Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 31 Januari 2014

Terkini !!! Datuk Lee Chong Wei Bakal Di Pertanggungjawab Menentang @AnwarIbrahim ?? #PRKKajang


KUALA LUMPUR - MCA telah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, Selangor, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata senarai calon itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional(BN) dalam masa terdekat bagi membuat keputusan calon mana yang layak bertanding di kawasan itu.

"Pilihan raya kecil di Kajang nanti adalah amat penting bagi MCA dan BN. Saya berharap kita bersama-sama kerja keras untuk memenangi Dun ini kerana kita juga nak pastikan suara kita lebih kuat untuk membela nasib rakyat di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis  rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti komponen BN itu sini hari ini.

Pilihan raya kecil bakal diadakan berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.

Rentetan daripada peletakan jawatan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan.

Mengenai cadangan meletakkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai calon MCA di Kajang, Tiong Lai enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu walaupun menyifatkan terdapat kemungkinan populariti atlet itu dapat menandingi populariti Anwar.

Semalam, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie ketika ditemui pemberita berkata Tiong Lai perlu bertegas untuk meletakkan calon MCA bagi bertanding di kerusi Dun itu kerana ia merupakan kerusi tradisi MCA.

Beliau percaya dengan sokongan komponen parti BN dan jentera parti, harapan untuk memenangi kerusi Dun itu adalah cerah ditambah dengan transformasi kepimpinan baharu MCA.

"Ada harapan (untuk  menang), jika kita lihat kepada majoriti undi pada pilihan raya umum lepas, ia hanya 6,000 lebih sahaja, dan dengan transformasi dilakukan oleh MCA, kedudukan (MCA) adalah lebih baik," katanya.

Dalam pada itu, Heng berkata jentera pilihan raya kecil Wanita MCA yang dipengerusikan Pengerusi Wanita MCA Selangor Ong Chong Swen akan berusaha memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu nanti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wanita diletakkan sebagai calon MCA pada pilihan raya kecil itu. - Bernama

@MukhrizMahathir Akan Lancarkan Perang Sekiranya PAS Kedah Masih Berdegil


Kerajaan negeri tidak teragak-agak membuka fail-fail projek bawah kerajaan PR terdahulu jika terus diserang pembangkang yang seolah mahu menggambarkan kerajaan BN dipenuhi amalan korupsi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
berkata, jika pembangkang berterusan mengambil pendekatan dedah dan serang, pihaknya juga akan mempertimbang pendekatan sama pada masa akan datang.

“Kita sedang pertimbangkan perkara ini. Saya ingat dahulu tidak perlu ungkit perkara-perkara lama tetapi jika pihak sana (pembangkang) seolah mahu tunjukkan mereka bersih dan kita kotor, kita juga
akan bertindak,” katanya, selepas majlis
penyerahan buah limau kepada 14 cawangan MCA Jerlun, sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Wisma Umno Jerlun, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga bersedia mendedahkan kepincangan dalam mana-mana projek yang dirancang bawah PR sepanjang lima tahun lalu.

“Mungkin sudah tiba masa kita buka rekod fail-fail projek lama, antaranya pelaburan pembalakan di Papua New Guinea yang merugikan, projek ladang buah di Pedu serta pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin),” katanya.

Mengulas tindakan PR yang mengheret isu
penyelesaian luar mahkamah kes saman Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, pihaknya sedia memberi kerjasama yang diperlukan oleh badan itu.

“Sudah tentu kita akan beri kerjasama dalam usaha membersihkan segala tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan negeri BN. Saya alu-alukan jika SPRM beranggapan kes itu wajar disiasat kerana mereka hanya menjalankan tugas,” katanya.

Rentetan laporan SPRM itu, laporan sama turut dibuat di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), Suruhanjaya Sekuriti dan Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group), Isnin lalu.

Sejak awal Januari lalu, kerajaan BN diserang
secara berterusan oleh pembangkang, bermula dengan isu kenaikan harga barangan, isu pembelian Mercedes Benz S300 yang dikaitkan dengan kereta rasmi Menteri Besar, diikuti kes BDB yang dikaitkan dengan pembalakan di Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih).


# TMK Sudah Bersiap Sedia Gempur PAS Kedah

Panas !!! Pendedahan Agenda @AnwarIbrahim Bertanding Di DUN Kajang Adalah Untuk Menghalang PAS #PRKKajang


Semakin hari semakin menampakkan kecelaruan penjelasan yang diberikan PKR berhubung isu ADUN PKR Kajang meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di tempat berkenaan.

Sebagai rakan dalam PR, PAS juga terkejut dengan tindakkan kurang bijak yang telah di lakukan PKR atas alasan MEMBUAT GERAKAN TAKTIKAL untuk mengukuhkan PR di Selangor.

Sungguh tak logik alasan yang diberikan PKR kononnya mahu perkukuhkan PR di Selangor dengan membuat pertaruhan kerusi yang dimenangi PR sendiri. Lain la kalau pihak lawan PR yang mengosongkan kerusi yang dimenanginya dan pihak PR meletakkan Anwar Ibrahim untuk menjadi calon bagi memperkukuhkan PR di Selangor.

Baru-baru ini Pengarah Strategi Cap Ayam PKR, Rafizi berkata, "walaupun langkah memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di DUN Kajang tidak popular tetapi ia sesuatu diperlukan PR untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuat dan dalam masa sama menjadi wadah PR menawan Putrajaya".

Pisau Kedah agak sangsi dengan dakwaan PKR mahu menjadikan Selangor sebagai kubu kuat PR.

Sekiranya ADUN Kajang tidak bertindak mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada PRU13 yang lalu sekali pun, PR tetap kuat di Selangor dan menguasai 2/3 kerusi DUN Negeri Selangor pada PRU13 yang lalu.. Cuma yang kuatnya adalah PAS dengan DAP  yang masing memenangi 15 kerusi DUN berbanding PKR yang hanya mendapat 14 kerusi.

Strategi kepala hotak apa untuk memperkukuhkan PR di kubu kuat sendiri.?

Apa yang dapat Pisau Kedah lihat, tindakan memasukkan Anwar untuk memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor bukannya untuk memperkuatkan PR.. Sebaliknya untuk memperkuatkan PKR di negeri terbabit yang sepatutnya di urus tadbir oleh kalangan pemimpin PAS.

Selangor merupakan antara negeri yang terkaya di Malaysia dan ianya boleh menjadi kilang duit bagi PKR untuk menampung gerakan politik mereka. Seandainya pada PRU14 ini PAS mampu mendapat kerusi lebih dari DAP dan PKR, maka pastinya PAS akan meletakkan Menteri Besar dikalangan mereka dan akhirnya agak sukar bagi PKR untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai kilang duit untuk gerakan politik mereka.

Tidak kiralah sama ada bukan Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Besar Selangor asalkan tetap ada dikalangan pemimpin PKR yang mudah diperkudakan Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor selepas PRU14 nanti.

Untuk menyelamatkan keadaan PKR di Selangor maka Anwar terpaksa bertapak dalam Kerajaan Negeri Selangor walau pun bukan sebagai Menteri Besar Selangor selepas ini.

Harus di ingat bahawa PKR dapat menjadi pentadbir di Selangor selepas PRU13 lalu hanya disebabkan PAS dan DAP berkongsi jumlah majoriti kerusi. PKR melihat PAS sebagai satu ancaman untuk mereka hilang kuasa mentadbir di Negeri Selangor.


Khamis, 30 Januari 2014

Lagakan @NajibRazak Dan Tun M, @RafiziRamli Kena Balun Dengan Pemuda UMNO Kedah #PRKKajang

Kenyataan Pemuda UMNO Kedah mengenai kenyataan Rafizi mengenai justifikasi perletakan jawatan ADUN PKR Kajang :-

Pemuda UMNO Negeri Kedah menyifatkan kenyataan Rafizi mengheret YABHG Tun Dr Mahathir berkonspirasi ingin menjatuhkan kepimpinan negara adalah berniat jahat, kebudak-budakan dan melulu.

Pemuda Kedah percaya kenyataan ini dibuat atas situasi terdesak ataupun "desperado" dan bertujuan meredakan kemarahan penyokong parti dan ahli2 pakatan pembangkang diatas perletakan jawatan ADUN Kajang akibat krisis dalaman politik negeri Selangor yg semakin meruncing.

Melihatkan reputasi Sdr Rafizi yg sering menipu dan mengadu domba, Pemuda Kedah menasihatkan agar pimpinan PKR pusat mengkaji semula kedudukan Rafizi kedudukan Rafizi sbg Pengarah Strategi PKR yg sepatutnya membuat kenyataan yg lebih bertanggungjawab berlandaskan fakta dan bukti2 yg kukuh.

Pemuda Kedah juga menyifatkan perumpamaan Erdogan dan Jokowi adalah fantasi politik yg ingin disajikan kpd penyokong parti mereka dan ahli2 pakatan rakyat yg semakin hari semakin hilang kepercayaan thdp pucuk pimpinan PKR. Jesteru itu Pemuda UMNO Kedah mencabar dan mendesak Sdr Rafizi

1) mendedahkan siapa dalang dan individu yg merancang konspirasi menyingkirkan Perdana Menteri

2) Apakah butir2 dan perancangan pihak2 yg terlibat bagi mengerakkan gerakan konspirasi menggulingkan Perdana Menteri.

Pemuda UMNO Kedah percaya kegagalan Rafizi mendedahkan 2 persoalan diatas akan membuktikan lagi asas bhw PKR kini berada didalam krisis kepimpinan dan keyakinan yg amat teruk sehingga cuba mengheret UMNO utk menjadi "kambing hitam" bagi mengaburi kelemahan mereka.

Kegagalan Rafizi menjawab persoalan diatas juga akan menguatkan lagi imej beliau sebagai penipu, penfitnah, pengadu domba dan jesteru itu tidak selayak beliau memegang jawatan sbg Pengarah Strategi parti PKR 

-Shaiful Hazizy Zainol Abidin- 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah

Panas !!! Pakar Strategi PKR @rafiziramli Kantoi Lagakan @NajibRazak Dan Tun M #PRKKajang


Kenyataan media yang cukup pedas dari Ayahnda Tun Mahathir berkenaan dakwaan Pengarah Strategi Cap Ayam PKR, Rafizi Ramli bahawa Ayahnda Tun Mahathir cuba menggulingkan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno.

Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno.

"Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun.

"Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini- Antara Pos

Nah.. Baru padan muka Rafizi kena sindiran pedas dari Ayahnda Tun Mahathir.. Bak kata orang sekarang ni "Ayat makan dalam"

Pisau Kedah tak rasa Ayahnda Tun Mahathir mempunyai niat hendak menggulingkan DS Najib Razak.. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada Malaysia mengambil tindakkan mengkritik dan menegur pentadbiran kerajaan itu adalah satu perkara yang normal. Mengkritik dan menegur ianya tidak semestinya bererti Ayahnda Tun Mahathir hendak menggulingkan DS Najib Razak. Pisau Kedah juga yakin bahawa DS Najib Razak juga dapat menerima kritikan dan teguran dari Ayahnda Tun Mahathir dengan hati yang terbuka.

Tindakkan yang dilakukan Pakatan Haram menghasut rakyat supaya turun ke jalanraya bersikap seperti beruk kena belacan menuntut digulingkan Kerajaan pentadbiran DS Najib Razak itu baru betul-betul dipanggil usaha menggulingkan DS Najib Razak. Setakat kritik dan tegur itu bukannya dikatakan usaha untuk mengguling DS Najib Razak.

Sebelum Rafizi nak buat spekulasi yang membuta khinzir.. Lebih baik Rafizi fikir bagaimana cara nak memperbaiki keretakan dalam PKR yang sah-sah ada gerakan untuk saling guling mengguling diantara kem Azmin Ali dan Kem Khalid Ibrahim.

Sudah terang tindakkan Azmin Ali mengatur gerakan agar beliau menjadi Pengerusi PKR Negeri Selangor sudah cukup membuktikan yang Azmin Ali berusaha menggulingkan Khalid Ibrahim sejak dari awal lagi. Bukankah satu perkara yang pelik apabila Menteri Besar tidak dilantik memegang Pengerusi dalam parti yang diwakilinya di negeri terbabit sebaliknya Azmin Ali yang merupakan musuh dalaman Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri Selangor

Lagi terang lagi terdapat gerakan menggulingkan Khalid Ibrahim adalah pengakuan dari Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid sendiri baru-baru ini apabila mengatakan kepimpinan PKR negeri Selangor didalam Mensyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang di pengerusikan Azmin Ali sebulat suara mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatannya sebagai MB Selangor.

Tak perlu la Rafizi nak berkokok macam ayam jantan sambil ekornya penuh dengan najis. Memang betul-betul cap ayam pengarah strategi PKR ni !!!

Rabu, 29 Januari 2014

#PRKKajang : Cabaran @AzminAli Terhadap @NajibRazak Hanya Membuatkan Dirinya Di Pandang Bodoh Politik


Pisau Kedah gelak terguling-guling bila Azmin Ali mencabar Dato' Seri Najib Razak turun bertanding di Kajang untuk menentang Anwar Ibrahim.

Hanya orang yang tak cerdik sahaja yang akan ikut game Azmin Ali. Memang cukup memalukan apabila PKR mempunyai Timbalan Presiden parti yang sebangang Azmin Ali.


Nak tutup isu kebodohan PKR yang bertindak mengosongkan kerusi DUN Kajang hanya untuk memberi ruang kepada Anwar untuk berkuasa dalam Kerajaan Negeri Selangor pun agak-agak la. Kalau di letak Ayahnda Tun M menentang Anwar pun belum tentu Ayahnda Tun M mampu menang dikawasan kubu kuat PR.

Kalau bagi Azmin, Anwar tu hebat sangat.. Kenapa masa PRU13 yang lalu Anwar tidak berani bertanding menentang DS Najib Razak di Pekan yang merupakan kubu kuat BN ? Mengapa Anwar masih lagi bertanding di Permatang Pauh yang merupakan kawasan kubu kuatnya.?

Sekarang ni perkara pokok yang perlu dilakukan Azmin Ali adalah membersihkan najis yang kini dibawa PKR kedalam PR sehinggakan PAS yang tidak tahu apa-apa juga turut terpalit najis tersebut. 

Sebelum ini PR sering menghasut rakyat Malaysia agar membenci Kerajaan Malaysia kononnya Kerajaan Malaysia ini membazirkan wang rakyat tapi akhirnya PKR sendiri yang terang-terang membazirkan wang rakyat hanya disebabkan percaturan politik dalaman kononnya dikatakan "Gerakan Taktikal" memperkuatkan PR di tempat sendiri.

Gerakan Taktikal menguatkan PR di Selangor kepala hotak apa kalau PAS sendiri pun tidak dimaklumkan lebih awal apa yang cuba dilakukan PKR untuk menguatkan PR. 



#PRKKajang : PKR Hanya Mahu Perbodohkan Penyokong PAS Selangor


Dalam isu perletakkan jawatan Adun Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dan mempunyai kuasa dalam negeri Selangor telah membuatkan PKR membuka pekung sendiri. Malahan kenyataan yang diberikan Azmin Ali untuk menghalalkan tindakkan mereka hanya membuat Pisau Kedah sendiri tersenyum sinis.

Mari kita membaca kenyataan dari Azmin Ali yang digunakan untuk memperbodohkan penyokong PR terutamanya PAS bagi menghalalkan tindakkan yang dilakukan mereka.

"Ia adalah gerakan taktikal. Kita perlukan satu kerusi kosong. Kita perlukan pemimpin nasional seperti Anwar untuk bertanding di Selangor dan perkukuh PKR.

"Kita hendak perkuatkan PR, Khalid sudah perkukuhkan Selangor sejak 5 tahun lepas," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini. - Azmin Ali.
Apa sebenarnya motif PKR apabila memberi alasan mahu memperkukuhkan PR di Selangor dengan membawa masuk Anwar Ibrahim ?

