Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 10 Ogos 2014

Panas !!! " Krisis MB Selangor " Mengapa @MukhrizMahathir Sokong Wan Azizah Sebagai MB ?? #KedahSerataRata #KrisisMBSelangor


Alor Setar - Ketika ditanya wartawan tentang krisis Menteri Besar Selangor dalam sidang media yang di lakukan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir di Majlis Jamuan Hari Raya Wisma Persekutuan, Anak Bukit pada siang tadi, YAB Menteri Besar Kedah menyatakan sokongan kepada Datin Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor demi kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.

" Dari segi kepentingan parti kamilah (Barisan Nasional), lebih baik kalau Wan Azizah menjadi Menteri Besar sebab tentu dia akan banyak buat kesilapan.'' Kata Mukhriz Tun Mahathir.

" Dia tidak mempunyai pengalaman seperti kita sedia maklum sewaktu dia menjadi Presiden Parti, Ahli Parlimen pun tidak begitu menyerlah." Katanya lagi.



Krisis Menteri Besar Selangor kini dilihat menjadi lebih hangat lagi setelah YAB Tan Sri, Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dipecat dari parti PKR kelmarin disebabkan keenganan meletakkan jawatan setelah di minta pucuk pimpinan parti itu.

Manakala bagi kepimpinan Dewan Ulama PAS Pusat hari ini tetap menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan berpendirian tidak boleh digugurkan selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Tan Sri Khalid di singkirkan. PAS tetap dengan pendirian ini walaupun terpaksa keluar dari Pakatan Rakyat.

5 ulasan:

Pengundi Sik berkata...

Tak terpikiaq pulak angle nie. Sungguh gak kata MB kita ni noo. TSKI diakui sekiranya masih memegang Selangoq memang payah nak tumbang sebab rakyat sokong dia. Tapi kalu si jijah, akan menimbun la benda yg tak selesai dan menjadi isu.

Bijak bijak.....

Awanama berkata...

Sokongan BN sangat penting untuk Khalid teruskan MOVEnya........ tanpa Anwar.

Awanama berkata...

Mukhriz sarkastik kot mcm TUn M. Gila nak kasi jijah tu kan licin harta Selangor diaorg sapu. tanah lak seme kasi Dap

Awanama berkata...

Betoi gak...lantak pi licin harta Selangor pun bantai dek Nuar n Jijah anak beranak...itu yang hangpa rakyat Selangor secara majoriti memilih PR kononnya CERDIK sangat tu..hambik la habuan....

yanmaneee berkata...

curry 5 shoes
balenciaga
adidas tubular
nmd
golden goose
kyrie 5 shoes
off white shoes
off white clothing
coach factory outlet
supreme

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...