Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 3 Ogos 2014

GPNS Gesa Jambu Anwar Tidak Politikan MoU Penstrukturan Air Selangor


GERAKAN Pengguna Negeri Selangor (GPNS) menggesa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli  (gambar) agar berhenti mempolitikkan kandungan perjanjian persefahaman (MoU) mengenai isu penstrukturan industri air di Selangor antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Pengerusinya, Datuk Dr Jacob George berkata, Rafizi tidak sepatutnya berbuat demikian kerana rakyat bimbang dengan risiko kekurangan bekalan air bersih apabila paras air simpanan kini berada di paras kritikal.

“Saya lihat Rafizi begitu kebudak-budakan dalam kes ini kerana mendakwa beberapa pihak berkonspirasi dalam isu pengambilalihan industri air.

“Sebagai Pengarah Strategi PKR, Rafizi  sepatutnya menggunakan kebijaksanaan beliau untuk menyokong kerajaan negeri bagi mempercepatkan proses pengambilalihan industri air di Selangor dan bukannya melengah-lengahkan lagi dengan isu konspirasi,” katanya.

Menurutnya, tindakan Rafizi telah menimbulkan teori konspirasi pengambilalihan air antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan syarikat konsesi air.

“Bila mereka cuba hendak membina isu yang baru dan menangguhkan proses (pengambilalihan air) kita akan demonstrasi depan ibu pejabat (PKR).

“Ribuan akan protes. Ini bukan politik tetapi (melibatkan isu) pengguna tulen. Kita tidak campur urusan politik,” katanya.

Katanya,  sebagai persatuan pengguna, pihaknya menekankan agar isu air di Selangor tidak dipolitikkan lagi kerana rakyat negeri itu kini sedang menderita dan sengsara dengan masalah bekalan air yang berlaku.

Rafizi, sebelum ini sering mempertikaikan MoU penstrukturan air apabila mendakwa perjanjian itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat dan lebih memihak kepada Putrajaya dan mengatakan bahawa terma perjanjian air akan dikaji sekiranya Selangor ditadbir urus oleh menteri besar baru.

“Kerajaan negeri memiliki 30 peratus saham Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan segala terma perjanjian dan pampasan juga melibatkan kerajaan negeri.

“Jadi adalah tidak matang apabila Rafizi mengatakan bahawa terma perjanjian air perlu dikaji semula padahal terma perjanjian tersebut ditetapkan oleh kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Tambahnya, Rafizi perlu mendapatkan fakta yang betul sebelum mendakwa wujudnya konspirasi di kalangan syarikat konsesi air dan menteri besar dalam usaha kerajaan negeri memastikan bekalan air mencukupi.- SH

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...