Agak lucu la apabila hanya menggunakan alasan hendak mengukuhkan PR di Selangor dengan mengosongkan kerusi sendiri yang diketahui umum merupakan antara kawasan kuat PKR pada PRU13 yang lalu.

Kalau gerakan taktikal untuk memperkuatkan PR pastinya PAS yang juga berada dalam PR tidak akan dipinggirkan dari percaturan politik yang dilakukan PKR bagi memperkuatkan PR di Selangor. Ini tidak... Langsung tak ada perbincangan dan persetujuan bersama dilakukan PKR dengan rakan-rakan PR yang lain.

Pisau Kedah yakin ada gerakan jahat yang cuba di selindung dari diketahui PAS oleh PKR Selangor dan DAP juga turut bersetongkol bagi menjayakan gerakan jahat PKR dengan membawa masuk Anwar bagi memberi ruang kepada Anwar mempunyai kuasa di Negeri Selangor.

Mengapa perlu Anwar diberikan laluan untuk mempunyai jawatan didalam Kerajaan Negeri Selangor sedangkan sebagai penasihat PKR dan Ketua Umum PR, Anwar sudah boleh mencaturkan politik PR di Selangor.

Agak pelik la gerakan taktikal yang cuba dilakukan PKR di Selangor kononnya memperkukuhkan PR di Selangor sehingga memerlukan Anwar mempunyai jawatan didalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Fikir-fikirkan lah.. PAS perlu sedar dimana kedudukannya dalam PR




Selasa, 28 Januari 2014

Kata Sepakat Pemuda UMNO Kedah Di Dalam 3 Isu Semasa @KhairyKj @NajibRazak @MukhrizMahathir



Pergerakan Pemuda UMNO Kedah melalui ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin membuat ketetapan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah berhubung 3 isu semasa seperti berikut

1-Sepakat Menuntut akta ISA diwujudkan kembali

2- Sepakat menuntut penjelasan dari Peguam UMNO berkenaan penyelesaian saman terhadap Tian Chua diluar Mahkamah berkenaan isu fitnah UMNO.

3- Sepakat menuntut Kementerian Pelajaran Malaysia membuang seorang guru Cina yang telah mengarahkan pelajar berbangsa Melayu memakan rumput.

Isnin, 27 Januari 2014

Hot !!! "Lebuhraya Rakyat" Apa Sebab Kerajaan Negeri Tak Patuh Kontrak Yang Di Usaha Husam Musa ?


Sudah agak lama isu Lebuhraya Rakyat di Kelantan hasil ideal Husam Musa tenggelam dengan isu-isu lain. Namun isu berkenaan kembali hangat apabila sebuah syarikat yang memetrai perjanjian bersama dua anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan telah menyaman dua anak syarikat terbabit setelah melanggar kontrak pembinaan lebuhraya tersebut.
KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. - Bernama
Apakah kegagalan dua anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan menepati kontrak dengan syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) disebabkan kurang kemampuan menyediakan dana sebanyak RM 1.8 Billon untuk projek berkenaan atau mempunyai permasalahan politik dalaman didalam projek berkenaan ?.

Untuk makluman semua.. Syarikat  DHI dari Korea merupakan sebuah syarikat pembinaan yang dipilih ketika zaman Husam Musa menjadi EXCO Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Nik Aziz. Setelah tidak lagi dilantik sebagai EXCO, Husam Musa pernah menyuarakan rasa kurang puas hati apabila Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pentadbiran Ahmad Yaakob tidak meneruskan kontrak yang dimetrai Kerajaan Negeri ketika dirinya bergelar EXCO.

Apakah disebabkan kepentingan peribadi dengan Syarikat DHI tergugat telah menyebabkan Husam Musa tidak berpuas hati terhadap Kerajaan Negeri Kelantan apabila Kerajaan Negeri Kelantan pentadbiran Ahmad Yaakob enggan mematuhi kontrak yang dilakukan sebelum ini ?.

Agak pelik apabila Kerajaan Negeri pentadbiran Ahmad Yaakob mengetahui bahawa kontrak bersama DHI telah dimetrai semasa zaman Husam Musa tapi Kerajaan Negeri enggan mematuhi kontrak terbabit.

Tentu ada perkara yang tidak kena di lakukan Husam Musa yang cuba diselindungkan Kerajaan Negeri Kelantan dari terdedah kepada pengetahuan umum tentang projek berkenaan.

Bertambah pelik lagi apabila beberapa hari yang lalu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata projek tersebut didalam proses mencari tender bagi menjalankan pembinaan pada fasa pertama projek Lebuhraya Rakyat dengan mengenepikan syarikat DHI berkenaan.

Pastinya ada sebab yang munasabah dari Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengetepikan kontrak syarikat DHI sehingga membuatkan Husam Musa naik angin terhadap Ahmad Yaakob.


PISAU KEDAH :-

JOM LAYAN VIDEO HUSAM MUSA KENA BALUN PASAL LEBUHRAYA RAKYAT



Hot !!! "Khalid Ibrahin VS Azmin Ali" Kepimpinan PKR Telah Menipu Rakyat Selangor


Dalam isu "Gesaan Khalid Ibrahim Meletak Jawatan Sebagai MB Selngor" siapa yang sebenarnya jadi penipu ?

Terbaru dalam isu berkenaan, Ahli Parlimen Kuala Langat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid menyatakan dalam sidang akhbarnya bahawa pemimpin-pemimpin PKR dari Selangor telah sebulat suara didalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan Azmin Ali mahukan Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Gesaan tersebut dilakukan atas alasan mereka tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Khalid Ibrahim.

Namun berlainan pulak kenyataan dari Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution apabila mendakwa hanya terdapat empat atau lima orang yang ekstremis dari kepimpinan PKR Selangor yang mahukan Khalid Ibrahim meletak jawatan didalam mesyuarat yang dipengerusikan Azmin Ali itu.

Laporan Sinar Harian (klik sini)

Mana satu kenyataan yang betul, mana satu kenyataan yang menipu ni dari kepimpinan PKR ?

Nampak sangat pergolakkan diantara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kini berada dalam keadaan kritikal.

Sebelum ini atas campur tangan dari Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim terpaksa melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor setelah didesak kepimpinan PKR Selangor yang pro kepada Azmin Ali dan setelah Khalid Ibrahim melepaskan jawatan tersebut maka Azmin Ali telah mengambil alih jawatan tersebut.

Kini apakah Khalid Ibrahim akan kehilangan juga jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor setelah didesak melepaskannya.

Agak mustahil untuk Khalid Ibrahim untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna sebagai Menteri Besar yang mewakili PKR sekirannya dia sendiri tidak mempunyai kuasa didalam politik PKR negeri.


Sabtu, 25 Januari 2014

MAIS Bidas @KhalidSamad Yang Cuba Politikan Isu Rampasan Bible


SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini menyangkal kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa Mais diperalatkan pihak tertentu apabila mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas Bible di Damansara Kim, Petaling Jaya, 2 Januari lalu.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam kenyataannya hari ini berkata rampasan itu adalah selaras dengan Enakmen Negeri dan titah Sultan Selangor yang tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

"Mais tidak mengikut telunjuk sesiapa seperti yang didakwa sama ada telunjuk Umno atau pun kerajaan Persekutuan.

"Ini adalah prinsip yang dipegang Mais iaitu untuk mempertahankan agama Islam dan mematuhi titah Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam negeri selaras dengan prinsip undang-undang dan enakmen yang berkuat kuasa di Selangor," katanya.

Beliau berkata kenyataan Khalid itu hanya bersandar kepada kepentingan politik semata-mata dan sebagai wakil rakyat beragama Islam, Khalid seharusnya lebih sensitif dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Mais menggesa Khalid Samad dan individu lain supaya menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum. Sekiranya kenyataan yang dikeluarkan nanti bersifat fitnah, Mais tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.

Pada November lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan rakyat di negeri ini akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam seperti termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988.

Berikutan itu, pada 2 Januari lalu Jais menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim dekat sini dan merampas 351 kitab Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban kerana menggunakan kalimah ALLAH. - Bernama

Panas !!! Rakan Karib @AnwarIbrahim Menggesa Kerajaan Bertindak Tegas Dalam Isu Jepun


KUALA LUMPUR 24 Jan. - Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berbohong dan menyalahkan Wisma Putra apabila dilarang memasuki Jepun, baru-baru ini.

Bekas rakan karib Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan berkata, tindakan itu perlu diambil jika Anwar enggan memohon maaf selepas menuduh Wisma Putra sebagai punca dia dihalang memasuki negara matahari terbit itu.

"Kita telah terlalu banyak berlembut dengan Anwar kerana walaupun sebelum ini banyak pembohongan dilakukan tetapi tiada apa-apa tindakan, kali ini tindakan tegas perlu diambil," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang menuding jari kepada kerajaan dengan mendakwa larangan ke atas beliau itu dikuatkuasakan kononnya selepas pihak berkuasa Jepun mendapat aduan terbaharu mengenai beliau daripada Wisma Putra.

Dakwaan Anwar bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun itu bagaimanapun dinafikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Nallakarupan berkata, taktik menyalahkan kerajaan di atas masalah yang berpunca daripada diri sendiri sudah dilakukan oleh Anwar sejak dahulu.

"Dia menuduh Wisma Putra walhal Malaysia tidak boleh mengawal Jepun, ini melucukan dan rakyat mesti tahu dia adalah pelakon yang hebat," katanya.

Beliau berkata, sepatutnya Anwar perlu terus memohon visa di Jepun kerana ia adalah peraturan negara tersebut dan bukannya serta merta pulang ke Malaysia untuk menuding jari kepada kerajaan.

"Jepun adalah negara maju yang kalau dia memohon visa di sana boleh siap dalam tempoh singkat tetapi kenapa dia tak memohon sebaliknya balik Malaysia dan menyalahkan kerajaan," katanya.

Menurutnya, Anwar melakukan pelbagai pembohongan sejak dahulu dan rakyat kini semakin jelas mahu menolak pemimpin seperti itu.

Tambahnya, jika Anwar seorang pemimpin yang hebat, sepatutnya beliau meminta penyokongnya bersabar dan bukannya membakar bendera Jepun atau mengadakan demonstrasi di Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.- Utusan.

A Kadir Jasin Sanggup Jadi "BARUA" Hanya Kerana Dendam.


Sudah agak lama Pisau Kedah berdiam diri dari dunia blogger selepas PRU13. Walau lama berdiam diri, Pisau Kedah masih tetap mengikuti perkembangan semasa dunia politik melalui blog rakan -rakan Pisau Kedah. Antara isu yang kini agak hangat diperkatakan dan menarik perhatian Pisau Kedah adalah isu A Kadir Jasin mengkritik hebat pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Apakah salah A Kadir Jasin mengkritik cara pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ??

Bagi Pisau Kedah tindakkan A Kadir Jasin mengkritik hebat cara pentadbiran Datuk Seri Najib Razak itu melalui blog peribadi atau media sosial lain miliknya "TIDAK SALAH" tapi yang agak musykil bagi Pisau Kedah adalah tindakkan A Kadir Jasin menggunakan media pro Pakatan Haram untuk mencaturkan politik bagi menjatuhkan imej Kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Selain menjatuhkan imej Kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, A Kadir Jasin turut juga mempersendakan blogger-blogger pro UMNO kononnya langsung tidak membantu kemenangan BN pada PRU13 yang lalu melalui temubualnya bersama satu portal pro Pakatan Haram baru-baru ini.

Ternyata A Kadir Jasin telah mula istihar perang terhadap kalangan blogger-blogger UMNO didalam permainan politiknya yang mempunyai kepentingan peribadi.

Apa yang dapat Pisau Kedah lihat, A Kadir Jasin sanggup menjadi "BARUA" media pro Pakatan Haram didalam gerakan media pro Pakatan Haram memburuk-burukkan Kerajaan.

Apakah disebabkan A Kadir Jasin gagal memperolehi satu jawatan yang diharapkannya dari Datuk Seri Najib Razak telah menyebabkan A Kadir Jasin berdendam terhadap Datuk Seri Najib Razak.?

Sekiranya disebabkan gagal memperolehi jawatan yang diharapkan telah menyebabkan A Kadir Jasin mengkritik Kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ianya dilihat satu tindakkan yang tak bermaruah dan tidak mempunyai keikhlasan.

Pisau Kedah juga tertanya-tanya apakah benar gerakan A Kadir Jasin ini di bayangi Tun Daim atas sebab tertentu seperti yang didedahkan Kedah Ke KL ?

Jika benar.. Tun Daim membuat satu kesilapan besar dan hanya memburukkan nama Tun Daim sendiri apabila menggunakan A Kadir Jasin sebagai orang suruhannya didalam mengkritik Kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak..

Pada sesiapa yang benar-benar hendak mengetahui tentang A Kadir Jasin boleh la layari blog RBF ONLINE





Isnin, 6 Januari 2014

Sidang Media : Dato' Undang Naning Palsu Bakal Di Kenakan Saman RM 19Juta #Naning



KENYATAAN MEDIA

PEJABAT KEBAWAH KAUS ORANG KAYA SERI RAJA M’RAH

Y.A.M DATO’ UNDANG WILAYAH NANING KE 19

DI ISTANA NAN PANJANG WILAYAH NANING



Kenyataan Media ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar perihal berkaitan Institusi Naning yang terpampang di dada akhbar-akhbar utama pada 01 Januari 2014 dan 04 Januari 2014.

Kebawah Kaus Orang Kaya Seri Raja M’rah Y.A.M Dato’ Undang Wilayah Naning Ke 19 yang begitu prihatin terhadap kedaulatan Institusi Undang Wilayah Naning merasa amat gembira dengan perkembangan baru-baru ini. Bersama Majlis Dato’-Dato’ Wilayah Naning, Yang Amat Mulia akan mengatur siri-siri program bagi menyerikan lagi Istana Nan Panjang pada tahun 2014 ini.

Yang Amat Mulia ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka diatas pendirian tidak campur tangan dalam Struktur Sosial dan Amalan Tradisi Undang Wilayah Naning, melalui Keputusan Mesyuarat Exco Negeri pada 10 Ogos 2011 ,penderian tidak campur tangan ini dibuat kerana mengiktiraf Institusi Undang Wilayah Naning dan bukan sebaliknya. Oleh itu Yang Amat Mulia meminta agar semua pihak menghormati keputusan tersebut.

Bagi menenagkan keresahan rakyat mengenai keewujudan beberapa Dato’ Undang Wilayah Naning palsu , Yang Amat Mulia akan mengambil berberapa tindakkan undang-undang , termasuklah mengemuka saman malu berjumlah RM19 juta kepada setiap Dato’ Undang Wilayah Naning yang palsu tersebut melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates oleh peguam Adnan Seman dan Tetuan Aziatul & Associates oleh peguam Aziatulnadia Roslan.

Bagi membantu pihak berkuasa membanteras kewujudan berberapa sindikit haram yang menjual Anugerah Kebesaran Istana Nan Panjang yang palsu, Yang Amat Mulia telah mengarahkan Majlis Dato’-Dato’ Wilayah Naning untuk mengambil beberapa langkah strategic dan pro-aktif seterusnya membuat Laporan Rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Selain itu, Yang Amat Mulia menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penjualan Pingat oleh Dato’-Dato’ Undang Wilayah Naning palsu , agar tampil segera beserta dengan bukti-bukti hingga tertangkapnya Ketua Sindikit tersebut. Tawaran ganjaran sebanyak Rm 19,019,19.

Yang Amat Mulia sentiasa mendoakan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya Anak-anak Naning.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Kebawah Kaus Orang Kaya Seri Raja M’rah Dato’ Undang Naning Ke 19.


Dato’ Seri Ab. Malek bin Adam

Setiausaha Sulit
Kebawah Kaus Orang kaya Seri Raja M’rah
Y.A.M Dato’ Undang Wilayah Naning Ke-19.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...