Makluman
Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.
Live TV
Pengikut
Khamis, 30 Mei 2013
Info : Pekan Rabu Akan Si Bangunkqn Demi Keselesaan Pengunjung
ALOR SETAR - Berkunjung ke bandaraya ini tidak lengkap sekiranya tidak singgah di Pekan Rabu.
Pekan Rabu Alor Setar, yang menjadi tumpuan masyarakat peniaga dan pembeli sejak 1900, kini menjadi antara lokasi ikonik bagi Kedah.
Antara yang menjadi tarikan pengunjung ke Pekan Rabu adalah makanan dan kuih tradisional, pakaian tradisional, perkhidmatan tukang jahit, songkok, kraftangan masyarakat setempat, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).
Menyedari akan betapa penting Pekan Rabu kepada Alor Setar, negeri ini dan pelancong, Kerajaan Persekutuan akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan pembinaan bangunan baru iaitu sebuah kompleks perniagaan yang moden seiring dengan pembangunan yang dikecapi negara hari ini.
Pekan Rabu, yang menjadi lambang model perniagaan Melayu, akan diberi nafas baru melalui pembinaan semula yang mampu menambahkan lagi peluang perniagaan kepada peniaga seterusnya menjadi tumpuan para pengunjung.
Sejarah Pekan Rabu
Pekan Rabu diasaskan oleh Almarhum Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid pada 1920 di tepi Sungai Kedah berdekatan dengan Tanjong Chali yang pada asalnya beroperasi pada Hari Rabu sahaja.
Bagaimanapun, pada 1932, Pekan Rabu dipindahkan ke tapak sekarang dan menjalankan operasi setiap hari selepas Perang Dunia Kedua.
Bangunan sedia ada dibina pada 1975 dengan kos RM3.2 juta dan telah melalui proses ubah suai pertamanya pada 1995 dengan kos RM6.5 juta apabila dinaiktaraf menjadi kompleks pasar moden.
Antara individu yang pernah berniaga di Pekan Rabu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara ini selama 22 tahun.
Beliau berniaga pisang goreng di Pekan Rabu pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Pada 28 Mac lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan pusat akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan peruntukan RM55.58 juta, yang
melibatkan kerja meroboh bangunan lama dan diganti dengan bangunan baharu.
Kompleks Perniagaan Moden
Setiausaha Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Mohamad Anuar A. Rahim berkata kompleks perniagaan baharu yang akan dibina itu mampu memuatkan 360 premis perniagaan berbanding 347 premis yang sedia ada sekarang.
"Pembinaan ini akan mewujudkan ruang yang lebih banyak kepada peniaga sedia ada dan terbuka kepada peniaga lain dengan syarat Melayu dan adalah anggota koperasi.
"Itu tujuan dan matlamat utama kita bagi meningkatkan taraf ekonomi peniaga selain memastikan peniaga dapat merasai suasana kompleks yang lebih baharu, pencahayaan yang lebih baik malah selesa tanpa masalah kekerapan paip bocor dan sebagainya," katanya kepada Bernama.
Pembinaan semula kompleks itu juga bagi menyelesaikan masalah utama iaitu tempat parkir kereta atau bas agak terhad, yang menyukarkan orang ramai mengunjunginya.
"Kompleks itu akan mempunyai susun atur serta reka bentuk yang memerlukan transformasi agar nampak lebih segar dan moden malah aktiviti perniagaan juga akan diaktifkan seiring dengan 'traffic flow' pengunjung," katanya.
Apabila siap kelak bangunan baharu Pekan Rabu, yang akan mengekalkan keunikkan namanya, akan mempunyai tiga tingkat premis perniagaan manakala tiga tingkat di atas untuk parkir.
Dalam tempoh pembinaan bangunan baru itu, persatuan akan memastikan peniaga-peniaga ditempatkan di lokasi sementara di Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Kedah di Jalan Limbong Kapal, dekat sini bagi meneruskan perniagaan mereka tanpa sebarang masalah.
Mohamad berkata pembinaan kompleks perniagaan itu akan mula dijalankan selewat-lewatnya akhir tahun ini atau awal 2014.
Harapan Harapan Peniaga
Sementara itu, rata-rata peniaga ketika ditemui Bernama merasakan sudah tiba masanya kompleks perniagaan itu menerima satu perubahan yang mampu membawa pulangan modal yang baik kepada mereka.
Bagi Fazli Serat, 50, pemilik kedai Baju Melayu berkata perniagaannya di kompleks perniagaan itu merupakan tradisi keluarganya sejak 1970-an dan menjadi harapan tradisi itu dapat diteruskan selepas ini.
"Saya cuma harapkan yang terbaik sahaja, mungkin ada sedikit masalah apabila melibatkan pemindahan sementara nanti namun siapa tak nak lihat bangunan yang baru, cantik dan tambah selesa pula, tak sabar rasanya," katanya yang memiliki tiga premis perniagaan bersambung di sini.
Hashimah Nyak Bakar, 52, berkata apabila kompleks itu siap untuk beroperasi nanti, beliau mengharapkan perniagaan kosmetik yang dijalankan sejak 10 tahun akan bertambah maju.
"Ada rasa takut juga tapi saya terima saja sebab akan dapat bangunan baru, mungkin lebih ramai pengunjung akan datang sini.
"Saya juga yakin dengan pembinaan semula Pekan Rabu ini, sebab setiap tiga kali sebulan, pihak koperasi akan datang menjelaskan perkembangannya," katanya.
Jika sebelum ini, kebimbangan ramai terhadap usaha pembangunan semula Pekan Rabu adalah berkenaan penyelesaian sesuatu perkara antara agensi kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang bertindak sebagai agensi pelaksana dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan kerajaan negeri Kedah, yang ketika itu dipegang oleh pakatan pembangkang.
Dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan Persekutuan dan Negeri Kedah kembali kepada BN, isu pentadbiran untuk kerja-kerja menaiktaraf itu sepatutnya tidak menjadi halangan untuk warga bandaraya ini melihat sebuah kompleks perniagaan orang Melayu yang moden. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
-
▼
2013
(914)
-
▼
Mei
(134)
- Hot !!! Tembelang Pengundi Bangla Anwar Ibrahim Ak...
- Benarkah Barangan Orang Melayu Sudah Lama Di Boiko...
- Panas !!! Guru Berbangsa Cina PRO DAP Kata " Murid...
- Hot !!! Di Sebabkan @Zahid_Hamidi, Mahasewel Pakat...
- Hot !!! Bekas Orang Kuat Anwar Gesa PAS Jangan Mud...
- Lawak Gila !!! Naib Ketua Pemuda PAS Anggap Dua Ma...
- Hot !!! Luahan Hati Penyokong BN Kedah Di PRU13 Ya...
- Tu Dia !!! PAS Selangor Buat Muka Tak Malu Mempert...
- Info : Pekan Rabu Akan Si Bangunkqn Demi Keselesaa...
- Kantoi !!! Pakatan Haram Tidak Se-Populor Seperti ...
- Hot ! Pakatan Haram Tuduh Orang Melayu Tanjung Tok...
- Panas !!! Perhubungan Dewan Pemuda PAS Dan AMK "RE...
- Rakyat Malaysia Menolak #BlackOut505 Tu Pun Anwar ...
- Panas !!! @Zahid_Hamidi Bikin Cybertrooper Pakatan...
- Hot !!! ADUN DAP Kantoikan Anwar Ibrahim Yang Meng...
- Hot !!! Gambar Mantop Ustaz Azhar Idrus Dapat Pucu...
- Hot !!! Terbukti PAS Dan PKR Menjual Maruah Islam ...
- Gila !!! Lepas Musnahkan KUIN, Rektor PAS Nak Cabu...
- Hot !!! Anwar Dah Jadi Gila Di Sebabkan Bimbang Du...
- Kantoi !!! Black Out PRU13 Terbukti Hanya Sandiwar...
- #FBP13 : 24 Gambar Eksklusif Pertunjukan Skill Mot...
- Syabas @PDRMsia @Zahid_Hamidi !!! Tiga Lagi Dari P...
- Hot !!! Budak Hingus Adam Adli Di Kenakan Ikat Jam...
- Video Panas !!! @MahfuzOmar Kata @NajibRazak Gunak...
- Panas !!! Akhirnya Terjawab Dakwaan PR Bahawa BN A...
- Hot !!! Analisis Lengkap Keputusan PRU13 Membukti ...
- Info Kedah : "Pencemaran Virus Kencing Tikus" Dua ...
- #BlackOut505 : @MukhrizMahathir Balun @AnwarIbrahi...
- Pencerobohan Lahad Datu : Perisik Filipina Mengesa...
- Hot !!! Amoi DAP Hasut Penyokong Pakatan Haram Let...
- Tahniah !!! Pesuruhjaya PAS Kedah Berjaya Dalam Me...
- Hot !!! Gambar Adam Adl Terkinii Yang Di Kenakan T...
- Hot !!! Pendedahan Dari Awang Selamat "Iklan Air A...
- Hot !!! Bukti Isu Lahad Datu Yang Buat Anwar Tak S...
- Hot !!! Pakatan Haram Kedah Pasti Sakit Hati Denga...
- Hot !!! Ustaz Kazim Elias Di Serang Kompilkasi Dia...
- Biaq Betul !!! PR Nak Umumkan Penurunan Harga Miny...
- Hot !!! Anwar Kini Di Gelar Raja Fitnah Di Malaysi...
- Hot !!! Air Asia Buat Hal Lagi Setelah CEOnya Menj...
- Video Hot !!! Pakatan Haram Gunakan Khidmat Tukang...
- Cilaka !!! @AnwarIbrahim Ingat Malaysia Ni Bapak H...
- Tu Dia !!! Lepas Berebut Kerusi MB Pakatan Haram D...
- Hot !!! Karpal Singh Akui Pendedahan Tunku Aziz Ad...
- Video Yang Patut Semua Lihat Untuk Mengenali Siapa...
- Terkini !!! Laporan Kesihatan Ustaz Azizan Razak S...
- Hot !!! Terbukti @MukhrizMahathir Mengotakan Janji...
- Hot !!! Video Yang Membuktikan Budak Hingusan Anwa...
- Hot !!! Bila Lagi PAS Nak Keluar Pakatan Haram Set...
- Video Panas Ini Membuktikan Anwar Sudah Gila Meroy...
- Hot !!! Blogger PAS Kedah Tak Puas Hati Sebab EXCO...
- Eksklusif !!! Gambar Di Sekitar Majlis Kesyukuran ...
- Hot !!! Berita Gembira Yang Rakyat Malaysia Cintak...
- Hot !!! Kerja Part Time MB Kedah Yang Rakyat Kedah...
- Panas !!! Air Asia Bakal Gulung Tikar Sekiranya Ti...
- Kolumnis Menarik - "Anwar Sukar Terima Takdir Tuhan"
- Kelakar !!! Zairil Khir Johari Kata DAP Bukan Part...
- Gila !!! Bawa BOM Tinggalan Era Perang Dingin Ke T...
- Perhatian !!! Rakyat Malaysia Yang Cintakan Keaman...
- EXCO Belia Dan Sukan Negeri Kedah Berharap Mampu M...
- Eksklusif !!! Komen ADUN Bandar Baharu Setelah di ...
- Kantoi !!! Cybertrooper Red Bean Army DAP Sah Di A...
- Gempar !!! Isu Lahad Datu Akan Membawa Anwar Ibrah...
- Hot !!! 5 Perkara Yang Rakyat Malaysia Mahu Apek K...
- Video Eksklusif !!! Komen @TajudinSik Setelah Di L...
- Hot !!! Phahrolrazi Letak Jawatan Sebagai Timbalan...
- Panass !!! Biaq Betul Artis Cun Malaysia Ni Seoran...
- Eksklusif !!! Menteri Besar Kedah Memberi Amaran K...
- Senarai Penuh Menteri Kabinet Yang Telah Diumumkan...
- 22 Gambar Eksklusif Di Sekitar Majlis Angkat Sumpa...
- Eksklusif !!! Senarai EXCO Kerajaan Negeri Kedah Y...
- Ternyata PAS Kedah Berhadapan Dengan Kemelut Polit...
- Hot !!! Tidak Dapat Menerima Hakikat Kekalahan, An...
- @Tonyfernandes Patut Minta CEO Air Asia-X Membuat ...
- Kantoi !!! DAP Gunakan Ostazah Celup Fawzia Ariff ...
- Bukan Senang @MukhrizMahathir Nak Perbaiki Labu Ya...
- Hot !!! Kisah KUIN Selepas @MukhrizMahathir Mengam...
- Gambar Majlis Bacaan Yaasin Dan Doa Selamat Buat U...
- Isteri Pengasas Al-Arqam Di Tahan Pihak JAIS Sejur...
- Hot !!! Lebih 80% Mahukan Anwar Tepati Janjinya Un...
- Usaha Menyatukan UMNO-PAS Harus Di Teruskan - Usta...
- Gempar !!! PAS Kedah Akan Lantik Pemimpin Berfikir...
- Hot !!! Apakah Nama-Nama Ini Akan Di Lantik @Mukhr...
- Pulak Dah !!! Syarikat Bumiputra Di Jadikan Sasara...
- Pulak Dah !!! Mat Sabu Tuduh BN Guna Pengundi Hant...
- Fitnah Terhadap Tan Sri Omar " Pakatan Haram Sudah...
- Gambar @NajibRazak Melawat Mantan Menteri Besar K...
- Gambar Eksklusif !!! Remaja Maut Selepas Lakukan A...
- DAP Harus Di Hukum Di Atas Sikap Rasist Pengundi Cina
- Biadap !!! Bahasa Kurang Ajar Yang Tidak Patut Di ...
- "Harap Maklum" Ustaz Azizan Razak Masih Kritikal D...
- Hot !!! Pakatan Haram Kantoi Cuba Lagakan @NajibRa...
- Perhatian !!! Keputusan PRU13 Telah Memberi Mesej ...
- Gambar Tekini @MukhrizMahathir Dalam Pejabat Mente...
- Gambar Yang Membuktikan DAP Berjaya Tanamkan Seman...
- Tahniah @MukhrizMahathir Selamat Mengangkat Sumpah...
- Perutusan Khas Yang Perlu Semua Tahu PRU13 Di Kedah..
- Keputusan Terkini (Tak Rasmi) Barisan Nasional Men...
- Maklumat Terkini (Tak Rasmi) Keputusan Pilihanraya...
- Gambar Helikopter Yang Di Naiki Hishammuddin Terba...
- Info Terkini PRU 13 : BN Mampu Mendapat 139 Kerusi...
-
▼
Mei
(134)
1 ulasan:
Alhamdulillah.. nikmat bersama krjn UMNO BN.
Maju Kedah Maju.. kembali Kedah ke pemerintah asal..moga berkat.Aminn
Catat Ulasan