Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 20 Mei 2013

Cilaka !!! @AnwarIbrahim Ingat Malaysia Ni Bapak Hang Punya Ka ?? #TolakPR



Anwar dengan marah sombong menyerang Datuk Zahid Hamidi dengan kata-kata "Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu punya kah?", itupun gara-gara kena sindir dengan sebuah tulisan sahaja.
Rakyat boleh menjawab, "Anwar kau ingat negara ini kau punyakah?" .

Tatkala Pemimpin-pemimpin seluruh dunia mengucapkan Tahniah dan mengiktiraf kemenangan DS Najib dan BN dalam PRU13 baru-baru ini, seorang manusia bernama Anwar Ibrahim lantaran malu yang amat sangat, telah menangguhkan janji bersaranya dan kembali mengajak rakyat turun di jalan raya.

Pemimpin-pemimpin PAS menerima dan menyeru ahli-ahli PAS supaya reda dengan kekalahan Pakatan, dimana pemimpin-pemimpin PAS di peringkat Pusat, PAS Terengganu, Kerajaan PAS Kelantan dan semakin ramai pemimpin PAS mengucapkan Tahniah kepada DS Najib, maka apakah relevannya tipudemo-tipudemo lagi itu.

Siapa menipu rakyat? Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim? Siapa yang berkata pengundi berkulit gelap dan hitam sebagai pengundi Bangla! Parti mana yang menahan pengundi berkulit gelap, merampas ICnya kemudian apabila tersalah orang memujuk pengundi berkulit gelap itu dengan sejumlah wang ringgit?

Siapa tipu rakyat menggunakan nama Ulama besar Dr. Yusof Qardawi kononnya dialah seorang manusia paling layak menjadi Perdana Menteri! Walhal surat itu surat palsu yang dikarangnya sendiri.

Jika Anwar Ibrahim bukan menipu, tidak mungkin Azmin Ali menyuruhnya "musahabahlah kau Anwar", tidak mungkin Azmin Ali berkata "sudah bosan mengheret rakyat berdemo demi kepentingan peribadi".

NEGARA INI KAMU PUNYAKAH ANWAR?

Kami rakyat sudah bosan dengan kerenahmu, menyusahkan kami rakyat jelata yang mahu hidup aman dan damai. Kamu tahukah berapa ramai kakitangan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang ponteng kerja, balik awal kerana dipaksa menguruskan dan melibatkan diri dalam demo kamu?

Kamu ingat ini negara kamukah Anwar sehingga mengganggu fikiran mulia anak-anak kami dengan kata-kata Rasis dan Menghasut kamu. Apakah di Malaysia ini kamu tidak pandai bercakap mulia, berucap mahabbah, bersantun dan bersopan tanpa perlu mengheret rakyat ke tengah padang lalu kamu kotorkan padang itu, kamu rosakkan tandas dengan segala macam sampah, di luar stadium busuk dengan bekas makanan dan rokok-rokok kamu, sehingga kami anak-anak geli dan nak muntah bila lalu di kawasan itu. Kamu ingat ini negara kamu kah kamu suka hati buat begitu?

Kami tahulah kamu pelajar Sastera dengan keputusan kelas 3, tak mengapalah saya pun bukanlah pandai sangat tapi saya tahu membezakan angka 133 dengan 89. Saya tahu siapa menang siapa kalah! Yang saya tidak faham kenapa orang kalah tidak mengaku kalah masih menjerit-jerit meroyan dia menang! Anak saya tahun 1 pun tahu angka 89 lebih kecil daripada angka 133!

Kamu memang penipu Anwar Ibrahim, kamu kata SPR menipu tapi dalam diam-diam kamu sedang menyusun langkah untuk menghantar petisyen kepada SPR?

Kamu Anwar sangat ketingggalan zaman, ketika PRU13 sudah berlalu diteruskan dengan pembentukan kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri termasuklah di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Raja-Raja di Perlis, Johor, Perak, Selangor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu,Pahang dan SPB Yang DiPertuan Agong turut bertitah supaya rakyat kembali bersatu...kamu pula masih lagi gila-gila bayang di tengah padang!

Kenapa kamu tidak beritahu Lim Kit Siang "sudahlah bro Kit Siang, kita dah kalah tak payahlah demo-demo ne, saya malu ne, saya dah tua ne,"...kenapa kamu tidak beritahu penaja-penaja kamu atau orang-orang di luar negara yang barangkali kamu pinjam wang mereka dengan janji-janji manis kamu beritahu kepada mereka "saya sudah kalah, sorilah kita cuba next PRU". Senang dan mudah.

Kalau semua itu kamu tidak boleh buat, apakah kerana kamu fikir negara ini kamu punya wahai Anwar Ibrahim, kamu menghina rakyat yang mahukan keamanan dan kedamaian dengan tipudemo-tipudemo kamu itu?

Pesanan dari luar negara: "Anwar, we don't need RCI on general election. We need urgently RCI on Lahad Datu!". Apa kamu ingat negara ini negara kamu kah Anwar hanya nak buat RCI pilihanraya PRU13, apa pasal tak buat RCI Lahad Datu yang membunuh dengan kejam lebih 10 perajurit negara? Saja nak sampaikan pesanan ini kepada Anwar, sampaikanlah kepadanya.

(artikel ini adalah kiriman emel, oleh Datuk S. dipetik dari MyMassa)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog