Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Isnin, 20 Oktober 2014

Video Pendedahan Punca Kemenangan Kedah Menentang Pahang #KedahSerataRata #KFA #ThisIsDarulaman


Sebelum perlawanan bermula semalam diantara Kedah dan Pahang, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir memberi kata-kata semangat yang cukup padu.

Mari saksikan video tersebut.



Khamis, 9 Oktober 2014

Harapan Negeri Kedah Pentadbiran @MukhrizMahathir Di Dalam #Bajet2015 #KedahSerataRata





Diharapkan Bajet 2015 yang akan dibentangkan esok ianya dapat membela nasib golongan pendapatan rendah serta penoreh-penoreh getah di seluruh Malaysia yang kini di himpit dengan kenaikan kos sara hidup.

Khamis, 2 Oktober 2014

Ahli Parlimen Alor Setar @GooiHsiaoLeung Perlu Di Kenakan Tindakan Tegas - @MukhrizMahathir #KedahSerataRata



YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir merasa malu dan kecewa apabila terdapat seorang Ahli Parlimen dari Kedah yang mewakili parti PKR, Gooi Hsiao Leung mempertikai kuasa Raja-Raja Melayu didalam perlantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Dalam isu ini, YAB senada dengan Pemuda UMNO Kedah dan Pemuda UMNO Selangor, Gooi Hsiao Leung perlu dikenakan tindakan tegas di atas kenyataan yang bersifat hasutan telah dilakukannya.

Ikuti Video sidang media YAB siang tadi selepas program penyerahan Lembu Korban di Pusat Latihan Rela Bukit Selambau.

Selasa, 30 September 2014

CANOPY ICONIC : Taman Jubli Emas #AlorSetar Bakal Bertukar Wajah #KedahSerataRata


Satu perkhabaran gembira dari Kerajaan Negeri Kedah kepada rakyat Kedah terutamanya yang tinggal di kawasan Alor Setar yang suka beriadah di Taman Jubli Emas, Alor Setar, apabila Kerajaan Negeri mengumukan akan membina Canopy Iconic yang dihasilkan dengan menggunakan buloh akan dibina tidak lama lagi.

Rabu, 24 September 2014

Perkembangan Terbaru Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim #KedahSerataRata


Ramai yang tertanya-tanya apakah perkembangan terbaru hasrat Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato, Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mahu membina satu lapangan terbang antarabangsa Kulim.

Setakat ini Pisau Kedah dikhabarkan bahawa hasrat tersebut dalam keadaan positif selepas YAB MB Kedah dan rombongan bermesyuarat dengan Pentadbiran Kerajaan Pusat.

Satu lagi perkembangan terbaru yang diperkatakan YAB MB Kedah ketika sidang media baru-baru ini, selain pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Kerajaan Negeri Kedah juga bercadang mahu wujudkan Bandar Aero Angkasa (Aero City) di sekeliling Lapangan Terbang berkenaan selepas projek berkenaan menjadi satu realistik.

Video Sidang Media YAB MB Kedah


Hot Video @MukhrizMahathir Dedahkan Sikap Tun M Yang Tidak Di Ketahui Ramai #KedahSerataRata


Ramai yang tidak tahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai satu sikap misteri sebelum membuat sesuatu keputusan yang besar ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum ini. Perkara ini diceritakan sendiri oleh YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir didalam video dibawah ini.


Rabu, 10 September 2014

Profle Calon BN #PRKPengkalanKubor



DARI PENGKALAN KUBOR-TPM sebentar tadi umum MAT RAZI MAT AIL,AJK UMNO Bahagian Tumpat,49 tahun,calon BN untuk PRK DUN itu. PM putus pagi ini-Agendanews


CALON PRK DUN PENGKALAN KUBOR

Profil Ustaz/Cikgu Mat Razi:

Nama.MAT RAZI B.MAT AIL 651119035219 PENOLONG PEG.PPD TUMPAT PENGURUSAN SKOLAH.
- isteri Khairos bt husin guru sk. simpangan tmpat.

- Kelulusan BA(Hons)Sejarah& persuratn melayu UKM (1999) maktb perguruan sultan abdl halim kedah(1988)

- Anak 6 org(3 lelaki 3 perempuan)Ank 1zamir(uitam kos Art& Design) 2.nur izati(uia bhsa arab)3.aizat(maahad tmpat)4.nur zahirah(maahad tahfiz tanah merah)5.nur maisarah dan zulfahmi(sk smpgn).

-bergiat politik semenjak 1990 sbgai su cawangan smpangan.AJK PEMUDA bermula 2005.AJK BAHAGIAN brmula 2009.

- mengasaskan sekolah pondok 9.11.2012 di tanah wakaf sendiri Kg.simpangan dgn pngambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.pelajar semasa 20 org di bantu guru quran en daud ismail(bekas guru quran zi sndiri).Pondok di sumbg dato noor zahidi 50ribu 2013.Pengajian pelajar percuma makan percuma.

- Mula brkhdmat di 1988 sk bunohan(8 thn)1999(smk sri kurau perak)2002(smk ayer lanas jeli)2003-2008(smk geting)guru pemeriksa sejarah.

- Di maktb pernah johan Tilawah Al-quran taranum.

- mula mengaji di pondok tuan guru haji wan mat jal besar(1982 sehingga tuan guru meninggal 1994. pergi haji pertama 1994.haji ke 2-2008.Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.

Isnin, 8 September 2014

KB UMNO Kulim Bandar Baharu Mohon @NajibRazak Kekalkan Akta Hasutan 1948


Ketika berucap dalam Mensyuarat UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu kelmarin, YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir memohon agar YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malalysia tidak tunduk kepada tekanan segelintir pihak yang mahukan Akta Hasutan 1948 di mansuhkan.

@NajibRazak Perlu Kaji Semula Untuk Memansuhkan Akta Hasutan 1948


Dalam kenyataan terbaru YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berkenaan isu MANSUH AKTA HASUTAN 1948' dan digantikan dengan akta baru (AKTA KEHARMONIAN NASIONAL), YAB Dato' Seri bimbang KEBERKESANAN akta baru agak lemah berbanding AKTA HASUTAN 1948 dan ianya tidak dapat meyakini rakyat bahawa akta baru lebih baik dari Akta Hasutan 1948.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Wartawan @SinarOnline / Sinar Harian Putar Belit Titah Ucapan Tunku #KedahSerataRata


Pengakuan dari wartawan Sinar Harian 

Bangang punya wartawan Sinar Haruan . Oppsss.. Sinar Harian, sampai tak tahu langsung etika kewartawanan dan bertindak BIADAP memutar belit kenyataan Sultan Kedah dalam Titah Ucapan Tuanku semasa perasmian Sidang Dun baru-baru ini.

Ternyata dalam Titah Ucapan Tuanku, langsung tidak DIGAMBARKAN bahawa Tuanku " MENEGUR " cara pentadbiran YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah, sebaliknya Tuanku hanya "MEMPERINGATI" pentadbiran YAB MB Kedah " MEMBUAT PERANCANGAN JANGKA PANJANG DAN JANGAN TERIKAT DENGAN KEBERHASILAN BERSIFAT JANGKA PENDEK SEMATA-MATA."

Harus di ingat penggunaan perkataan "Tegur/Menegur" selalunya digunakan bagi mengambarkan sesuatu nasihat kepada pihak YANG TELAH MEMBUAT KESILAPAN. Manakala ayat "Memperingati" digunakan bagi mengambarkan sesuatu nasihat kepada pihak YANG BELUM LAGI MEMBUAT KESILAPAN.

Tak kan "Basic" penulisan pun wartawan Sinar Harian Kedah seorang ni tak tahu, ataupun buat-buat tak tahu.?

Ketika Titah Ucapan Sultan dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong, wartawan akhbar Harakah juga turut berada, namun Titah Ucapan Tuanku tidak pulak diputar belit Harakah.. Tapi wartawan Sinar Harian pulak terlebih-lebih spin..


Gambar wartawan Sinar Harian 
bersama wartawan Harakah semasa
hari pertama sidang Dun Negeri Kedah

Pisau Kedah difahamkan disebabkan putar belit Akhbar Sinar Harian berkenaan Titah Ucapan Tuanku, Pejabat Tuanku Sultan Kedah dan Pejabat MB Kedah telah menghantar Surat Tunjuk Sebab kepada Sinar Harian memohon Sinar Harian membuat pemohonan maaf.

Sehingga kehari ini Sinar Harian belum lagi membuat kenyataan rasmi pemohonan maaf walau pun Surat Tunjuk Sebab di keluarkan Pejabat Tuanku Sultan. Ini menunjukkan bertapa biadapnya Akhbar Sinar Harian yang terlalu angkuh untuk memohon maaf disebalik kesalahan yang mereka lakukan sendiri.

Ahad, 10 Ogos 2014

Panas !!! " Krisis MB Selangor " Mengapa @MukhrizMahathir Sokong Wan Azizah Sebagai MB ?? #KedahSerataRata #KrisisMBSelangor


Alor Setar - Ketika ditanya wartawan tentang krisis Menteri Besar Selangor dalam sidang media yang di lakukan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir di Majlis Jamuan Hari Raya Wisma Persekutuan, Anak Bukit pada siang tadi, YAB Menteri Besar Kedah menyatakan sokongan kepada Datin Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor demi kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.

" Dari segi kepentingan parti kamilah (Barisan Nasional), lebih baik kalau Wan Azizah menjadi Menteri Besar sebab tentu dia akan banyak buat kesilapan.'' Kata Mukhriz Tun Mahathir.

" Dia tidak mempunyai pengalaman seperti kita sedia maklum sewaktu dia menjadi Presiden Parti, Ahli Parlimen pun tidak begitu menyerlah." Katanya lagi.



Krisis Menteri Besar Selangor kini dilihat menjadi lebih hangat lagi setelah YAB Tan Sri, Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dipecat dari parti PKR kelmarin disebabkan keenganan meletakkan jawatan setelah di minta pucuk pimpinan parti itu.

Manakala bagi kepimpinan Dewan Ulama PAS Pusat hari ini tetap menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan berpendirian tidak boleh digugurkan selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Tan Sri Khalid di singkirkan. PAS tetap dengan pendirian ini walaupun terpaksa keluar dari Pakatan Rakyat.

Selasa, 5 Ogos 2014

" PENYELEWENGAN " NGO Desak Pendedahan Bekas Setpol MB Di Siasat #KedahSerataRata


ALOR SETAR - Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan bekas Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Adun PKR Kedah.

Presidennya, Khairul Anuar Ramli berkata, pendedahan tersebut dilihat mempunyai beberapa perkara melibatkan salah guna kuasa Adun PKR semasa pemerintahan PR pada tahun 2008 hingga 2013 yang lalu.

“Kami mengambil keputusan untuk membuat laporan ini dengan memperincikan tiga perkara asas iaitu berkenaan tuntutan elaun, pembalakan dan kelulusan tender balak.

“Kenyataan itu merujuk bahawa tuntutan perjalanan seorang exco dari PKR adalah jauh melebihi gaji dan elaunnya. Elaun hanya sekitar RM17,000, tetapi tuntutan perjalanan mencecah RM23,000,” katanya kepada media di pekarangan Pejabat SPRM Kedah, semalam.

Menurutnya, siasatan berhubung perkara itu penting kerana ia mungkin melibatkan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pentadbiran tersebut.

“Kita juga akan memperincikan mengenai kelulusan sebuah syarikat kuari pasir yang diberi bertujuan untuk menampung perbelanjaan Adun PKR bagi menutup kes kebankrapan beliau.

“Selain itu, kita juga mendesak supaya siasatan terperinci dibuat terhadap kelulusan tender balak yang diberikan kepada Adun PKR apabila ia diluluskan pada harga yang sama dengan pihak lain iaitu RM16,000 sehektar,” katanya.


Beliau berkata, beberapa bukti dan dokumen tambahan juga akan diberikan kepada pihak SPRM bagi memudahkan urusan penyiasatan.

“Kita mahu SPRM melakukan penyiasatan terperinci tentang pendedahan ini kerana ia melibatkan pecah amanah dan salah guna wang rakyat.

“Sekiranya terbukti benar, pihak terbabit perlulah diheret ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang yang telah sedia ada,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menerusi akaun Facebooknya menjelaskan bahawa situasi kerusi menteri besar yang berlaku di Selangor adalah tidak sama seperti di Kedah.

Beliau berkata, PKR tidak wajar membuat perbandingan sebegitu rupa kerana mereka tidak berada dalam kondisi yang wajar berbicara mengenai jawatan tersebut atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentlemen, mulia atau baik hati.

Berikutan itu, Muhammad Sanusi turut mendedahkan bahawa sepanjang sejarah PR menjadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan seorang exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya.

Beberapa perkara lain turut diperincikan oleh beliau dalam kenyataan penuh yang turut disiarkan Sinar Harian, baru-baru ini.- Sinar Harian

Ahad, 3 Ogos 2014

GPNS Gesa Jambu Anwar Tidak Politikan MoU Penstrukturan Air Selangor


GERAKAN Pengguna Negeri Selangor (GPNS) menggesa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli  (gambar) agar berhenti mempolitikkan kandungan perjanjian persefahaman (MoU) mengenai isu penstrukturan industri air di Selangor antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Pengerusinya, Datuk Dr Jacob George berkata, Rafizi tidak sepatutnya berbuat demikian kerana rakyat bimbang dengan risiko kekurangan bekalan air bersih apabila paras air simpanan kini berada di paras kritikal.

“Saya lihat Rafizi begitu kebudak-budakan dalam kes ini kerana mendakwa beberapa pihak berkonspirasi dalam isu pengambilalihan industri air.

“Sebagai Pengarah Strategi PKR, Rafizi  sepatutnya menggunakan kebijaksanaan beliau untuk menyokong kerajaan negeri bagi mempercepatkan proses pengambilalihan industri air di Selangor dan bukannya melengah-lengahkan lagi dengan isu konspirasi,” katanya.

Menurutnya, tindakan Rafizi telah menimbulkan teori konspirasi pengambilalihan air antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan syarikat konsesi air.

“Bila mereka cuba hendak membina isu yang baru dan menangguhkan proses (pengambilalihan air) kita akan demonstrasi depan ibu pejabat (PKR).

“Ribuan akan protes. Ini bukan politik tetapi (melibatkan isu) pengguna tulen. Kita tidak campur urusan politik,” katanya.

Katanya,  sebagai persatuan pengguna, pihaknya menekankan agar isu air di Selangor tidak dipolitikkan lagi kerana rakyat negeri itu kini sedang menderita dan sengsara dengan masalah bekalan air yang berlaku.

Rafizi, sebelum ini sering mempertikaikan MoU penstrukturan air apabila mendakwa perjanjian itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat dan lebih memihak kepada Putrajaya dan mengatakan bahawa terma perjanjian air akan dikaji sekiranya Selangor ditadbir urus oleh menteri besar baru.

“Kerajaan negeri memiliki 30 peratus saham Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan segala terma perjanjian dan pampasan juga melibatkan kerajaan negeri.

“Jadi adalah tidak matang apabila Rafizi mengatakan bahawa terma perjanjian air perlu dikaji semula padahal terma perjanjian tersebut ditetapkan oleh kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Tambahnya, Rafizi perlu mendapatkan fakta yang betul sebelum mendakwa wujudnya konspirasi di kalangan syarikat konsesi air dan menteri besar dalam usaha kerajaan negeri memastikan bekalan air mencukupi.- SH

Sabtu, 2 Ogos 2014

Pendedahan Di Sebalik Isu Pasar Malam Pantai Johor Di Tutup #KedahSerataRata


Ramai yang tertanya-tanya akan hal sebenar disebalik isu penutupan Pasar Malam Pantai Johor kelmarin yang agak panas diperkatakan hari dan ianya dijadikan bahan politik untuk tunjuk hero oleh ketua pembangkang Kedah, YB Amiruddin, ADUN Anak Bukit yang agak dikenali YB sapu bini orang.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya NOTIS MAKLUMAN PERBERHENTIAN OPERASI PASAR MALAM PANTAI JOHOR telah dikeluarkan PADA 4 TAHUN LEPAS oleh pihak MBAS semasa perancangan awal untuk mengubah tapak pasar malam asal ke tapak pasar malam baru di kawasan berhampiran bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan tempat parking akibat penambahan peniaga yang meniaga sehingga meniaga di kaki jalan.


Arahan perancangan penutupan dan perpindahan tapak pasar malam tersebut dilakukan pentadbiran Kerajaan Negeri yang ketika itu dibawah Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan. Pihak MBAS boleh mengesahkan perkara ini, kerana ia berpandukan pada notis awal. Jika tak percaya boleh semak dengan YB Phahrolrazi, beliau merupakan EXCO PBT zaman pentdabiran PAS di Kedah.

Selain dari kesesakan lalu lintas dan tempat parking semasa operasi pasar malam tersebut, jalan berkenaan juga merupakan jalan PROTOKOL untuk ke Istana Anak Bukit.

Di sini Pisau Kedah tidak menyalahkan perancangan awal perpindahan pasar malam tersebut semasa zaman pentadbiran Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan kerana tapak pasar malam tersebut SEMEMANGNYA PATUT DIPINDAHKAN bagi keselesaan peniaga, pengunjung pasar malam tersebut serta melancarkan lalu lintas jalan berkenaan semasa operasi peniagaan pasar malam.

Tentu ada yang akan mempersoalkan mengapa setelah 4 tahun notis di keluarkan, baru sekarang MBAS hendak laksanakan dengan terkejut tergempar dengan memberi notis makluman 24 jam.

Sebenarnya ada pihak atasan (lebih berkuasa dari pentadbiran Kerajaan Negeri) mempersoalkan mengapa tapak berkenaan belum dipindahkan setelah 4 tahun lepas notis dikeluarkan. Maka gelabah bewak la Datuk Bandar yang mungkin tidak mengetahui sebenarnya NOTIS MAKLUMAN PERBERHENTIAN OPERASI PASAR MALAM PANTAI JOHOR telah dikeluarkan 4 tahun lepas yang ketika itu Datuk Bandar dijawat individu lain.

Akibat gelabah bewak, maka Datuk Bandar pun mengarahkan penutupan serta merta pasar malam berkenaan tanpa perancangan dan selepas itu keluarlah notis 24 jam atas paksaan berpindah, menutup pasar malam terbabit semalam. Agak kecohla dan YB Amirudin (YB kaki sapu bini orang) cuba menjadi hero dengan menelefon YB Exco PBT, Datuk Bandar dan beberapa pemimpin lain ketika mereka sedang berada dalam majlis bersama YDP Agong.

SIDANG MEDIA DATUK BANDAR HARI INI
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata arahan penutupan dilakukan bagi menyelesaikan beberapa masalah seperti kesesakan dan kawasan parkir bagi jemaah masjid berdekatan selain pasar malam itu terletak di jalan protokol.
Beliau berkata kawasan tersebut menjadi semakin sempit kerana terdapat peniaga yang turut berniaga di atas jalan utama. 
Pihaknya sudah memperoleh tapak baharu yang terletak di Jalan Suka Menanti dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat Ahad ini dan kesemua peniaga terbabit boleh mula berniaga di situ Jumaat depan, katanya.

Dalam notis makluman yang dikeluarkan serta merta tersebut sememang di akui Pisau Kedah terdapat beberapa kelemahan yang mungkin pihak MBAS tidak sedari. Sepatutnya pihak MBAS memaklumkan terlebih dahulu tapak baru sebelum notis makluman penutupan diberi kepada para peniaga pasar malam Pantai Johor.

Kepada cybertrooper dan blogger Pakatan Rakyat, Pisau Kedah nak nasihat la dengan jujur.. Tak perlu la ambil kesempatan dalam hal ini untuk di politikan sebab ianya akan jatuh ke batang hidung pemimpin PR di Kedah sendiri dan tak mustahil akan menimbulkan peperangan semula diantara YB Amiruddin dan YB Phahrolrazi yang ketika notis 4 tahun lepas dikeluarkan YB Phahrolrazi menjadi EXCO PBT dan mempunyai masalah perhubungan dengan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan.

Untuk pengetahuan Notis yang dikeluarkan 4 tahun lepas adalah permintaan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan kepada EXCO PBT ketika itu setelah diminta pihak atasan, tetapi kenapa dan mengapa motif tersembunyi EXCO PBT ketika itu tidak mengikut permintaan tersebut hanya EXCO PBT ketika itu yang mengetahui.


Selasa, 22 Julai 2014

Kedah Akan Bantu Keluarga Mangsa Nahas #MH17 Dari Kedah - @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


SUNGAI PETANI - Kerajaan Negeri Kedah akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga kru dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang berasal dari negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, bantuan itu sebagai tanda simpati dan rasa sedih kerajaan negeri terhadap insiden terbabit.

Katanya setakat ini pihaknya mendapat maklumat terdapat dua mangsa insiden itu merupakan anak Kedah.



"Kerajaan negeri merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa terlibat dan semoga mereka tabah menghadapi ujian yang besar ini. Kita akan menghulurkan bantuan sewajarnya termasuk sokongan moral kepada keluarga terlibat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada ibu tunggal dan anak yatim di sini hari ini.

Seorang daripada mangsa adalah pramugari pesawat MH17 Azrina Yaakob, 41, yang berasal dari Kampung Kelompang, Alor Mengkudu dekat Alor Setar.

Seorang lagi mangsa dari Kedah adalah kru teknikal pesawat tersebut Eugene Choo Jin Leong, 45, yang berasal dari Jalan Kolam Air, di sini.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga bersetuju mengibarkan bendera negeri dan Persekutuan separuh tiang di semua bangunan kerajaan selama tiga hari bermula hari ini sebagai tanda penghormatan atas tragedi itu.

Beliau turut meminta agar semua rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik bersatu bagi menuntut keadilan terhadap insiden itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam perutusan Khas-Nahas MH17 malam semalam berkata kerajaan memutuskan agar bendera negara dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam semalam sehingga Isnin depan (21 Julai) berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine Khamis lalu.

Hadir sama pada majlis hari ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain. - Bernama

Sabtu, 12 Julai 2014

Kisah Di Sebalik Ugut Bunuh MB Kedah Dan KSU Kedah #KedahSerataRata


Aku kenal dengan Padi Jantn dari tahun 2010. Ketika tu kami sama-sama berjuang mempertahankan Madrasah Salihiah dari diruntuhkan Pas Kedah Laknattulah. (sanggup runtuhkan surau dan madrasah yg berusia 105 tahun untuk buat sebuah shopping kompleks)

Padi ni seorang yang berbakat besar, pakar edit gambar dan video. Malah ketika tu dia ni cybertrooper UMNO yang menentang Pas. Ketika tu, kiblatnya masih betul, perjuangan dia masih cantik.

Muhamad Taufik Ali atau Padi Jantan

Kemudian aku dan sahabat2 TMK keluar dari kelompok AJK Madrasah Salihiah sebab kami rasa dipergunakan. Kami rasa ada sesuatu yang tak kena dalam kumpulan berkenaan. Dari terpalit sekali, baik kami angkat kaki.

Aku hanya mengikuti kisah madrasah malang tu dari jauh. Malang sebab Pas nak runtuh madrasah dan surau sb nak buat pasaraya besar, dan lebih malang kumpulan yang mempertahankan madrasah tu, bukan benar-benar ikhlas nak pertahankan.

Cerita selepas itu, apa yang aku tahu, Madrasah dan surau dah runtuh. Tanah wakaf terbabit telah diserahkan kepada Sony Hoo (cina Dap Penang) .. kes ni telah dicampur tangan pihak Istana Kedah. Malah pihak AJK surau yang kononnya mempertahankan madrasah tu pun tandatangan setuju utk terima tanah ganti dan duit RM1.4 Juta sebagai gantirugi.

Semua peristiwa ni berlaku pada zaman PAS KEDAH memerintah.

Bila semua benda dah diselesaikan oleh pihak Istana Kedah, malah pihak wakil tanah wakaf madrasah berkenaan juga sudah menurunkan tandatangan. Kiranya semua pihak sudah setuju kes ini selesai.

Kerajaan negeri takdak kuasa lagi, bila pihak Istana ambil alih kes ni.

Masih berlaku di bawah pemerintahan Pas.

Tiba-tiba bila BN ambil alih Kedah. si Padi Jantan meroyan minta Dato Mukhriz beli balik tanah wakaf madrasah tu. Kemudian hari-hari dihamun UMNO/BN kononnya yahudi, israel, jahat dan kejam.

Apa kaitan UMNO/BN dalam kes tanah wakaf madrasah? UMNO/BN kah yang gadaikan tanah tersebut?

Lagi satu, apa kena mengena Dato Mukhriz dengan tanah wakaf tu. Beliau tak terlibat langsung. Duit dah dapat, tanah ganti juga telah diberi.. tandatangan juga dah diturunkan. Tiba-tiba minta kerajaan BN beli balik tanah wakaf tu dan pulangkan pada mereka.

Mana mungkin boleh buat macam tu. Tanah tu dah jadi hak orang, dah tukar nama, malah pembinaan sudah dijalankan.

Inilah perjuangan Padi Jantan. Hangpa yang baca ni, fikir perjuangan dia sebab mempertahankan tanah wakaf atau sebab duit?

Demi Allah.. apa yang aku tulis ini adalah benar dan benar-benar belaka.

SUMBER :- Kedah Ke KL

Jumaat, 11 Julai 2014

Malaysia Mengutuk Sekerasnya Serangan Israel Terhadap Palestin - @MuhyiddinYassin #PrayForGaza

Timbalan Perdana Menteri di Majlis
Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab dan
Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan 
Negeri Kedah ( Sumber Gambar - Mukhriz Mahathir FC - https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC )


Alor Setar - Dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin di Majlis Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, YAB Timbalan Perdana Menteri mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman rejim zionis menyerang Umat Islam Palestin.



"Malaysia mengambil satu pendirian yang cukup jelas daripada awal waktu zaman Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri kita mengambil tindakan yang agak luar biasa memberikan sokongan bukan sahaja dari segi moral tapi material sampailah ke hari ini ".

" Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Israel terhadap orang-orang kita (umat Islam) yang ada di Palestin ". Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

" Ilmu ada tidak berguna, akal ada pun tidak digunakan, yang ada ialah nafsu adalah niat yang tidak baik ". Katanya lagi.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini telah lama berlarutan walaupun sudah banyak resolusi dan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibuat supaya Israel menghentikan kezaliman ke atas rakyat Palestin.

Khamis, 10 Julai 2014

@MukhrizMahathir Umum Rancangan Pembangunan Di Daerah Kulim Dan Bandar Baharu #KedahSerataRata


Ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Dan Memberi Sumbangan kepada Guru Al-Quran Sukarela, Bidan Kampung, Mudim dan Pengurus Jenazah Daerah Bandar Baharu kelmarin di Masjid Al-Fateh Serdang, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan beberapa perancangan projek yang akan di bangunkan Kerajaan Negeri di Daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Melalui projek pembangunan ini, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz berharap ianya dapat menyumbangkan peningkatan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Antara perancangan projek yang diumumkan adalah



1- Membangunkan satu bandar MEDICAL SCIENCE CITY di Bandar Baharu Kulim yang berkeluasan 660 ekar. Projek ini ditujukan khas untuk industri dan perkhidmatan Medical dalam bentuk penghasilan peralatan Medical untuk kegunaan didalam negara dan dieksport ke luar negara.

Industri Medical ini mampu memberi peluang pekerjaan yang bergaji tinggi kepada anak tempatan serta memberi kesan kepada peningkatan ekonomi setempat.

2- Projek pembinaan Rumah Rimbunan Kasih kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dengan harga yang munasabah.

Perumahan Rimbunan kasih merupakan satu projek yang melibatkan pembinaan 100 unit rumah di kawasan Bandar Baharu dan ianya mempunyai aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan kepada pemilik rumah Rimbunan Kasih.

3- Kerajaan Negeri Kedah kini sedang giat melobi Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan pembinaan satu Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di kawasan Sidam.

4- Pembinaan sebuah kompleks sukan mini atau mini stadium yang akan dibina di kawasan Serdang tidak lama lagi.

Projek pembinaan kompleks sukan mini ini adalah diatas usaha pemohonan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadhil yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu kepada Kerajaan Persekutuan.

Jumaat, 4 Julai 2014

"Perancangan Ekonomi" Kedah Kemukakan Cadangan Kepada Menteri EPU - @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #KedahSerataRata


Dalam kunjungan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahagian Unit Perancang Ekonomi (EPU) YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid Omar bertemu Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir kelmarin, YAB Menteri Besar Kedah telah kemukakan beberapa cadangan kepada YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid Omar didalam perancangan ekonomi negeri Kedah.

Saksikan video kenyataan YAB Menteri Besar Kedah dibawah ini berkenaan cadangan yang di kemukakan Kerajaan Negeri Kedah.


Pisau Kedah mendoakan agar usaha YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dan pentadbiran beliau membangunkan ekonomi Negeri Kedah membuahkan hasil agar dapat dinikmati rakyat negeri Kedah.

Khamis, 3 Julai 2014

Benarkah Kerajaan Malaysia Pentadbiran @NajibRazak Zalim Terhadap Penjawat Awam ??


Pisau Kedah sering berbual dengan penjawat awam dan boleh di katakan 70% dari penjawat awam termasuk dikalangan sahabat Pisau Kedah sendiri mengatakan Kerajaan Malaysia pentadbiran YAB Dato' Seri Najib Tun Razak zalim menindas rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam dengan bebanan harga barang naik.

Benarkah Kerajaan Malaysia pentadbiran YAB Dato' Seri Najib Tun Razak zalim ?

Bagi Pisau Kedah sebenarnya penjawat awam yang menyatakan Kerajaan Malaysia zalim terhadap rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam merupakan individu yang tidak tahu erti bersyukur atau kufur nikmat. Mampu membeli motorsikal, kereta baru serta rumah tapi masih menganggap diri masih dalam keadaan susah.

Alangkah bertuahnya penjawat awam di Malaysia yang sering mendapat perhatian Kerajaan Malaysia berbanding rakyat Malaysia yang berkerja sendiri atau berkerja dengan swasta. Penjawat awam yang berkerja dengan Kerajaan Malaysia diberikan pelbagai kemudahan bagi menjaminkan kelangsungan kehidupan harian.

Terbaru, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Manakala 684,000 pesara kerajaan mendapat bantuan sebanyak RM250.



Harus diingat bahawa ini pengumuman bantuan ini bukan bonus yang tiap-tiap tahun penjawat awam dapat. Tapi ianya BANTUAN KHAS yang tidak termasuk atau di tolak dari bonus yang di perolehi penjawat awam tiap-tiap tahun.

Bantuan ini adalah untuk meringgankan bebanan penjawat awam serta pesara kerajaan didalam membuat persiapan menyambut hari raya Aidilfitri pada penghujung bulan ini.

Untuk pengetahuan, sebanyak RM890 juta Kerajaan Malaysia belanjakan bagi memastikan penjawat awam dan pesara kerajaan dapat menikmati sambutan hari raya Adilfitri kali ini.. Apakah ini menunjukan Kerajaan Malaysia zalim lagi terhadap penjawat awam ?

Bagi penjawat awam yang masih merasakan Kerajaan Malaysia zalim walau pun pelbagai inisiatif diberikan Kerajaan Malaysia, Pisau Kedah sarankan lebih baik letak jawatan kerana masih ramai individu yang tahu erti bersyukur mahu menjadi penjawat awam.

12 Negara Luar Mahu Contohi Pengurusan Haji Malaysia #TabungHaji


MAKKAH - Pengalaman 50 tahun Lembaga Tabung Haji (TH) dalam pengurusan haji dan umrah kini menarik minat banyak negara luar untuk mencontohi modul TH dalam menguruskan dana dan latihan kepada jemaah mereka.

Pengerusi TaHa Alam Sdn Bhd Tan Sri Hashim Meon berkata 12 negara menyatakan minat mereka untuk menggunakan modul TH, antaranya Maldives, Senegal, Nigeria Filipina, Australia, Kazakhtan dan Tatarstan.

Tan Sri Hashim Meon

TaHa Alam ialah syarikat usaha sama milik Perbadanan Islam bagi Pembangunan Sektor Swasta (ICD), cabang sektor swasta Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Theta Edge Berhad, anak syarikat TH, yang ditubuhkan pada 2011 bagi menawarkan khidmat nasihat dan perundingan kepada negara yang berminat menggerakkan skim simpanan haji dan mengurus syarikat pengurusan haji mereka.

"Mengorak langkah selama 50 tahun dalam pengurusan ibadah umrah dan haji, Lembaga Tabung Haji (TH) sering mendapat maklum balas positif daripada negara luar untuk mengguna pakai modul dan sistem kendalian TH dalam menguruskan ibadah umrah dan haji.

"Setakat ini, sebanyak 12 negara telah menyatakan hasrat mencontohi modul tersebut dan TaHa Alam kini dalam peringkat perbincangan serius," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, untuk jangka pendek, pihaknya akan menawarkan perkhidmatan rundingan, latihan, pengurusan dana serta logistik jemaah haji.

"Buat masa ini, kita juga menumpukan kepada 56 negara Islam anggota IDB dengan giat mempromosikan untuk membantu menyediakan khidmat nasihat pengurusan jemaah umrah dan haji.

"Mereka juga sedia maklum bahawa modul TH dilihat dapat memberi manfaat kepada jemaah pada masa akan datang seperti lebih menjimatkan kos dan menguruskan ibadah umrah dan haji secara lebih sistematik," katanya.

Bagi tempoh jangka panjang pula, TaHa Alam berharap dapat membantu negara berkenaan mewujudkan organisasi pengurusan haji yang sama seperti TH. - Bernama

Rabu, 2 Julai 2014

@NajibRazak : "Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Merupakan Satu Keperluan Yang Mendesak" - @MukhrizMahathir #KedahSerataRata #HanyaDiKedah



Dalam sidang media yang dilakukan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah kelmarin ketika menyampaikan sumbangan serta berbuka puasa bersama 1256 tenaga pengajar Al-Quran sukarela, Mudim, Bidan dan Pengurus Jenazah daerah Kuala Muda di Masjid Kairah Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, YAB Dato Seri menyatakan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim satu keperluan yang mendesak.


Pisau Kedah menyokong sepenuhnya hasrat Kerajaan Negeri Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim bagi pertumbuhan ekonomi setempat.

Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim cukup strategik kerana ianya mampu menarik perhatian pelabur-pelabur untuk datang melabur di Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang akhirnya ianya boleh memberi manfaat peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan serta anak-anak muda yang tinggal di utara Perak dan Pulau Pinang.

Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan menitik berat pembangunan ekonomi di Negeri Kedah yang bakal bertumbuh pesat sekiranya hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim tercapai.




Khamis, 26 Jun 2014

"Penyalahgunaan Air Ketum" @MukhrizMahathir Memandang Serius Dan Bertegas Untuk Membanteras #HanyaDiKedah #KedahSerataRata


Akibat penyalahgunaan air daun ketum yang agak membimbangkan telah melanda di Kedah, Kerajaan Negeri Kedah melalui YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir memandang serius permasalahan ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyalahguna tanah untuk penanaman pokok ketum.



Kenyataan ini dibuat YAB Dato'Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir setelah selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah petang kelmarin di Wisma Darulaman.

Rabu, 25 Jun 2014

Video Eksklusif @MukhrizMahathir Umum Pembinaan Litar Lumba Di Kedah #HanyaDiKedah #KedahSerataRata


Satu lagi janji PRU13 ditepati apabila YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah mengumumkan pembinaan Litar Lumba diatas sebidang tanah berkeluasan 50 ekar di Sungai Petani.

Pengumuman tersebut dibuat YAB Menteri Besar Kedah setelah selesai mempengerusikan mensyuarat EXCO di Wisma Darulaman petang tadi.

Selasa, 24 Jun 2014

Video Eksklusif Johan Hafazan 1 Hingga 30 Juzuk (Lelaki) Terima Anugerah Khas #HanyaDiKedah #KedahSerataRata

Saksikanlaj video Johan Hafazan 1 Hingga 30 Juzuk (Lelaki) Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-56 , Mohd Ersyad Bin Abdullah dari Baling, Kedah menerima "Anugerah Khas" dari Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


Tahniah buat adik Mohd Ersyad kerana mengharumkan nama Malaysia dan juga Negeri Kedah di pentas antarabangsa.

Selasa, 17 Jun 2014

Engan Terima Pesakit Luar @NajibRazak : Mohon @kvssubra Pantau Sistem Yang Di Gunakan #HSAHSungaiPetani .


Aku hairan apa sistem yang digunakan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH Hospital Baru Sg Petani) apabila engan menerima pesakit luar dan meminta pesakit luar yang mahu mendapat rawatan di HSAH pergi ke Hospital Lama Sg Petani atas alasan bukan duduk berdekatan HSAH.

Nak kata pesakit yang menunggu mendapat rawatan pesakit luar ramai, tak pulak

Sistem Celaka apa yang digunakan HSAH untuk tidak menerima pesakit luar bukan dari kawasan berdekatan yang hanya setakat demam urat. Hey aku susah payah drive seorang dari rumah walau badan aku sakit akibat demam urat, macam ni layanan HSAS di bahagian pesakit luar.

Bukan dalam kawasan ka kalau rumah aku duduk lebih kurang 7km dari HSAS. ?

Aku betul-betul kecewa dengan layanan HSAH sedangkan aku ini penderma tegar darah di HSAH.


Persoalan aku mengapa pulak dibahagian Tabung Darah HSAH boleh bagi layanan elok ketika aku menderma darah, sedangkan pihak HSAH bahagian pesakit luar mengatakan aku ini duduk di luar kawasan.

Sekiranya begini layanan HSAH kepada pesakit yang mahu mendapat rawatan, pastinya lebih ramai lagi rakyat akan marahkan Kerajaan.

Isnin, 16 Jun 2014

" Kulim Airport " @MukhrizMahathir Bidas Sikap Hipokrit @cmlimguaneng #HanyaDiKedah


Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memulang paku buah keras kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila mendakwa cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah adalah pembaziran.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, cadangan beliau yang sudah dikemukakan kepada Pusat bukanlah satu pembaziran berbanding terowong di Pulau Pinang.

“Kalau ikutkan, dahulu, mereka kata pembinaan Jambatan Pulau Pinang sebagai membazir, sekarang nak cadang satu terowong pula.

Cadangan terowong dasar laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam oleh kerajaan DAP Pulau Pinang

“Pada pandangan saya terowong lebih membazir dari lapangan terbang, seluruh rantau utara Malaysia boleh gunakan,” kata Mukhriz membidas kenyataan Lim.

Malah katanya, apa guna membina lagi lapangan terbang di negeri berkenaan kerana kawasan pulau itu mempunyai tanah terhad dan lebih sesuai pelabuhan kerana dikelilingi air.

Mukhriz berkata lapangan terbang baru itu bakal menjadi pintu masuk ke negeri di utara Malaysia dan selatan Thailand.

“Berbeza dengan pelabuhan kapal, perlu di pesisir pantai, tetapi kapal terbang akan mendarat di lapangan terbang. Apa guna kita bina lapangan terbang di pulau yang terbatas dari segi tanah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Pesta Kedah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Mukhriz berkata, lapangan terbang yang dicadangkannya itu mampu menampung kapasiti lapangan terbang di Pulau Pinang yang dijangka sesak menjelang tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Lapangan terbang itu boleh menjadi pintu masuk bagi zon utara, yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak, untuk tujuan penumpang dan kargo.

“Malangnya lapangan terbang antarabangsa di Kedah hanya di Langkawi, ia hanya tertumpu kepada pelancong dan tidak banyak kargo dan penumpang,” katanya.

“Perlu ada lapangan terbang serantau, dan saya cadangkan di Kedah dan bukannya Pulau Pinang,” tambah Mukhriz.

Guan Eng sebelum ini berkata, pembinaan sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa di Kedah merupakan satu pembaziran.

Mukhriz jamin teruskan dua projek yang dijanjikan, selain janji tidak hentikan usaha dekati semua sekolah pondok.
Mukhriz…dulu mereka kata jamabatan Pulau Pinang membazir.

Beliau berkata, sekiranya Putrajaya meluluskan pembinaan lapangan terbang di Kedah, Pulau Pinang mahu sekurang-kurangnya dua lapangan terbang sama.

“Perlu diingatkan Pulau Pinang adalah penerima pelaburan langsung asing (FDI) terbesar di Malaysia, dengan jumlah RM19.7 bilion dari 2010 hingga 2013, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Lim.

Mukhriz sebelum ini mencadangkan pembinaan lapangan terbang ketiga di Kedah selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, sekiranya diluluskan.

Lapangan terbang tersebut dicadangkan pembinaan di tapak seluas 6,000 hektar dan boleh dilengkapi dua landasan.

Bagaimanapun, rancangan pembinaan lapangan terbang itu masih di peringkat awal dan kertas cadangan berkenaan perkara itu sudah diserah kepada Najib.

“Ia diletakkan di sempadan Sungai Petani dan Kulim, jika ada lebuh raya yang kini berada dalam perancangan, tapak lapangan terbang akan terletak hanya 25 minit dari Taman Teknologi Kulim,” kata Mukhriz. –bnbbc.my

Sabtu, 14 Jun 2014

Kenyataan Nik Aziz Tentang Kekalahan Dyana Sofya Membuktikan Hudud Hanya Polemik PAS


Ternyata apa yang diperjuang PAS tentang Hudud hanyalah polemik politik dan bukan keikhlasan sebenar memperjuangkan Hudud.

Pisau Kedah agak terkejut apabila membaca kenyataan Nik Aziz sendiri yang Pisau Kedah ambil dari akhbar Sinar Harian kelmarin berkenaan isu Dyana Sofya bekas calon DAP PRK Teluk Intan menolak Hudud.

Nik Aziz seolah-olah tidak kisah Dyana Sofya berpendirian menolak Pembentangan Usul Hudud di Parlimen, Nik Aziz hanya menyatakan kesilapan Dyana Sofya adalah disebabkan menyatakan pendiriannya menggenai Hudud yang sepatutnya Dyana Sofya perlu menutup mulut. 

KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud semalam adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

“Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud.

Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, hari ini.

Beliau mengulas pertemuannya dengan Dyana yang mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang hadir di pejabatnya semalam, bagi memperjelaskan beberapa isu dibangkitkan pada PRK Teluk Intan dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, kenyataan Dyana mengenai hudud telah dimanipulasikan sehingga calon DAP itu dilihat seolah-olah menentang hudud.

“(Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu) Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah) cuma cakap sebagai orang Islam dia tidak boleh tolak hudud tapi parti tolak hudud, maka dia terimalah, cuma wartawan sahaja yang tidak menekankan apa yang disebut, sedangkan saksi (Wan Abdul Rahim) ada," katanya.

Telah jelas sekali dan bukannya dimanipulasikan tentang Dyana Sofya menolak Hudud pada PRK Teluk Intan yang lalu, Dyana Sofya dengan terang menjelaskan tidak akan menyokong usul Hudud yang di bawa Kelantan ke Parlimen sekiranya menjadi ahli Parlimen walaupun dirinya akui tidak menolak Hudud.


Sekiranya sebelum ini pemimpin UMNO telah di Kafirkan pemimpin PAS kerana tidak dapat melaksanakan Hudud di Malaysia walau pun pada dasarnya pemimpin UMNO tidak pernah menolak Hudud dan hanya tidak berkemampuan melaksanakannya sahaja, mengapa Dyana Sofya tidak di hukum sebagai Kafir juga ?

Pisau Kedah hendak menyentuh sedikit tentang Usul Pembentangan Hudud yang hendak di laksanakan di Kelantan dan ianya di tentang oleh Dyana Sofya agar semua akan sedar sandiwara yang di mainkan PAS dalam isu Hudud.

Dalam isu Hudud yang hendak di laksanakan Kelantan, UMNO dengan terang menyatakan pendirian akan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbirkan PAS. Pemimpin UMNO di Parlimen akan memberi sokongan kepada Kelantan didalam membentangkan Usul Hudud di Parlimen walaupun rakan-rakan UMNO dalam BN menyatakan akan menolak usul tersebut sepertimana rakan-rakan PAS dalam PR.

UMNO mencadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa Teknikal Hudud sebelum ianya di usulkan didalam Parlimen agar ianya tidak bercangah dengan Hudud sebenar. Pada awalnya PAS bersetuju pada cadangan tersebut, tetapi dari maklumat dalaman yang Pisau Kedah perolehi ada tentangan dari pihak dalaman PAS dari team bukan Ulama dan akhirnya PAS membuat keputusan menarik balik keputusan membentangkan Hudud yang hendak di laksanakan di Kelantan.

Untuk melihatkan PAS tidak bersalah dalam keengganan membentangkan Hudud di Parlimen, PAS memutar belit dengan menyerahkan bulat-bulat kepada Jawatankuasa Teknikal untuk uruskan semuanya.


Bagi orang yang mudah percayakan putar belit PAS pastinya akan meletakan kesalahan kepada Jawatankuasa Teknikal yang diwujudkan dan akhirnya akan terpalit kesalahan kepada UMNO yang wakilnya turut berada dalam Jawatankuasa tersebut sekiranya Hudud gagal dilaksanakan di Kelantan. 

Untuk pengetahuan semua bahawa satu jawatankuasa yang dibentuk tidak mempunyai kelayakan untuk membentangkan sesuatu usul di Parlimen kerana jawatankuasa yang dibentuk bukannya berstatus wakil rakyat yang mempunyai kelayakan membentangkan usul. Wakil rakyat yang berada didalam jawatankuasa yang akan membentangkan usul setelah selesai diperincikan sesuatu permasalahan. Dalam hal PAS menarik diri dari berada dalam Jawatankuasa Teknikal Hudud dan menyerah bulat-bulat kepada jawatankuasa ternyata PAS cuba lari dari dipersalahkan kerana melihat agak sukar untuk melaksanakan kerana mendapat tentangan. 






Khamis, 12 Jun 2014

Penjelasan Mengapa Perlu @NajibRazak Menyaman @msiakini #WeSupportPM


KUALA LUMPUR - Saman fitnah difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap portal berita Malaysiakini dan dua editor kanannya tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar, menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, dalam ucapan pada majlis Kelab Akhbar Kebangsaan di sini pada 26 Mei, Najib telah berkata bahawa beliau mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.

Kenyataan itu memetik Perdana Menteri sebagai berkata dalam ucapannya itu: "Dalam sebuah demokrasi, akan sentiasa ada orang yang tidak akan bersetuju dengan dasar-dasar anda atau tidak menyukai kerajaan anda. Saya mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.

"Terdapat perbezaan antara kritikan yang membina dan fitnah. Pasukan peguam saya berpendapat bahawa tuduhan baru-baru ini oleh sebuah portal berita dalam talian telah melampaui batas. Mereka telahpun mengeluarkan notis perundangan.

Saya ingin jelaskan bahawa ini tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar.

"Ini bukan sebahagian bagi mana-mana tindakan keras; ia bukan satu cubaan untuk menutup mulut pengkritik. Ia adalah tindakan terhadap tuduhan spesifik yang melampaui batas, daripada komen adil kepada fitnah."

Dalam ucapan sama, Najib berkata pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang di negara ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap organisasi yang mereka percaya telah melanggar undang-undang dan bukan sesuatu yang luar biasa dalam demokrasi, tindakan undang-undang terhadap dakwaan memfitnah dalam media adalah tindakan sesuai.

"Ia merupakan sebahagian tindakan keseimbangan. Keseimbangan terbuka kepada kritikan membina daripada orang ramai semasa memegang jawatan awam dan hak asasi untuk melindungi maruah dan nama baik anda daripada serangan sewenang-wenangnya akibat daripada kepercayaan politik," katanya.

Pada 30 Mei, Najib memfailkan saman fitnah berhubung penerbitan dua artikel bertajuk "A case of the PM reaping what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?".

Menurut kenyataan itu, artikel berkenaan, yang berdasarkan komen para pembaca, dipilih dan kemudian diterbitkan semula oleh Malaysiakini dengan membuat banyak tuduhan palsu dan memfitnah terhadap perdana menteri, termasuk membayangkan seolah-olah beliau terlibat dalam jenayah serius.

Selepas artikel itu diterbitkan, pasukan perdana menteri telah menulis kepada Malaysiakini dan meminta artikel itu dikeluarkan dan mengeluarkan permohonan maaf tetapi Malaysiakini enggan dan sebaliknya menerbitkan surat perundangan persendirian itu dan beberapa artikel selanjutnya, menurutnya.

"Malaysia mempunyai media dalam talian (online) yang bebas dan terbuka.  Melayari secara sepintas lalu media online ini menunjukkan portal-portal berita bebas ini sering mengkritik perdana menteri dan kerajaan dan terbabit dalam perdebatan politik.

"Perdana Menteri sering kali menyatakan komitmen beliau untuk melindungi kebebasan media online di Malaysia. Kes fitnah ini tidak menjejaskan komitmen beliau," menurut kenyataan itu. - Bernama

Rabu, 11 Jun 2014

Apakah Tujuan @MukhrizMahathir Membawa Rombongan Ke Johor ? #JalinanKedah #KedahKeJohor #HanyaDiKedah


Ramai juga yang bertanya pada Pisau Kedah apakah tujuan YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah membawa ramai rombongan ke Johor setelah baru-baru ini membawa rombongan ke Negeri Melaka.

Bagi yang nak tahu apakah tujuan YAB Dato'Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir membawa begitu ramai rombongan ke Johor, anda boleh mendengar sendiri penjelasan YAB Menteri Besar Kedah dalam video di bawah ini.


Bagi Pisau Kedah, YAB Dato'Seri Mukhriz Tun Mahathir merupakan seorang Menteri Besar yang sentiasa berusaha dan memegang amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat Kedah untuk memajukan Negeri Kedah.

Dalam tahun 2013, Kerajaan Negeri Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional selepas PRU13, Kerajaan Negeri dapat menarik pelaburan sejumlah RM 2.5 Bilion dalam tempoh setahun. Namun hasil kerja keras YAB MB Kedah dan pentadbirannya, YAB MB Kedah dalam suku tahun pertama 2014, YAB MB sudah mampu membawa masuk sejumlah RM 4 Bilion pelaburan ke Kedah dan menjadi negeri ke 2 (Selepas Sarawak) yang menerima pelaburan yang paling banyak di Malaysia. 

Dari maklumat yang diperolehi, Negeri Kedah bakal menerima pelaburan lebih dari berbelas bilion ringgit dalam tahun 2014. Ianya satu usaha YAB MB Kedah dan pentadbiran yang boleh dibanggakan rakyat negeri Kedah.

Ahad, 8 Jun 2014

@NajibRazak Arahkan @AzeezPutera Bawa Pulang 121 Jemaah Malaysia Terkandas Di Madinah


Sejumlah 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah sejak tujuh hari lepas setelah menunaikan umrah akan dibawa pulang menerusi penerbangan dari Jeddah malam esok dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin ini.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata selepas mendapat maklumat lengkap pihaknya dengan kerjasama Konsulat Jeneral di Makkah telah menguruskan pembelian tiket penerbangan semua jemaah yang terkandas itu menerusi syarikat penerbangan Flynas.

Beliau berkata biro itu mendapat maklumat daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Makkah memaklumkan 268 jemaah dari Malaysia yang menunaikan umrah pada 21 Mei menerusi sebuah agensi pelancongan tempatan dan sepatutnya pulang 1 Jun lepas terkandas.

"Bagaimanapun sehingga semalam, masih terdapat 121 orang yang kebanyakannya dari Perak dan Pulau Pinang masih terkandas, 10 orang telah pulang pada 4 Jun lepas, manakala 137 orang berlepas dari Jeddah semalam dan tiba di KLIA2 pukul 10 pagi tadi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Azeez berkata kumpulan jemaah yang terkandas itu akan dibawa menaiki bas dari Madinah ke Jeddah pukul 10 pagi esok dan menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu tempatan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah hubungi saya dan mengarahkan supaya Biro Kebajikan UMNO menguruskan segera untuk membawa pulang 121 rakyat Malaysia yang terkandas di sana.

"Jadi saya terus hubungi Flynas untuk membantu kita membawa pulang jemaah di sana menerusi peruntukan yang disediakan oleh Biro Kebajikan UMNO," katanya.

Abdul Azeez berkata anggota keluarga jemaah yangvterkandas di Madinah tidak perlu risau kerana mereka berada dalam keadaan selamat dan akan dibawavpulang segera.

Katanya siasatan awal mendapati agensi yang membawa jemaah berkenaan dengan menawarkan pakej umrah berharga RM3,999 hanya membeli tiket penerbangan pergi tanpa menempah tiket untuk penerbangan pulang.

Beliau telah menghubungi wakil syarikat dan pejabat agensi pelancongan berkenaan bagaimanapun tidak berjawab.

"Agensi yang berpejabat di Perak itu tidak menempah tiket pulang dan wakilnya yang bersama jemaah di Makkah telah pulang lebih awal serta meninggalkan mereka di sana tanpa sebarang maklumat.

"Saya juga difahamkan ada jemaah yang terkandas itu sakit, ada yang dibuang kerja kerana telah tujuh hari mereka tidak balik, ini satu perkara yang menyedihkan," katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji menasihati orang ramai yang ingin menunaikan umrah supaya menyemak terlebih dahulu agensi pelancongan sama ada ia berdaftar dengan Tabung Haji atau tidak.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan agensi yang menawarkan pakej murah yang harganya di bawah RM4,000.

"Saya sudah cakap banyak kali, sekarang ini memang tidak ada lagi pakej yang boleh ditawarkan dengan harga bawah RM4,000 kerana tiket penerbangan sehala sahaja sudah mencecah RM1,800, jadi mereka yang hendak pergi menunaikan umrah perlu berhati-hati


"Lagipun kejadian seperti ini (jemaah terkandas) bukan pertama kali berlaku dan kalau tidak salah saya dalam tahun ini sahaja sudah hampir empat kali berlaku," katanya.

AstroAwani

Isnin, 2 Jun 2014

Hot !!! Kekalahan Dyana Sofya Di #PRKTelukIntan Sebenarnya Berpunca Dari Sikap Suka Menipu & Kebodohan Ibunya

Opps tersilap letak gambar..


Disebabkan tidak boleh menerima hakikat bahawa anaknya, Dyana Sofya di boikot pengundi Cina di Teluk Intan, Yammy Samat mendakwa kononnya dalam isu sebaran gambar Dyana Sofya minum arak dan merokok, anaknya menjadi mangsa fitnah dan Yammy Samat seolah olah menunding jari kepada Barisan Nasional kononnya fitnah tersebut di lakukan oleh Barisan Nasional.


Pisau Kedah agak pelik dalam isu sebaran gambar Dyana Sofya kononnya minum arak dan merokok kerana gambar tersebut mula-mula di bawa keluar oleh cybertrooper PR dan bukannya cybertrooper BN. Tak logik la kalau gambar yang di edit oleh Cybertrooper BN tapi ianya dikeluarkan Cybertrooper PR.

Pisau Kedah memantau kebanyakan isu yang dikeluarkan Cybertrooper BN dari awal pengumuman calon PRK Teluk Intan sehingga selesai proses pengundian. Tak ada pun cybertrooper BN membawa keluar gambar yang diedit tersebut, malahan semasa Cybertrooper PR sendiri mainkan gambar terbabit, tak ada pun bukti print screen yang dikeluarkan Cybertrooper PR kononnya dikeluarkan oleh Cybertrooper BN. 

Untuk pengetahuan semua. Gambar yang diedit ini disebarkan oleh puak cybertrooper PR dan akan membuat tuduhan kononnya dikeluarkan Cybertrooper BN adalah bertujuan untuk membuat serangan PROPAGANDA kepada BN di saat akhir. PROPAGANDA yang dilakukan adalah untuk meraih undi simpati dari pengundi Teluk Intan terhadap Dyana Sofya yang kononnya menjadi mangsa fitnah Cybertrooper BN. Sebagai buktinya Cybertrooper PR akan membawa keluar gambar asal sebelum di edit.

Berkenaan punca kekalahan Dyana Sofya, Yammy Samat sebenarnya perlu terima hakikat bahawa penolakan Dyana Sofya di Teluk Intan adalah disebabkan sikap Dyana Sofya suka membuat penipuan kepada umum. 

Tak mungkin mana-mana bangsa pun dalam Malaysia atau dunia akan memilih wakil rakyat mereka di kalangan orang yang suka menipu.

Dalam isu status seorang Peguam, Dyana Sofya jelas melakukan penipuan apabila memberi jawapan yang berbelit-belit sehinggakan Lim Kit Siang dan pemimpin DAP yang lain terpaksa mengawasi setiap soalan yang diberikan wartawan sebelum Dyana Sofya memberi kenyataan.


Dalam isu status ibu Dyana Sofya seorang ahli PERKASA. Dyana Sofya telah membuat penafian dan kenyataan yang putar belit bahawa ibunya seorang ahli PERKASA, Dyana Sofya memaklum ibunya hanyalah berkawan dengan pertubuhan terbabit.


Akhirnya penipuan terbabit sendiri terkantoi apabila ibunya Yammy Samat mengakui bahawa dirinya masih lagi seorang ahli PERKASA.


Bagi membuktikan lagi bahawa Dyana Sofya menipu dalam isu ibunya seorang ahli PERKASA, Ibunya sendiri yang kantoikan Dyana Sofya sendiri apabila membuat kenyataan bahawa dirinya telah keluar dari menjadi ahli PERKASA sebelum beberapa hari proses pengundian di PRK Teluk Intan berlaku.


Bagi Pisau Kedah, kaum Cina memboikot Dyana Sofya disebabkan penipuan dan bukannya disebabkan status ibunya sebagai ahli PERKASA. Siapa-siapa pun dari ahli parti mana-mana pun tidak mahu memilih wakil rakyat yang jelas seorang penipu.






PENGKHIANAT !!! UMNO Perlu Mengambil Tindakan Terhadap Yammy Samat @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Alhamdulillah kemenangan di PRK Teluk Intan, Perak semalam membuktikan kerjasama berpasukan yang baik di dalam Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil positif dan terbaik untuk semua.

Jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami cybertroopers @ bloggers Pro UMNO / BN kepada keseluruhan jentera di semua peringkat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tidak dinafikan perjalanan PRK Teluk Intan ini dirasakan sedikit sukar dengan pembabitan calon Melayu mewakili DAP. Lebih menyulitkan keadaan lagi apabila Yammy Samat, ibu kepada calon DAP merupakan ahli UMNO yang layak digelar pengkhianat turut menyokong tindakan anaknya.

Sebagai ahli & penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang.

Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi Lembaga Disiplin UMNO memecat Pn Yammy Samat .

Bloggers & Cybertroopers yang menyokong kenyataan ini.

1. Rezqeen Hill
2. Bersih 3 Suku
3. The Kuala Lumpur Chronicle
4. Cucu Tok Selampit
5. MedanTempurKedah
6. From The Eye Of Segambut Princess
7. Mallaccra
8. Brader Jai
9. Parit Buntar Rebels
10. AntiDotCom
11. Generasi Pejuang Bangsa
12. Kedah Ke KL
13. Pemuda Putrajaya
14. Kelab Chedet
15. Pisau Kedah
16. Penggempur Mutiara
17. Team Media Kedah
18. Tenteramaya
19. Anak Seberang
20. Hablulyuzi
21. Media Haria
22. Wan Radzuan
23. Keris7lok
24. Harapan Esok
25. Tun Faisal
26. Dr. MiM
27. Warta Rakyat
28. Shah Alam Rebels
29. Empayar Pemuda
30. Panglima Perang Siber
31. Mat Kilau Penang
32. Sir Azri
33. Afiq KL Town
34. Daeng Selili
35. Mega Bidaman
36. Badut Rakyat
37. 1Peluru
38. Sir Zapa
39. MyMassa
40. Malay Rights
41. Ramadhan Ramli
42. Celapak Mantah
43. Aboudiabydoo
44. Pecah Palak Mikir
45. Kome Sokmo
46. Din Turtle
47. Wak Canang
48. Perdana Hitam
49. Pena Tanah Melayu
50. Aril Apj

Diharapkan semua ahli-ahli UMNO diluar sana bersama-samalah kita berganding tangan mendesak agar Lembaga Displin UMNO mengambil tindakan sewajarnya keatas keahlian ibu Dyana Sofya didalam UMNO kerana telah jelas ibu Dyana Sofya telah mengkhianati UMNO/BARISAN NASIONAL setelah membantu DAP untuk berkempen pada PRK Teluk Intan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog