Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 31 Mei 2013

Hot !!! Bekas Orang Kuat Anwar Gesa PAS Jangan Mudah Di Perbodohkan




Parti pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kempen
Anwar Spring yang digerakkan Ketua Pembangkang itu sejak pilihan raya umum lalu bermotifkan peribadi.

Bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri dijadikan alat tunggangan Ketua Pembangkang kerana masyarakat mahukan keamanan bukan
demonstrasi Anwar Spring.

Beliau yang bersetuju dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melabelkan perhimpunan haram anjuran pembangkang sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring menambah, Pas perlu berhenti daripada terus diperbodohkan.

"Pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla adalah pengajaran terbaik dalam isu Anwar Spring ini. Anwar memungkiri perjanjian damai melibatkan Perdana Menteri apabila enggan menerima keputusan pilihan raya sebaliknya memilih demonstrasi ke jalanan.

"Dalam konteks ini bukan hanya rakyat perlu membuka mata tetapi paling penting Pas. Sampai bila Pas hendak menjadi kuda tunggangan Anwar demi cita-cita peribadi, bukan kerana memperjuangkan nasib rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid berkata, kempen Anwar Spring melalui penganjuran siri perhimpunan haram sengaja dicetuskan Ketua Pembangkang itu sebagai provokasi terhadap pasukan keselamatan selain bertujuan menarik perhatian media asing bagi memburukkan Malaysia.

Mengulas isu yang sama, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, dakwaan pakatan kononnya perhimpunan haram anjuran mereka adalah Malaysia Spring merupakan taktik lapuk untuk mengaburi mata rakyat mengenai perjuangan peribadi Ketua Pembangkang itu.

Katanya, Anwar cuba berselindung di sebalik nama Malaysia Spring agar motif politiknya tidak kelihatan peribadi di mata penyokong, sekali gus mampu mengheret rakyat untuk turut serta menyokong gerakan tersebut meskipun keselamatan negara menjadi taruhan.

"Sebab itu saya menyokong kenyataan Ahmad Zahid. Anwar Spring adalah agenda peribadi Anwar yang mahu menjatuhkan kerajaan secara tidak beretika bagi menjayakan nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri dengan memperalatkan rakyat. Ini memang taktik Anwar.

"Jadi pesan saya kepada rakyat, jangan tertipu dengan Anwar yang mahu menghuru-harakan negara sekali gus menjemput kuasa asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia kerana selaku individu antara paling rapat saya cukup kenal siapa Anwar," katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oi pisau kedah....hang jng nak metoyan lebih2. Kami orang2 Pas x akan keluar dr Pakatan....umno dah x releven...hanya tinggal orang2 bodoh saja dlm umno .......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog