Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 19 Mei 2013

Hot !!! Terbukti @MukhrizMahathir Mengotakan Janji "Aku Janji BN Kedah" Tentang Pembalakan.. #HanyaDiKedah




Baru dua minggu YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir memegang tampok pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sebagai Meneteri Besar, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir berani mengambil tindakan drastik untuk menghentikan kesemua aktiviti pembalakan bagi melakukan semakan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengarahkan aktiviti pembalakan di seluruh negeri itu dihentikan sementara untuk semakan pematuhan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh konsesi berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak teragak-agak untuk menghentikan aktiviti pembalakan oleh konsesi terlibat yang melanggar syarat ditetapkan menerusi bukti kukuh.

"Saya menerima laporan daripada penduduk di kawasan berdekatan aktiviti pembalakan yang mengadu bekalan dan kualiti air terjejas.
"Dalam keadaan ini, saya syorkan aktiviti pembalakan dihentikan sementara dan perkara ini akan dimaklumkan kepada syarikat konsesi dalam tempoh terdekat," katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran Menteri Besar Kedah di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini semalam.kosmo
Pastinya berita ini mengembirakan penduduk kampung berhampiran kawasan pembalakan yang sebelum ini menjadi mangsa sikap kerakusan pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Sudah jelas YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir mengotakan apa yang di perkata olehnya. " Tidak menjadikan pembalakan sebagai sumber pendapatan utama kerajaan negeri sekiranya BN mengambil alih pentadbiran Kedah ".

Pisau Kedah masih ingat dan kagumi apa yang di perkatakan YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir di dalam Aku Janji BN Kedah. tentang pembalakan di Negeri Kedah . " Pokok yang dibalak mungkin memberi keuntungan setahun, tetapi pokok yang berdiri teguh mampu menguntungkan ribuan tahun".

Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran BN akan pastikan kawasan yang musnah akibat kerakusan pembalakan sebelum ini yang di lakukan kerajaan negeri pentadbiran Pakatan Haram di jadikan kawasan penanaman pokok getah (Klon Kayu Getah) dan akan menjadi sumber kayu bagi memenuhi Industri Perkayuan di masa akan datang.

Syabas !!! BN, Syabas !!! YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir yang mempunyai pemikiran kehadapan untuk membangunkan Negeri Kedah..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog