamil Osman sebelum ini

Antara kandungan yang dipersetujui untuk dikemukakan di dalam proposal tersebut adalah seperti Kerelevanan kewujudan Jamil sebagi Rektor KUIN, penubuhan jawatankuasa siasatan penyelewengan Jamil dalam KUIN, penstukturan semula dalaman KUIN, kedudukan anak syarikat KUIN, menarik balik kuliah pengajian yang dahulunya berada di bawah Insaniah Holdings ke dalam KUIN, menurunkan yuran pelajar, pemerkasaan kuliah pengajian Islam, ganti Jamil sebagai Rektor nanti mestilah dari yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, menerima pakai Pekeliling kenaikan gaji 13 % , elaun sara hidup dan semua pekeliling Kerajaan, Menamakan Mufti Kedah dan Ketua Hakim Syarie sebagai ahli lembaga pengarah KUIN, mengkaji semula kampus KUIN di Kuala Ketil dan lain-lain lagi yang akan dimaklumkan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..aku sokong 100% proposal di atas.. KUIN terlalu jauh dirosakkan. Kembalikan KUIN ke Alor Setar dan jual kampus Kuala Ketil kepada kolej swasta..itu lebih baik utk langsaikan HUTANG.

KUIN belum perlukan kampus baru jika betul2 fokus pd pengajian Islam.. TAMAK sgt nk buat semua akhirnya rugi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog