Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 19 Mei 2013

Hot !!! Karpal Singh Akui Pendedahan Tunku Aziz Adalah Benar Tentang Rahsia DAP #TolakPR



Sebelum ini ramai di kalangan penyokong Pakatan Haram mendakwa apa yang di dedahkan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim tentang Pakatan Haram dan agenda DAP dalam Pakatan Haram merupakan satu fitnah yang di lemparkan.

Namun dengan pengakuan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan apa yang di dedahkan Tunku Abdul Aziz merupakan "RAHSIA PARTI" serta memberi amaran supaya Tunku Abdul Aziz menutup mulut dari terus mendedahkan "RAHSIA PARTI", ianya telah terbukti apa yang di dedahkan Tunku Abdul Aziz adalah benar.
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi 'rahsia' dalam parti itu kepada umum.

Beliau yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP.

"Kita akan bawa perkara ini ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba masanya untuk kami bertindak.

"Sebagai seorang yang benar-benar 'gentleman' beliau tidak seharusnya mendedahkan apa sahaja yang menjadi rahsia dalam parti kepada pengetahuan umum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penjual dan pengunjung Pasar Awam Island Park di Jalan Gangsa, di sini.

Katanya Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Naib Presiden Transparency International telah dibawa masuk menyertai DAP pada 23 Ogos 2008 oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Tunku Abdul Aziz kemudian dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP, pada 31 Mei 2009 dan dilantik sebagai senator pada Julai 2009.

Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Bagaimanapun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Pada awal Mei lepas, Tunku Abdul Aziz telah mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya. - Bernama

Dalam pendedahan yang terkini dari Tunku Aziz.. Beliau mengatakan bahawa wujud komplot dirancang  Pakatan Haram untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia yang telah di pilih melalui proses demokrasi dengan menggunakan demonstrasi jalanan.

Sudah jelas bahawa tindakan Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Haram di dalam mengadakan Himpunan Bantahan Keputusan PRU13 di seluruh negara adalah untuk menghasut rakyat supaya melakukan huru hara di Malaysia.

Sebab itu tidak hairan la dalam kenyataan terbaru Anwar dalam ceramahnya.. Dia berkata "Amerika melancar perang di Iraq untuk apa ??.. Untuk demokrasi Iraq !!!.. Saya akan bagi bukti penipuan PRU13 kepada Presiden Obama dan lihatlah".

Kenapa Anwar perlu memberi bukti dakwaannya bahawa berlaku penipuan dalam PRU13 kepada Presiden Obama dan mengaitkannya dengan serangan Amerika ke atas Iraq atas alasan demokrasi Iraq??  Mengapa Anwar tidak dedahkan segala bukti yang dia ada ketika melakukan Himpunan Black Out 505, termasuklah mendakwa pihak SPR ke Mahkamah sekiranya dia mempunyai bukti ??

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang bodoh pun tahu niat sebenar Karpal Singh.
Jika tindakan mahkamah diambil terhadap Tunku Aziz, maka Tunku Aziz terpaksa tutup mulut dari terus membongkar tentang muslihat DAP yang akan dianggap sebagai menghina mahkamah sebab kesnya sedang berjalan.
Karpal Singh akan menggunakan kepakarannya untuk menunda kes ini sampai ke PRU14 spt kes liwat Anwar Ibrahim.
Dgn itu Kerajaan jangan jadi bodoh. Jika Karpal Singh membawa Tunku Aziz ke mahkamah, Kerajaan BN akan menganggap bhw kes ini adalah prioriti one spt kes pengganas2 Sulu di Lahat Datu dan terus saja dimulakan tanpa diberi apa2 penangguhan. Selesaikan kes secepat mungkin, sebab ianya adalah utk kepentingan keamanan negara yg tergugat.
KDN, apa macam, boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog