Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Sabtu, 4 Mei 2013

Isu "Bom Petrol" Awat Yang PKR Gelabah Tak Tentu Pasal ??



Sehari dua lepas, penduduk Kelana Jaya khususnya di DUN Seri Setia gempar seketika apabila tersebar berita mengenai penemuan botol berisi petrol yang mungkin mahu dijadikan sebagai bom petrol oleh pihak tertentu untuk tujuan khianat.

Lima botol berisi petrol itu ditemui di dalam longkang berhampiran Bilik Gerakan BN DUN Seri Setia semasa petugas keselamatan BN melakukan rutin harian pemeriksaan di sekitar kawasan selepas selesai majlis kempen yang disertai calon BN Dun Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad.

Seandainya bom petrol itu terlepas pandang atau petugas keselamatan gagal melaksanakan tugas hakiki mereka ada kemungkinan ia akan mengulangi kejadian buruk seperti letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Setakat ini penemuan bahan berbahaya di Kelana Jaya itu masih lagi dalam siasatan pihak polis dan belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Bagaimana pun reaksi segera dari pihak PKR menimbulkan sedikit kecurigaan umum apabila calonnya untuk DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad tiba-tiba saja mengeluarkan kenyataan media mengenai isu tersebut tanpa diminta oleh sesiapa pun.

Patutnya Nik Nazmi tidak perlu pun bersusah payah memberi respons, lainlah kalau dihubungi atau ditanya oleh pihak media barulah memberikan ulasannya. Ini tidak, walau pun reaksinya kelihatan mengecam kejadian tersebut tapi secara tersiratnya nampak seperti beliau melatah dan mengelabah.

Angin tak ada ribut tidak, malah siapa suspek yang sedang diburu oleh pihak berkuasa berhubung penemuan bom petrol itu pun tidak diketahui lagi, tapi PKR awal-awal lagi sudah menggelabah seperti orang yang bersalah.

Mungkin PKR takut pihaknya dipersalahkan dan dikaitkan dengan kejadian itu memandangkan imej parti itu yang sudah sinonim dengan keganasan, itu yang segera membuat kenyataan media walau pun tidak diminta sesiapa.

Tapi tiada siapa pun yang menuduh si polan itu atau si polan ini yang buat kerja haramjadah sebegitu. Yang PKR tiba-tiba kalut tiba-tiba dan menggelabah tak ketahuan, buat apa? Terasakah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog